31 May 2011

Bapa Borek Anak Rintik

Jangan plak jadi cam aku adikku ketika darjah 2.
Balik dari sekolah terus excited bagitau mak.
"Mak, mak.. Bapak borek Mak borek la kan.."
ish3 haru tul..
Bapa Borek Anak Rintik la..

Ekceli nak cerita perkembangan askar2 ku..
Skrg ni dah minat bersukan..
Ikut Papa la..
Papa memang minat Badminton, Bola Sepak n Futsal
Sekarang hero2 dah turut minat 3 sukan ni

Rafiq sekarang ni boleh kata setiap petang ada training bola..
Nanti 4hb jun ni nak lawan kat Kangar antara sekolah2 tadika..
Erm dah kurus sikit dan dah bertambah gelap..ha3

Sekarang dah jadi hobi kami satu family sebab...
Petang hari cuti.. ikut Papa men bola
Jumaat malam plak.. ikut Papa men badminton
Jadi Mama kena jadi bodyguard la..
Kalau tak camna Papa nak men dengan senang hati
Mama pun tumpang men gak..
Men ngan anak2.. tak pandai pun..
Sepak ja bola..
Tibai ja shuttle..
Alhamdulillah berpeluh jugak la..

Jom layan ja foto yg sempat aku rakam..





Jom jadi parent yang baik...

Saja nak share apa yang aku terbaca baru2 kat 1 ruangan kat internet ni tapi dah terlupa ruangan mana. Ampun tak sengaja nak lupa.. Mungkin hari beralih usia kot..

Lebih kurang ini lah yang aku faham dan cuba ku praktik kan..

Perkembangan anak2 sehingga usia 5 tahun memang penting bagi kita sebagai ibubapa untuk membentuk peribadi mereka terutamanya perkembangan emosi.

Anak2 kecik tak seharusnya dihukum apabila melakukan kesalahan kerana mereka bukanlah pesalah yang perlu dijatuhkan hukum tapi sebenar tidak pasti bagaimana cara yang sebenarnya untuk mengatakan hasrat mereka.

Diberi contoh di situ : (memang selalu kita lihat dan ada juga yang pernah alami situasi ini)
Bila anak2 inginkan sesuatu yang menarik perhatian mereka sewaktu berada di pasaraya. Bila kita tak bagi dia nangis. Bila kita marah dia lagi nangis. Ada juga yang tertungging2 tunjuk perasaan semata2 ingin apa yang dihajati. Ada juga ibubapa yang cepat je tangan tu hinggap di tubuh kecil itu. Tapi mereka terus2 menangis. Last2 kita bagi juga apa yang mereka nak tu. See, sapa yang menang? Dan lepas ni, mereka akan juga kan taktik yang seumpama itu untuk inginkan sesuatu. Sebenarnya kita tak boleh biarkan situasi sebegitu berlarutan. Apa yang kita perlu buat? Kita kena buat perjanjian dengannya (slow talk). Misalnya, tak baik buat macam tu.. adik dah besar.. malu orang tengok.. tak malu ke orang tengok adik nangis? Memang take time tapi insyaallah pasti kan berubah.

Ibubapa hari ni kena bijak menggunakan psikologi trick untuk mengatasi @ membentuk perkembangan mental anak2 dan tidak sesekali dengan kekerasan.

Sekarang aku dah belajar sesuatu yang baru n cuba nak praktik kat anak2.

Bagaimana nak jadi ibubapa yang baik?
Kadang2 confius betul ka apa yang kita try buat kat anak?
Nak membentuk @ trick anak di bawah 6 tahun memang perlu kesabaran juga ilmu.

30 May 2011

Bunga-bunga cinta


Jom layan feeling...
Dengar lagu ni..
Tajuknya Bunga2 cinta
Dendangan Dude Herlino ft Asmirandah
Dalam ost Dalam Mihrab Cinta
Sebelum ni aku pernah tempek lirik ja kat n3 ni

Sekarang aku tengah melayan Filem ni
Jumpa kat cik YT (youtube.com)
Macam best ja..

