28 April 2011

Ada apa dengan megi..

Bila cakap megi ofkos semua kenal..
Walaupun apa brand yg mai semua kita tibai panggil megi..


Ada yang tak suka makan megi ka?
Ada yang kerap kali makan megi...


Waktu aku kecil2 dulu ayah xbagi makan megi
Tapi kadang2 mak kesian dia buatkan juga (sorok2)
Pergh nikmatnya dapat megi tuhan ja tau masa tu
Tapi ayah tau juga.. Katanya kalau nak botak kepala, nak reput tulang makan la megi selalu..
Dalam hati, ya ka?! Ka ayah tu saja xmau bagi kami makan..


Waktu belajar kat kolej dulu..
Biasa la ekonomoney.. Megi la yg selalu dijamah.
Mudah & cepat.. Boleh kata semua student wajib ada benda ni kat bilik.
Nak perasa apa.. tomyam, kari, asam laksa.. 
Oh ya masa tu masak pakai air didih dgn water kettle, masukkan dlm bekas tutup kejap, makan ramai2 ngan geng..


Lepas kolej dah xlayan dah megi ni
Tapi sesekali teringin la juga.. waktu xlalu makan nasi..
Kalau cakap dah tak sentuh megi tu tipu sangatlah

Bila dah ada anak ni..
Aku mula risau.. aku taknak ajar dia makan megi selalu..
Kan tak elok untuk otak kanak2 yg baru nak berkembang..
Tapi aku xtau nak bagi alasan apa..
Dah pakai alasan ayah aku dulu.. tapi tak jalan juga..

Aku cuba berkeras tak bagi dia makan kejap
Katakan dia makan malam ni.. hari yg ke10 kalau dia nak baru aku bagi.
Tapi dia memang mengangguk ja..
Bila aku takda p kerja.. xtau la kalau org jamu megi.. nak wat camna..


Korang ada idea tak nak wat camna..
Rafiq dah minat sangat dengan megi..
Tau plak dia kari berapi la.. krup2 la..


Sedikit info dari Persatuan Pengguna Pulau Pinang :
Kajian mendapati ia boleh menyebabkan penggemarnya mendapat pelbagai penyakit kronik spt serangan jantung, strok, kerosakan buah pinggang dan kanser.


Nauzibillah...

7 comments:

Elly Emmy said...

tu kann.. memang pelik.. apa benda lah yg diorg taruk kat dalam tu.. bdk2 memang suka sngt nak mkn.. tak yah ajar.. otomatik jer.. cam ketagih plak..tapi utk anak2 memang sy tak bg diorg mkn.. bahaya sebab boleh menyebabkan perut senohh dan sembelit.. tak bagus utk sistem penghadaman..

mila.ibunajihah said...

salam kenal :)
Megi ni mmg berhantu lah..mmg bleh ketagih..hehe.sy pun zaman study dlu mmg suker makan megi. cadangan saya,klu tak nak bagi anak makan megi, apa kata wat mee sup/bihun sup sendiri, at least konsep sama..cuma lebih sihat..:)

Sofya said...

Elly & Emmy : tu lah.. xyah ajar pun kenal..

Mila : Terima kasih singgah n juga bagi cadangan.

Liza @ Adzriel AB said...

jgn beli... kak lza memang tak berapa nak makan megi ni pasal tak elok utk kesihatan. kadang2 boleh buat bangun tido lambat. badan letih..

ingatkan salah blog tadi..wahhh dah comey dgn wajah baruuu

Hanis Azla said...

akak pun sesekali bila teringin aje makan.. kat rumah pun sekarang ni sejak kat sekolah ada cerita bahaya meggi anak2 pun dah faham sikit.. sebelum tu macam tu jugalah.. asyik minta meggi juga sebab kena dgn selera dia org..

Sofya said...

Kak Liza : hi3 malu la... makasih yer..

pasni ni xyah beli la megi kan. Badan jadi letih n susah nak bangun pagi..?! a'ah betullah tiap kali dia makan megi esok mesti liat nak bangun..kena bgatau dia ni.. harap dia leh faham

Sofya said...

Hanis : harap deapa cepat faham.. naik letih dah ni..hu3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...