27 January 2011

Suara calon suami mithali

Bingit telinga mendengar sora spesis adam ni dok tarbiah kaum hawa kat depan meja aku ni..Kuat betul.. mengganggu fokus aku kat kerja ja..

Nak tahu tak soal apa?
Isteri kena tau masak, kemas, buat itu, buat ini bla bla.. kalau tak tunggu apa cari lain la.
Isteri jangan asyik nak Saman Dalam Kamar ja.. apa susah kalau tak tunggu apa cari lain la.

Amboi3 senangnya kau bercakap..
Amboi3 celuparnya mulut kau..
Bukan aku terasa sebab apa yang dia cakap tu kena atas batang hidung aku tapi yang bengkek sangat tu sebelum cakap tu tapis2 la sama jangan ikut sedap mulut ja.. kau tu bagus sangat ka? Dah cukup bagus nak jadi calon suami mithali ka nak tarbiah orang.. Sebelum kata nasihat orang baik la cermin dulu diri kita tu..

Menyampah sebab kat opis org tu pandai cakap ja tapi kerja habuk pun takdak.. Leh jadi calon suami mithali ka camtu...? Layak ker?!

Jom layan video klip devotees berjudul kekasih lagi best..
Menambah rasa cinta pada pasangan..
Ku ingin hidup bahagia bersamamu...

26 January 2011

Kick off

Makin hari makin melampau la plak..
Now, aku rasa lega coz aku dah kick dia dari blog aku..
Menyampah betul...
Dulu aku rasa blog dia nice n sweet
But lately eee geli ahh n banyak berbaur lucah..
Tak sesuai langsung ngan aku..
And aku memang tak suka orang cakap2 bab tu..
Biarlah kalau lepas ni dia singgah kat blog ni nak marah pun..
Suka hati aku la.. ni kan blog aku..
Kalau korang pandai.. tengok la nak sapa kena kick dari follower list kat sebelah ni..
Menyesal?! No la.. Happy lagi ada la.. sebab bersih dah blog aku ni dari anasir2 yang tak elok dan tak sihat.

Isu sensitif ni..

Isu Mak memang very sensitive buat aku..
Setelah kedewasaan hari ini, aku akui aku lebih pentingkan mak dalam hidupku jika mahu dibandingkan hari2 ku sebelum2 ini. Bagi aku, setelah kehilangan ayah, hubungan aku dengan mak semakin erat. Bukan kerana ayah penghalang hubungan kami tapi aku lebih rapat dengan arwah ayah. Banyak hasrat dan niat murni terhadap kedua orang tua ku hanya Tuhan, Ayah dan aku yang tahu. Tapi Tuhan lebih sayangkan ayah.. tanpa beriku peluang untuk menjaganya di saat2 akhir. Pemergian yang sungguh tak terduga juga sekelip mata bersama rindu yang tak terbendung..

Sejak itu aku mulai mendekatkan diri dengan mak.. menagih kasih ibu juga sekaligus berusaha melunaskan kata janjiku pada arwah ayah. Maaf ya kawan andai aku terdiam atau terlontar kata jika soal tanggungjawab pada seorang ibu. Aku taknak argue dengan sapa2 soal tangungjawab anak kepada ibu bapa juga family. Hidup kita ibarat air tasik yang tenang tapi kita belum tahu isi di dalam tasiknya. Dan ku akui.. Aku bukanlah sempurna. Ku hanya cuba terkadar yang mampu dan ku sedar apa yang aku lakukan untuk mereka mungkin cuma terbayar setitis daripada jutaan titisan keringat + jutaan titisan airmata + jutaan air liur + titis air susu yang telah dikorbankan mereka demi aku hanya seorang anak. 

You're my cuppy cake

Rafiq dan Syakir suka lagu ni.. Gelihati bila depa dengar lagu ni.. So cute dengar depa gelak.. So sweet liriknya.. i like..

You're my hunny bun, sugar plum, pumpy upmy upmy upmkin.
You're my sweetie pie.
You're my cuppy cake, gumdrop, shyummkums pure,
The apple of my eye!
And I love you so, and I want you to know
that i'll always be right here.
And I love to sing this song to you
Because you are so dear!