29 May 2011

Dalam Mihrab Cinta



Tak pernah terlintas di benakku 
Saat pertama kita bertemu 
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah 
Harum dan merekah

Tulus hatimu buka mataku
Tegar jiwamu hapus raguku 
Memboncah di hati harapan dan suci 
Menyatukan janji


Bunga-bunga cinta indah bersemi 
Diantara harap pinta padanya 
Tuhan tautkanlah cinta di hati 
Berpadu indah dalam mihrab cinta


Tulus hatimu buka mataku 
Tegar jiwamu hapus raguku 
Memboncah di hati harapan dan suci 
Menyatukan janji


Bunga-bunga cinta indah bersemi 
Diantara harap pinta padanya 
Tuhan tautkanlah cinta di hati 
Berpadu indah dalam mihrab cinta


Tak pernah terlintas di benakku 
Saat pertama kita bertemu 
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah 
Harum dan merekah
Memboncah di hati 
Harapan dan suci 
Dalam mihrab cinta




RS : Teringatkan kamu bila kali pertama terdengar lagu ni.. i love u

Tolong Ingatkan Aku : Pantang

Ramai gak kenalan yang tengah mengandung..
Cepat saja rasa orang mengandung..
Tup3 dah nak bersalin..
Padahal orang tengah bawa budak tu rasa lamanya..

Lepas bersalin dah kena pantang
Waktu kena kuarantin..
Ergh! Seksanya batin..

1st week badan masih lemah
Tambah pula sakit tempat jahit belum sembuh lagi
Jadi nak jalan nak duduk nak bergerak semua kena control.. Seriau la..
Mandi air daun herba.. 
Lega rasa.. macam keluar segala toksik dalam badan
Bertungku, kena pakai bengkung.. Nak bentuk balik shape badan tu
Kena mengurut satu badan untuk buang angin dalam badan dan tetapkan semula Batu Meroyan (peranakkan)
Makan jaga.. takleh nak belasah semua..
Elakkan makan2an berangin.. mak kata takut anak kembung
Elakkan makan2an sejuk.. mak kata nanti terkancing gigi
Elakkan makan2an gatal.. mak kata kalau gatal kat luar senang nak garu tapi kalau gatal kat dalam tu nak wat camna?hu3

Ada pantang 44 hari.. 
ini kebiasaan orang buat dan dengar
Kira wajiblah bagi wanita melayu yang baru melahirkan anak
Dan jangan terkejut kaum lain pun dah ada yang ikut cara kita..

Ada juga istilah pantang 100 hari.. 
Yang ni plak tak semua orang apply 
Ini pantang bersama dengan suami selama 100 hari start tarikh beranak
Bukan nak dera si suami
Tapi untuk mengembalikan 100% si isteri sembuh dalamannya
Kondisi badan kembali segar seperti sediakala

Ada juga yang kena pantang untuk jangka masa yang lebih lama..
Laksa.. 1 tahun - takut kembang urat
Untuk yang menyusu.. elakkan makan2an berangin (cth Ubi Kayu) 
takut nanti anak kembung
Keladi, jambu batu, jantung pisang, rebung, air kelapa.. 
3 tahun or pregnant semula

Air kelapa ni berbisa pada orang yg sakit urat 
dan ibu yg lepas bersalin or gugur
Teringat kisah 10 dulu
Ada kakak sorang ni teringin gak nak minum air kepala 
Walaupun saya dah bagitau takleh
Sebab dia baru ja gugur 2 minggu yg lalu
Tapi dia cakap laki dia kata xpa
Start esok tu dia dah tak dapat pergi opis
Dah 3 hari xdatang2 juga kita pegi umah dia
Terkejut tengok dia..
Kaki dia bengkak sangat sampai takleh nak jalan.. Mengesot ja..
So, beringat k

