27 February 2011

Parau...

... Suaraku, dah jadi macam suara ella ...


aku sakit tekak.. suara pun dah bertukar..
Bila cakap ngan orang terutamanya anak2la banyak tul..
nak kena cakap ulang2 kali nak bagi faham
lagi la tekak ni makin sakit


Semalam masa lepak kat depan tv..
Rafiq tanya kenapa suara mama leh jadi macam tu..peliklah..
aku cakap sebab banyak minum ais kot..
tambah plak asyik jerit kat abang ngan adik..
coz selalu tak nak dengar cakap mama.


Husband plak kata baguslah sakit tekak takda orang na bising2
memang aku suka bising2 tapi bukan tanpa sebab..
Lagipun perempuan mana yang  suka pokpet2 melainkan ada yang  tak kena
Kata dulu tak kena, kenalah tegur..
Sekarang bila orang tegur cakap kita pokpet2


Sekarang ni, cuba nak kurangkan keluarkan suara itik nila ni hah
taksuka2 la suara ntah macam apa jer..
buruk betul.. tekak pun perit..


sekarang ni cuma makan ubat sakit tekak yang doktor bagi tu jer
yang tulis kat situ.. 3 kali sehari.
tambah plak batuk..aduh perit tul tekak ni..


Dulu aku bila tengok orang hilang suara opps bukan bisu
maksud tu suara serak..
Rasa macam best ja..
Tak pernah plak jadi kat aku bila demam org minum ais pun..
sampai teringin gak sekali nak suara serak.. ROCK konon..


Now, nah ambik kau..
Kata2 beserta niat tu satu doa..
Kali ni dah termakbul
sekarang rasakan.. lepas ni tobat dah tak nak pasang angan2 yang bukan..


Kita minta baik baiklah jadinya
Kita minta tak baik, nanti tak baiklah jadinya..
Kadang2 cepat tertunai yang kita hajati
Kadang2 lewat2pun tertunai juga
Cepat atau lambat
Kita hanya berdoa..
Yang melunaskannya
Hanya Dia yang Maha Mengetahui..

25 February 2011

Kena tinggal

Rasa mengantuk dan letih sangat2..
Tapi tak leh nak tido lagi..
Kalau tido pun tak tenang...
Malam ni kami kena tinggal kat umah 3 beranak ja..
Papa pergi men badminton.
Mula ingat nak ikut gak taoi Rafiq dah tido dulu..
Tinggal aku ngan Syakir la dok cuba tahan mata..
tapi rasa tak tahan dah nii..
Nak cerita apa malam ni pun tak tau..tak leh nak pk...
ngantuk n lemah sangat ni..
Malam ni cuma intai2 blog kawan maya ja..
Opps mata dah layu, mau tertutup dah nii..
esok plak kena attend meeting n ada kenduri..
uuwwwwaa tertido jugak aku kat sofa ni..
papa... baliklah cepat...

24 February 2011

Info Kesihatan :Kanser Payudara

Pagi tadi luangkan masa skit pergi dengar ceramah kesihatan dan keluarga drpd LPPKN. Bestlah dapat info sikit.. Nak share ngan korang ni. Nak tahu tak apa punca kanser Payu Dara?!

1.        35% berpunca drpda permakanan kita.
2.        Persekitaran  Tekanan @ stress.
3.        Keturunan
4.        Pernah mengalami atypia (ketulan) pada biopsy payudara
5.        Pernah hidap kanser payudara@kanser ovary.
6.        Pernah terima rawatan terapi hormon gentian.
7.        Tak pernah melahirkan @ melahirkan anak pertama pada umur lebih 30 tahun.
8.        Haid 1st sebelum umur 12 tahun.
9.     Monopaus pada umur melebihi 55 tahun
10.     BMI lebih 30.

Takutkan.. jadi buat la pemeriksaan awal. Buat Pemeriksaan Sendiri Payudara(PSP) or Pemeriksaan Klinikal Payudara(PKP).

23 February 2011

Masak lemak nenas

Tadi mana singgah pasaraya nak beli sabun untuk budak2 tu..
Nampak orang jual buah2 yang siap potong juga rojak..
Bukan teringin rojak la..
Baru ja makan rojak masa balik penang haritu...
Salah satu hantaran pihak lelaki buah2an beserta kuah rojak..
Apa lagi diorang proses petang kenduri tu jugak, makan ramai2.. best!