25 January 2011

Lafaz Yang Simpan

Beberapa jam lalu termainkan lagu Lafaz Yang Tersimpan - UNIC yang ada kat playlist handphone. Memang tersentuh dengan bait2 lirik yang ngam dengan melodinya. Kalau nak dengar lagu ni cari kat Melodi Hati Berbisik kat bawah page ni dan ini liriknya...

Luluh hatiku yang sayu

Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan


::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::


Satu hari ni sampai saat ini..
Asyik teringatkan mak..
Aku kasihan kan mak..
Dalam meniti usia emas tanpa ayah di sisi lagi
Kerana dia telah pergi dan takkan kembali
Cuma yang ada bait2 kata darinya masih segar 
buat semangat meneruskan hidup bersama anak2
Semalam baru ku tahu, sekali lagi
Ujian dariNya cukup memberi tamparan hebat buat mak
Anak yg dikasih akan pergi melangkah ke alam baru
Alam bahagia bersama pasangan baru
Langkah baru itu juga disertakan hasrat
yang menjarakkan kasihnya pada cucu yang diasuh sejak dilahirkan ke dunia ini
Kasihan mak..
Dia tak pernah berlaku buruk terhadap ibunya
Tapi Tuhan mahu menduganya dengan ujian seberat ini
Telah ku nyatakan hasrat agar dia tinggal dengan ku
Suami pun setuju tapi mak kata nanti dulu
Aku tak tahu harus bagaimana
Ku serah juga bermohon agar diberikan hidayah
Semoga diringankan beban yang tertanggung..


24 January 2011

Mencari2 sesuatu yang tak pasti realitinya
Terintai2 sesuatu yang bakal menjadi titik sejarah buat aku, buat kamu, buat kita..
Mengharap langkah terus mara menuju sebuah pengharapan
Aku di sini perlu kamu, penguat semangatku
Bersama kita seiringan menggapai Hari Bahagia..
Moga bahtera kita direstui Illahi.
Amin.

23 January 2011

Bosannya..

Entah kenapa..
ku rasa hari ini penuh dengan kebosanan..
Bila rasa bosan..rasa letih
Bila rasa bosan.. lambatnya detik berlalu
Kenapa rasa bosan terlampau ni..
Errrggghhhh

22 January 2011

Sardin oh sardin..


Malam ni dah genap seminggu menu sardin ni la yang special untuk bapa mertua ku.. 
Start masak menu ni pun coz minggu lepas tak selera nak makan..
Minta en hubby belikan sardin n aku masak very simple jer..
Tumis bawang merah + bawang putih + halia + cili padi
Bawang besar pun tak taruk coz malam tu xda stok (he3 nampak sangat jarang masak sekarang ni sampai stok pun tak perasaan dah)
Then masuk sardin + air asam jawa + sedikit garam
Very simple kan? 
Tapi mungkin dah terkena dengan selera bapa mertua ku
Start dari malam tu sampai malam ni, itulah yang minta aku masakkan untuknya..
Drpd king cup sampai ke ayam brand
Entah bila la nak tukar menu lain
Bila dia nak jemu ekk?

20 January 2011

Alkisahya...

Ha3.. Nak tergelak pun ada ni.. Alkisahnya macam ni..

Hari selasa baru ni ada Mesyuarat PIBG tadika Syakir. Awal2 lagi papa tolak, taknak pergi sebab dia tahun lepas dia terkena jadi Naib Pengerusi. Jadi kali ni dia taknak la nanti kalau dia pergi sure orang latik dia lagi. So, mama malas nak cakap banyak, ok ja.. Bila mama pergi tunjuk muka kat tadika, memang getah getah la.. Tak pasal2 aku kena lantik ganti jadi Naib Pengerusi. Bila story kat papa, dia gelak la.. sebab dia dah agak dah..ha3 sabar jelah..

Semalam baca surat yang Rafiq bawa balik, hari ni ada gotong-royong kat Tadika dia. Mama minta papa yang attend sebab baru jer curi masa opis selasa  tu hari. Tak best la kerap2 curi masa pejabat.. Kesian plak kat Rafiq tak der orang support aktiviti dia kat sekolah. Dan semalam pun dia dah warning mama or papa kena pergi jugak esok ada gotong-royong kat sekolah, kalau tak.. TAK MAU KAWAN!

Selepas o-som, papa yang kena attend. Ha3 selamat mama.. Papa ok ja sebab majlis gotong-royong kan.. Sekali dapat sms dari papa, "Kena getah.. Pengerusi terus." Ha3 rupa2nya Majlis Gotong-royong merangkap PIBG.. Tak jadi Naib Pengerusi tapi jadi Pengerusi..