Yang sorang akak ni plak..
Waktu dia lepas bersalin, dah naik opis..
Aku tengok main belasah ja makan (jambu batu, pulut dll)
Bila aku tanya (he3 padahal nak tegur tapi tak berani la plak)
Dia jawab, "erm akak ni belasah ja semua.. tak jadi apa pun".
Selepas 3 tahun.. baru2 ni dia bagitau aku yg dia kena pantang..
Macam2 xleh makan..
Bila ditanya kenapa.. 
Dia kata dia dok dengar suara orang bila dia dok sorang2
Kadang nampak kelibat makhluk melintas
Bapa dia bawa pegi berubat
Mana tau ada gangguan anasir liar
Ustaz tu plak bagitau xda gangguan
Cuma terkena angin meroyan
Nak ubatnya kena pantang balik seperti mana dalam masa berpantang 44 hari tu di samping jaga solat dan mengaji. Tempohnya bukan 44 hari dah.. tapi sehingga pulih sepenuhnya.. jenuh tu..erm

Berpantang la..
Pantang tu bukan nak mendera tapi nak memulih kembali kesihatan luaran dan dalaman si ibu juga anak. Kalau ibu tak sihat kesian plak kat anak tu, kan?

ps: Banyak lagi pantang larang orang melayu..

27 May 2011

Masalah Problem la..

Setiap orang pasti pernah ada masalah..
Masalah tu ujian buat kita untuk lebih mengenali diri kita juga lumrah kehidupan

Jangan nak lari dari masalah..
Sebab lagi kita lari lagi ia mengejar kita..
Mungkin juga bertambah pula masalah lain

Bagaimana cara nak settle kan masalah?
Berdiam, berfikir sendiri.. elok juga pk la sendiri dulu..
Punca dan cara atasinya..

Tapi ada masalah elok juga tanya2 pendapat orang yang rapat ngan kita
Tanya2 teman atau orang yang lebih pengalaman hidup
Tapi ingat biar pada orang yang betul
Kata orang, biar kena tempat..

"Bukannya dia leh tolong.."
Ish janganlah sesekali pk macam tu
Walaupun dia tak dapat nak tolong banyak, mungkin boleh sikit..
Kurang2, ringan sikit beban masalah dengan meluahkan padanya

Tapi susah juga ya..
Kalau kita tahu orang yang rapat ngan kita ada masalah..
Tapi dia tak nak cakap kat kita..
Or orang rapat ngan kita bagai menjerumuskan diri dalam masalah..
Kalau korang nak wat apa?

Aku tengah pikir ni..
Nak buat camna?
Susah hati + serba salah la..
Nak kena jadi cam Detective Conan plak ka?
Ish3 ni bukan suka2 cari masalah tau..

26 May 2011

Buah apa ni?


Kenal ka buah ni..?
Aku snap semalam masa kat umah mertuaku
N baru kejap tadi jiran plak mai bagi

Anggur..?
Ha'ah anggur jugak la..
Tapi anggur Malaysia..He3

Ni la buah keriang
Ada gak org panggil keriang dot
He3 dot kom ka dot mai tak tau la..

Aku pelik kenapa orang boh nama tu..
Makan buah ni akan keriangan ka?
Padahal rasanya masam+kelat

Tak pun mesti kes pekena kawan2 ni..
Cakap buah ni manis
Bila terkena mesti ruih..
Kira riang la kan..
Ha3 pepandai ja aku..

Sekarang musim buah ni kat kampung aku
Kalau sapa tak da pokok
Leh gak dapat kat pasar2 malam sekitar perlis ni
Kat tempat lain aku tak sure
Erm korang pernah makan tak..?

