27 February 2010

Petikan Dari ILuvIslam : 

''Berani menghadapi masalah..Jangan takut dan gentar dengan masalah yang menghalang..Hadapi dengan benar dan tawakal, kerana setiap masalah sudah diukur Allah bersesuaian dengan kemampuan kita''

Pendapatku :

Sebenarnya, kita mudah panik untuk berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang hadir tanpa diundang.. Bila panik, tentunya otak kita buntu. tak tahu macam mana nak fikir. Bawa bertenang.. tarik nafas dan hempus.. ulang beberapa kali.. sambil beristigfar dalam hati.. Insyaallah jiwamu akan tenang. Bila tenang barulah rasionalnya datang.

Cakap senang tapi untuk menghadapinya tidaklah semudah yang disangka.. Ianya seperti soalan ilmu hisab, perlu dihitung dengan betul agar jawapan kita perolehi adalah jawapan yang betul. Andai salah hitungannya maka salahlah jawapannya. Menghitung persoalan amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. 

Bertawakallah padaNya, kerana setiap ikhtiar takkan tercapai tanpa restu dan pertunjuk dariNya. Dan ingatlah bahawa setiap apa-apa yang berlaku adalah kehendakNya. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Tak semestinya apa yang kita hajati, akan kita perolehi. Sesungguhnya Allah lebih tahu apakah yang terbaik untuk kita.

Bersyukurlah padaNya dengan setiap yang kita perolehi dan kecapi. Tuhan menguji kita kerana Dia sayangkan kita.

26 February 2010

Tercapai Jua Akhirnya..

Setelah hampir 6 tahun usia perkahwinan aku dan suami.. daripada kami hidup berdua hingga sekarang anak dah dua.. yang kecil pun baru ja mencecah umurnya 2 tahun 14hb Disember lalu.. Akhirnya dia telah kotakan janjinya untuk membawaku Pulau Langkawi. Bukan jauh sangat dari rumah ku tapi itulah kan kita hanya merancang tuhan yang menentu. Dan akhirnya Tuhan permudahkan perjalanan kami sekeluarga ke Pulau Idaman...Pulau Langkawi.

20.02.2010
Selepas sarapan pagi, kami bertolak ke Jeti Kuala Perlis. Tak drive kereta sendiri tapi minta tolong adik sedara hantarkan. Bertolak dengan feri Lada 2 pukul 11.30 pagi.. Macam-macam ragam anak2ku.. dari rumah ke ruangan menunggu, atas feri.. bersemangat sungguh... Sempat lagi CikLi berbisik di telinga, Semoga percutian ini menjadi suatu percutian yang menggembirakan dan the best.. Aku yang mengukir senyum dan mengharapkan yang sama sepertinya. 
  
  

Sesampai ja di sana kami sewa kereta.. senang sikit nak bergerak he3.. Terus jer menghala ker Pantai Chenang.. Ingat nak cari tempat penginapan area tu... last dapat juga.. AB Motel.. Rehat kejap.. mandi, pastu keluar pergi Under Water World...( sempat lagi beli gadjet..)

 
  
  
 
 
 
Ronda2 sekitar Langkawi.. tak ingat nama apa tapi dekat dengan Porto Malai..

 
  


Lepas tu, balik motel tukar baju anak2 n terus ke pantai kat belakang.. Bersantai di persisiran Pantai Chenang..(Subhanallah.. sungguh indah alam ciptaan Tuhan). Seronok tengok gelagat anak2.. CikLi pun sama naik ngan anak2nya...Bahagia rasa.. Ya Allah, Ku  mohon padaMu kekalkanlah nikmat kebahagiaan ini pada kami dan kuatkanlah hati dan iman kami di jalanMu Ya Allah..
 
