30 January 2012

Kisah Lucu

Hari ni dalam sejarah..
Nak ku coret kat sini buat kenangan..

Lawak tul pagi tadi.. ambik darah kat klinik kesihatan..
Misi ambik darah, darah plak men2 xmau keluar.. punya la slow motion..
Sampai lenguh misi dok pegang jarum.. aku plak hentam gelak..
Bagi kat makmal kena reject sebab darah beku.. he3
So, kena ambik sekali lagi la..
Ambik belah kanan.. ok plak.. he3

Berita baik : Hb dah naik sikit.. dari 9.7 ke 10.2. Tu pun sebab ambik Iberet Folic -500 ...


19 January 2012

:: Ombak Taubat ::

Yang ni aku Copy Paste dari fb kawan..
Sebab aku rasa best sangat..
Saja nak abadikan kat sini


Allah tolong lembutkan hati ku
Untuk terima islam sebenar2nya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Terus hidup dengan dosa dunia

Allah aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hati aku ‘tuk cintaMU

Allah kau berilah petunjuk
Untuk diri kami yang jauh dariMU
Agar kami tidak berpaling
Selalu rasa ada cintaMu

Allah terimalah taubatku
Yang menyesal jauh dariMu
Agar aku tidak terseksa
Tanpa cinta Kamu di akhirat sana

Hanya mampu berdoa
Moga Kau terima taubatku

Allah tolong lembutkan hati ku
Untuk terima islam sebenar2nya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Terus hidup dengan dosa dunia

11 January 2012

He3 Sori la.. baru nak start balik stori mori..

Assalamualaikum..
Cepatnya masa berlalu..
Sedar2 kita dah dipertengahan bulan januari..
Tapi inilah 1st n3 untuk this year..

Aku suka2 hari2 yang aku lalui sekarang ni..
Tapi bukan bermakna sepanjang masa gembira..
Kalau sentiasa gembira tu.. bukan realiti hidup yg sebenar la..
Baru  bulan satu tapi macam2 dah aku lalui..
Aku gembira sebab aku rasa aku mampu mengawal emosi..
Harap aku berjaya kawal emosi ni setiap masa..

Rafiq dah darjah satu..
Kat sekolah buat masa ni ok xda masalah..
Pagi kena kejut awal.. setiap pagi sarapan dulu..
Budak kuat makan cam Rafiq ni kena bagi makan dulu..
Takut2 plak takleh nak tumpu perhatian dalam kelas sebab sakit perut..
1st day cakap nak bawa bekal tapi bila break tak makan bekal..
Dia pergi beli yang lain plak kat kantin..
Erm pandai ooii membeli.. bagi RM2, xda langsung bakinya..
Duit nak pergi mengaji petang tu asing plak.. hu3
Semalam dia cakap cikgu lantik dia jadi Ketua Kelas..
Papa cakap selalunya cikgu pilih pelajar yg paling menonjol..
Yang aktif sangat or memang ada takjak..
Ish! Kena train Rafiq jd ketua yg cemerlang la..
Kalau tak wat malu ja..hu3
Harap awak boleh ya Rafiq..

Syakir plak masuk 5 tahun...
Tukar sekolah KEMAS, sekolah lama Rafiq..
1st day melekat ja.. macam2 alasan nak keluar balik..
2nd day, papa hantar terus xmau masuk sekolah.
Mama gak kena p antar.. Masuk dalam sekolah tapi nak mama teman..
Mama bagi alasan nak keluar beli coklat..
Tapi mama terus keluar sekolah..
Nangis la anak mama ni.. tapi kejap ja cikgu kata..
3rd day, pakai baju melayu.. cikgu plak puji..
Dah jadi peel dia.. kalau org yang dia tak biasa dok puji2 dia..
Siap la.. tunduk tak panggung2 kepala sambil tarik muka masam..
Tapi mujurlah kejap ja..
Sekarang ni dah ok.. dah ada semangat nak jadi pandai jadi abang..
Nak jadi No.1.. Amin.. moga tercapai impian adik tu..

Dalam bulan ni ada gak yang buat hati ni rasa tak best..
Baru beli basikal kat Rafiq ngan Syakir tak sampai sebulan..
Tapi tempat kayuh dah tinggal satu..
Ini tercabut.. itu tercabut... sedihnya..
Dah la guna duit raya depa..
Bukan depa yang bagi rosak..
Tapi sepupu depa yang 2 tahun tu..
Ambil spanar ketuk2 sampai jadi  camtu..
Last2 dua2 basikal tu wat balik kat umah..
Tak tinggal dah kat umah tok dia..
Tapi sedih.. sebak tengok keadaan basikal2 tu..

16 December 2011

Assalamualaikum kawan2..
Dah sarapan belum...?

Alhamdulillah.. saya dah makan..
Dari minggu lepas lagi nak makan kteow kerang..
Hari ni dapat gak..
Hubby kata dah lama kedai kteow kerang tu tak buka..
Mungkin rezeki orang mengandung kot..
Alhamdulillah.. habis sepinggan..

Kedai kteow kerang tu kat Medan Selera Pasar Borong Kangar..
Tadi order kteow kerang speacial..
RM4.50 ada telur mata kat atas..
Mahal ekk?! tapi berbaloi2.. sedapp..
Selain tu dia lain tu ada Nasi Goreng Pop Yeh Yeh..
Yang ni tak pernah rasa lagi..
Nampak cam sedap.. tapi belum jemu makan kteow kerang lagi he3

Sori la.. lupa bawa hp nak snap gambar sarapan tadi..
Len kali kot..