25 May 2011

Bila kena Public Speaking

Kenangan Public Speaking kat Opis
Opis saja buat Sessi Public Speaking
Semua orang pasti kena.. Aku dah kena.
Sebenarnya aku xsuka bercakap di khalayak ramai.
Bersembang tu lain la..
Aku ada darah gemuruh. Keturunan kot.. (waris dari arwah ayah)
Aku orang kedua minggu tu..
Masa orang 1st tu dok cakap..
Aku takleh nak masuk otak dah... 
Orang kata aku dok ambik feel
Ceh! Padahal aku dok tahan ketaq..
Duduk n baca ja apa yang aku nak share tu
Dengan suara terketar2 aku pun start..
Bila aku pandang depan..
Tertengok muka depa yang dok tekun dengar apa yang aku dok merapu..
Nampak ada riak manghayati kata2 ku
Nampak mata yang merah menahan airmata..
Apa lagi aku lagi la..
Jadi speech aku ketaq +syahdu..
Inilah petikannya..

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Seharusnya kita bersyukur pada insan yang melahirkan kita ke dunia ini (ibu). Juga pada ayah yang bertanggunjawab membesarkan dan mendidik kita

Andai di susun emas segunung
Andai di rantai permata mutiara
Andai di hitung pasir segurun
Andai di empang air di lautan
Takkan mampu menandingi pengorbanan serta kasih sayang ibubapa

Kadang2 kita lupa tanya khabar dia
Sedangkan dia ambil berat tentang kita
Kadang2 kita ingat dia tak ingat kita
Tapi kita tak sedar dia sayang kita
Kadang2 kita tak sedar yang kita buat dia kecewa
Kadang2 kita xsedar kita sakitkan hati dia
Jangan pula kita ingat dia bila waktu kita perlu
Kadang2 kita lupa dia ketika kita gembira
Sedangkan waktu sedih, dia setia menangkis derita

Jangan pula jadi seperti kacang lupakan kulit..

Di usia emas mereka, mengapa kita tidak merebut peluang yang ada untuk berbakti kepada mereka..? Memanglah banyak mana sekalipun kita lakukan, xmampu untuk membalas kasih sayang mereka. Itu xbermakna kita xperlu berbuat apa2 untuk menyenangi hati mereka.

Contoh :-
Sering bertanya khabar?
Ambil berat tentang kesihatan, makan pakainya..
Menunaikan permintaan mereka walau kadang xmasuk dek akal dengan wajah yang ikhlas
Ingat suatu ketika dulu..
"Dengan keikhlasan hati, hajat kita dipenuhi menyebabkan dia tak rasa terbeban malah tabah memenuhi pelbagai permintaan kita hinggalah kita dewasa."

Gembirakanlah mereka selagi peluang itu masih ada.. masih diberi peluang untuk kita. Tak perlu malu untuk melafazkan kata sayang pada mereka.

Ingatlah..
Jangan sampai..
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helahan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biarkan kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan

Dan pada ketika itu..
Hanya doa yang menggantikannya
Agar tenang dan bahagia di sana.


ps: saya bukanlah baik sangat.. tapi tak salah rasa bila sama2 ingat mengingati..

24 May 2011

Seronok belajar Paint


Sekarang ni Rafiq ngan Syakir ada minat baru..
Eloklah tu dari mengadap PC men games ja..
Sekarang ni depa tengah syok belajar Paint

Ingat lagi dulu masa mula2 belajar komputer
Cikgu suruh belajar paint ni
Untuk membiasakan diri dengan penggunaan mouse

Mula2 aku saja wat ajar wat kotak2 bulat2
Ajar camna nak cat, nak padam n spray
Rafiq cepat tangkap..
Syakir tau nak conteng ja la..

Pastu Rafiq suruh lukis rumah
Ish dengan tangan yang takda seni langsung ni
tapi dah nak ajar anak aku pun buatlah lukisan kat atas
Yang kaler Rafiq la..
Sungguh teliti dia pilih warna..
Burung yg kaler biru tu Rafiq yg lukis sendiri
Katanya dia tengok kawan kat sekolah lukis camtu

Korang tau tak..
Boleh plak budak dua org tu komen rumah yang aku lukis

Rafiq : Mama, kenapa umah macamni? Bumbung dia tak macam bumbung umah kita pun..?
Mama : Ish.. okla tu. Mama mana pandai nak lukis umah macam umah kita.
Rafiq : Abang tengok macam umah kambing ja..
Syakir : Bukan la.. Macam umah burung..