Tapi petang tadi bila tengok nenas tu, teringat mak selalu buat masak lemak time bulan puasa..  Jadi aku beli 2 potong nenas.. n siap berangan dah atas motor nak buat masak lemak.

Balik umah terus proses..
Senang ja nak buat masak lemak nenas ni
Nenas potong kecil2 + bawang merah + bawang putih + cili padi + udang kering@bilis + santan + garam + gula + asam keping
Masuk semua kacau atas api sederhana sampai mendidih
Tadaaa..

Dan lagi tapau skit untuk mertua beserta 2 ekor ikan tamban kering
he3 saja nak ambilhati orang tua...

1st menu Teratak Kasih Rs

Menu pertama yang ku masak di dapur Teratak Kasih RS..
Jeng3.. Paling simple sekali..
Bukan malas ekk.. tapi itu ja yang ada kat dapur masa tu..
Mula2 nak buat telur masak sos..
tapi sos pun tak da..
aii teruk tul kan..
jadi tukar la jadi telur masak kicap..


Untung punya suami dan anak2 yang tak kisah
tak banyak songeh
Habis licin kami makan..
Alhamdulillah itu la rezeki kami malam tu..
Esoknya baru keluar cari barang2 lain buat stok
Senang bila nak makan ada ja..

22 February 2011

Satay Teluk Kumbar

Hari tu masa balik penang, abang belanja satay..
Bukan satay kajang.. tapi satay Teluk Kumbar..
Sedap satay tu.. besar2 lagi..


Kalau siapa2 nak try rasa boleh la singgah kat pekan Teluk Kumbar, Pulau Pinang.
Gerenti sedap.. tak rugi punya..
Sebatang baru ja RM0.40 ja

Amacam?! ada berani ka? Cubalah..





Tentang ibu..

"Ibu.. ibu.. engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka.. engkau hiburkan selalu.."


Pasti semua kenal sangat dengan lagu ni kan..


"Apa lah yang mak buat tu..
Mak sihat ka?"


Adakah kita selalu luangkan masa untuk mak..
Gunakan sedikit masa untuk bertanya @ ambil tahu tentang dia..
Tak rugi.. ya walaupun kita jauh di mata.. telinga dia biar kita dekat dengan dia..
Agar di hatinya tetap ada kita.
Agar di hatinya dia tahu kita sentiasa ingat dia..


Mak takkan terang2 nyatakan apa yang ada dalam hatinya
biarpun rindu seribu luka..
biarkan hati memendam rasa..
untuk terucap tak semudah bicara..


Selagi dia masih ada..
juga mengharap kasihmu..
janganlah hampakan dia..
janganlah seksa jiwanya..


Ingatan buatku juga buat kalian
Kasih ibu sentiasa menyala..
Kasih ibu juga membawa kita ke syurga..

Sulaman Kasih

Kenapa hilang diri beberapa hari..
bukan hilang la.. tapi sibuk dengan urusan dunia realiti..

Balik Penang la jumaat hari tu..
Sabtu adik perempuan selamat diijabkabulkan dengan pilihannya sendiri
Opps zaman sekarang ni semua pilihan pasangan sendiri dah..
Kalau ada pun.. jarang2 la kita dengan dengan pilihan orang tua..

Walau apapun pilihan itu..
Semoga ikatan kasih kekal buat selamanya..



21 February 2011

I'm back

Hai.. assalamualaikum..
Aku kembali lagi.. setelah beberapa hari menyepi..
Tadi masa kat opis, tak leh update blog..
Server kat opis tak leh nak ekses internet..
Internet kena sekat la plak..Hu3


Nasib baik kat umah ni dah pasang semula streamyx..
Dulu dah langgan streamyx RM60 sebulan ni
tapi masa tu dok dengan mertua
sekarang dah pindah.. streamyx pun kena pindah sekali la..
kalau tak bayar bil free2 ja la..


Masa nak ubah ke rumah baru ni kena tambah 3 tiang baru..
almaklumlah dok dalam hutan..
dulu hutan sekarang dah clear..
RM350 lagi kena tambah untuk permasangan baru ni..


