28 October 2011

Tersenyum lagi

Assalamualaikum...
Ingat lagi tak kisah Rafiq..?
Kali ni Syakir pulak buat Mama & Papa tersenyum..

Alkisahnya..
Semalam Cikgu Maznah tepon Mama..
Cikgu tanya kenapa Syakir xpergi sekolah banyak hari..
Mama tergelak tapi dalam hati...
Alamak! Syakir nak ke sekolah, Mama yg cakap xyah
Sekolah menengah ngan sekolah rendah cuti seminggu..
Hari isnin tu Rafiq p sekolah..
Hanya dia ngan 2 lagi sepupunya yang hadir
Yang len.. Xnak ke sekolah sebab kakak abg xsekolah..
Sekolah Syakir pun sama.. tinggal 2 org ja..
Camtu la Mama xplain kat Cikgu Maznah
Cikgu kata Syakir xmai.. tinggal kwn dia sorg ja mai..
Kesian plak..
Cikgu minta Syakir p sekolah hari..
Nak bawa raptai untuk Majlis Penyerahan Sijil
Dan cikgu bagitau yg dia ambik Syakir jadi calon kanak2 cemerlang..
Kanak2 cemerlang?! Berkali Mama tanya cikgu..
La haii xsangka anak Mama & Papa sorang ni pun xkurang hebatnya
Bila Mama cerita kat Papa..
Papa cakap cam nak sesak nafas ja.. Terkejut!!

Nak tau kenapa Mama & Papa terkejut?!
Sebab 6 bulan mama hantar kat sekolah..
Syakir hanya tau kaler ja..
Tapi lepas Cikgu Maznah tukar masuk sekolah tu..
Start bulan 7 sampai sekarang..
Memang Mama & Papa nampak perubahan pada Syakir..
Dia ingat/minat buat kerja sekolah tanpa suruh..
Ajak Rafiq/Mama/Papa membaca juga menulis..
Mungkin juga tumpang semangat abang dia yang rajin dan dapat banyak hadiah

Apapun Mama & Papa bangga dengan pencapaian Anak2 mama sehingga hari ini
So.. sebagai hadiah usaha anak2.. he3 Insyaallah kita akan pergi bercuti...

27 October 2011

Bila sesekali dapat bertemu..

Salam buat semua..
Kalau asyik cerita bab sakit xbest gak kan..
Fikiran mmg xleh nak tipu..
Tapi takkanlah nak sedia bersedih..
Sekarang ni teruskan ikhtiar juga tawakal..

Aku nak start senyum di blog dengan gambar2 buah2 hati ku..
Ni gambar yang diambil waktu hari raya lepas..
Macam ni la bila 5 beradik ni bertemu
Baju merah tu anak abang..
Yang lelaki tu namanya Muhammad Rifdi Ifwat
Yang perempuan tu plak namanya Iris Sakinah
Yang baju biru tu anak adik, namanya Muhammad Haziq
Tengok ja la gelagat anak2ku ni..
Ni masa pergi umah sepupu..
Time kat umah tok dia.. lagi sakan la..
layanz




Psst : Rindu plak saat2 camni..

23 October 2011

Ada lagi tentang perut..

Kalutnya aku sampai terlupa nak boh tajuk pada n3 lepas.. sori ek..


Petang jumaat.. aku balik kerja awal.. tapi xpergi hospital lagi..
Puan tepon nasihat suruh aku p kat pakar swasta.. kat kangar tu INS kot nama dia..
Katanya dia pun pernah dapat cyst masa pregnant dulu..
Kos lebih kurang RM500.. bila rasa sakit tu maknanya cyst tu sdg membesar.. hu3


Petang tu, hubby ajak cuba rawatan alternatif..
Bukan panggil tok bomoh ni..
Ala macam terapi ruqyah tu..
Alhamdulillah rasa kurang sikit..
Ustaz tu cakap kalau rasa sakit banyak istiqfar dan baca ayat kursi..


Tapi semalam aku pergi kat kecemasan..
Tak sakit sangat tapi nak tau kondusi selanjutnya..
Kat sana.. biasa la kena soal selidik..
Ambil darah.. cucuk tahan sakit kat bontot la tu.. sakitnya..
Scan sekali lagi..
Mula tu doktor xdapat cari cyst tu
Dalam hati.. biar betul.. 
Dua tiga doktor scan baru nampak..
Boleh plak kat situ depa dok discuss nak kena p ambik kursus ultrasound.. hu3
Result dia mmg ada something yg ukurannya 1.9cmx2.8cm kat ovari ku..
So dia cuma bagi antibiotik n ubat demam + surat refer pakar sakit puan..
Sebabkan hari sabtu ahad xda pakar..
Jadi esok pagi la aku akan ke sana..

21 October 2011

Period aku xdatang2 lagi..
Tapi aku xyakin yang aku pregnant
Walaupun dalam hati aku mengharap "penawar hatiku" dariNya
Biar aku ada rasa2  seperti tanda2 org pregnant
Tapi hati ini kuat menyata mungkin ini hanya false pregnancy

Sebab lepas rasa kembung tu ( aku ada post kat sini)
Aku rasa sakit berdenyut kat bahagian bawah pusat..
Tapi aku diam2 ja.. xbagitau sapa2.. tapi hakikatnya aku xleh dok diam..
Dah berapa malam aku xleh nak tidur dengan aman..
Rasa mengantuk dan badan lemah tapi mata sulit nak ku pejam..

Jadi surf internet, mencari2 punca sakit ku alami kot2 ada jumpa apa2 ya releven..
Makin baca aku makin takut..
Tapi takut tu aku sorang ja yang rasa..