Tau tak, dulu setiap kali cikgu suruh lukis rumah
Memang standard la lukis camni.. :P


23 May 2011

Tolong Ingatkan Aku : Cantik

Ha3 lawak tul aku mimpi malam tadi..
Ha3 gelaklah kat aku.. tak marah pun..

Kenapalah leh termimpi cengini.. huwaa..

Aku mimpi nak buat pembedahan nak menge'boom'kan diriku
Biasalah aku ni selalu mikir aku ni tak cantik..
Rasa plak makin hari makin takut aku ditelan usia..
Nama pun pompuan..
Ish teruk tul sampai masuk mimpi..

Aku dok terbaring atas dengan persalinan pembedahan
Doktor buis 2 injection di dada
Mak aii sakitnya..
Tapi aku masih leh sedar (tak terus lup)
Masa tu aku bergagah bangun dari katil

Doktor : Nak ke mana tu?
Aku : Kejap doktor nak hilangkan stress.
Doktor : Nanti ubat bius tak jalan tak ingat apa2 dah..
Aku : Kejap ja doktor..

Masa tu aku jumpa staff kat situ minta tolong selamatkan aku
Sebab aku rasa tak sanggup nak teruskan..
Aku : Cik, tolong la.. bawa saya pergi dari sini.
Cik A : Tak boleh.. Nanti doktor marah.
Aku : Tapi saya taknak buat semua ni.. Saya rela duit bayaran tu burn. Tolonglah..
Cik A hanya terdiam.
Aku : Saya rasa seolah saya ni tak mensyukuri nikmat Tuhan. Lagipun suami saya tak tahu langsung tentang ni. Macam mana kalau ianya tak selamat, saya mati di dalam tanpa redha Tuhan juga Suami. Itu kalau saya mati.. tapi kalu saya jadi cacat, bukankah akan menyusahkan orang lain?! Tolonglah cik..

Nasib baik cik tu baik.. dia sembunyi dan larikan saya keluar dari situ.. Alhamdulillah..

Moral buat aku : Semua kejadian Allah tu cantik.. Bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri kita. Cantik itu bukan pada luaran sebab cantik luaran tidak akan kekal. Mencantikkan dalaman dengan hati yang tenang di sisiNya itu lebih bermakna.

21 May 2011

Warna lagi...


Esok ada peraduan warna lagi..
Bukan taknak bagi moral support kat anak2..
Tapi..
Tiap kali peraduan warna..
Tiap kali lah nak kena beli warna baru..
Hu3 nak plak yang besar..
Penat.. Penat tul camni..
Tapi beli gak la..
Entah bila la anak2 aku ni..
Nak pandai jaga harta benda..

20 May 2011

My Pic

Hari ni on Yahoo..
Maksu a.k.a Cu aku tag gambar atas nama aku kat fb..
Hah gambar apa plak?! Apa lagi.. On la fb..

Hasil snap dgn hp canggih dia tu..
Dengan gambar yang tak di edit..
Bukan saja tak edit.. rotate pun tak..
Jenuh la..
Sapa yang guna laptop tu leh la tungging laptop tu..
Sapa yg guna desktop ni..
Ha3 jawabnya terteleng2 la dok tengok..

Gambar ni rasanya waktu kenduri kat umah tok..
Mungkin masa kenduri Mak Teh kot..
Meh la cari.. agak2 yang mana satu aku..


Kenangan sewaktu kecil.. (gambar dah rotate)

19 May 2011

Buat tapi merungut...?!

"Saya pelik ngan attitude sesetengah orang ni. Orang bagi kerja yang banyak, dia buat tapi MERUNGUT! Camna tu?!"

Ya lah.. Tak baik wat kerja asyik merungut..
Tak ikhlas nama dia tu..

