31 March 2011

Banjir @ Kangar

Hari ni walaupun tau air bah dah makin naik kat Kangar, sebagai penjawat awam yang baik (he3 perasan jerk..) aku try gak pergi opis. Bangun pagi, perkara yang first aku buat ialah on FB (dan lagi tuh..). Bukan apa kot FB ni info lagi express dari berita mutakhir. Then call kawan  sebab nak make sure jalan yang nak lalu tu line clear. Mula nak pakai baju kurung, tapi ingat2 balik mana tau silap hari bulan nak kena redah air bah takkan nak redah ngan baju kurung batik plak.. Ayu tak kena port la plak. Tambah plak hasutan kawan, naik tocang la aku hari ni. P opis pakai t-shirt ngan jeans tu..

Akhirnya aku selamat sampai kat kawasan opis. Park keta pun aim kat port baliknya. Agak2 senang nak cabut lari kalau jadik apa2. Otw p opis dan lagi singgah beli nasi lemak singgit 5 bungkus. Bukan aku cekik sorang tapi kasi kat kawan2 opis sekali la. Yang ada kat opis 6 orang. 2 orang EL, air masuk umah n nak pergi tolong mangsa banjir kat pusat bantuan. 1 turun makan. Tinggal 3. Puan tepon HQ cakap nak tutup opis hari ni sebab jalan masuk tinggal 1 ja n ramai yang tak dapat hadir jadi mangsa banjir. HQ plak tak caya. So, kami turun bawah snap foto sebagai bukti.

Ni view dari tingkap opis (tingkat 7)

traffic light nak ke opis (1 km dr opis)

Kat roundaboard kecil depan bangunan opis

Air sungai makin naik walau ada matahari

Satu lagi jalan untuk ke opis dan mahkamah.
 Mahkamah terpaksa tutup sebab masuk air.

Tapi last2 kena stay kat opis gak. HQ tepon bilik gerakan SUK dan dimaklumkan boleh guna alternatif lain untuk opis. Hu3 tunggu gak le..

Sempat lagi snap gambar bunga ni..
Berkenan la pulak..
Aci tak nak cabut sikit tanam kat umah..
Rasa2 nak kena tangkap tak kalau ambik kat taman awam ni..




30 March 2011

Syakir @ Gaint Alor Setar

Inilah gaya si cilik window shopping..

Tak takut langsung naik esculator

Benda apa ni ma?

Tengok ni adik kuat...

Kan dah cakap..adik kuat...

Nak pilih satu lah.. Nanti leh ikut papa men badminton.

Aduh! Dah penat la.. Mama! Papa! Jom balik.. Hu3

Ok.. Bye awak.. kita nak balik dah.. Jumpa lagi.

Tayang airtangan Ibu Mertuaku

Mak mertuaku memang hebat masak kuih2 lama..
Kuih-muih seperti tepung bungkus, Pulut Sekaya, Pelbagai jenis lepat, Bengkang Ubi Kayu & macam2 lagi
Dulu dia buat jual kuih2 ni untuk tampung keluarga
Sekarang buat jual gak tapi suka2 saja.. Isi masa lapang
Kadang2 dapat tempahan gak untuk majlis2 kecil
Isnin baru ni aku tempah Pulut Sekaya
Saja2 tumpang wat kenduri kat opis
Sedap kata teman sekerja..
Ni haa.. tayang skit rupa kuih tu..


