29 November 2010

LELAKI UCAP MAAF DAPAT BUAT JANTUNG PEREMPUAN SIHAT


Walau marah macam mana kita dekat seseorang itu, kita jangan pernah melupakan 2 kata ajaib iaitu “terima kasih” dan “maaf“. Mungkin bagi kalian perkataan ini tidak membawa maksud apa-apa, tapi tahukah kalian bahawa hanya dengan meminta maaf kepada perempuan dengan iklas dapat membantu memanjangkan usianya.

Mengucapkan ‘maaf’ mungkin sangat susah dilafaskan kebanyakkan orang terutama lelaki. Akan tetapi, kajian ilmuwan dari Massachusetts University membuktikan, meminta maaf yang ditujukan pada seorang perempuan boleh meningkatkan kesihatannya terutama jantung.

Perempuan yang mempunyai sifat kelakuan kasar atau menyakitkan dari orang lain boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah yang dapat memacu risiko serangan jantung atau stroke. Namun ketika mendengarkan kata ‘maaf‘ dapat menurunkan tekanan darahnya dan secara automatiknya dapat kembali normal sekitar 20% lebih cepat.

Sebaliknya tekanan darah laki-laki akan 20% lebih lama untuk pulih setelah mendengar permintaan maaf kerana mendapat perlakuan tak tenang. Hal ini menunjukkan seseorang lelaki cenderung bekerja lebih keras setelah mendengar pengakuan bersalah.

Kajian ini dilakukan ilmuwan di University of Massachusetts Medical School di Worcester, AS. Kajian mengukur tekanan di astolik dari 29 orang lelaki dan 59 perempuan.

Tekanan darah yang diukur dalam kajian ini adalah tekanan darah di astolik, iaitu tekanan dalam darah antara detik jantung atau tekanan dalam arteri-arteri ketika jantung istirehat setelah penat 'bekerja'. Jika tekanan terlalu tinggi, ia dapat meningkatkan kemungkinan stroke atau serangan jantung pada orang tersebut.

Jadi,sayangilah pasangan kalian. Jangan lupa berterima kasih dan meminta maaf.

25 November 2010

Cari2 cadar baru..

Dah dekat k 12 mlm..
Anak2 dah tido..
Tunggu hubby pulang dari main badminton..
Dapatlah men'tenet' kejap.
Ekceli aku tengah survey n mmg nak beli cadar baru..
1st cari untuk adik..
2nd cari untuk aku le.. he3
Dah dapat rasanya..
Cantik aku rasa2 tu..

Tapi bukan 100% cotton tapi tetra cotton..
Ok ke? Payah gak la nak cari cadar nii..
Dah berkenan design kain jenis apa kena gak amik tau..
Jom meh sini kita sama kenal jenis2 kain..


1. Cotton 100% – Kain jenis ini mudah dibasuh,lembut,tahan lama,sejuk dan selesa dipakai. Keburukan cotton ialah ianya cepat melebar dan warnanya cepat hilang dibawah cahaya matahari. Pakaian sukan dan pakaian kanak-kanak disarankan memilih kain jenis ini.
2. Lacoste – Ia adalah campuran polyster dan cotton. Kain jenis ini tidak melebar seperti kain jenis cotton, malah ia juga tidak mudah kedut. Tetapi harus diingat bahawa lacoste kurang sejuk dan menyerap peluh berbanding cotton 100%. Pakaian seperti jacket, suits dan pakaian sukan amatlah disarankan memilih kain jenis lacoste.
3. Tetra cotton – Bagi mereka yang mempunyai bajet rendah, kain tetra cotton adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Kain jenis ini bukanlah 100% cotton, maka anda akan rasa cepat panas ketika memakainya. Namun,kebiasaannya kain jenis ini akan tahan lebih lama kerana ia tidak mudah stretch atau melebar.
4. Microfiber – Kain jenis ini mempunyai kekuatan yang luar biasa dan 3kali ganda lebih halus daripada cotton. Keselesaan memakainya sama seperti ‘natural fabric’. Ia juga lembut dan tahan lama namun kain ini lebih mahal dan sesuai untuk sukan, aktiviti luar dan kegunaan pejabat. Kelebihannya,si pemakai akan berasa sejuk dan kering.
5. Interlock - Interlock adalah jenis kain yang mempunyai kualiti yang sangat bagus. Kain jenis ini tebal, lembut dan tidak panas. Biasanya pelanggan yang mementingkan keselesaan dan kualiti akan memilih kain jenis ini.