Pagi semalam aku angkat tong air r.o yg 5 gelen tu plak (refill)
Bukan angkat sorang tapi ngan kawan.
Tapi lepas tu aku rasa makin kerap plak sakit kat situ..
Ingat nak wat checkup bila 1hb nanti..
Dengan hubby nak pergi kursus 23-25 ni..
Aku malas nak susahkan hati dia..
Tapi petang semalam, aku dah sakit sangat2..
Dah nak sampai kat umah dah, bila dia ternampak aku nangis tahan sakit..
Aku pun xselindung lagi.. terus dia kona pergi klinik..

Test urin.. sekali ngan scan..
Resultnya..
Rahim kosong, pregnancy test -ve.. doktor kata mujur xhamil luar rahim..
Tapi demam + kencing kotor + ada something kat perut aku..

Doktor tanya nak p hospital tak?
Tapi aku diam ja..
Terus dia cakap, xpa dia bagi ubat tahan sakit tapi kalau sakit sangat terus p emergency.
Masa ambik ubat dia bagi sekali surat rujuk hospital + gambar scan tu..

Sekarang aku masih bertahan kat sini..dengan ubat yg doktor bekalkan..
Dan aku tak pasti lama mana dapat aku bertahan..





19 October 2011

Fikirlah : Hutang

Nabi SAW bersabda :-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

Ertinya : "Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)”
( Riwayat Muslim, 6/38)


Tak kisahlah hutang apa pun..
Hutang belajar ka, kad kreadit, kereta, rumah, duit ka bla3
Tak kisahlah dengan siapa pun..
Dengan kawan, sedara or bank..
HUTANG.. maknanya kita pinjam nanti kita bayar balik
Bukan HADIAH.. iaitu dapat kita guna dan xperlu bayar semula


Lagi Sabda Nabi SAW :

من أدّان أموال الناس يريد أداءها أدى الله عنه , ومن أخذها يريد اتلافها أتلفه الله

Ertinya : "Barangsiapa yang meminjam harta orang lain dengan niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barangsiapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya”
( Riwayat Al-Bukhari, 2/83 )


Alhamdulillah..
Niat nak langsai hutang belajar dulu dah dipermudahkan..
Aku bayar sikit2.. ikut kadar mampu..
Sampai dah naik faedah..
Tapi nak wat camna.. dulu kita xda duit.. kita mohon pinjaman..
Sekarang kita dah ada kerja kena la bayar..
Kesian plak orang lain plak nak merasa bantuan..
Kalau pakat berkeras xnak bayar..
Xmustahil suatu hari nanti anak kita nak mohon apa2 pinjaman.. Xdapat
Dan syukur ku panjatkan padaMu Illahi..
Sebab mempermudahkan niat suci ku ini..
Dan aku dapat offer untuk buat settle bayaran pinjaman dan di waive interest..
Alhamdulillah.. dah settle bab ni..

Tapi masih ada lagi yang menanti..
Hutang buat rumah.. tapi itu aku wat loan potong duit gaji..
Insyaallah xda masalah kot..
Cuma kena berbelanja ikut kemampuan la..
Kadang2 kena ikat perut jugak.. he3 demi sebuah impian..

Jom.. niat lunaskan hutang..

15 October 2011

Ada apa dengan PERUT

Salam semua..
Rasa xsedap badan skit akhir2 ni..
Lepas baik dari muntah dan cirit..
Sekarang ni rasa kembung..
Rasa angin penuh perut..
Sedihnya perut jadi cekang cam org pregnant 3 4 bulan... hu3
Padahal period xpernah miss lagi..
Memang lah sekarang sedang merancang untuk tambah satu lagi..
Dah lama cuti..he3

So malam, free sikit..
Jadi try search la kat tenet ni...

Rupanya ada gak istilah "false pregnancy"
Ini terjadi apabila seseorang tu mempunyai keinginan tinggi @ emosi yang mengharap untuk mengandung. Simtom2 adalah seperti orang yg pregnant.. rasa mual/loya, teringin makan itu ini, perubahan pada fizikal, kerap buang air kecil, rasa perut membesar dll.. tapi bila wat pregnancy test.. resultnya -ve.

Dan bila jalan2 lagi malam ni..
Tertarik pula pada kisah dari blog doktor ni untuk dikongsi..
Jom singgah Miracles Do Happen 


13 October 2011

Salah tu...


Kenapa cinta kita
Selalu saja diduga
Bagai ada tak merestu
Kita berdua bersatu

Atau mungkin kau dan aku
Ditakdir untuk berpisah
Walaupun melawan arus
Kita berdua bersatu

Seringkaliku mendengar
Patah tumbuh hilang berganti
Tetapi ku tidak mahu
Cinta selain darimu

Jika denganmu salah
Ku tak mahu yang benar
Jika denganmu rebah biarlah ku tercalar
Walau dilanda badai
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu

Jika denganmu kabur
Ku tak mahu yang jelas
Jika denganmu hanyut
Biarlah aku lemas
Walau dilanda ribut
Ku sanggup kerna ku mampu
Kita berdua bersatu


Yang salah tetap salah..
Biarlah kembali pada jalan yang benar..
Kenapa mahu mengiakan yang nyata salah..

12 October 2011

Hati yg telah kau sakiti

Alhamdulillah...
Moga dengan ini tiada lagi derita di mata jua dihati..

Aku tak ingin menyakiti..
Aku juga tak mahu disakiti..
Cukup sehingga saat ini..
Aku juga ingin tenang lagi aman..

Aku juga xkan menolak andai suatu hari terbuka mata hati itu..
Ternilai mana kaca mana permata..

Tapi sekarang biarlah antara kita tiada apa2..
Cukup sampai di sini jika kehadiran itu menyakitkan.


Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai

Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu

Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis...
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah....
Kau sakiti...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...