Hah3 lawak2...

Toing3

Ah! aku mula pening..
Jiran depan aku ni dah mula buka lagu2 yang membiolkan kepala otak ku..
Toing3.. makin mula terasa..
Dia bukak playlist dia tapi dia ntah hilang p mana..
Aduhhh mau saja aku p tutup pelan2..
Argghh tak tahan la..
Kenapa tinggal gini.. lagu ntah apa2 ntah..

19 January 2011

Nak vs Taknak..

Akhir2 ni, penyakit "M" telah menyerangku..
Walaupun banyak nak di kongsi bersama tapi "Bila Hati Berbicara" hanya mampu berbisik tanpa terluah dengan kata2 juga cebisan coretan.

Kadang2 ada jugak terfikir, bestnya kalau apa yang kita terpikir nak masukkan dalam blog terus je masuk xyah nak login nak taip2 semua. Terukkan cakap org yg terkena serang "M" ni.

Tu semua angan2 jer.. Ni bukan dalam cerita doraemon.. Apa yang kita nak, kita kena berusaha untuk mendapatkannya.

News dr Teratak Kasih RS :
  • Duit tempah langsir dah bank in kat tukang. Tunggu siap n dia mai pasang kat umah. Tapi rod kayu tu belum sempat pergi beli lagi.
  • Meter elektrik kat umah, TNB dah siap pasang semalam. Tapi lampu kipas semua start pasang hari ni.
  • Pintu depan dah pasang, tinggal nak pasang kunci.. ermm hari kot.
  • Pintu kabinet dapur, lepas raya cina baru leh siap...sop3 sedihnya..
Cadang nak masuk umah baru hari jumaat 04.02.2011 bersamaan 1 Rabiulawal 1432 ni. Tapi ada yang cakap tak sempat nak siap. Ada yang kata bulan 7 la baru masuk. Banyaklah cakap2 orang kalau nak ikut2kan.. Tapi hubby tekad nak masuk tarikh tu.. Harap diizinkan dan diperkenankanNya.

14 January 2011

Hati Rojak, Jiwa Kacau

Hari ni aku rasa hati ni dah macam rojak buah dah..
Masam + manis + masin + kelat + pedas 
Semua cukup lengkaplah..
Airmata air hidung pun keluar...

Masa kat opis tadi ada yang tiba2 tarik muka masam
Entah kenapa tak tahu plak
Dengar2 dia minta izin pegawai keluar awal
Tapi tak setuju plak bila pegawai minta di masuk awal
Ok apa.. cover baliklah kan..
Terus petang tu tak masuk opis dah dan sempat mesej kat sorang staf kat opis tu yang dia mungkin MC sebab JIWA KACAU..

Petang tadi bab adik bongsu ku plak..
Dulu lepas spm belajar half way
Sebab tak leh nak carry + bila minta duit orang tak nak kasi
Now selepas kena tarbiah ngan maksu
Dia nak belajar semula
Betul2 nak belajar or sekadar hangat2 tahi ayam..
Adus masalah duit la plak..
Bukan tak nak support adik nak belajar...
Aku hepi sangat bila ni ada semangat nak belajar balik
But nak support dari segi kewangan xda berapa nak ada
Lepas buat loan umah bina Teratak Kasih RS
Duit makan pun kadang2 kena pau kat CikLi
Adik aku tu takda langsung duit saving
Sementara nak dapatkan loan teruk jugak la..
Adooii bukan nak kedekut tapi takda dah duit nak kasi ni..
Lepas tolak loan gaji tinggal half..
Tolak duit untuk Mak, Pinjam Pelajaran, dll
Tinggal kat aku.. duit makan + minyak
Tapi aku tahu ada yang tak percaya..
Nak explain pun tak pasti la nak leh faham tak..

Bila tepon cakap ngan mak tadi..
Sedih sangat..
My sister macam dah nak ambik peduli apa2pun nak jadi kat dalam family
Itu baru bertunang, lepas nii?!
Kesian mak..