Nak taknak kena juga la..
Tak da internet, kurang bermakna la plak..


Tapi kat TMnet sekarang ada banyak pakej dah sekarang ni..
boleh pilih yang rasa sesuai..

17 February 2011

Jarang2 jumpa...

Hari ni rasa sihat sikit...
Pergi pasar tani pagi tadi..
Dalam dok jalan2 tu, jumpa pakcik ni jual belangkas. Banyak tu.. selalu susah tu nak jumpa.
tak caya tengok ni..
Selalu tengok orang panggang, then makan telur dia..
ada cara len ka nak masak dia... hurm..

Balik dari pasar tani, singgah umah mertua hantar daging yang dipesannya.
Mak plak tunjuk ikan haruan yang ayah beli..
Sekarang ni susah nak dapat ikan haruan..
Tapi entah mana ayah beli RM11 per kilo
Besar kan.. takut plak tengok..
Harga dia RM16.
separuh wat masak cabai n separuh lagi wat goreng jer..
ada mak tapau untuk kami skit..
aku tak makan pun..
hubby sorang ja yang makan.

masa jalan kat pasar tani jumpa
pucuk paku rawan
mula ingat nak wat kerabu tapi tak pandai la plak..
selalu tengok mak yang buat..
kerabu mak lain..
kerabu mak mertua plak lain..
last aku masak paku rawan + kangkung goreng belacan
dapat la balas tapau mertua..he3


16 February 2011

Kek Coklat Lembab KakNi

Kali ni nak kongsi resipi plak..
Resipi ni aku bagi nama Kek Coklat Lembab KakNi..
Kek ni kami buat khas untuk majlis bacaan Yassin sempena perasmian Teratak Kasih RS.
Simple sangat.. Cara masak kukus tau.. tapi nak bakar pun boleh gak.



Bahan2 untuk kek :
  •  1 1/2 cawan     Minyak masak         
  • 2 cawan            Tepung      
  • 4 biji                Telur                           
  • 2 cawan            Gula                             
  • 1 cawan            Serbuk koko                 
  • 1 cawan            Air suam                       
  • 1 cawan            Susu pekat                     
  • 1 penutup          Esen vanilla                   
  • 1 penutup          Baking powder             
  • 1 penutup          Soda bikarbonat     

Cara2nya:
  1. Tepung+ serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat => ayak sekali
  2. Pukul minyak + gula sampai kembang.
  3. Masukkan telur satu demi satu. Pukul lagi.
  4. Masukkan susu + esen vanilla.
  5. Masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit berselangseli dengan air.
  6. Pukul hingga sebati.
  7. Masukkan adunan dalam bekas comel2. Jangan letak penuh, separuhnya ja tau.
  8. Kukus selama 15 minit.
  9. Biar sejuk, letak topping n hias mengikut citarasa.
 Bahan2 untuk topping :
  • 1/4 buttercup
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan serbuk koko
Cara2nya : Masukan semua bahan tersebut dan kacau sampai sebati di atas api yang perlahan.

Selamat mencuba.. sedap tau..

15 February 2011

Bawang oo bawang..

Kalau dulu  aku selalu gak la mengeluh
sebab tiap kali nak masak
mesti bawang habis, nak kena beli len
aku lebih suka kalau nak masak tu semua dah ada
tak payah susah2 kelam kabut nak p kedai


Dek kerana suka wat stok kat umah tu
bawang merah yang ku beli untuk masak kat Teratak Kasih RS
Bila tengok, nak masak...
eee berair camna nak buruk dah
aku letak kat luar cam sebelum ni..


dulu hari2 guna bawang
sekarang pun sama
tapi ahli dah kurang
jadi masak pun cukup2 ja


lepas ni kalau nak buat stok kena letak dalam peti sejuk la kot
atau ada cara lain ekk?!


Apa nak buat ngan bawang buruk ku itu..
nak dibuat sayang..
jadi kena la kupas semua..


Cara ini boleh la nak try...
confirm lebih cepat n tak pedihkan mata..
mudah jer..
rendam lah dulu macam ni



Jadi tak yah nangis2 lagi bila nak kupas bawang k
Ini plak gambar bawang merah yang telah ku selamatkan
berjaya...



Aktiviti anak2ku..

