28 April 2011

Tak sabar nak sambut tetamu

Alamak dah takda stok n3 dah ni..

Ni hah baru sempat nak karang..
Hari ni aku sibuk skit asyik terkejar2 habiskan kerja2 yang pegawai letak atas meja. Banyak plak kerja yang datang untuk aku hari ni. Macam tau2 ja aku nak ponteng esok.

Ye lah ponteng.. Ooh.. korang baik2 mesti tak pernah monteng kerja. Aku ni memang jahat tapi bukan selalu. Aku niat nak amik cuti tapi orang tak kasi aku cuti. He3 maklumlah orang yang agak penting kat opis ni. (ayat perasan.. padahal kerani cabuk ja..)

Mak aku dah otw nak mai umah aku.. Yahoo.. seronoknya.. Adik pompuan tolong antarkan. Tolong antar jer sebab hubby dia ada kerja esok. Hu3 part ni tak best la skit.. Tapi dia dah janji nanti dia mai lain..

Malam ni adik laki ngan wife dia naik bas dr Putrajaya k 8 mlm ni nak mai umah gak.. Bestnya hati ni..

Tak sabar nak jumpa tetamu istimewa..
Kalau saya tak sempat nak jenguk kawan2 tu jangan marah or merajuk tau..

Ada apa dengan megi..

Bila cakap megi ofkos semua kenal..
Walaupun apa brand yg mai semua kita tibai panggil megi..


Ada yang tak suka makan megi ka?
Ada yang kerap kali makan megi...


Waktu aku kecil2 dulu ayah xbagi makan megi
Tapi kadang2 mak kesian dia buatkan juga (sorok2)
Pergh nikmatnya dapat megi tuhan ja tau masa tu
Tapi ayah tau juga.. Katanya kalau nak botak kepala, nak reput tulang makan la megi selalu..
Dalam hati, ya ka?! Ka ayah tu saja xmau bagi kami makan..


Waktu belajar kat kolej dulu..
Biasa la ekonomoney.. Megi la yg selalu dijamah.
Mudah & cepat.. Boleh kata semua student wajib ada benda ni kat bilik.
Nak perasa apa.. tomyam, kari, asam laksa.. 
Oh ya masa tu masak pakai air didih dgn water kettle, masukkan dlm bekas tutup kejap, makan ramai2 ngan geng..


Lepas kolej dah xlayan dah megi ni
Tapi sesekali teringin la juga.. waktu xlalu makan nasi..
Kalau cakap dah tak sentuh megi tu tipu sangatlah

Bila dah ada anak ni..
Aku mula risau.. aku taknak ajar dia makan megi selalu..
Kan tak elok untuk otak kanak2 yg baru nak berkembang..
Tapi aku xtau nak bagi alasan apa..
Dah pakai alasan ayah aku dulu.. tapi tak jalan juga..

Aku cuba berkeras tak bagi dia makan kejap
Katakan dia makan malam ni.. hari yg ke10 kalau dia nak baru aku bagi.
Tapi dia memang mengangguk ja..
Bila aku takda p kerja.. xtau la kalau org jamu megi.. nak wat camna..


Korang ada idea tak nak wat camna..
Rafiq dah minat sangat dengan megi..
Tau plak dia kari berapi la.. krup2 la..


Sedikit info dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang :
Kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik spt serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser.


Nauzibillah...

27 April 2011

Aku & Anemia

Buat  rose --{@ ibuRafiq @}-- , ibu2 mengandung, bakal2 ibu mengandung, bakal2 bapa.. Meh sini org anemia nak bgtau..

Berdasarkan pengalaman 2 kali bersalin..
Dari apa yang saya lalui juga nasihat doktor sepanjang anemia..

Dari start buat buku merah tu rekod Hb merah ja memanjang..
Sampai nak bersalin dah cukup 36 minggu tu baru tukar biru..

1st baby memang terlalu ikutkan hati..
Taklalu makan tak makan..
Semua tak teringin..
Jadi camna nak naik elok darah tu kan?
Selalu bila check up mesti ken jumpa doktor..
Akulah org yang terakhir balik setiap kali check up
Biasalah.. kalau ok xperlu jumpa doktor..
Tadi kan cakap rekod merah ja.. sahihlah kena basuh ngan doktor
Pernah kena basuh ngan doktor
Sampai hari ni ingat lagi kata2 doktor tu..
"Sekarang ni saya bagi kata dua. Awak nak baby yg awak kandung cacat atau mati or awak kena usaha bagi elok HB awak ni."
Bayangkan dah la 1st baby, xda pengalaman langsung bab ni.. aku nangis kat situ sampai balik umah pun still nangis sampai kering air mata.
Jadi aku usaha makan ubat (doktor bagi double dose) n makan benda2 yg nak tambah darah.
Mungkin usaha ku agak terlewat, walaupun masuk 36 minggu rekod bertukar biru. Rafiq dapat G6PD Deficiency. Walaupun masa kat wad bersalin tu ini punca dari keturunan samada belah mak @ ayah... Walaupun family belah aku xda sakit tu dan family belah papa dia ada Talasemia (abang ipar n adik ipar ku)... aku tetap rasa bersalah..