Erm Ok la sementara tunggu bos bagi kerja baru...
Boleh la aku jalan2 kat rumah korang..

07 December 2011

Rafiq cari Mama...

Bila baca berita metro hari ni 'Saya cari ibu', teringat aku peristiwa sebulan lepas....

Hari jumaat lebih kurang 8 malam..
Kami pergi pasar malam.
Oleh kerana parking xda walau dah banyak kali pusing..
Papa n Syakir tinggal kat kereta.
Mama n Rafiq turun beli makan..

Beli nasi bungkus.. mood malas masak malam tu..
Pastu Rafiq ajak jalan ke depan lagi..
Katanya nak tengok2 mainan ja bukan nak beli pun..

Hujan mula turun renai2.. Sampai la kat org jual mainan banyak tu dia cakap, "Mama, sat abg nak tengok mainan ni.." xpalah.. aku jawab.. pastu aku pusing belakang ada orang jual sosej/bebola.. stall jual sosej/bebola tu memang betul2 bertentangan dengan stall mainan tu.. Aku bagitau Rafiq nak beli sosej..

Lepas beli aku pusing belakang.. Rafiq dah xda.. cuak memang cuak.. mana dia pergi ke depan lagi ka ke belakang ni.. berderau darah Tuhan ja yang tahu.. Rasa lemah dah lutut macam nak jatuh.. Tapi aku takleh lemah.. Ya Allah kuatkanlah hati aku.. Selamatkan anakku Ya Allah.. Jangan ada orang ambik dia..

Hujan pulak makin lebat ni.. Hati makin tak tentu arah.. aku berlari cari ke depan.. pastu lari patah balik.. anak orang pun dah aku nampak macam anak aku dah.. Ya Allah.. Tolonglah..

Satu pasar malam aku cari takda.. Jadi aku terus meluru ke kereta dengan harapan Papa leh tolong cari.. Sampai ja kat kereta.. Papa kata Rafiq dah ada kat belakang tu..

Ya Allah syukur... aku tengok Rafiq teresak2 menangis.. Papa cakap jangan tanya apa2 lagi biar dia cool dulu.. aku peluk dakap Rafiq.. Ya Allah tak sanggupnya aku hilang anak.. Syukur kau kembalikan dia pada kami dengan selamat..

Selepas2 tu Rafiq cerita..
Katanya bila dia pusing belakang dia tak nampak aku..
Dia pun xdengar aku cakap nak pergi beli sosej..
Mungkin tengah excited tengok mainan kot..
Rafiq cari mama.. Rafiq tengok orang tu pakai baju macam mama tapi bukan mama..
Pastu Rafiq jalan sampai situ.. tunggu situ..
Pastu abang jual air tu tanya nak pi mana..
Rafiq tunjuk kereta papa.. dia tolong hantar Rafiq lintas jalan..

Syakir plak tanya, "awat mama tinggal abang...?"

Ish.. takkanlah mama nak tinggal abang..
Lain kali pegang tangan mama k..

Walaupun 10 minit ja aku kehilangan anak..
Teringat bagaimanalah perasaan Ibubapa yang anaknya hilang tak jumpa2..
Perasaan tu hanya Dia yang tahu..
Syukur atas peringatNya pada kami..
Supaya lebih waspada di lain masa dan ketika..

05 December 2011

Buka Buku Merah..

Salam sejahtera buat semua yang sudi singgah sini..

Hari ni aku pergi buka buku merah (buku pregnant)..
Lama tak tadah tangan ni untuk ambik darah..
Nurse cakap sekarang ni setiap kali mai cek, cek darah tak buat kot cucuk hujung jari tu dah.. Ambik terus kat pelipat siku tu..

Oleh kerana Hb tak ok tadi(9.7), kena la ambik lagi sekali untuk hantar ke makmal hospital. Kata doktor biasanya orang baru buka kad ni selalunya oklah.. ni awal2 dah k.o..
Pastu 12.12.2011 aka isnin depan kena pergi tadah tangan plak.. ambik darah lagi sekali ngan minum air gula.

Ni 1st time aku nak kena minum air gula..
Kalau dulu jika si ibu tu ada kencing manis or ada keturunannya yg kencing manis memang kena minum air gula ni. Tapi sekarang wajib bagi si ibu yg umurnya 25 tahun ke atas. Erm nampaknya takleh nak lepaslah kali ni.. Entah camna rasanya.. dengar kata terlalu manis sangat.. erm kena tunggu mingggu depan la baru tau apa rasanya kan..

02 December 2011

Apa kata mereka...

Terima kasih atas ucapan tahniah korang..
Doakan aku juga kandungan ini sihat2lah hendaknya k..

Ramai yang tau aku pergi checkup 30.11.2011 tu..
Jadi mereka bertanya khabar ku..
Bila aku bagitau aku dah ok sihat tapi pregnant
Ada syukur alhamdulillah.. dan yang tergelak besar pun ada..
Apa taknya.. cek sakit tau2 kes len plak.. ;)

Bila hubby tanya pada anak2..
Rafiq : Taknak lah baby... tak larat nak jaga..
Syakir : Nak.. nanti xleh panggil adik dah la.. kena panggil abang chik.

Ada2 ja budak2..
Tapi aku harap zuriat dalam kandungan ini menyemakkan lagi kebahagiaan keluarga kami..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...