Ada juga yang bertanya budak2 2 orang tu ok ka dok kat umah baru?
Apa yang depa buat, main kat umah ka kat luar rumah?

Alhamdulillah..
Abang n adik ok ja..
Dah makin boleh sesuaikan diri kat umah tu.
Biasa la nama pun budak2 kejap o.k kejao k.o

Kalau petang sibuk nak main bola kat padang bola dekat dengan umah tok depa
Kalau malam, kalau tak tengok tv (kartun la)
Puzzle la yang depa main
Tak jemu2..
Rasa cam leh hafal dah mana nak letak..

Tengok tu.. Serius tul lawan puzzle ni
Sampai masing2 mengadap kot lain..
See..Main puzzle style baru..
Tak yah susun ikut blok puzzle dah..
Susun kot terbalik plak..
Betul ka tu dik..

Juara tetap abang la..

Tak puas hati snap sendiri la plak..
tengok adik tu..
tekunnya nak siapkan puzzle dia..
sampai tak panggung2 kepala..

14 February 2011

Pesta apa kat Perlis...?!

Tukar citer lain plak la..
Haa sekarang ni kat Perlis. Kebanyakkannya dah habis ambik padi. Time ni dah macam pesta kat sini.. Nak tau pesta apa?! Tengok gambar ni.. n teka..

Alamak terbalik plak gambarnya.. sori ekk
Leh nampak ka jalan tu..
Nak taknak kena redah jer..

Lokasi pesta yang bertuah kali ni adalah kat belakang masjid tu
Tak dapat nak bernafaslah untuk ke tapak pesta tu..
Cepat2 beredar dari situ..

Aahhh.. Lega rasa..
Alhamdulillah dapat hirup oksigen segar lagi
Ni la pic selepas pesta tu..
Pesta Bakar Jerami

Ku kenalkan Teratak Kasih RS

Dah lama nak updated pasai Teratak Kasih RS buat tatapan teman2..
Memandangkan ramai yang asyik bertanyakan gambar tu..
Jadi hari ni saya try upload beberapa gambar buat tatapan semua.

Kenapa hari ni?! Sebab hot tiket dah hampir tamat.. free 24 jam internet..
Kalau nak tunggu guna streamyx kat umah tak dapat lagi la..
Semalam orang TMnet datang nak pasang streamyx kat umah..
Tapi jiran sebelah tak kasi pacak tiang telefon kat area rumah dia..
Kalau tak, dah selamat pasang dah semalam dengan caj RM150.
Jadi, nak kena tarik wayar internet tu dari jalan besar la..
Entah berapa batang tiang la nak cukup..
Caj dia plak... mesti lebih lagi.. postpone dulu la.. hu3

Oklah lupakan kejap cerita sedih tu..
Nak tayang umah baru nii..
Tapi lupa la plak nak snap rupa Teratak Kasih dari depan..
(hutang dulu la yang tu..sorry ekk)

Ni la langsir idaman.. dah jugak akhirnya..
Senyum sampai ke telinga.
Kakak Ipar yang jahitkan. Bukan jahit saja  berserta dengan upahnya.
Mula2 nak beli kain n post kat kak ipar di Batu Gajah, Perak tapi peningla nak pilih yang mana satu + dengan kos nak hantar lagi. Last2, masuk ja RM n dia urus semua. Dia mms gambar kain n kami setuju. Pastu tunggu dia balik mai pasang. Senangkan.. he3 tapi puas hati la.

Kipas, pilih warna hitam..
Yang 1st tu letak kat ruang tamu n dapur.
Yang 2nd tu letak kat setiap bilik.

Tv Toshiba Regza + Speaker + Astro + DVD Player.
Rak Tv tu macam kat Westcourt kan..
Tapi yang ni beli kat Kedai perabot Kuala Sanglang, Perlis ja
Rak yang sama tapi harga lebih murah.
I memang suka bab leh cut cost ni..He3

Sofa ni matching tak?!
Isnin 07.02.2011 baru sampai.


Inilah tempat aku berkungfu dengan periuk belanga segala.
Masih belum sempurna.
Pintu kabinet belum buat lagi.
Kalau ada lagi kemas, kan?
Bila la nak buatkan ekk.. tunggu duit kut kot..he3
Kesian dia, malu xda tutup.
Sebenarnya dah jahitkan skirt untuk dia.
Bukan aku yang jahitkanlah..
He3 nak jahit seluar koyak pun berpeluh2..
Sapa lagi kalau bukan mak mertua yang satu tu la yang tolong jahitkan. (sayang gak dia kat aku ekk..He3)
Tapi entah bila la cik hubby nak pakaikan skirt dia tu..