2nd baby, aku dah lebih matang..
Anemia tetap ada tapi aku jaga dari awal kandungan
Banyak testimoni aku wat n nurse tolong nasihatkan..
Alhamdulillah, Syakir normal n bebas dari G6pd Deficiency

Jadi.. Bolehlah kalau nak ikut cara aku..

Yang penting bykkan makan sumber zat besi kerana ia membantu membina sel darah merah juga kepekatan darah (hb). 
  • Banyakkan ambik sayuran hijau cth bayam
  • Ambik buahan segar cth jambu batu
  • Hati, limpa, kerang, telur puyuh, ikan bilis, sardin pun sumber zat besi
  • Banyakkan minum air kosong (air bertapis lagi elok)
  • Elakkan pengambilan minuman berkafien macam kopi, nescaffe, n teh. Kalau teringin teh ais pun make sure lepas cek darah k.. tahan la skit.. Kalau tak caya, esok nak check up try minum teh ais..
  • Ubat yang doktor bagi jgn lupa makan.. jangan takut baby besar, yang penting baby sihat kan?
  • Kalau perlu tambah suplement leh la rujuk farmasi yang berlesen. Dulu 2nd pregnant aku ambik iron yg amway punya.
Tak susah kan? Yang penting kita cuba.. Buat yang terbaik untuk kesihatan diri juga baby dalam perut tu. Kalau semua ni dah try tapi still k.o gak HB tu.. Minta doktor buat ujian darah maybe awak ada talasemia.. kalau dah talasemia ni, usaha camna pun camtu gaklah kecuali tambah darah kot..

Ayat power...

Ha3 aduh...
Pagi ni kat opis aku digegarkan dengan gelak ketawa sampai Puan naik tension tak lalu dah nak makan.. Aku kata kat Puan bestlah lama2 leh kurus. Kalau kami tension lagi kuat makan.. he3

Tak nak citer banyak..
Kalau korang dengar ayat ni..
Apa plak komen korang..

Ini ayat sms yang Puan baca kuat2 tu..
"Maaf Puan, saya masuk opis lewat sikit hari ni.. basuh pinggan yang 2 hari tak basuh.. laki saya dah bising."

Apa kata jujur yang berbisik di hati tu? Share la kat sini..

26 April 2011

Alhamdulillah... dapat gak merasa..

Alhamdulillah..
Walaupun buat waktu ni belum ada rezeki nak bercuti2 Malaysia..
Dah rezeki namanya.. merasa juga aku..




Adik Ipar balik kursus dari sarawak..
Dia bagi kek lapis sarawak..
Cantik2 n wangi pulak tu..
Sedap juga..











Bos plak baru balik mesyuarat kat Cameron
Erm sedap tau dapat makan strawbery
Dah la tak ramai yg ada kat opis..
He3 leh makan banyak ler..

Hari ahad kami pulak

Pagi2 ahad keluar 1 family..
Syakir ada program sekolah..
Macam biasalah peraduan mewarna ngan kanak2 tak lepas punya..


Syakir mood tak ok ja.. semua dia xnak..
Senamrobik xnak, acara lain pun xnak..
Mewarna?! Halfway ja.. jemu kot..
Lagipun dia ni 1st time dia ikut program..
Lain la Rafiq.. banyak dah pengalaman..
Bila dah semua taknak..
Rafiq mula bising kat adik dia..
"Macam ni mcm na nak dapat hamper.. Lain kali kita xpayah lah bawa Syakir."


Jadi cikgu minta Rafiq gantikan Syakir..
Suka la.. Tapi boleh la dapat 1 kotak besar air soya.
Pastu ada cabutan bertuah.. Ingat dah Syakir xmau dok asyik merenyet ja, nak baliklah.
Rafiq pulak taknak balik.. Katanya semua orang dapat hadiah kenapa dia tak dapat. Tunggu la juga tapi tak naik pun nombor yang dia pegang tu.
Tengok dia memang muka frust sangat sebab tak dapat hadiah.
Dia xbuang pun kertas cabutan bertuah tu sampai masuk dapat kereta dok lagi cakap pasal xda hadiah..


Tapi nasib baik dia bijak dan mau makan pujuk..
"Bukan rezeki kita lah tu, rezeki orang lain.. Lain kali ada lagi."


Jom layan foto2 hari  ahad tu..








Hari sabtu lepas

Sabtu & Ahad baru kenapa aku tak online?! Ada ka yg perasan aku takda kat dunia blog ni?! Biarlah walau xda yg tanya tapi aku suka2 hati nak citer jugak..

Biasalah hari cuti, rutin sebagai surirumah sepenuh masa kembali lagi. Banyak tul nak kena settle di hujung minggu.

Tapi petang sabtu dan lagi beriadah..
Papa nak men bola, anak2 papa pun sibuk nak mengekor..
Jadi Mama pun kena jadi security guard xberbayar la..

Semangat dgn jersi cap pasar malam juga kasut bola..
Sampai sana bola plak leh lupa nak bawa..
Habis nak menyepak bola camna..