 
 

Selepas puas main air, balik ke bilik, mandi dan bersiap2 untuk makan malam..dah lapar la.. Kami pergi makan malam kat kawasan sekitar tu jer.. Aliah Corner.. CikLi pernah makan kat situ sedap dia kata.. dia pesan Nasi Goreng Aliah Special, aku pun ikut order menu yang sama. Rafiq nak makan maggi jer.. puas pujuk suruh makan yang lain tapi tak jalan.. takpalah dah nak makan jua.. Habis semangkuk dia sorang makan! Syakir plak tak nak makan apa2 cuma nak air soya jer..

Lepas makan anak dah ngantuk lak plak.. nak minum susu lah.. aktiviti malam terhenti di sini jer.. apa lagi balik bilik la. bagi tidur anak.. letih sangat kot siang tadi.. kejap jer dua beradik tu dah tertidur. Seronoklah dapat tidur dengan dingin air-corn.. ish rasa rugi lah sewa keta tapi tak guna sepenuhnya.. takpalah takkan nak paksa anak2 dah letih..

21.02.2010
Check out pagi tu dan menghala ke Gunung Mat Cincang.. pergi breakfast kat sana.. tapi tak naik kereta kabel pun.. Rafiq kata nak naik tapi papa dia pun gayat.. mama?! takutlah.. anak2 dok tak diam kat atas kereta kabel tu... haish! tak takut nak bayangkan.. so, tunggu diorang besar sikit la..

Dalam perjalanan menghala ke pekan kuah.. Kereta kami kena tahan dengan JPJ. Hah! sudahlah kalau kena saman.. aku tak sempat nak tarik sit belt tadi.. Pegawai JPJ tu suruh park tepi lepas tengok lesen.. setelah disoal selidik.. Rupanya kereta yang kami sewa tu takda permit.. Kami lepaslah.. tuan kereta tu kena saman... Nasibaik...

Time for shopping... bestnyer! Dah niat nak cari perfumes, coklat, beg ( mak n mak mertua kirim) dan kain batik. Selesai shopping kami makan dia KFC dan akan bertolak balik dengan feri 1 Malaysia jam 4.00. Sementara tunggu feri, sempat lagi beli set pinggan mangkuk..1st time beli tak pandai nak pilih, CikLi ler yang pilih gak akhirnya. beli yang biasa2 ja.. nak guna bila duduk rumah sendiri nanti.

Oopss! Sempat lagi singgah kat Dataran Lang..
 
Masing2 dah letih.. tapi kami bahagia sangat kerana bukan senang nak spend time satu family cam gini.. Harap ada lagi percutian sebegini selepas ni.. Terima kasih awak.. terima kasih sangat.. kerana sudi meluangkan masa dan semuanya untuk keceriaan dan kebahagian kita sekeluarga.. Terima kasih, awak.. jangan jemu nanti ajak lagi yer..



25 February 2010

Aku Sentiasa Merinduimu..

Ayah...
Anakmu ini sentiasa merinduimu..
Masih jelas diingatanku..
Senyuman yang terukir di bibir mu..
Sejuk mata memandang..
Tersemat di hati..
Mendamai di kalbu..

Ayah..
Kaulah lelaki pertama yang hadir dalam hidupku..
Kau jua lelaki pertama yang bertahta di sanubariku..

Tak semudah itu untuk aku melupakanmu..
Kaulah pedengarku yang setia dan tempat ku bermanja..

Ayah..
Maafkan ku andai ada garis luka di hatimu..
Kini ku sedar..
Kau sentiasa mengharapkan yang terbaik dari anak-anakmu..

Dan masih terngiang-ngiang di telingaku
Pesanan jua teguran ikhlas lagi tulus
Yang lahir dari insan yang bergelar ayah

Ayah..
Tak mungkin ku lupakanmu walau sedetik..
Kerana kau segalanya bagiku..

24 February 2010

Apa Bukti Yang Kita Benar Sakit?


 Betul ker jatuh sakit ni? Kalau betul apa buktinya..
Oh! Ada Sijil Cuti Sakit... Swasta ker Kerajaan?
Kalau yang swasta punya... tak hairan lah.. boleh dibeli..
Kalau kerajaan plak.. maybe lah susah sikit nak dapat kecuali kita betul2 sakit kan..
tapi ada kes yang senang dapat mc kerajaan nii.. kes Psikiatri dan Kesihatan Mental...
confirm leh dapatnyer.. mungkin doktor takut dia naik minyak kot.. walaupun nampak keadaan dia normal tapi layak dapat sijil sakit..