Balik umah plak..
Terkejut aku..
CikLi bagitau Tam cerita kat dia kejadian siang tadi
Rafiq on pc (biasa la xbuat apa2 kat umah, layan komputer la.. main games + dengar lagu)  pastu dia panggil PakTam! PakTam! Mai sini...
Bila Tam tengok rupa2nya video Blue..
Ya Allah terkejut la..
Bila dengar camtu terus susah hati sangat2
Apa taknya.. kami pergi kerja dua tinggal anak2 kat umah
Ish3 tak sanggupla pikir yang jauh2 lagi..
Awal tahun lepas aku terjumpa benda tu sampai satu folder tu..
Aku bising2 kat CikLi suruh warning adik dia sebelum aku warning..
Kalau mulut aku yang tak puas hati ni cakap..
Mau makan dalam sebulan kot tak bertegur..
CikLi dah sound..
Minggu lepas aku terjumpa plak..
Ingat dah sedia maklum tak buat la..
Nasib baik mood aku ok masa tu jadi aku tak pergi sound kat dia, kat CikLi pun tak bagitau.. Eh! Bukan taknak bagitau tapi tak sempat nak bagi tau..
Lagipun aku fikir tak lama lagi ja nak duduk sekali kat umah ni..
Pasni bila Teratak Kasih RS dah siap, semua aku angkut..
Senang aku nak set lain komputer..
Aku try delete folder or file tu satu2 tapi tak leh..
Then aku tak tau nak buat camna aku hidden kan ja..
Ingatkan dah selamatkan benda tu dari anak2ku
Rupanya tidak..
Puas aku ngan CikLi godek2 komputer tu..
Tak tau nak buat camna.. pasni nak format lah kott
Tapi sementara ni CikLi tukar nama fail tu then hidden
Bila Rafiq balik ngaji tadi, aku tanya "Abg tunjuk apa kat PakTam siang tadi?"
Terus dia tunjuk... masuk D, masuk folder ini, folder itu.. tup2 "yang nii la mama.."
Aku cakap kita tak baik tengok yang tu.. dia balas.."dah tengok pun..."
Aduuhh Ya Allah selamatkanlah jiwa dan minda anak2 ku dari perkara yang tidak elok..
Apa lagi aku terus buat langkah semacam CikLi
Terus tukar tajuk folder n hidden..
Langkah sementara.. tak agak tidak selamat..
Ada yang tahu tak intaller apa yang nak digunakan untuk sekat dari buka adult punya program? Tolonglah..

Kalau betul2 makan rojak kan sedap.. tapi dah malam, orang jual rojak pun dah balik daa..

Selamat Ulang Tahun Sayang..


Genaplah setahun blog kesayanganku..
Macam2 yang dah ku kongsikan setahun ni..
Dan macam2 lagi nak ku kongsi..
Pada mulanya, blog adalah tempat aku meluahkan pelbagai rasa juga emosi tapi tak kusangka ada juga yang sudi berkunjung dan tinggal jejak kat blog ni..
Aku akan teruskan berblog sebab :-
  • ada masa yang terluah digunakan tak sia2
  • ada kenalan nak berkongsi rasa
  • seronok abadikan memori bersama kat cni
  • berkongsi a.k.a melepaskan emosi kat cni
  • Makin menarik plak bila berjinak2 dengan GA
Walau blog ku tak berapa menarik tak kira lah dari ayat juga interface juga n3, aku akan terus2 belajar dan berkongsi melalui blog ini.


13 January 2011

Hidung Syakir berdarah

Semalam, masa nak mandikan Syakir pagi2 tu tengok2 kat hidung dia ada kesan darah beku. Bila check semua.. takda pula yang terluka..

Hari ni masa hantar Syakir kat tadika tadi, cikgu dia kata nampak syakir dok lap hidung dengan tisu tapi ada darah. Bila cikgu minta nak tengok, dia tak bagi.

Risaunya..
Tapi hari ni bangun ok ja dah takda darah. Kenapa ekk? Mungkinkah "Pecah Lindung"? Nak buat camna ni..?

So, aku pun try search kat en google ni n dapat la sikit info
:
:
:
:
Menurut Info Sihat drpd KKM :
Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.


Punca hidung berdarah?
■Kecederaan di hidung (xda plak luka tu)
■Udara yang terlampau sejuk atau kering (mungkin jugak, skrg ni cuaca sejuk sgt malam2)
■Menghembus hidung dengan kuat (budak.. kuat sangat ker nak hembus nafas tu..?!)
■Terlalu kerap bersin (tak bersin pun.. batuk2 ada la)
■Ketumbuhan dalam rongga hidung (ish! minta dijauhkanlah..)