Sessi bertukar men suka hati korang..
Padang luas berlari melompat ikut suka la..
Tapi tepi jalan besar.. tu yg aku dok kena perhati tu





Pastu men sorok2 plak balik pokok..
Tiba2 Syakir kata, "Mama, nak jadi monyet la.."
Pelik Mama, "Apa?!" sambil tergaru2 kepala yg tak gatal tu
"Nak jadi monyet... panjat pokok.."
"Ish! Mana leh main panjat2 pokok.. Nanti jatuh la.."

"Mama, tengok tu atas pokok.. depa boh tv.." Sambil tangan Syakir tunjuk atas pokok tu..
"Mana?! Ish tu bukan tv la.."
"Betul la.. Tv.."



"Ni bukan tv sayang.. ni lampu. Nt gelap depa bukak la"
"Tengok tu, nampak cantik tak.."




"Oo lampu ka Mama.. bukan tv kan.."

25 April 2011

Kalau ngantuk apa nak buat?

Siang2 hari.. Waktu opis plak tu..
Ada plak tanya soklan ni..

Serius ni.. Aku tengah ngantuk tahap giler..
Bukan sebab kerja takda.. banyak lagi tu..

Hari ni kebetulan tak ramai orang kat opis..
Staff semua 16 tolak 3 orang p kursus tolak 2 MC tolak 2 tiba2 MC
tolak 4 takda kat opis.. tinggal berapa ekk kira la sendiri.. ngatuk ni

Aku dah telan 5 biji kopiko.. bukan mopiko tau tapi tak jadi apapun..
Kalau kat umah leh la letak kepala kejap..
Tapi masa hari cuti dok kat umah tak plak aku ngantuk ni

Tolonn ngantuk giler ni.. takkan nak bangun lompat2 plak..
Kena kontrol cun padahal xcun langsung...
Apa yang aku merepek ni..
Ada petua nak hilangkan ngatuk ker?
Hu3 lambat lagi nak leh balik ooo..
Tulunnnnnn...

Gaya Imam Muda

He3 saja suka2 tayang anak kejap..
Ada org gini ekk... sabor jer la..
Tengoklah gambar2 syakir yg berlagak ngan baju papanya..
Ada rupa macam Imam Muda tak?!
Imam Muda Syakir
He3




Alamak.. terlebih sudah!


psst : Ada terperok kat draft.. Jadi Publish ja la..he3

24 April 2011

Bila buka blog..

Salam bersua lagi..
2 hari bercuti dari updated blog..

Last buka mlm tu konon2 nak tukar wajah blog ni hah..
Tapi alamak silap tekan mana entah..
Habis hilang setting aku..
Tu la pasai belajar buat blog sendiri..
Backup pun xreti.. ish2 teruk kan?
Tu pasai bertarabur ja blog ni..
Tapi aku dah try repair dah... ok ka?

Bila buka blog..
Alhamdulillah ada juga yang sudi baca..
Lagi seronok bila ada yang comment dan tinggal jejak..
Kredit la kalau bertambah follower tu..

Pada awalnya saya cuma ingin mencuba
Kawan ada blog, kita pun nak kenal jua dunia blog ni
Suka jalan2 baca blog orang.. tapi tak curi n3 tau..
Rupanya seronok blog lagi dari FB.. (bagi aku la.. )
Pastu  aku mula minat nak citer kat blog..
Tapi tak terfikir pun nak ada follower

Terima kasih pada Kak Liza@Adzriel AB sudi promote blog ni dalam selitan n3 nya
Terima kasih juga buat Diana aka Senyum2 sebab dengan rela hati wat speacial n3 untuk blog ni
Korang dah follow belum blog2 ni..
Rugi tak tak follow.. bagi aku blog ni best n terbaik la.. jemu nak baca..
Jadi yang tak follow lagi tu cepat2 yer..

Alhamdulillah..
Ada yang sudi bagi komen untuk baikpulih blog ni..
Macam tau2 ja.. itulah yang ku harap2 sangat tu..
Marah?! Tak marah lah.. dan insyaallah takkan marah..
Semua ni untuk kebaikkan bersama..
Blog cantik orang pun tak sakit mata nak singgah kan..
TQVM Woofer Storm..
Pada semua yang singgah sini tu..
Sudi2kan lah tinggal jejak kat sini..
Komen boleh, kritik boleh..
Insyaallah saya juga ingin yang terbaik..

Inilah rutin aku bila setiap kali log on blogspot..
Tengok jejak kasih kat blog..
Buat n3 baru kalau ada sesuatu terasa nak kongsi..
Jejak balik kawan yang jejak sini..
Tapi rasa letihlah malam ni..
Jadi tak larat dah nak bw lagi..
Tapi don't worry nt aku akan bw blog korang..
Jangan marah, jangan merajuk yer..
Jumpa nanti.. bye.


22 April 2011

Kisah Imam Muda Rafiq vs Imam Muda Syakir

Alahai anak2 Mama ngan Papa ni..
Bijak... makin hari makin bijak..
Bijaknya kamu.. Bijaknya kamu..
Kadang2 Mama ngan Papa hanya mampu tersenyum saja..
Xtahu nak kata apa2 lagi dah..

Syakir : Mama.. adik nak Iqra'.
Papa ngan Rafiq dok dengar ja.
Syakir : Adik pun nak p ngaji macam abang. Kesian kat adik..

