30 April 2010

Khas Buatmu


Maafkanlah aku andai kau terasa
Biar ku paparkan apa yang terjadi
Agar kau tak ulangi

Luangkan sedikit masa
Dan bacalah..
Serta fahamilah..

Itulah yang nak ku sampaikan
Fikir-fikirkanlah
Sedalam-dalamnya
Semasak-masaknya
Dan buatlah keputusan
Yang terbaik

Ingatlah
Aku sayang kamu
Mak ayah sayang kamu
Adik, abang, kakak juga sayang kamu
Kawan2 sanak saudara turut sayang kamu

Dari sudut hati yang terluka
Dengan niat suci yang membara
Ku curahkan semua harapan ku yang ada
Kerana ku terlalu sayang pada kamu 

Resah Hati 2

Petang itu cuaca panas sekali. Kaki melangkah letih pulang kerja menunggu ke kereta. Sementara memanaskan enjin ku belek2 telefon bimbitku. Ah! baru ke teringat mak pesan suruh telefon semula. Tiga puluh minit perbualan dengan mak terasa sekejap ja masa berlalu. RM20 harga panggilan rasa tak puas saja. Panas petang tu tak lagi ku rasa tapi hati ini pula terasa panas. Panasnya sampai naik ke kepala. Bikin aku migrain saja.

Teringat pula pantun famous ni :

Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang Selasih Hamba Turutkan
Buang Emak Buang Saudara
Kerana Kasih Hamba Turutkan

Meh sini aku jawab plak pantun ni :

Pulut Lemak Buah Melaka
Simpul Kasih Cucur Keria
Tanpa Emak Tanpa Saudara
Mungkinkah Kasih Meraih Bahagia

Sediakah Ke Alam Baru?

Sudahkah anda bersedia untuk menempuhi hidup baru?
Pastikah anda dengan keputusan untuk melangkah ke alam rumahtangga?
Kahwin! Bukanlah satu perkara yang mudah.
Bukan juga untuk sehari dua.
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan,
Apakah niat di lubuk hati tentang perkahwinan ini?
Apakah gambaran2 atau impian2 yang ingin dicapai dalam alam perkahwinan ini?
Terlalu banyak sebab kalau dapat kita kumpulkan.
Yang baik niatnya malah ada juga disebaliknya.

Perkahwinan adalah perkara mulia yang dituntut agama.
Rasulullah s.a.w. sendiri menggariskan empat perkara
untuk dijadikan panduan kepada umatnya dalam hal memilih pasangan,
iaitu kecantikan, kekayaan, keturunan mulia dan pegangan agama.
Bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. menasihati umatnya
agar berkahwin dengan pasangan
 yang mempunyai latar belakang didikan agama
yang teguh berbanding tiga perkara tersebut.
 Ini bagi mengelakkan pelbagai masalah timbul
dalam kehidupan alam yang sentiasa bergolak.
Wallahu a'lam..

Resah Hati

Di waktu larut malam, suasana sunyi sepi. Yang kedengaran bisikan unggas2 malam yang menemani sang purnama. Semua orang pasti sedang asyik melayan mimpi2 indah. Tinggal aku yang masih belum mampu melelapkan mata walaupun mata ini terlalu pedih untuk dibuka lagi, kepala ku plak rasa macam digigit2 dan hati ini sakitnya Tuhan saja yang tahu..

Ya Allah Ya Tuhanku..
Inikah dugaan yang harus aku tempuhi
Ya Allah..
Walau aku amat mengantuk
Tapi fkiranku masih berlegar-legar
Hati ku masih berteka-teki
Ku mohon padamu
Ya Allah Ya Tuhanku..
Berikanlah akal yang waras,
Hati yang tenang
Dan lidah yang lembut
Untuk ku harungi dugaanmu
Ku juga yakin padamu
Peliharalah dia dari segala yang tidak baik
Amin..


28 April 2010

Adooiii

Ya Allah kau tabahkanlah aku dengan dugaan ini.

Aku keliru dan kadang aku tak faham. Adakah memang benar ini salahku atau aku hanya tempat untuk tempiaskan kekusutan juga kesulitan yang berlaku. Wajarkah aku terus diperlakukan begini atau perlu aku mengundur diri..