Apakah yang perlu dilakukan? Jangan panik sekiranya hidung berdarah.
Rawatan segera: (ala boleh ke nak buat kat kanak2 step ni...?!)
■Duduk dan tunduk ke hadapan
■Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
■Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
■Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
■Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
■Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor


Hati yang kau sakiti

Sakit mata telinga hati bila dengar "orang tu" lawan cakap pegawai. Bukan nak kata aku pro pegawai tu. Tapi aku pun dah alami benda tu.. Rasa lagi teruk la dari yang aku nampak "orang tu" lawan pegawai. Rasa macam nak menjawab tapi aku masih pegang pada janji aku. Biarpun orang yang aku lafaz janji tu blah tapi janji tu tetap janji. Tuhan lebih mengetahui. Kalau tak, dah lama aku sembur dah "orang tu".

Bukan salah ibu mengandung..
Jangan pula salahkan ayah yang memberi nafkah..
Pandang diri, nilai diri dahulu sebelum menafikan kesilapan kita..
Yang salah tu mengaku ja la.. masih ada peluang untuk perbetulkan diri andai itu kemahuan diri sendiri..
Bila menegur biarlah diam dari terus berbicara pada orang tak mampu terima kesilapan jua teguran sebab ini akan menambahkan sakit hati..
Ibarat mencurah air di daun keladi..
Diam tak bererti kita kalah..
Sabar adalah lebih baik..
Biarkan Tuhan saja yang membuka mata hatinya..

12 January 2011

Cerita Semalam..

Malam tadi ingat nak update blog tapi line streamyx gelong.. kejap ok kejap k.o tambah plak mata dah kuyu2 ( menahan ngantuk). Sementara tunggu Rafiq balik mengaji, aku iron baju siap2 untuk esok sambil melayan si adik yang banyak songeh.. Aku basuh baju, dia pun sibuk nak basuh gak.. see..

Kain yang elok2 dah siap, dia kata tak elok ni kena lipat len..


Rafiq balik mengaji, aku dah siap kemas umah, basuh baju, iron baju. Malam ni dapat nasi bungkus, ada orang wat kenduri. Apalagi makan lagi dia. Campur yang ini dah 4 kali di makan nasi satu hari ni.. Takpalah.. makan jangan tak makan. Waktu ada selera, makan la.. Nanti tak selera nak makan, mama jugak yang termenung, susah hati.


Sebenarnya nak n3 kan yang ni..
Semua berlaku semalam..
Habis kerja hubby kata nak cari toilet spray kat kedai hardware. Apalagi aku ajak pergi survey untuk kabinet dapur baruku.. suker sangat..

1st tanya kedai kayu..
Tengok design biasa ja..
Guna kayu jenis nyatuh..
Bagi panjang kabinet kat dia..
Dia bagi harga RM 900..

2nd tanya kedai aluminium plak..
Pergh.. cantikk..
Ada kaca, ada polyglass n tinted..
Design lama out of dated tapi harga dia kasi sama ja ngan design baru..
Kalu diberi pilihan of course sapa2 pun akan pilih yang new design kan..
Bagitau ukuran kabinet..
Bagi dia calculate dulu..
Nak tahu ker harga dia...
Barang yang baik n cantik, harga dia pun cantik..
Jeng3 RM1700..

Ish3 kena balik pikir masak2 dulu tapi rasa hati ni macam dah tertarik dengan sesuatu jer..
Aku suka, dia pun suka... hurmm

Singgah jap kat Teratak Kasih RS..
Hari ni orang datang pasang tingkap. Ingatkan tingkap jer.. rupa2 pintu pun dah siap pasang.. cuma tinggal pintu depan jer belum lagi.. Hari ni kot datang pasang..

Hari nii plan nak p survey curtain plak..
Survey area Kangar jer dulu..

10 January 2011

Tersentuh hati ini

Masih terngiang2 lagu sofea jane dendang Black dlm AJl25 malam tadi..
 
"Andai kau tahu
Apa yang ku mahu
Mahukan dirimu ‘tuk mendekatiku
Dan aku tak bisa memaksa dirimu
Walau dalam tidur
Ku kan menantimu hingga akhir nanti"

Masih jua terbayang2 juga buah hatiku Syakir pagi tadi. So cute.. so sweet..