23 November 2010


Sedaya mana pun kita usaha nak puaskan hati semua org pasti tak termampu.. yang pastinya buatlah sesuatu yg terbaik pada hati kita.. kalau kita dah rasa kita all out buat yang terbaik.. biar apapun yang orang cakap, yang penting waktu tu kita dah puas hati..

22 November 2010

Ada plak tetiba pagi ni aku terima satu sms dari nombor yang tak dikenali..
Rasa2 nombor dari area mana ekk?
Ni nombornya +6285246494067
Mesejnya "Ini ayah Tlong bagi credit mexis 30RM ke nombor baru ayah 0128271042 ayah lgi ada msalah kat balai Police. Ta payah call ayah sekejap ayah call. penting."

Ma aruk sintok mana la nak try nak tipu aku ni..
tapi aku caya dia ni kejap sgt sok wat kerja camni..
Bengong tul..
Ayah aku dah la dah lama meninggal..
Hahhaha leh sms lagi..
kelakar habis..

Ps: Beware dengan nombor tepon yang anda tidak kenali

 

18 November 2010

bicara kata menguris kalbu

Berderai jua airmata ini.. Kerana kata2 mu menghiris.. bagaikan pelati tajam.. tertusuk di kalbu ku.. ku kembali tersedar rupanya aku bukannya siapa2 dihatimu.. bila kering airmata ini, kan kucuba ukir kembali senyum di bibir buatmu.. biarlah tuhan saja yang tahu.. secebis pun tak ingin kau tahu.. yang kau terguris hati ku.

Peluklah Isterimu..


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun.
Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.
  
“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit’ di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. 
 Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.
“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Fadzilah.

16 November 2010

Korban

Esok kita semua nak raya lagi..
Raya Korban plak kali ni..
Ada juga orang kata Raya Haji untuk Pak Aji Mak Aji..
Jadi ramai la yang sambut Raya Korban..
Kebanyakannya mampu buat korban..
Ada yang ber'ada' tu leh la wat korban lembu setompok dua tompok ker sekor ker..
Yang tak mampu nii.. leh gak wat korban..
Korban hati dan perasaan, korban tenaga ...

Korban Rasa?!
Rasanya itu yang perlu aku laksanakan..
Itu yang perlu aku belajar tunaikan..
Kadangkala aku rasa sakit sangat hati nii
Mananya tidak kalau diri diibaratkan sebiji bola..
Sepak ke sana disepak ke mari..
Bila nak guna... manisnya bicara..
Bila tak perlu.. sapa nak ngaku..
Semua benda aku tak buat katanya..
Semua benda rasa cam tak leh diharap..
Tapi yang dok buat tu sapa?
Dari dulu sampai saat nii...sapa?

Korban Rasa?!
Camna aku nak cuba..
Tak ingin ku luahkan dengan butir bicara
Kerana aku tak ingin ada yang disakiti..
Kerana mulut juga mungkin diri kan binasa..
Nak memendam  rasa? Benar2 menyakitkan jiwa..
Hati ini memang telah kau sakiti..
Hanya pada blog ku curah rasa hati..
Walaupun kau diam  seribu bahasa
Sekurang2nya ada reda di jiwa.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..
Semoga kita terus belajar dari setiap kesilapan..

10 November 2010

Hikmah di atas musibah..