Kenapa orang query bila kita cuti sakit?

  1. Pagi tadi nampak sihat jer.. tiba2 dapat MC?!

  2. Aik?! Kata MC hari ni, kenapa lak tiba2 ada kat opis nii?!
Bukan nak cari siapa salah siapa plak yang betul... tapi kalau kita jujur dan ikhlas dalam menjalani kehidupan seharian kita InsyaAllah.. biar apa jua orang nak kata kalau kita tak salah, kalu kita tak buat, biar orang tak percaya pun kat kita.. sabarlah.. Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. Kita diuji sebab Dia sayangkan kita.

Hai.. Bersua kembali..

Dah lama tak da n3 baru.. Akhir2 ni sibuk sikit lah.. hujung minggu lepas pergi bercuti di Pulau Langkawi. Letihlah.. kerja rumah pun banyak.. tak sempat nak buat n3 baru..  Emm pukul 3.00 petang ni nak pergi seminar Penampilan Anggun Wanita. He3 belajar nak cantik n anggun untuk suami tercinta InsyaAllah...

19 February 2010

DARI HATI SEORANG ISTERI

dariMu aku dijadikan,
sumbangan Mu memberikan satu keindahan,
yang hanya dapat dibuktikan dengan satu ikatan..
seperti Cintaku kepadaMu..Ya Allah..
 
dari susuk tubuh seorang lelaki,
aku bergelar isteri,
yang layak diberi haruman kasturi,
untuk bekalan berhari-hari sebagai teman sejati..
 
salahkah aku meminta manja
seperti adam dan hawa,
salahkah aku meminta belaian
seperti Kekasih Allah, Muhammad dan Isteri-isterinya..
 
aku seorang perempuan,
aku juga seorang anak,
bahkan aku seorang isteri,
yang bakal bergelar seorang ibu,
 
tiada menadah laut meminta hujan,
tiada sinar menyuluh alam,
hanya mengilap kaca untuk dijadikan berlian..
kesedaran ini menguji diri,
kesilapan ku anggap gurauan,
kesakitan ku anggap kebahagiaan,
kekecewaan ku anggap keharmonian,
hanya untuk mu suamiku,
senyuman seindah bungaan,
mekar harum tiada tampak madunya..
 
atas perasaan anugerah Ilahi,
aku redha menerima seadanya,
kerana dia suamiku yang dicintai,
sekadar di dunia, bahagia sejati di sana..
sedarkan dia atas kehadiran ku,
pelengkap rusuk seorang suami...
 
Nukilan Asal : Faizah Idris
 

 

 

 

18 February 2010

Tolong... Aku Hampir Lemas...

 
  
 
Aku baru jer pulang dari kerja...cuaca kat luar tu masih panas. Orang tengah bakar jerami.. Aduh! sesak nafazku.. rasa lemas kejap bila terpaksa meredah jalan membelah asap tebal..fuhh!! lega rasa bila sampai umah. Lega ker? hehehehee.. :P

17 February 2010

Forever - Weslife

I'll be loving you forever,
Deep inside my heart you'll leave me never,
Even if you took my heart,
And tore it apart,
I would love you still, forever,

You are the sun,
You are my light,
And you're the last thing on my mind,
Before I go to sleep at night,
You're always round,
When I'm in need,
When trouble's on my mind,
You put my soul at ease,

There is no one in this world,
Who can love me like you do,
That is the reason that I,
Wanna spend forever with you,

I'll be loving you forever,
Deep inside my heart you leave me never,
Even if you took my heart,
And tore it apart,
I would love you still, forever,

We've had our fun,
We've made mistakes,
But who'd have guessed along that road,
We'd learn to give and take,
It's so much more than I could have dreamed,
Cause you make loving you, so easy for me,