Mama  : Ya lah  Nanti Mama beli.
Rafiq  : Mama, Rafiq nak Quran.
Mama : Ai yang Iqra' pun tak habis lagi.
Rafiq  : Mama tau dak?! Rafiq dah masuk Iqra' 4 tau..
Papa macam Hakim tak bergaji plak. Tengok ja tak sampuk pun.
Mama : Abang baca dulu Iqra' bagi habis cepat2.. Nanti Mama belikan Quran kat kat Abang, k.

Amboi anak2ku ni semangat tinggi tul..
Alhamdulillah mereka ada minat nak belajar dan mengaji.
Doa2kan agar mereka jadi Insan yang soleh..

Bila aku belikan Iqra' dan papan rehal untuk adik.
Abang plak berkenan ngan papan rehal tu.
Minta belikan untuknya kaler biru.

Abang dah pandai men pujuk2 ngan adik.
Dipujuknya adik tu sebab nak pinjam Iqra'
Iqra' dia tertinggal umah tok.

Abang baca.. Adik pun nak baca..
Waktu adik baca.. Papa ajar..
Dia pulak mengajar papa balik..
Papa : Alif ada baris atas ni kita sebut "Aa"
Adik : Ni Alif la.. kat sekolah adik cikgu buka CD.. Yang ni panggil Alif..

Hai sapa pulak yang mengajar sapa ni..?
Sabar ja lah..

Gambar itu mengimbau kenangan lalu


Tempat jatuh lagi kan kenang..
Inikan pula tempat bermain..

Semalam, masa dok godek2 fb sorang kawan kepada kawan ku
Bukan hobi suka godek fb org tau..
Semuanya sebab kawan ku tinggal mesej..
"kalau nak tengok gambar kawin noor buka fb MY"
Noor tu adik pompuanku

Jadi mula la operasi..
Tapi bila tertengok pic kat atas tu..
Memori lalu mengamit kembali..

K.O.M.T.A.R
Itulah 1st time aku melangkah ke alam pekerjaan selepas tamat pengajian
Masa tu kerja sambilan ja, makan gaji hari

Situ la peristiwa mamat tu belah pintu lift
dah pernah citer kat n3 sebelum ni

Di situ juga bermulalah episod cintaku
Bertemu denga pemuda yang sungguh ku tak sangka kan jadi suamiku
He3 gelihati bila teringat kenangan mengusik jiwa

Apapun Syukur ke hadrat Illahi, kerana menemuikan serta menjodohkan aku dan dia
Semoga cinta ini kekal abadi

21 April 2011

Suka kena ngorat..?!

Masa zaman sekolah ku :
Jeles plak kat kawan2. Ramai yg minat kat depa.. Jalan ja.. banyak laki2 buat bunyi2 tikus.. usik2 la.. ada gak sampai couple. Masa tu takda sorang pun laki suka kat aku. Mungkin masa tu aku belum cukup sifat perempuan kot..(belum baligh) Ada gak kawan laki kat tempat tuisyen cakap kat aku, "hg tgk Ita tu..pergh! cantik kan badan dia.. camni.."(sambil gaya tangan) Aku tengok biasa ja.. terus dia kata "hg ni apa la.. xreti. Erm tgk badan hg pun flat ja.." (ceh kutuk aku tuh)

Masa zaman kolej ku :
Ramai gak couple. Aku xda berkenan kat sapa2. Tapi aku sakat seorang budak laki Pengajian Islam. Leh jumpa pun sebab sama kelas Bahasa Inggeris. Malu sangat sampai nak tengok org pun susah nak cakap pun susah. Aku sakat bukan tersuka kat dia yerk. Cuma sebab rasa payah tu nak kerjasama dlm 1 kumpulan.

Masa berjinak2 dgn alam pekerjaan :
Ada abg tu terlanggar pintu lif gara2 tgk aku. Terus dgn ayat cover dia terpancul dari mulut.. " Eh! Ingat adik angkat saya.. muka sama la..He3" Aku tak cakap apa2, senyum ja. Masa ni dah start tak suka kena ngorat tambah2 org yg dok lepak2 kat tepi jalan ka, stall burger ka tmpt tunggu bas ka.. Rimas la.. Bukan perasan lawa.. Saya ni tak elok pun.. tapi saya xsuka org ganggu. Tapi dah jodoh, saya kawin gak.. tapi saya memang tak layan org ngorat bunyi2 tikus tu.. ingat saya ni apa?!

Masa dah jadi bini orang :
Waktu bujang aku tak suka kena ngorat tambahlah sekarang ni. Pintu hatiku telah tertutup kerana dalam hatiku cuma ada kamu.. eceh.. ayat jiwang plak. Tapi ada gak yang nak ngorat.. ish! Takkan tak kenal kot.. Rimas n lawak la.. "Akak ni dah ada laki, anak pun dah dua dik oii.."

Peliklah zaman skrg..
Dah tak kira bini orang ka laki orang ka..
Tapi bukan semua la peel gitu..
Yang penting, bini org kena ingat status n maruah diri
Yang laki org tu, yang ada satu tu dah cukupkah tunai tanggungjawab.. Kalau satu pun tak penuh jgn berangan nak tambah yer..
Si dara juga teruna.. fikirlah masak2.. Jgn asyik nak seronok.. kahwin tu bukan macam main pondok2, bukan macam main playstation k..