Aduh! Kepala ku makin sakit.. berdenyut2 rasanya. Mana taknya kalau aku tak cukup tidur, ginilah jadinya. Biar kurang makan janji cukup tidur.. He3 itulah perangai buruk aku tak leh nak buang sampai saat nii..

Mata pun dah naik berpinau nii. Alangkah bestnya kalau leh tidur kejap nii.. Lagi best kalu leh balik tidur kat umah.. Di dalam bilik yang nyaman.. Di atas tilam yang empuk.. perrgghhh!! Tapi apakan daya.. aku hanya pekerja biasa...

Tanggungjawab Suami

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yg maksudnya: "Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya suruh pada suaminya." (Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Firman Allah SWT yg bermaksud: " Dan juga mereka (yang diredhai Allah ialah orang) yang berdoa dengan berkata : Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri serta zuriat keturunan kami, perkara yang menjadi penyejuk mata (menenang hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang yang bertaqwa." (Surah al-Furqan, ayat 74)

Orang yg benar2 berjaya adalah mereka yg membawa org lain untuk berjaya bersamanya.

Suami seperti imam, bertanggungjawab utk memimpin keluarga ke mercu kejayaan. Kejayaan suami hanya akan terbukti apabila dia dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik. Suami yang bertanggungjawab terhadap isteri dan anak2nya sehingga menjadi isteri dan anak2 yang baik dan beriman, wajib ditaati.

Isteri solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika suami juga seorang yg soleh dan bertanggungjawab. Mana mungkin suami mengharapkan 'penyejuk mata' melalui isteri dan anak2 tanpa terlebih dulu mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak2 dengan cara yang betul. Sesungguhnya di sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkahlaku dan bukan dengan konsep 'ketam berjalan' yang menjadi amalan kebanyakan kita.

Cakap serupa bikin antara kunci kejayaan suami yang menjadi imam kepada makmum iaitu isteri dan anak2 dalam sebuah rumahtangga yang bertaqwa.

Rs : Kekasihku, kaulah imam buatku dan anak2.

26 April 2010

Bisul ker...?

Selama ni yang aku tau, bila sebut bisul.. mesti ingat tumbuh kat p**gg**g. Ingat lagi masa kecik2 dulu. Mak @ tok selalu larang "jangan duduk atas bantal.. nanti tumbuh bisul kat p**gg**g, tak tau la nanti nak duduk macam mana.."

Tahun lepas, mak kepada biras aku jadi bisul kat p**gg**g. Demam panas dan bisul tu besar sangat sampai tak leh duduk, last2 pi klinik kena belah wat keluar bisul tu. Ish3 takkan lah dah tua2 dok duduk atas bantal plak lagi.. Eh! Takut aku dengar..

4  @ 5 bulan lalu, anak sedara baru umur 5 bulan jadi bisul tapi bukan kat p**gg**g tapi tak perut.. kesian budak tu, demam gak la. Ni plak minggu lepas Rafiq plak jadi bisul kat kaki. Besarlah jugak.. Badan pun tak sedap ja, panas cam demam. Pagi semalam dia lepas mandi, tiba2 bisul tu pecah. Dia dah gelabah takut tengok darah, terus kata takleh jalan dah nii.. terpaksalah dukung dia yang dah berat 20  kg tu.. Bila belek2, rupanya ada lagi bisul2 kat badan dia.. kat p**gg**g, tengah belakang & kat paha..

Aik! Bisul tu leh tumbuh kat lain selain p**gg**g? Apa sebab leh naik bisul ni? Ni yang buat aku nak search ni.. Dan inilah yang aku dapat dari Utusan Malaysia Online.