Ada yang teringin nak tempah?!
Ops lupa la nak story
Ayah mertua teringin nak makan tapai
Apalagi mak mertua buatkanlah
Yang best tu.. ingin gak dia nak hulur2 kat menantu dia ni


Tapai pulut ni special
Sebab ini Tapai Pulut Hitam
Tak semua orang buat tapai menjadi
Dah Jarang jumpa orang buat tapai guna pulut hitam
Bila dah jadi orang Perlis baru tau, baru lihat & baru dapat rasa Tapai Pulut Hitam
Walaupun rupanya hitam tapi sedap dan manis


Teringin gak nak belajar dengannya..
Tapi malu plak bersuara..
Sudikah dia jadi guru masakku.. hu3


29 March 2011

Hujan makin rancak di Perlis

Hujan oh hujan..
Bila la nak berhenti..
Berhenti sekejap pun dah cukup
Andai mentari dapat munculkan diri
Hujan turun tanpa henti
Bangkitkan gusar pada segenap hati
Takut peristiwa 2010 kembali lagi

26 March 2011

Cuba Puding ABC

Hari ni cuba buat Puding ABC kat MYR..
Memang mudah, semudah ABC..
Tak caya?! Cubalah.. klik ja kat sini..

Ni rupa puding yang saya cuba tu...



Senyap dan sunyi buat puding petang ni..
Xda gangguan..
Hubby kena kerja hari ni..
Rafiq sibuk main games..
Syakir plak...


He3 rupa2nya dah tertidur dah..
Rehatlah dik..
Nanti bangun rasa puding special untuk adik k..




24 March 2011

Memori Kerepek Pisang


Terima kasih pemilik blog Bicara NurKasih..
Sebab sudi jamu kerepek pisang berempah..
Rasa bertuah sebab dapat makan kerepek yang emak Nurkasih buat.
Walaupun tak tahu dia guna pisang apa wat kerepek tu.. Sedap tau..
Rupa2nya dulu mak dia wat kerepek ni jual..
Patutlah sedap, hasil dari x-tokeh kerepek..

Teringat plak zaman kanak2 ku dulu..
Mak buat kerepek pisang jual untuk cover ekonomi kami satu family waktu tu
Mak guna pisang nangka..
Kadang buat guna pisang yang ayah tanam kat belakang umah
Kalau takda pisang kat umah, terpaksa beli pisang orang
Tapi kuranglah incomenya..he3
Walaupun waktu aku budak nakal tapi selalu tolong mak..
Tapi selalu minta upah…he3
Part aku, masa kupas kulit pisang yang bertandan2 tu..
Memang mencabar, abis hitam kuku kena getah pisang..
Tapi mak selalu puji aku pandai kupas kulit pisang
Mak pun tak kupas secepat aku.. he3
Mak buat kerepek biasa, bukan yang manis tu..
Bukan juga yang berempah tapi yang masin2 skit tu..
Tapi sedap kerepek mak..
Tak menang nak goreng..
Sentiasa ada permintaan..
Bangga kejap jadi anak mak sebab mak pandai wat kerepek..
Waktu goreng tak bagi aku kacau takut kena minyak panas..
Kami goreng kat luar, guna kayu api..
Lepas goreng terus masuk dalam tin roti yang 4 segi tu..
Sekali goreng boleh la 2 tin macam tu..
Pastu mak bungkus, aku tolong tengok n belajar..
Bungkus kecil RM 0.50, bungkus 6x9 tu RM1 ja..
Pastu ayah tolong mak jual kat tempat kerja dia..
Aku plak tolong jual kat sekolah.
Seronok bila setiap bawa pergi jual, habis..
Siap ada yang pesan suruh bawa lagi.
Mungkin rezeki kami waktu tu..
Berkat usaha mak yang rajin juga..
Bangga jadi anak mak..

Ada satu peristiwa yang tak dapat aku lupakan sampai bila2..
Jeng… jeng.. jeng.. 
Hutang dulu ekk citer ni..



Aduhai Syakir ku sayang..