20 April 2011

Kalau ada rezeki..


Rezeki tu hanya Tuhan lebih tahu sapa yang layak baginya
Kadang dah nampak depan mata tapi rupanya bukan hak kita
Kadang, dah pegang terjatuh pula
Kadang, dah masuk mulut terkeluar pula

Kita tak tahu di mana rezeki kita
Kita lagi tak tahu mungkin itu rezeki dia
Kita kena usaha untuk perolehi rezeki yg halal
Berkat dari usaha terasa nikmatnya

Apa plak kena mengena ngan kuih bengkang ubi kayu kat atas tu?
Sebenarnya hari ni aku bawa kuih tu untuk rakan2 kat opis
Beli kat mak mertua la
Nak buat?! Tak pandai la

Ada kawan yg mengandung tu cakap teringin nak makan bengkang ubi mak mertuaku
Aku siap mesej dia pagi2
"Jangan pulak tak datang, dah bawa kuih yang nak tu"
Tapi nak wat camna.. Dia tak dapat nak hadir hari ni
Aku dah bawa, dia plak tak mai
Entah bila plak leh nak bawa
Ubi kayu susah nak dapat kat sini walaupun dok kampung ja

Mungkin bukan rezeki dia nak makan kuih tu hari ni
Rezeki untuk yg lain2 kot..
Xpalah insyaallah kalau ada rezeki esok2 aku bawakanlah untuknya
Kesian plak... Mak Labu tu...
Aa eh kenapa org mengandung kita gelar Mak Labu ya?!

19 April 2011

Nak isi angin tayar?!


Tengok gambar atas tu..
Rasa2 aku nak cerita bab apa

Korang pernah masuk angin tayar motor @ keta?
Kalau yg lelaki tu tentu pandaikan..
Yang perempuan plak?
Ada yang tahu..
Ada yang tak reti..
Macam la saya ni..

Entahlah rasa takut n tak confiden la..
Suka pikir bukan2 macam...
Mana aku tau nak baca meter tu..
Mana tau tiba2.. PoMM meletup plak tayar..

Pernah dulu aku bawa motor
Rasa tak best ja time bawa motor tu
Mana taknya angin kurang
Jadi terpaksa singgah kat stesen minyak boh sendiri angin tayar
Tapi punya penakut.. aku boh sikit ja.. men agak2 ja

Tapi tadi hubby singgah boh angin tayar
Sempat aku tanya
Kenapa setiap kali papa nak isi angin, ada org dok boh angin tak boleh2?
(macam la aku pandai..:P)
Sebenarnya soklan yang nak tanya camna nak set kat meter tu
Senang ja rupanya.. kereta or motor sama ja..
210 kpa @ 30psi

Pasni kalau terdesak leh la try..


18 April 2011

Kesian awak... Isteri Pelupa

Kenapa la aku ni.. Dah makin tua agaknya..
Masalah pelupa ku menjadi2..

Dulu arwah ayah pernah kata, kalau aku yang simpan barang.. alamatnya simpan teruslah.. (he3 aku lupa dah mana aku simpan barang tu)

Hubby plak kata, betullah cakap ayah awak tu.. kalau awak tolong simpan memanglah.. "selamat" (ayat perli la tu..)

Macam mana leh jadi cam tu? Muda2 lagi dah start pelupa.. Macam mana la bila aku dah tua2 nanti.. eerrm..

Kalau simpan barang :
Biasanya aku waktu tengah kalut2 (busy) aku men letak kat satu tempat. Tapi bila aku dah free aku ambik barang tu simpan kat len. Bila waktu nak guna.. aku dah tak ingat aku letak mana. Selalu teringat 1st tempat yg aku letak. Setelah nangis, perah2 otak sampai sakit2 mikir kat mana aku letak, termenung kejap.. kadang2 sampai tak leh tido aku dok pk. Tapi last jumpa gak la.. kat tempat senang lak tu..hu3

Kenangan lalu :
Waktu darjah 5 aku balik umah tok ngan mak. Tapi satu hari ayah minta hantar nasi n lauk untuk makan sebab berhari2 lak kami berkampung kat umah tok. Ayah tak ikut sebab kerja. Jadi mak suruh aku naik bas hantar kat ayah. Aku dah biasa nak bas pergi tution. Ingat lagi bas kuning (Penang Yellow Bus). Dari Sungai Ara nak ke Batu Maung kena naik bas no.69 tapi penat tunggu aku naik ja bas ke Gertak Sanggul (tak ingat dah nombor berapa bas tu). Boleh gak naik bas tu tapi sampai Bayan Lepas kena turun n tukar bas lain yang masuk Batu Maung. Baik punya plan aku. Tapi sampai lepas simpang Bayan Lepas nak ke Batu Maung tu baru aku tersedar yang aku bukan naik Bas Batu Maung. Nak turun tak tau lak nak turun mana. Jadi aku tak turun la. Sampai semua orang abis orang turun collect tiket tu tanya aku adik nak turun mana. Dgn muka sedih + takut aku jawab, Bayan Lepas.. Kenapa tadi tak turun, adik tertido ka? Aku ngangguk saja.. Nasib baiklah drive n collect tiket tu baik. Dia pusing antar aku kat Bayan Lepas balik. Lepas peristiwa tu aku terfikir nasiblah depa tak buat jahat kat aku..