Pagi2 tak sempat mama kejutkan, Syakir dah bangun. Semangatnya kamu.. Ingatkan semangat nak pergi sekolah.. rupanya dia ingatkan mama ngan papa nak pergi jalan2. Bila cakap jer, hari ni adik sekolah la.. Mula dia nak nangis.. Nasiblah senang pujuk, mandi n bersiap. "Dah siap elok2, dah pakai bedak.. tak mau nangis tau, nanti tak hensem la anak mama.."

Hari ni semua naik kereta papa. Masa mama lintas jalan  hantar Rafiq dan Aiman, baru mama terperasan yang mama pakai selipar jer. Ala.. tu la kalut sangat pagi ni.. dah la kasut spare tak da dalam kereta jadi terpaksalah patah balik. Untung rumah tak jauh. Masa sampai depan umah tu Syakir kata, " Nak cuti 3 hari lah.." Papa cam tak faham je.. Mama rasa adik dah mula buat akal tak nak pergi sekolah nii.. "Mana boleh adik cuti 2 hari ja. Kena sekolah sampai jumaat nanti boleh cuti 2 hari lagi.."

Sampai depan sekolah, dia dah buat muka sedih, air mata dah bertakung.. "Cepat salam papa, salam mama.. jom mama hantar adik masuk sekolah." Dia tahan jer air mata tu.. "Mama, nanti mama suruh mak su ambik adik balik sekolah tau.." "Ok, nanti mama suruh maksu ambik adik. Salam cikgu.." Perlahan tanganku dilepaskan, tangan cikgu disambutnya.. Dah masuk dalam kelas, dia pun berpaling perlahan2 sambil airmata berlinang, sayup2 suaranya ku dengar "babai mama.." sambil tangan melambai.. tersentuh hati mama sayang.. "Bye Adik..Belajar elok2 tau.."

Alhamdulillah.. Adik makin mahu pergi sekolah. Cuma mungkin dia masih tak faham kenapa dia ditinggalkan kat situ, kenapa dia kena pergi sekolah. Harap2 hari elok lebih baik dari hari ini.. Semoga anak2ku cepat belajar.

06 January 2011

Take a rest

Alhamdulillah..
Tamat minggu pertama persekolahan..
Dapatlah Rafiq dan Syakir rehat untuk 2 hari.

Berehat dari bergelut tiap2 pagi nak kejut bangun tidur.
Bolehlah bangun tidur lewat sikit..
Berehat dari dengan teriak Syakir taknak masuk sekolah.
Bolehlah simpan airmata tu, kesian plak sampai bengkak mata sebab nangis tiap pagi.

Bolehlah mama kemas2 rumah bagi clean n clear n shining2 sikit..
Lepas tu boleh tolong papa kat Teratak Kasih RS.
(papa dah ajak pergi cat umah esok...)

Tadi waktu break, jalan2 kot kangar sempat singgah kejap kat Hari2..
Jeng3 beli baju kat abang dan adik sorang sepasang..
Bolehlah  buat salin2 sementara nak dapat uniform..

Harap minggu depan lebih baik dari minggu ni.

05 January 2011

Syakir ku sayang..

Alahai anak mama sorang nii..
Adik buat mama risau sangat bila hantar adik pergi sekolah..
Kenapa adik nak nangis2..

Dulu adik juga yang tak sabar2 nak pergi sekolah..
Tapi sekarang bila mama hantar adik pergi sekolah adik nangis2..

Semalam bila adik balik ja dari sekolah, mama tanya best tak sekolah?
Adik jawab best tapi esok adik nak pergi sekolah lain.

Pagi tadi masa mama hantar adik ke tadika
Otw tu adik cakap taknak sekolah nii, sekolah buruk tak cantik..
Bila dah sampai kat depan tadika, puas mama pujuk sampai 1/2 jam tapi xmakan saman jugak. At last mama tepon papa minta tolong.
Bila papa sampai ja terus adik melompat bonceng belakang motor papa ajak hantar balik.
Papa bawa ronda2 kejap pastu hantar ka pergi tadika. Apa lagi hhuuuwwaaa la.

Dalam k 10 lebih cikgu adik tepon..
Berdebar mama.. ingat adik nangis dari tadi non-stop..
Rupanya adik kencing dalam seluar la plak..
Haiiiya... adik, kamu tunjuk perasaan ka..
Mama hantar adik pergi sekolah sebab nak bagi adik jadi budak bijak dan baik..