Tapi cuba korang pikir sejenak..
Kalau semua kerja dihempuk atas kepala kita..
Kalau semua kerja urgent kita juga nak terkejar siapkannya..
Dengan kerja hakiki lagi
Tambah plak bila orang depan yang asyik cuti n mc kerja dia tak jalan2
Dok macam tu gak..
Tak kurang tak pulak bertambah..
Yang bertambahnya kerja kita
Sebab kena cover kerja org tu sekali..

Kalau korang la..
Adakah termampu nak telan semua tu
Terdaya ka nak buat kerja dengan tenang

Korang hebat.. tapi aku tidak..
Memang aku leh settle kerja semua tu..
Biar bagai lungguk sampah sekalipun aku leh buat
Tapi mulut ni kadang terkeluarlah kata2 sepatah dua

Kerja dengan sukarela n kerana tanggungjawab kita.. ikhlas
Tapi kerja terpaksa settle kerja orang yang sengaja tak mau buat..
Memang aku merungut, Memang la hilang ikhlas tu..

18 May 2011

Zaman Celik IT

Zaman dah berubah..
Waktu dulu, ingat lagi time sekolah dulu belum ada komputer
Lepas SPM baru ambik sijil belajar komputer
Waktu tu nak pegang mouse tu takut2
Nak2 pompuan la.. (korang tak kot.. )
Bila terklik kat lain terus gelabah
Macam pc tu nak meletup ja..
Ha3 semua tu kenangan aku n the geng

Pc dulu mak aii gedabak..
Punya la besar..
Sekarang.. makin comel plak..
Ada laptop ada netbook..

Hah! Baru2 budak2 sekolah dalam netbook free sumbangan kerajaan untuk isi rumah berpendapatan kurang dari RM3000.. Netbook 1 Malaysia
Seronoknya.. baru sekolah menengah dah dapat memiliki netbook

Jadi tak hairanlah area sini budak dok usung netbook ke sana sini
Merata2 tempat layan internet
Ada kali tu, aku otw balik umah
Pergh! sempoi tu budak2 lepak tepi sawah padi layan internet
Hebat! Tapi harap kemudahan tu tak disalahguna sudah la..
Biasa la bila dunia di hujung jari

Kat umah aku pun sama..
Ish! taklah dapat netbook 1 Malaysia..
Tapi anak2 ku yang baru sekolah tadi ni
Nama ja budak tadika tapi dah macam orang dewasa..
Sampai aku nak guna pun kena tunggu turn..

Macamlah tadi..
Waktu aku sibuk wat kerja umah
Depa tak mau main komputer
Bila aku on ja..
Terus dua2 org serbu nak guna..
Yang adik nak tengok ultraman
Yang abang plak nak belajar Paint
Bila sorang dah tido dan sorang dah p ngaji..
Akhirnya dapat gak aku pc ni.. :)

17 May 2011

Ais Krim Malaysia

Kenalkah korang ngan Ais Krim Malaysia..
Kat tempat korang tak tahu la plak panggil apa..
Tapi zaman sekarang yang famous meletup2..
Budak mana yang tak kenal.. Ais Pop la..
Tapi ais pop ni org cakap tak elok untuk kesihatan..
Jadi, jom layan Ais Krim Malaysia yang lebih berkhasiat...
Sebelum tu.. Inilah rupanya..
Ni belum masuk peti sejuk lagi ni.. Ais Krim Malaysia perasa milo
Waktu dulu (back 23 tahun dulu)
Balik mengaji mesti singgah umah makcik tu beli ais krim ni
Macam2 perisa bandung, laici, oren, anggur, asam ko putih, asam ko merah, kacang hijau, kacang merah, jangung.. durian pun ada..
Murah ja.. 10 sen satu..
Tapi rasanya sekarang ni tak dapat dah harga tu...
Saiz pun dah lebih kurus dari yang dulu
Dan susah dah nak jumpa kat kedai
Tapi hari tu pergi kenduri kat kg Keda, Pokok Sena, Kedah.
Nampak ada adik ipar makan ais ni
Dia bagi Rafiq sikit
Rafiq cam exited ja
Maklumlah walaupun kawasan umah ku kampung
tapi dah xda org jual ais krim ni.