Kisah hari ni :
Tadi break aku keluar cari baju melayu untuk Rafiq pakai p ngaji. Ternampak post opis baru teringat yang aku tak bayar lagi pinjaman dgn Tabung Amanah Penuntut Pulau Pinang. Pinjam dah lama tapi start bayar bila dah kerja gomen ni ha. Saja taknak potong gaji. Ikut depa potong banyak aku nak makan apa. Aku bayar ikut mampu ja. Ada lebih, lebih la.. Janji aku bayar. Nak bayar tak leh online kot bank or mesin deposit tu. By kiriman wang ( + caj RM2 ) yang aku post guna post express (RM3). Masuk ja ambik no n kena tunggu 36 lagi. Sementara tunggu tu aku isi borang kiriman wang n beli sampul pos express. Sampai turn aku aku kasi duit, kerani post tu bagi sekeping kiriman wang. Aku capai terus masukkan dalam pos express n masukkan dalam peti berkenaan. Sebaik ja aku langkah nak keluar, aku teringat.. yang aku tak tulis nama pengirim n nama penerima. Aduh! nak wat camna ni?! Aku terus tanya abg post tu leh tak tlg ambikkan. Dia cakap pergi pintu belakang ada org post express kat situ minta dia bukak kunci peti pos tu. Bila aku pergi, pintu kunci. Tanya2 k 3 baru masuk balik tu pun nak punggut surat..hu3 Camna ni aku kena balik opis. Aku sempat lagi minta notel pos. Tapi terpaksa minta tolong hubby amikkan (notel n no sampul express aku bagi). Nasib dia sudi tolong.. Dekat k 3 dia pun tepon n turun sana nak ambik sampul express aku tu. Tinggal kerja kejap.. hu3 Beberapa minit pastu dia tepon katanya.. "sampul tu dah bertulis nama pengirim dan penerima" Hah! baru aku teringat yang aku dah tulis waktu tunggu giliran sampai tadi... kesian dia.. tak pasai2 susah sebab aku..huk3


Sayang Blog tak...?!

Sayangnya kalau selama ni kita penat2 menulis blog (erm taip pun penat..?)
Bukan senang nak kongsi kisah suka duka dalam blog ni.
Kadang kala masa pun terbatas.
Segalanya entry juga, kenangan kita..
Sayangnya kalau hilang begitu saja..

Kenapa tiba2 cakap sal sayang2 kat blog ni..
Kalau nak tahu.. aku pun baru tahu ja..
Tu pun dari blog LYA
Mulai 25 Jun 2011, mana-mana blog yang tak menggunakan akaun GOOGLE untuk login ke blogspot, maka blog itu akan dihapuskan.

Huwaaa... xsuka.. xnak la gitu..
Selama ni aku login pakai id yahoo ja..
Terima kasih LYA siap ada tutor lagi tu

Saya dah tukar..
Cepat2 lah yer yang mana takda akaun google tu
jom singgah ini kalau nak tau caranya k..

Tolong Ingatkan Aku : Kesan Pil Perancang

Assalamualaikum kawan2..
Korang ok? Aku tak berapa nak oklah.. 
Sebenarnya soklan ni berputar2 berpusing2 menari2 berenang2 kat dalam kepala otak aku ni.. Hu3 sedihnya pikir sorang2.. jomlah tolong pk sekali..

Apa soklan nak buat aku pk tak tak abih2 nak masuk minggu ke 2 dah ni?!
Betulkah Kesan Ubat Perancang ni boleh sebabkan Kanser?

Doktor, Misi, tolong...
Yang ada info bab ni tolong...
Yang ada pengalaman mungkin leh la kongsi..
Please.. Please.. please..

Info ni terbaca di Berita Harian,
  • Sememangnya semua pil perancang keluarga boleh menyebabkan haid menjadi pendek, sedikit dan lama kelamaan haid boleh berhenti. Ini disebabkan pil hormon ini menghalang ovari daripada aktif terutama bagi tujuan ovulasi. 
  • Lagi lama seseorang itu mengambil pil berkenaan, maka semakin nipis dinding itu yang menyebabkan haid boleh terus terhenti.  Jumlah yang sedikit ini kerana ia bukannya penyakit dan akan kembali normal selepas berhenti mengambil pil hormon berkenaan. Tetapi ia mengambil masa yang lama untuk ovari kembali pulih seperti biasa. 
  • Pengambilan pil perancang keluarga tanpa pemantauan doktor adalah tidak digalakkan kerana ia dikaitkan dengan peningkatan kecil kanser pintu rahim dan payu dara. Disarankan melakukan saringan ujian  pap smear untuk kanser pintu rahim dan mamogram untuk kanser payudara. Ada juga kebaikannya apabila mengambil pil ini iaitu ia boleh mencegah kanser ovari dan rahim. 
  • Boleh menggunakan kaedah perancang lain tanpa hormon seperti alat dalam rahim. 
Saya dah 3 tahun ambik pil perancang kat Klinik Kesihatan. Bukan sebab free suka ambik kat sini tapi setiap kali pergi klinik nurse akan cek berat, tekanan darah, ujian darah ( 1 tahun sekali) dan pap smear ( 1 tahun sekali gak). Sehingga hari ni tak plak diaorang suggest suruh stop or diorang tak perasan aku dah lama ambik pil ni.