There is no one in this world,
Who can love me like you do,
That is the reason that I,
Wanna spend forever with you,

I'll be loving you forever,
Deep inside my heart you leave me never,
Even if you took my heart,
And tore it apart,
I would love you still, forever,

And girl I pray you leave me, never,

Cause this is the world, where lovers often go astray,
But if we love each other, we won't go that way,
So put your doubts aside,
Do what it takes to make it right,
I love you, forever, no-one can tear us apart,

I'll be loving you forever, (forever)
Deep inside my heart you leave me never,
Even if you took my heart, (took my heart girl)
And tore it apart, (you tore it apart now)
I would love you still, forever,
And I'll be loving you forever, (forever)
Deep inside my heart you leave me never,
Even if you took my heart, (you took my heart girl)
And tore it apart, (you tore it apart now)
I would love you still, forever,
I'll be loving you forever,
Deep inside my heart you leave me never,
Even if you took my heart,
And tore it apart,
I would love you still, forever
Terjaga ku dari tidur yang lena
tersedar ku dari mimpi
tak sanggup lagi dibelenggu rasa ngeri
yang sering menghantui

Kini ku bangkit semula
bangkit bersama semangat yang membara
dengan cekal di dada
untuk terus berjuang
di atas nama Cinta
di dalam restu dariNya

Kan ku pertaruhkan segalanya
demi mempertahankan Mahkota Cinta
yang kita bina bersama

Agar sinar bahagia kembali menyinari
hari-hari kau dan aku
Agar pancaran cinta kita
mampu menutup segala duka

Kau dan aku perlu bersatu
berdua bersama
mengubat lara
Fantasia Bulan Madu - Search

Demi cintaku pada mu
Ke mana saja kan ku bawa
Ku hujung dunia ke bintang
Kejora

Demi cintaku padamu
Kukorbankan jiwa dan raga
Biar pun harus ku telan
Lautan bara

Bulan madu di awan biru
Tiada yang menggangu
Bulan madu di atas pelangi
Hanya kita berdua
Mengecap nikmat cinta
Yang putih tak terbendung
Sesuci embun pagi

Andai dipisah
Laut dan pantai
Musnahlah ilham
Hilang pedoman

Andai dipisah
Cahaya dan bulan
Gelap gulita
Musnah asmara

15 February 2010

WANITA & LELAKI

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit dihatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan?Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang di kemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat.... Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata kata yang kamu ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai. Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

14 February 2010

Sedetik Tanpa Cintamu...

Sedetik tanpa cintamu..
akulah langit yang di malam itu
sepi tanpa kilauan bintangmu
hanya sesekali angin malam
yang menuip menyapaku

Sedetik tanpa cintamu..
akulah anak ikan di dataran
yang mengharap lopak air
Buntu.. arah mana harus ku tuju?
Resah.. mungkin ianya kan berakhir?
Gelisah.. barangkali tiada pertolongan..
Hanya tinggal sebuah harapan
Agar muncul sentuhan keajaiban Tuhan
Yang mampu mengubah segalanya

13 February 2010

Ya Allah
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Mengakasihi
Aku mohon padaMu Ya Allah
Kau tabahkanlah hati hambamu ini
Bagi menempuh dugaanMu
Kau kuatkanlah cinta dihatiku
Agar aku sentiasa mencintaiMu suami dan anak-anakku
Berikanlah petunjuk Ya Allah
Agar aku sentiasa kekal dijalanMu

12 February 2010

Panas > Bengang > Binggung....

     Aduh! Panasnya kat luar sana.. mungkin itu salah satu sebab kenapa kepala aku masih sakit dan taulah bila nak baik ni. Telinga pun rasa bengang jer. Tambah pula dengan perkhabaran yang baru ku terima. Semakin bengang dan binggung dibuatnya.

     Akan ku himpunkan segala kekuatan mental dan fizikal yang ada...Ceh! Macamlah ada silat gayung ka hapa ka? Tak kiralah walau camna pun aku kena start to solve this problem. Tapi rasa macam tak mampu jer nak handle sorang.. kena pasang spy nii.. jeng3..