Baru ni aku pergi pasaraya,
Terjumpa plastik Ais Krim Malaysia cap King Kong..
Dulu pun guna cap ni gak kot..
Jadi sebagai testimoni aku buat Ais Krim Malaysia perasa Milo
Memang suka la budak2 tu..
Tapi masalah la plak..
Peti ais tu tak sempat nak rehat la plak..
Asyik buka tutup ja..
Lagi tak habis Ais dalam tu agaknya..
Gitu la nasibnya..
Pasni kena stop sat la..
Mau tercabut pintu peti ais cengini gayanya..
Dan takut batuk pun ada.. kerap sangat makan ais..
He3 bukan mama ja teringin, papa pun 2x5 gak..

16 May 2011

Selamat Hari Guru

Terlewat plak nak wish Selamat Hari Guru buat semua guru kat Malaysia.

Guru..
Beratnya galas tanggungjawabmu mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang cemerlang gemilang dan terbilang tak kira dari apa juga bidang.
Terima kasih Cikgu.. kerana tanpamu siapalah aku di waktu ini.

Yang tolong tunjuk ajar blog pun Cikgu gak kan..
Toceh3..

Dalam kul 8 lebih tadi..
Aku ada tanya Rafiq,
"Rafiq tak ucap Selamat Hari Guru ka kat Cikgu?!"
"Mama tak beli pun hadiah kat cikgu.."
Aik?! Aku pulak yang salah..
"Cikgu kata sapa tak bagi hadiah kat cikgu.. dia tak sayang cikgu la.."
"Ish! Bagitau la cikgu.. sayang tu tak semestinya kena bagi hadiah.."
Dia diam ja..

Budak2 zaman sekarang..
Mesti dah wajib nak kasi present kat cikgu..
Kalau tak bagi, rasa terpinggir plak..
Sebab kawan2 semua bagi..
Nak bagi plak yang mahal2..
Ish! Takda dia terpikir pun mak ayah ada tak duit..
Yang penting hadiah untuk cikgu.

Cikgu sekarang pun best kan..
Macam2 hadiah tiap2 tahun dari anak murid
Rasa2 ada tak cikgu yang tak dapat hadiah langsung?
Rasanya takda kot...

Waktu dulu..
Aku pun tak pernah bagi hadiah kat cikgu (yang kena beli)
Sebab kita bukan orang senang..
Dulu buat kad ucapan ngan kad manila
Deko sendiri.. konon habis cantiklah..
Itu pun best bila lihat cikgu tersenyum hepi

Aku percaya..
Cikgu Rafiq juga cikgu2 lain
Tak pernah terlintas (angan2) nak hadiah dari anak murid
Ada ka cikgu lawan sapa dapat hadiah paling banyak or paling sempoi?!
Tak pernah dengar lagi
Dan aku rasa takda la camtu..
Cikgu ikhlas menabur ilmu
Kata2 seperti cikgu Rafiq tu hanya gurauan kasih semata2..

Teruskan perjuangan mu..
Happy Teacher's Day

Soal adik

Semalam papa saja suka2 tanya kat dua beradik ni..


Papa : Abang... abang nak adik tak?


Rafiq: Tu adik...(sambil tangan menghala kat syakir).


Papa : Adik pompuan plak..


Rafiq : Taknaklah.


Papa : Adik, adik nak adik tak...?


Syakir : Ni adik ( sambil tepuk dada sendiri)


Ha3 padan muka papa..
Budak2 tu belum nak adik..
Depa lebih senang camni..
Lagipun banyak kena fikir..
Belanja kena plus kurang2 RM300
Sekarang dah ok dah papa..
Ini kita lagi 10 hari nak gaji pun dah kena ikat perut..
Bila dah stabil skit boleh la kalau nak tambah pun..

15 May 2011

Cerita Syakir..