Masa aku attend ceramah LPPKP awal tahun ni, ada aku tanya penceramah tu sebab aku ada dengar dia kata amik pil berterusan dalam jangka masa lama tak elok. Jadi aku tanya dia berapa jangka masa yang dikategorikan lama tu? Tapi soklan tu tak terjawab cuma dia kata bergantung kita nak rancang lama mana.. erm tak puas hati tapi ramai sangat orang tanya soklan.. mungkin dia pun tak pasti gak kot.. hu3

Baru ni kawan cakap mak dia juga mak sedara dia amik pil perancang. Lepas stop dapat kanser. Mula aku start mikir balik bab ni..erm

Perlukah aku stop ambik pil?! Aku juga husband belum sedia nak ada baby baru..(checklist byk) Lagipun aku belum cukup kuat nak bawa budak lagi. Diri sendiri pun tak stabil (aku ada anemia , tekanan darah rendah). Tapi kadang2 pk dari aku sakit kanser baiklah aku mati beranak.. boleh pahala.. kan?

Kawan2, tolong.. Kalau taknak comment kat blog ni boleh saja email terus aku kat address ni .




17 April 2011

Jiran aku

Korang ada jiran..? Orang kata kita kena wat baik sesama jiran. Kena rajin bertegur sapa. Alhamdulillah, walaupun aku baru pindah sini 2 bulan. Jiran baik2 belaka. Mungkin juga dok area kampung memang macam ni. Kalau kat town pun tak rugi kalau baik dengan jiran...betul kan?

Cuma aku selalu dengar rugutan jiran sekampung, susahlah nak bertandang kat umah dia.. asyik takda kat umah ja.. Minta maaflah.. Aku bukan lari, taknak orang rumah. Lagipun aku ingat lagi orang cakap.. " tetamu yang mai umah kita tu bawa rezeki.." ish ada sapa2 yang suka tolak rezeki ka? Kami 2 laki bini kerja opis hour 8.30pagi  - 5.30petang. Sampai umah kadang dah lewat. Kadang tersangkut kat umah mak masa singgah ambik anak2. Kalau nak ada pun hari sabtu ahad tapi sebulan sekali balik penang.. insyaallah..

Cakap pasal rezeki.. petang semalam masa tengah siram pokok tanaman yg tak seberapa tu. Jiran sebelah panggil. Tengoklah dia kasi apa..


Nyiur tu aku pas kat mak sebab aku nak wat apa mesin nyiur tak, kukur nyiur lagi takda. Selalu masak2 yg guna santan tu aku beli ja santan segera kat market time ujung minggu. Dari buang baik bagi pada yang memang guna kan.. 

Dalam bekas tu buah cermai. Aku tak makan juga asam2 ni.. tak minat lah. He3 aku pas gak kat mak.. depa makan.

Tapi serai tu aku ambik.. tanam kat belakang umah. Kalau menjadi leh juga hulur2 kat jiran2 kan.. lagipun memang tengah semangat nak menanam ni.

Bukannya aku takut...


ku tak peduli
bila ku benar-benar cinta mati
ku tak peduli  
ku memang begini
 bila ku benar-benar cinta mati
ku tak peduli
apa saja yang kuinginkan
kamu rela

bukannya aku takut
akan kehilangan dirimu
tapi aku takut
kehilangan cintamu
mungkin saja saat itu
kau mempermainkan aku
seakan kau bisa
membalas cintaku
    
kau tak kan mengerti
yang selama ini kurasakan pasti
kau tak peduli
bila saja yang kuinginkan
kamu rela

bukannya aku takut 
akan kehilangan dirimu
tapi aku takut
kehilangan cintamu
mungkin saja saat itu
kau mempermainkan aku
seakan kau bisa
membalas cintaku

14 April 2011

Terjah blog ja kot..

Pagi ni pergi kerja kawan2 pakat bawa makan sorang sikit. Aku tak bawa apapun cuma kuih beli kat otw ke opis ja. Sorang tu bawa nasi ngan ayam goreng, sorang lagi bawa asam pedas ikan pari (sedap.. aku siap tanya resipi lagi). Sorang lagi bawa Roti Bombay.. Rezeki la hari ni orang wat kenduri. Banyak sungguh aku makan. Banyak ka?! Lapar sebab malam tak makan nasi kot. Teruknya lepas makan terus krem tali perut aku ni. Rasa macam nak nyawa tak lepas ja. Nasib baik lepas aku teguk air revive tu perut aku dah ok dan rasa selesa balik.

Hari ni aku asyik terjenguk2 kat blog sana situ sinun.. Last2 lupa idea nak wat n3 kat sini.. he3
Apapun best jelajah blog ni..