Nanti balik, apa plak kisah kamu yer...?

03 January 2011

Go 2 School..

 Ni gambar abang masa 1st day masuk tadika (tahun 2009)


Today...
  • Rafiq masuk sekolah baru - Tahun ni Rafiq 6 tahun. Saja tukar Tadika KEMAS. Nampak dia ceria n happy ja. Harap tahun ni abang dapat belajar ilmu yang baru dan pandai baca dengan lancar.

    • Syakir 1st time go to school - Walaupun baru ja mencecah umur 3 tahun tapi ikut tahun 2007 adik dah 4 tahun. So mama n papa dah pakat nak antar adik pergi sekolah. Sama macam abang dulu, 4 tahun dah masuk tadika. Adik tak sama sekolah ngan abang. Adik kat Tadika Perpaduan. Wah! nampak adik macam kuat jer kat umah. Selalu nak sangat pergi sekolah but today dekat 10 minit mama nak kena pujuk adik masuk dalam sekolah. Aiiseeh..Tak mahu masuk katanya kaki dia kotor la.. (hujan hari nii, tanah lembab..) Bila dah masuk, ala taknak duduk sama ngan kawan2 la plak.. Masa mama tengah isi borang pendaftaran, adik plak sibuk buka beg nak buat kerja sekolah katanya.. Cikgu pun kata, mana ada cikgu bagi kerja sekolah lagi.. amboii rajinnya.. nanti cikgu cari kerja sekolah untuk syakir.. (harap2 adik jadi budak yang rajin..) Pastu adik nampak kawan adik asyik dok atas riba mak dia, apa lagi adik pun turut sama duduk atas riba mama. Cikgu ajak minum air milo pun adik taknak, macam melekat dah dengan mama. Pelahan2 mama beransur keluar dari sekolah. Bila adik sedar mama dah nak kereta adik nangis, teruk cikgu kena pujuk. Tamat sekolah, adik balik umah.. mama tanya best ka sekolah? Adik kata best tapi esok nak pergi sekolah lain la. Sekolah lain lagi best.. Hah! sudah.. kita tunggu ja esok. Harap dia tak buat hal la.. Esok mama ngan papa dah kena masuk opis. Takleh nak cuti lama.. Sekarang baru awal tahun panjang lagi masa nak kita tempoh, beringat dan bersedia sebelum terjadi sesuatu adalah lebih baik, betul kan?




    Tomorrow..

    Mama n papa dah masuk opis. Harap abang n adik jadi budak baik dan bijak. Harap hari esok lebih baik dari hari ini.


    02 January 2011

    1st time and 2nd time

    Tengah hari tadi baru sampai dari Penang..
    Inilah 1st time aku drive balik Penang tanpa suami kat sebelah..
    Selalunya dia tak bagi, kalau nak balik juga balik ngan bas jer..
    But this time, best dapat izin balik penang ngan kereta...
    Tapi bersyarat.. "Kena sampai sana sebelum malam dan kena sampai balik sini pun sebelum malam."
    Yang tak bestnya aku kena tinggalkan suami..
    Ada kerja yang perlu disiapkan katanya..
    Yang tak best juga, terpaksa tinggalkan Syakir dengan papanya..
    Sebab bukan tak sayang kat dia tapi tak confident rasa nak bawa dua2 sekali
    Waktu dalam kereta selalu nak buka2 pintu dan suka main2 lompat2 dalam kereta...
    Jadi aku terpaksa bawa Rafiq ja..
    Nak kena balik sangat2 sebab orang datang nak masuk minang aku perempuanku
    ermm baru ja minggu lepas kenduri adik laki, minggu ni adik perempuan plak bertunang..
    Kalu tak balik pun tak elok plak.. hari penting my sister..
    Tapi, Alhamdulillah..
    Aku dan Rafiq dah selamat pergi dan balik..
    Adik perempuan pun dah selamat jadi tunangan orang


    4 my lovely Hubby : Thanks a lot coz faham keadaan saya n beri izin dan percaya pd saya.

    4 my sister : Selamat bertunang but kena ingat tunang tu bukanlah tiket untuk bersuka2. Ingat Tuhan juga ingat mak. Semoga ada jodoh buatmu kali ini berkekalan.



    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...