     Akan ku perah otak ku untuk berfikir... Akan ku kerah bala tentera ku untuk bertindak... Anyway, thanks kat informer aku.. harap ada lebih information untuk aku jayakan misi ini..

     Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah aku kekuatan jasmani dan rohani untuk aku tempuhi cabaran dan dugaan ini. Ya Allah... Kau lindungilah kami dari perkara-perkara yang merosakkan imanku padaMu. Ku mohon padaMu Ya Allah agar diperlihara akhlak kami. Andai kami tergilincir dari landasanMu, Dorongkanlah semula ke jalanMu. Amin..Amin Ya Rabbal Alamin..

11 February 2010

Yang Terindah Hanyalah Sementara -Erra Fazira

Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan

Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tidak hentinya memanjang dan semoga jiwa ini terus tabah

Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa

Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali

Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini

"Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah"

Warkah Buat Ibu Mertua Ku

Mak...
anak-anak mak ramai
tapi anak lelaki mak cuma tiga

Mak...
menantu perempuan mak pun dah tiga
mak layan tak ubah macam anak kandung mak sendiri
kita hidup dalam aman dan bahagia

Tapi mak...
andai ada perempuan lain di luar sana
yang ingin menjadi sebahagian daripada kita
sanggupkah mak terima dia

Mak..
andai kata ada yang mengetuk pintu hati anak lelaki mak
apakah mak merelakannya

Mak..
andai anak lelaki mak mahu memperisterikan dia
masih adakah ruang buatku di hatimu

Mak..
andai dia jadi menantumu
perlukah aku pergi berlalu

Mak..
Terima kasih atas segalanya
maafkanlah andai jodoh cuma di sini

- Anak Menantumu -

10 February 2010

Ya Habib

Habib
Air mataku menitis tika kau terima akad itu
Bukan kerana ku sedih untuk tinggalkan zaman soloku
Bukan kerana ku takut untuk hidup bersama keluargamu

Habib
Air jenih yang mengalir dari mata ku
Adalah bukti keikhlasan ku menerima cintamu
Juga tanda aku telah bersedia menghadapi dugaan bersamamu

Habib
Titis air mataku ini
Bukti betapa bahagianya aku
Di saat kau menikahi aku

Habib
Akulah rusuk yang rapuh itu
Diciptakan bukanlah untuk dijunjung
Bukan jua untuk dijadikan pengalas
Tapi rusuk kananmu ini
Yang berada dekat di hatimu untuk disayangi dan dikasihi
Jua di sisimu untuk dijadikan teman dan dilindungi

Habib
Damaikan kalbu ku dengan kasihmu
Sebagai penyejuk di mata jua penawar di hatiku
Semailah cinta yang di jiwa
Agar bertaut dan bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa

Habib
Ingin ku jadi kejora yang setia menemani purnama tika malam
Ingin ku jadi pantai yang setia walau ombak seringkali menghempas pantai
Ingin ku jadi bunga indah yang menyeri dan mengharumkan tamanmu

Habib
Suatu ketika dulu kau pernah berjanji
Menghapus air mata ku
Menghapus kesakitanku
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah salahku di mana silapku
Air mata ku kini mengalir laju

Habib
Mengapa ada dia di antara kita
Mengapa harus aku berkongsi kasih dengannya
Bagaimana harus ku terima semua ini

Habib
Aku tak pernah ingkar padamu
Segala kehendakmu aku patuhi
Di mana kurangnya aku di mata hatimu

Habib
Kalaulah ini suratan takdir buatku
Walaupun perit terpaksa jua kutelan
Namun ku pinta kau faham
Khabar yang kau berikan padaku
Sudah cukup menyakitikan hatiku

Habib
Ku pohon padamu
Kau lupakanlah dia
Aku telah lama mengenali dirimu
Dia bukanlah yang terbaik untukmu

