18 April 2011

Tolong Ingatkan Aku : Kesan Pil Perancang

Assalamualaikum kawan2..
Korang ok? Aku tak berapa nak oklah.. 
Sebenarnya soklan ni berputar2 berpusing2 menari2 berenang2 kat dalam kepala otak aku ni.. Hu3 sedihnya pikir sorang2.. jomlah tolong pk sekali..

Apa soklan nak buat aku pk tak tak abih2 nak masuk minggu ke 2 dah ni?!
Betulkah Kesan Ubat Perancang ni boleh sebabkan Kanser?

Doktor, Misi, tolong...
Yang ada info bab ni tolong...
Yang ada pengalaman mungkin leh la kongsi..
Please.. Please.. please..

Info ni terbaca di Berita Harian,
  • Sememangnya semua pil perancang keluarga boleh menyebabkan haid menjadi pendek, sedikit dan lama kelamaan haid boleh berhenti. Ini disebabkan pil hormon ini menghalang ovari daripada aktif terutama bagi tujuan ovulasi. 
  • Lagi lama seseorang itu mengambil pil berkenaan, maka semakin nipis dinding itu yang menyebabkan haid boleh terus terhenti.  Jumlah yang sedikit ini kerana ia bukannya penyakit dan akan kembali normal selepas berhenti mengambil pil hormon berkenaan. Tetapi ia mengambil masa yang lama untuk ovari kembali pulih seperti biasa. 
  • Pengambilan pil perancang keluarga tanpa pemantauan doktor adalah tidak digalakkan kerana ia dikaitkan dengan peningkatan kecil kanser pintu rahim dan payu dara. Disarankan melakukan saringan ujian  pap smear untuk kanser pintu rahim dan mamogram untuk kanser payudara. Ada juga kebaikannya apabila mengambil pil ini iaitu ia boleh mencegah kanser ovari dan rahim. 
  • Boleh menggunakan kaedah perancang lain tanpa hormon seperti alat dalam rahim. 
Saya dah 3 tahun ambik pil perancang kat Klinik Kesihatan. Bukan sebab free suka ambik kat sini tapi setiap kali pergi klinik nurse akan cek berat, tekanan darah, ujian darah ( 1 tahun sekali) dan pap smear ( 1 tahun sekali gak). Sehingga hari ni tak plak diaorang suggest suruh stop or diorang tak perasan aku dah lama ambik pil ni.

Masa aku attend ceramah LPPKP awal tahun ni, ada aku tanya penceramah tu sebab aku ada dengar dia kata amik pil berterusan dalam jangka masa lama tak elok. Jadi aku tanya dia berapa jangka masa yang dikategorikan lama tu? Tapi soklan tu tak terjawab cuma dia kata bergantung kita nak rancang lama mana.. erm tak puas hati tapi ramai sangat orang tanya soklan.. mungkin dia pun tak pasti gak kot.. hu3

Baru ni kawan cakap mak dia juga mak sedara dia amik pil perancang. Lepas stop dapat kanser. Mula aku start mikir balik bab ni..erm

Perlukah aku stop ambik pil?! Aku juga husband belum sedia nak ada baby baru..(checklist byk) Lagipun aku belum cukup kuat nak bawa budak lagi. Diri sendiri pun tak stabil (aku ada anemia , tekanan darah rendah). Tapi kadang2 pk dari aku sakit kanser baiklah aku mati beranak.. boleh pahala.. kan?

Kawan2, tolong.. Kalau taknak comment kat blog ni boleh saja email terus aku kat address ni .




7 comments:

Puan Kutu said...

kt taman wira.mai la sni sofya,sy nk p tu tak dpt la.tgh busy,rabu nie nk p melapor plak..emm sy pun dah 4taun amik pil perancang.berserah jer la..keke..

Ibu Muda 30series said...

sofya... sy setakat ni x amik apa2 pun lg..huhuu...risau gak kot ter eksiden ke...plan nk ambil suntikan 2-3 months sekali tu.

Sofya said...

Puan K : he3 saya pun kerja.. kalau free leh la ke sana.. erm berserah jer ek..

Wani : Wani takyah risau sbb bf. 2 salah 1 cara nak jarak kelahiran..

Dinas Aldi said...

Tak tau nak komen apa sebab takda pengalaman dalam hal ni tapi dapat jugak pengetahuan am di sini :)

Liza @ Adzriel AB said...

tak pernah dengar lagi pasal kanser. doktor pun tak kata apa. Ramai yang dah ambik bertahun-tahun tu ok je. kak liza baru try 2 bulan. rasanya nak stop sebab berat naik dan sistem kumuh (buang air besar)tak teratur walau dah makan jamu extra dari biasa. kulit naik jerawat. Tak sesuai kot. Kena balik cara lama nampaknya, lebih selesa.

Sofya said...

Kak liza : saya pun baru tau masa pergi ceramah kesihatan tu hari. Akak, cara lam tu camna.. cer citer cer citer..

Liza @ Adzriel AB said...

nak tau? add facebook la.. he..he..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...