Aduhai Syakir ku sayang…
Kenapalah sayang mama ngan papa ni asyik terkencing kat atas toto..?
Waktu tidur, dia nak tido bawah..
Taknak tidur atas katil..
Jadi lapikkan toto untuk dia…
Toto kat umah ada 4..
Tapi tinggal 1 ja sekarang ni kat umah..
Yang lennya kat dobi..
Mana taknya asyik terkuncil kat toto tu..
Setiap malam nak tido dah ajak ke toilet, buang air
Dia pun dah jadi biasa, sekarang tak payah suruh
Malah dia pulak tanya abang tak kencing ka?
Kencing kat toilet kan, mama…?
Tapi pagi ni dia wat hal lagi..
Dah la tinggal yang itu ja toto yang ada kat umah..
Bila tanya, “malam ni adik nak tido macam mana? Abis toto tu basah ke kencing adik.”
Jawapnya, “kita basuh la mama, masuk dalam mesin basuh..”
“Mana boleh dik.. toto tu besar, mesin basuh tu kecik, mana muat…”
Sambil wat mula blur2 tu dia p tengok mesin basuh..
Dan terdengar dia cakap kat papa, “ ermm.. mesin basuh tu kecik, kan…?!”

20 March 2011

Kisah Rafiq lagi..

Rafiq dah balik dok ngan kami..
Kerja sekolahnya banyak lagi yang perlu siapkan..
Bukannya tak pandai buat tapi banyak main..

Pernah dulu aku main situasi dengan Rafiq.
'
'
Dalam acara lumba lari..
Kawan2 semua kat depan..
Rafiq sorang kat belakang..
Macam mana Rafiq nak kejar?
Macam mana nak menang?
Nak dapat no.1?
Rafiq nak jalan perlahan2 or nak lari laju?
Mesti lari laju kan.. baru boleh potong..
Kalau kita berjalan boleh ka nak kejar? Kawan2 makin jauh tinggal tu?
'
'Tak boleh la mama.. Rafiq nak lari laju2 potong depa semua..
'
'
'Macam tu jugaklah ngan kerja sekolah..
kalau nak pandai kena rajin wat kerja sekolah..
kena wat cepat2 takleh lambat2..
Nanti kawan semua dah pandai tinggal Rafiq sorang kat belakang tak tau apa2..
Tak best kan?
/
/
/
Baru 3 hari lepas, dia buat liat nak buat kerja sekolah..
kena jet selalu baru nak buat..
"Abang pandai la.. cepatnya abang buat.."

Pastu aku tanya dia..
Rafiq ingat lagi tak yang mama cerita hari tu?
Kalau abang nak kejar, nak potong orang nak wat camna?
Abang nak kena jalan ka nak kena lari?

Nak tahu apa dia jawab?!
'
'
'
'
"Abang nak naik roket.. ssiiiuuuww lepas p bulan... Tinggal depa dok atas pokok nyiur lagi..ha3..."

Nak kau!! Tanya lagi.. Dah tau anak tu bijak, nak main psikologi..

Pastu mama dia jawab la.. jawab jangan tak jawab..
"Jadi... kalau nak roket, kena wat kerja sekolah semua sekali la.. budak bijak, dia tak cakap saja..."

Rafiq habiskan kerja sekolah dia dan papa hadiahkan kasut bola.
Syoklah, kawan...


18 March 2011

Rafiq di mana?!

Rafiq di mana? Ke mana Rafiq..
Sebenarnya Rafiq tak ke mana2 pun..
Sejak cuti sekolah bermula,
Saudara2 di K.L  balik kampung,
Jadi ramailah..
Jadi meriahlah umah Tok Chun ( Ibu Mertuaku)..

Bila cuti sekolah, sekolah jer la cuti..
Kalau cikgu leh cuti sama
Tapi dah cikgi ni.. kenalah pergi kerja kan?!

Awal2 pagi kena antar anak2 pergi umah Tok Chun..
Syakir ok ja… senang bangun..
Rafiq plak kalau dah boleh tidur tu
Penat nak kejutkan..
Sebab dah set dalam otak kot hari cuti
Ya la.. kalau hari sekolah senang plak nak kejutkan.