Habib
Andai kau benar-benar mampu
Andai kau betul-betul perlu
Kau carilah wanita yang mampu menampung kekuranganku
Carilah wanita yang mampu menjaga martabat dan hartamu
Carilah wanita yang mampu mendidik dan membimbing anak-anakmu

Habib
Carilah madu yang menjadi penawar buatku
Bukan racun yang bisa bunuh minda dan hati

Habib
Kau sentiasa kekal di sanubari
Dan anak-anak kita adalah penyeri
Walau apapun yang terjadi
Kau tetap ku cintai sepenuh hati

09 February 2010

Menyesal - Ressa Herlambang


Semula Ku Tak Yakin
Kau Lakukan Ini Padaku
Meski Dihati Merasa
Kau Berubah Saat Kau Mengenal Dia

Bila Cinta Tak Lagi Untukku
Bila Hati Tak Lagi Padaku
Mengapa Harus Dia Yang Merebut Dirimu

Bila Aku Tak Baik Untukmu
Dan Bila Dia Bahagia Dirimu
Aku Kan Pergi Meski Hati Tak Akan Rela
Terkadang Ku Menyesal

Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu
Terkadang Ku Menyesal
Mengapa Ku Kenalkan Dia Padamu

05 February 2010

Terima Kasih Daun Keladi.. Jangan Jemu Tegur Lagi..

Semalam dalam perjalanan pulang dari kerja, aku kena tahan ngan JPJ. Ceewah! dengan selamber giler aku pun tunjuk lesen n roadtax. Sebab tak wat salah pun wat pa nak takut kan? Yang best tu, sambil pegawai JPJ serah balik lesen aku tu dia pesan, "Cik, lesen mati minggu depan yer.." aku tanya balik, " ya, encik.." padahal aku tak berapa nak dengar dia cakap apa. Dia kata lagi, "Minggu depan lesen mati, 11hb tau.." Masa barulah aku tersedar. "Terima kasih, Encik". Mujurlah kena tahan waktu nii.. kalu minggu depan mau kantoi aku.

Penang... Aku Datang...


Yes! tak sabar rasanya nak balik kampung.. Balik kampung ooo balik kampung.. Last balik Penang, masa krismas hari tu.. Yang bestnya adik yang kat Putrajaya pun balik sekali. emm bukan senang nak kumpul adik-beradik ni walaupun kami cuma lima beradik jer. Yalah, masing-masing sibuk ngat kerja n family sendiri. Wah! macam2 terbayang kat fikiran ni.. Ais Kacang Madu.. Sedap tau.. Lepak kat tepi pantai.. wah.. best! Emm malam tadi dah siap order Belancan lagi Mak mertua pesan.. dia kata belacan Batu Maung sedap.. tak leh lawan belacan lain.. ye ker? 10 ketul cukup ker mak..hehehhee

Macam nak minta kat bos balik awal yer.. tapi rasanya tak leh kot.. isnin ni dah nak cuti.. kerja banyak lagi yang nak kena settle.. kalau tak settlekan hari ni.. kesian plak kat kawan2 nak kena cover la.. depa pun banyak kerja dah.



03 February 2010

Nak Kurus Ke Gemuk?

Aik?! Konfius ni.. Ada ka orang yang nak jadi gemuk.. tapi kalau kurus sangat pun tak cantik, kan? Itulah yang saya fikir tapi tak taula orang lain. Kata orang dulu2, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Emm zaman sekarang ni, rambut pun dah tak sama kaler..

Kat sini ada tips yang berguna untuk semua.. Bacalah.. Renunglah.. Fikir2kanlah.. and jom kita sama2 mempraktikkannya.

Tips Untuk Kurangkan Berat Badan Dengan Cepat
  1. Kurangkan makan nasi & makanan berlemak. Cuba amalkan makan roti yang ada bijirin bagi  menggantikan nasi.
  2. Buat exercise keluarkan peluh sekurang2nya 30 minit setiap hari. Paling baik ialah ‘jogging’ atau berenang.
Boleh ka nak praktik ni? Nak kena ada displin dalam diri ini. Cakap memang senang kan.. tapi kena himpunkan kekuatan jasmani dan rohani ni.. baru leh menjadi.
 