Sejak terbaca n3 ni siang tadi, aku dah rupa macam hakim plak dok cari2 sapa yang betul ni.. Meh la sama pk.. klik saja KahhhhKahhhhkahhhhhhhhhhhh...Pisang lonjong! Nanti tentu korang pun akan terasa seperti tertarik untuk mencari sebuah realiti. Tak caya?! Cuba la dulu..

Satu lagi aku kagum dengan pemilik blog ni. Sejuk hati baca bila dia ngan adik-beradik lain akan berkumpul kat umah mak mereka sebab nak adakan gotong-royong bersihkan rumah tu. Tak pernah dengar lagi adik-beradik berkumpul sebab ni.. Zaman sekarang nak jumpa adik-beradik pun susah.. kadang2 kenduri pun tak dapat nak kumpul semua.. Jom intai n3 dia Semalaman mak tak dapat tidur.

Oklah nak sidai kain kejap.. penat dah nunggu nak download lagu kristal ni.. slow la..


13 April 2011

Tolong ingatkan aku : Tiba2 terasa hati?!


Pernah tak korang terasa macam aku rasa sekarang ni?
Entah lah kadang2 aku pun pelik dengan diri sendiri..
Mood ok, normal tapi tiba2 terasa hati
Selalunya perasaan tu hadir terhadap orang2 yang rapat dengan kita
Ikatan yang terjalin bukan sekadar pengerat silaturrahim
Tapi ikatan ini melibat hati

Kadang2 kita pikir perasaan kita dengan dia sama
Tapi memang tak sama
Termasuklah cara berfikir

Kadang2 kita rasa kita sudah rapat dengan dia
Tapi mungkin juga dia anggap kita ni biasa2 saja

Kadang2 kita fikir suka berkongsi suka duka dengannya
Tapi kita lupa mungkin tak semua dia nak kongsi dengan kita

Tak mengapalah..
Yang penting dia bahagia
Dan kita doakan kejayaan dia
Walaupun pada hakikatnya tertunggu2 berita baik dari mulut empunya diri

Anyway.. TAHNIAH!
Awak memang layak menerimanya.
Selamat Maju Jaya.

12 April 2011

Ada apa dgn hari ini..

Hari ni sama mcm hari yang sebelumnya..


Cuma asyik wat kerja kat opis, kelihatan kepulan asap hitam. Memang nampak jelas.. lagipun opis kami di tingkat 7. Rupa2 suatu kebakaran telah berlaku. Dengar khabar sekolah yang terbakar tapi punca kebakaran belum di kenalpasti.


Harini pergi kerja dengan cik abang naik kereta. Masa balik tu dia rasa nak makan nasi dalcha. Tapi yang kelakarnya.. keluar ja kereta..he3
|
|
|
|
|
|


Alamak bang..
Minta maaf ler tak tahan nak gelak tak leh control la..
He3 muka dah garang...
Tapi selipar... jambu!!

Selipar sapa yang dirembat ni...he3

Kesian plak.. kawan kontrol macho beli nasi dalcha..
Aku plak dok terkikik kat belakang..

Sebenarnya dia pun terkejut..
Keluar kereta baru perasan..
Katanya, ni kes pinjam selipar sapa ntah masa nak solat kat opis tadi..
Hu3 kesian dia..

So len kali, bila nak melangkah tu kena cek dulu lah yerk..

11 April 2011

Jom Treasure Hunt

Selamat pagi..
Pagi yang mencabar barangkali, semoga kuatkan semangat untuk jalani hari ini dengan sukses.

Keluar rumah pagi ni, kami dah main Treasure Hunt..
Kes Rafiq cari kasut sekolah dia tak jumpa..
Aik?! Kawan dah basuh elok2 letak tepi pintu supaya senang nak pakai pagi ni. Tup2 tinggal sebelah ja. Mana pergi sebelah lagi nii?!

Mama ngan papa tolong cari..
Syakir dok main2 apa ntah..
Rafiq dak takleh nak jalan. Dah peel dia kalau xda kasut dia nak pakai tu sorilah nak pinjam2 kasut org len pakai sekejap pun..

Cari punya cari nampak betul kat pasu bunga mama..
Elok ja dok bersusun cam bentuk Y. Kasut sport papa, selipar mama n selipar papa.
Aik?! Mana ni kasut Rafiq?!

Bawah kereta, dalam raga motor, celah kerusi batu... xjumpa jugak!
Kat tanah lapang depan umah tiba2 nampak sepasang selipar hitam ku. Elok ja dok tengah2 tu, macam dok bersanding lak.
Depan sikit nampak sebelah selipar syakir. Sebelah lagi kat depan pintu masuk.

Cari punya2 cari..
Rupa2nya ada kat dalam semak..
Aduh la.. penatnya.
Lama tak main treasure hunt ni.. akhirnya berjaya juga jumpa kasut yang hilang tu.

Tapi sapa yang atur semua ni.. Ermm Syakir...?!
"Adik, cuba adik cakap.. adik yang men kasut kan.."
"Taklah.. tengok tu kucing tu.. dia yang ambik, gigit kasut abang tauk (buang) dalam utan.."

Adik oh adik.. Sabar jer lah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...