Jadi bila cuti ni nak tidur lebih2..
Nak rehat cukup2
Taknak la bangun awal2 pagi.
Jadi dia nak tidur umah tok dia
Lagipun ramai sepupunya kat sana
Seronoklah

Balik kerja tetap singgah umah Tok Chun
Syakir nak ikut balik..
Rafiq taknak..
Lagipun Rafiq sibuk main dengan sepupu2nya

Tapi satu malam tu..
Rasa sunyi sangat..
Rasa rindu sangat..
Rasa kurang sesuatu.
Rindunya pada Rafiq
Sampai malam tu tidur ku dalam linangan air mata rindu
Rindu yang teramat sangat..

Tak sabar untuk kembali bersama
Makan bersama (selalu Rafiq yang baca doa bila nak makan)
Temankan dia wat kerja sekolah, main, menonton
Tidurkan dia

I’m really miss him.. hu3

12 March 2011

Para2 sakura di Kuala Perlis

Indahnya alam ciptaan Tuhan..
Siapa2 yang dekat area Perlis ni,
Boleh la singgah..
Bukan senang tau suasana indah..
Tak yah nak p Jepun tengok bunga sakura..
he3..



Sebenarnya rakan FB hubby yang publish gambar ni
Aku tolong promote negeri Perlis ja..
Cantik kan?
Jom kita.. menikmati keindahan alam
Sekarang musim bunga..

Kata2 seorang anak..

Macam biasa setiap pagi kalau nak kejutkan budak tu bangun untuk ke sekolah, bukan main liat lagi.. Kisah ni berlaku pagi semalam. Bila saja Papa kejutkan "Rafiq.. bangun cepat nak p sekolah ni.." Dengan separuh sedar dia kata " Tau dak Rafiq ngantuk ni.. Esok..., kalau papa kejut Rafiq, Rafiq tumbuk papa" Dari nak marah terus nak tergelak. Boleh plak dia kata macam tu.. haii.. Hari ni memang tak kejutkan dia pagi tadi sebab hari ni hari sabtu. Biar dia rehat. Memang rehat sungguh sampai k 12 tengah hari baru bangun.. Rafiq.. Rafiq..

Waktu makan bihun goreng ekspress malam tadi, Rafiq bukak cerita..
Mama, Papa... Nak tau dak..? Petang tadi masa men bola. Kakak tak demam pun tau. Kakak kata kat kawan dia, Rafiq dengar. Ni demam bola ni... Ni demam bola ni. Rafiq tak tau la.. bola ka demam? kakak ka demam?

He3 boleh anak pandai berkata2..
Kadang2 tu teruk gak nak explain kat dia biar faham sebab dia akan tanya dah terus tanya sampai dia faham. Tak kira la bila waktu yang dia rasa dia tanya or cerita. Kadang2 kita sibuk wat kerja pun kena layan dia dulu.. hu3 sabar ye la ekk...

09 March 2011

Drive 2 carwash

Tanggal 08.03.2011.
Setelah 3 tahun mendapat lesen kereta.
1st time aku masuk auto carwash
Wah! Berdebar2 rasanya..
Ooh gelak ek.. takper..
Memang aku takut pun..
Selalu kalau p cuci kereta husband yang drive masuk
Tapi kali ni aku terpaksa melangkah jua..
Ni semua kerana parking kat bawah pokok la..
Lepas balik kerja, pergi kat kereta…
Mak aii gelinya nak bawak kereta tu..
Tapi terpaksa juga aku drive pergi cuci kereta..
Nak masuk carwash tu dugdap2
Tuhan saja yang tahu
Terkekek2 nak masuk..
Tunggu isyarat mamat bangla tu ja nak go step forward
Dengan dentuman macam guruh di kala hujan lebat
Akhirnya aku berjaya juga mensucikan my car
Lega rasa.. barulah dapat drive dengan selesa
Sebab kereta pun dah cun..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...