Salam semua...
Wah rindunya nak ada n3 baru..
Walaupun banyak idea dah terbang..
Tak taulah hilang pi mana..
Nanti kalau ingat aku crita la yerk..

Aduh2 pening aku ngan si kecil ni..
Siapa lagi si adik la.. Syakir..
Ada2 saja kerjanya...
Kejap sepah sana kejap sepah sini..
Bila aku marah wat dek jer..
Takdaknya nak angkat kertas2 coklat tu..

Peti ais tu.. jadi mangsa gak..
Kejap2 buka..
Kejap2 aik sapa plak tak tutup pintu peti ais ni?!
Tengok dia dok bersila depan peti ais tu..
Termenung mikir nak ambik apa plak.. hish!!

Pastu asyik tukar baju..
Dah tukar main sepah ja kat lantai..
Sampai k 4 ni dah 5 pasang dah dia tu..
Tengoklah sekarang baju apa yang dia rasa best sangat nak pakai..
Ee.. ada ka pakai baju tido petang2 yang panas terik ni.. ish3

Si abang, Rafiq.. Pergi ngaji
Si adik plak buat Ops Proses Beg Sekolah abang..
Takda kerja.. Habis semua kaler dia tolong sharp

Tiba2 lapar.. "Nak susu..."
Tu la orang ajak makan nasi taknak..
Asyik minum susu saja la kerja dia..
"Adik nak susu pi la ambik botol mama bancuh.."
Sekali dia jawab, "Sat la.. adik pinin dah.."
Hi3 tergelak aku... pening wat apa la sayang ooi..

Hai kenapa la dia jadi camni..
Saja nak menduga kesabaran sebagai seorang ibu..
Or saja nak kenakan mama ni..
Maklumlah bukan selalu leh reging kan..
Hari cuti camni la.. herm macam la mama kau ni robot..

14 May 2011

aura blog

Semangat nak berblog terbantut.
sebab bila masuk error tak leh nak masuk dashboard mula..
Pastu tak leh masuk terus.. Erm
bila bw tengok kawan..
Takleh nak komen..
Jadi aku stop intai blog hingga la saat ni..
Harap esok aku nak masuk sini takda problem lagi..
Sekarang dah ngantuk..
Esok ja aku story2 lagi..
Esok ja bw ziarah korang..
Bye.. Gd nite sweetdream..

12 May 2011

Habit kita..?

Salam..
Jom.. Pergi mana...?
Takda pergi mana2 pun..

He3 saja nak ajak ingat2 balik..
Apa habit korang bila naik kereta? Tak kisah la korang drive or kat sebelah driver or penumpang di sit belakang ka..
Cer pikir.. Xda.. Betul ka ni.. Cer pikir lagi..

Mungkin korang ada habit lain kot..
Hi3 tapi habit aku bila naik kereta ja..
Tak kira la aku yang drive or aku menempek ja..
Mesti aku tanggalkan kasut..
Entah kenapa tapi aku lebih selesa camtu..
Pelik kan..

Ingat dulu..
Pakteh aku suka bawa kami ronda ngan kereta dia..
Suka la kami.. bukan senang tau ayah nak izinkan kami keluar bersuka ria..
Sebab kena tolong mak ayah kat umah..

Dia bawa kami lepak kat pantai..
Setelah penat men air laut, men pasir..
Kami semua cepat masuk kereta sebab tak kena tinggal..
Pakteh ajar suruh ketuk2 dulu selipar 
Supaya pasir2 tu tak la terbawa balik sampai berkilo2 he3
Baik punya aku ketuk selipar..
Sampai umah baru aku perasan
Tu pun time nak sarung kasut..
He3 selipar tu tinggal kat pantai la
Saja nak wakaf.. padahal aku lupa 
Sebab biasa tak pakai kasut dalam kereta jadi mana nak perasan..hu3

Lepas pada tu aku make sure masuk dalam kereta baru aku tanggalkan kedua2 belah kasut aku.. Jadi selamatlah kasut aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...