Alamak! Panjang plak n3 kali ni..
Gini la bila dah lama pendam nak publish ni..
Nah kau.. tak larat layan kan..
Ok la.. stop kat sini dulu ya..
Kang ada pulak yang dok uwek2

13 February 2011

Try tak boleh2 pun.... ish!

Bengkek betul la...
satu hari try updated blog kot handphone tapi tak boleh...
Last2 kena mai umah mak jugak nak updated...
Tapi ni nak balik umah sendiri dah nii..
Aku yang tak pandai kot nak updated blog kot handphone...
Nt2 la belajar len..

Sedapkan nampak pulut ayam ni...
Pagi2 tadi, adik ipar hantaq...
Aku n Hubby tak makan pulut 
tapi sedap la tu coz budak 2 orang makan bertambah2..
Thank you yantie..

12 February 2011

Adab Masuk Rumah Baru?!

Sebagai orang melayu yang juga beragama Islam kita kaya dengan adab. Oleh kerana saya n family bakal telah berpindah ke kediaman baru, saja saya search this topic untuk panduan saya juga buat berkongsi dengan teman2 sekalian. (sebenarnya n3 ni terperap kat draft, lupa nak publish)

Selepas dok godek2 mouse, tekan2 keyboard ni.. inilah hasilnya :-

Antara amalan yg sepatutnya dan sesuai diamalkan dgn ajaran agama dan sunnah Rasulullah saw apabila memasuki rumah baru, termasuklah :

LAUANGAN AZAN : Para ulama' berpandangan bahawa adalah baik bagi kita melaungkan azan ketika pertama kali memasuki rumah baru. Ia juga baik bagi rumah yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Ada yang berpendapat sekiranya ianya dikosongkan lebih drpd 40 hari; ada juga berpandangan sekiranya rumah itu dikosongkan lebih 15 hari. Dalam sebuah hadis; Rasulullah saw pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah rumah itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sebagai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak penghuni.

Dlm hadis yg lain pula, Rasulullah saw bersabda yg maksudnya : "Ketika zan dilaungkan, syaitan akan melarikan diri.."

MEMBACA SURAH AL_BAQARAH : Dlm hadis yg diriwayatkan oleh Abu Huhairah r.a, Rasulullah saw bersabda yg bermaksud : "Janganlah kamu menjadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca surah Al-Baqarah."

SOLAT DAN MENGAJI AL-QURAN : Dlm sebuah hadis lain, Rasulullah juga menggalakkan agar memperbanyakkan solat dan membaca al-Quran. Bagianda bersabda yang bermaksud : "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis diriwayatkan oleh Al-Baihaqi)

BACA SURAH YASSIN, AL-FATIHAH DAN AL-IKHLAS : Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, elawat ke atas nabi senayak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

PAGAR RUMAH CARA ISLAM

11 February 2011

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

Try GA contest lagi sekali..
Jom kita try pulak..
Suka2 saja..

Meh la klik blog Tote Boutique's

Ni ha hadiahnya..

Comey kan hadiahnya..

Alamak! Lupa baca doa la...

Kisah malam tadi..
Semua dah siap2 nak tido..
Rafiq memang dah ngantuk sangat, baca doa terus tido..
Tinggal Syakir ni banyak songeh sungguh la..
Agaknya dah puas tido siang kot..
Itu yang liat sangat nak tido
Nak susu, aku bancuhkan..
Pastu bila tutup lampu pun dok asyik cakap tak abis2 lagi
Last aku gempaq dia.. tido cepat nanti jebon mai ambik adik..
Then dia kata doa tido tak baca lagi..
Macammana ntah adik lupa la...
Kena ajar dia baca doa tido sebab masih bertatih lagi..
Tak leh nak hafal penuh lagi.
Bila dah baca, orang suruh tido..
Dia cakap.. Alamak! tadi masa makan lupa nak baca doa makan la..
He3 nanti2 ja la adik baca len kalau nak makan...
Haii banyak songeh sungguh la budak kecik ni

10 February 2011

Segenggam Tabah

Wahai Sahabatku,

Kita seringkali mengeluh setiap kali dilanda masalah.
Malah kadangkala kita mempersoalkan takdir Tuhan atas musibah yang menimpa kita.
Tanpa kita sedari musibah itu bukan sekadar menyedarkan diri daripada lena
tetapi hikmah di sebaliknya adalah untuk menajamkan lagi akal kita.