Setiap manusia yang hidup di muka bumi ini pasti tidak akan terlepas dari ujian dari Tuhan yang mencipta segala kejadian. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil kerana tiada sesorang pun akan terkecuali dari ujianNya.

Kenapa Tuhan menduga kita?
Sebab Tuhan sayangkan kita jadi dia perlu menduga kita sejauh mana rasa sayang kita pula padaNya. Allah beri kita ujian dari yang mudah sampailah yang sesusah-susahnya. Namun ujian yang diberikan ada setimpal dengan kemampuan yang ada pada diri seseorang untuk menghadapinya. Jadi kenalah kita hadapinya dengan rasa sabar, tenang dan tabah. InsyaAllah di mana ada usaha pasti ada hasilnya.

Ujian Tuhan terbahagi kepada 2 yang utama iaitu Ujian Kesusahan dan Ujian Kesenangan.

Bila kita diuji dengan kemiskinan, kita mohon pada Allah kuatkan azam untuk bangkit membela nasib keluarga, bangkit mencari nafkah walaupun sesuap nasi untuk keluarga.

Bila kita diuji dengan kesakitan, kita meraung2 pada Allah supaya sembuhkan panyakit kita agar kita dapat sempurnakan sujud padaNya.

Tapi bila Allah uji kita dengan kesenangan, kemenangan, kemewahan, kita terlupa yang kita ini masih tetap diuji olehNya. Inilah ujian yang paling susah untuk kita hadapi.

Seharusnya, dan yang sepatutnya senantiasa mengingatinya walau apa juga keadaan kita kerana…?

Kerana Dia, kita wujud di bumi ini.
Kerana Dia, pencipta kita berserta seisi alam ini.
Kerana Dia, segala2nya.

Setiap ujian Allah kepada kita ada hikmahnya..oleh kita hendaklah sentiasa berdoa kepada Allah..agar diberi kemudahan dalam menempuh ujian yang melanda..semakin tinggi iman seseorang semakin besar ujia yang diberikan..jgn berputus asa pada tuhan..

Dalam musibah ada hikmah..
Ternilai lawan atau kawan..
Terungkai mana kawan mana sahabat..

Dalam derita ada bahagia......
Dalam gembira mungkin terselit duka...

Tiada siapa yg tahu melainkan ALLAH s.w.t. jadi..

Bersabar dan redha diatas segala yang berlaku..
InsyaALLAH....ada ganjarannya disisi ALLAH s.w.t.

02 November 2010

Seribu Kerisauan


Tak tahu apa nak cakap...
Tapi risau yang teramat sangat..
Kawan2 ku, mangsa banjir..
Camna keadaan korang..
Ya Allah.. Kau selamatkanlah mereka..
Kembalikan keadaan seperti sediakala..
Amin.

Air bah di Perlis


Sejak dari hari sabtu lagi hujan masih tak henti2..
Kain baju banyak yang tak kering2 dan banyak lagi yang tak basuh..
Terpaksa gantung2 dalam rumah dan bilik..
Takda tanda cahaya matahari kat terpancar..
Angin kipas pun jadi la nak buat keringkan baju..
Kalau tak, camna nak pakai baju kalau semua dah dan tak terbasuh lagi..

Jalan2 pun banyak yang melimpah air bah..
Area Padang Besar dan Arau semalam dah kena pindah..
Hari ini  masa nak mai kerja, terpaksa pusing kot jauh skit..
Air naik.. Stesen minyak ada yang terpaksa tutup, kedai2 pun banyak dah tutup..

Kami masih selamat kat atas opis nii...
Tapi tak senang nak wat kerja pun..
Kejap2 dok tengok air kat bawah tu..
Takut pulak nanti sangkut kat sini camna nak balik umah...
Huuuaaa... Huuuaaa.. Lebih rela sangkut kat umah dari kat opis ni..
Huuaaa anak2 kat umah tu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...