Tips Tambahan Yang Boleh Membantu Mengekalkan Bentuk Badan Ideal
 
Amalkan Makan Malam Sebelum Jam Tujuh Malam. Elakkan Mengambil Makanan Yang Berat Kerana Kadar Metabolisme Yang Rendah Pada Waktu Malam Akan Menyebabkan Makanan Disimpan Sebagai Lemak. (InsyaAllah.. boleh ni..)

Jangan Mudah Terpedaya Iklan-iklan Merampingkan Badan Atau Produk-produk Pil Kurus. Kebanyakkannya Indah Khabar Dari Rupa. Duit Habis, Badan Tetap Juga Naik.(Hah.. Tul tue.)

Dapatkan Nasihat Doktor Sebelum Membuat Keputusan Membeli Produk Diet Yang Banyak Terdapat Di Pasaran Dan Farmasi. Pandangan Doktor Adalah Lebih Selamat. (Ingat! Jangan wat pandai sendiri..nanti makan diri)

Turun 1 Kg Sebulan Secara Tetap Adalah Lebih Baik Daripada Turun Berat Badan Secara Drastik Dan Mendadak. Ini Boleh Mengganggu Kesihatan Dan Kemungkinan Berat Badan Anda Akan Naik Secara Mendadak Pula. (emm..kalau berat maintain jer?! kira oklah lah yer..hehhehehe)

Rajinkan Diri Melakukan Senaman Seperti Sit-up. Jika Mampu, Berkunjunglah Ke Jim Berdekatan. Senaman Membentuk Otot Yang Sihat Dapat Membakar Lemak. (Bersenam ngan anak2 kat umah jer)

Positifkan Diri. Buatlah Target Badan Yang Realistik Dan Perancangan Yang Sesuai. Jangan Memaksa Diri Mencapai Perkara Yang Tidak Logik Dalam Masa Yang Singkat. (Camna nak wat target tu jer..keep maintain jer boleh?)

Jangan Asyik Menimbang Berat Badan. Anda Akan Kecewa Jika Masih Tiada Perubahan. Cara Paling Fleksibel Ialah Menimbang Berat Badan Tidak Lebih Sekali Dalam Seminggu. ( ok jer)

Beri Penghargaan Untuk Diri Sendiri. Beri Ganjaran Pada Diri Sendiri Jika Matlamat Tercapai. Contohnya, Makan Satu Bar Coklat Yang Sedap. Jangan Risau… Sesekali Tidak Mengapa. ( Coklat n aiskrim sedap tu..)

Jom try.. Nak me'maintain'kan diri.. InsyaAllah.. Tapi satu jer perangai buruk yang agak sukar nak buang.. kalu marah @ bengang @ tension, habislah diet aku entah ke mana.. camna nak slim ni.. isk3

Berdebar Jantung Ni..

Hai dah lama rasanya tak menulis kat blog ni.. tak sempatlah.. banyak tugas nak kna settle ni.. ni pun curi2 masa nak post kat sini..

Pagi tadi lepas subuh, aku dapat sms dari adik. "abg accident, skrg ada kat Hospital". Dug dap.. dug dap.. jantung ku kencang.. terus aku tepon adik tanya. Katanya, abg kena langgar dengan mat rempit malam tadi waktu keluar dari rumah nak ke tempat kerja kira-kira k 10 malam tapi dia pun salah gak sebab motor tak dak lampu belakang. Report polis pun dah buat, sekarang kat hospital dan tak tau lagi camna keadaan dia. Pukul 8.30 pagi tadi aku tepon tanya kak ipar plak. Dia dalam perjalanan balik umah dari hospital. Katanya, tengok ke motor tu teruklah tapi dah scan apa semua.. Alhamdulilah.. abang tak da apa-apa. cedera ringan ja, mungkin petang ni dah boleh kluar hospital kot. Harap2 tu, macam tu la.. dan rasa tak sabar juga nak balik Penang ni..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...