Jadi, tabah dan redhalah atas segala ketentuan Allah swt.

Tabahkanlah hatimu sahabatku

Nak story skit bab kawan saya ni..
Kami ditakdirkan bertemu di Kolej tahun 2000. Dia jadi roomate saya tapi ambik course len. Setahun jadi roomate, ukhwah tu kekal sampai ke hari ni.

Dia baik sangat tapi dia tak ramai kawan. Entah kenapa tapi dia memang baik. Mungkin fizikalnya yang menjarak dia dalam pergaulan dia dengan yang lain. Dia seorang yang istimewa.

Kenangan kami masih kekal dalam ingatan. Dia seorang yang jujur dan juga cukup suka berahsia. Sekarang, dia dah berkahwin tapi belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

Beberapa minggu yang lepas, entah bagaimana dia meluahkan perasaan dia pada saya. Cukup lama dia simpan, sampai la hari tu dia sms.

Perkhabaran itu benar2 mengejutkan saya. Selama ni dia pendam tak cakap kat sapa2 kecuali husband dia. Family dia pun tak tahu. Saya orang kedua yang dia khabar berita tu. Rupa2nya kawan baikku sakit. Jantung bengkak. Setiap hari kena suntik untuk redakan bengkak. Bernafas pun sakit. Sekarang ni dia perlukan wang untuk bedah. Kos RM30,000. Dia dah kumpul, dah jual handphone, dah gadai rantai kawin tapi masih belum mencukupi. Tambah sedikit duit dariku masih lagi tak cukup RM450.

Aku cuma minta dia sabar kejap. Jangan putus asa. Ingat Allah. Insyaallah ada rezeki lebih, ada la untuknya. Semoga dipermudahkan.

Setiap hari ku mampu tanya khabarnya dari kejauhan. Setiap hari terpaksa kupujuk hati yang seakan hilang semangat untuk hidup.

Ya Allah..
Kau tabahkanlah hati sahabatku ini.
Kau permudahkanlah segala urusan buatnya.
Amin.


Nak tolong cat.... boleh la..


Inilah gambar anak2 ku yang rajin nak tolong mama & papa..
Gambar ni snap masa 1st day cat dinding Teratak Kasih RS. Bersungguh abang & adik nak tolong cat sampai nangis2 la bila tak kasi cat. At last, papa kasi peluang kat depa cat. Tengoklah bertapa tekunnya budak2 tu.. sampai buang2 kasut.. sampai tertonggek2 la mengecat.. Lepas cat tu.. baju + seluar tu harus dah tak leh nak pakai.. basuh pun tak keluar dah.. mana taknya penuh dengan cat. Bukan setakat baju, kaki, tangan, muka, rambut.. semua kena cat. Masa nak mandikan depa, teruklah kena sental.

Tapi papa bagi cat untuk 1st layer je ekk.. lagipun budak2 kejap je nak menyibuk pastu jemu la. Nasib baik la... kalu tak, apa jadi la entah..


08 February 2011

Curi2 intai..

Lama tak buat n3 baru..
Kesibukan dengan tugas2 seharian..
Tanggal 4hb Februari 2011 menjadi sejarah dalam hidup kami..
Nak tahu kenapa?
Sebab kami secara rasminya dah jadi penghuni di Teratak Kasih RS..
Masih dalam tempoh penyesuaian diri kat umah baru..
Kat sini tak banyak barang..
Yang ada pun yang asas ja..
Tengah menglengkapkan keperluan rumah sedikit demi sedikit
Astro dah pasang.. tapi streamyx tak pasang lagi..
hu3 terpaksa curi2 masa kat opis nak jengok2 blog kawan2 n buat n3 kalau sempat..
K la nt kalu dah pasang streamyx.. hope dapatlah mengganas kat blog kesayangan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...