Menurut Pakar Perunding Bedah Am dan Laparoskopik, ColumbiaAsia Medical Centre, Seremban, Negeri Sembilan, Dr. Abd. Hamid Mat Sain:

Bisul selalunya bermula dengan ketulan merah yang bengkak, berisi nanah, membesar dan menjadi lebih sakit sehinggalah ia pecah dan nanah mengalir keluar. Walaupun bisul akan hilang selepas beberapa hari, kebanyakannya mengambil masa selama dua minggu untuk benar-benar sembuh. bisul boleh timbul di mana-mana bahagian tubuh tetapi kerap muncul di muka, leher, ketiak, punggung atau paha – kawasan tubuh yang mempunyai rambut dan kerap berpeluh serta bergesel. Kadangkala, bisul boleh terjadi di dalam kelompok yang dikenali sebagai karbunkel. Walaupun sesiapa sahaja boleh menghidap jangkitan yang menyakitkan ini, mereka yang mempunyai diabetes, sistem imun tertekan, akne/jerawat atau lain-lain masalah kulit lebih berisiko tinggi. Selalunya, pesakit boleh menjaga seketul bisul di rumah sahaja tetapi anda dinasihatkan tidak memicitnya kerana ia akan merebakkan jangkitan. Antibiotik atau penyaliran surgikal diperlukan untuk membuang jangkitan itu.

*Simptom-simptom
Bisul selalunya timbul seperti ketulan menyakitkan yang berwarna merah jambu atau merah dengan saiz lebih kurang setengah inci diameter. Kulit di sekelilingnya juga akan kelihatan merah dan bengkak. Dalam masa 24 jam, ketulan ini akan berisi nanah. Ia akan membesar dan menjadi lebih sakit selama lima hingga tujuh hari, kadangkala mencecah saiz bola golf sebelum hujung yang berwarna putih kekuningan akhirnya pecah. Bisul selalunya akan hilang dalam masa dua minggu. Bisul kecil selalunya pulih tanpa meninggalkan parut tetapi bisul besar mungkin akan meninggalkan tanda di kulit. Karbunkel merupakan satu kelompok bisul yang berlaku di bahagian belakang leher, bahu atau paha lebih-lebih lagi di kalangan lelaki dewasa. Ia menyebabkan jangkitan yang lebih dalam dan teruk daripada bisul tunggal. Ia juga berkembang dan sembuh dengan lebih perlahan serta meninggalkan parut. Seseorang itu akan mengalami demam panas apabila karbunkel berlaku.

*Punca-punca
Bisul selalunya terjadi apabila satu atau lebih daripada folikel rambut – injap berbentuk tiub dari mana rambut tumbuh – dijangkiti bakteria stafilokokus aureus. Bakteria-bakteria ini, kata Dr. Abd. Hamid, selalunya berada pada kulit dan kadangkala laluan kerongkong dan nasal/hidung, yang bertanggungjawab untuk beberapa jenis penyakit serius termasuklah pneumonia, meningitis, jangkitan trek urinari dan infeksi endokartitis di lapisan jantung. Ia juga merupakan punca utama jangkitan penyakit yang didapati daripada hospital dan makanan. Bakteria stafilokokus yang menyebabkan bisul lazimnya masuk melalui luka, kesan cakaran atau lain-lain pecahan di kulit anda. Sebaik ini terjadi, sel-sel darah putih khas, neutrofil akan ‘meluru’ ke kawasan tersebut untuk melawan jangkitan, menyebabkan inflamasi dan nanah terbentuk – satu campuran sel-sel darah putih lama, bakteria dan sel-sel kulit yang mati.

*Faktor-faktor risiko
Walaupun sesiapa sahaja termasuk mereka yang kelihatan sihat boleh dijangkiti bisul atau karbunkel, faktor-faktor berikut boleh meningkatkan risiko anda:

* Jika anda mempunyai kesihatan yang lemah, ia bertambah sukar untuk sistem imun anda melawan jangkitan.

* Diabetes menyukarkan tubuh melawan jangkitan. Malah, bisul yang sering timbul semula kadangkala menunjukkan tanda-tanda diabetes, lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.

* Pakaian yang ketat atau melecetkan. Iritasi yang timbul daripada pakaian yang ketat akan menyebabkan kulit pecah dan bakteria lebih senang memasuki tubuh.

* Keadaan kulit yang lain. Disebabkan ia merosakkan lapisan kulit anda, masalah kulit seperti akne dan dermatitis menjadikan anda lebih senang dijangkiti bisul dan karbunkel.

* Ubat-ubatan sistem imun yang tertekan. Penggunaan jangka panjang kortikosteroid seperti prednisone atau ubat-ubat lain yang akan menekan sistem imun anda yang boleh meningkatkan risiko terkena jangkitan bisul atau karbunkel ini.

Bila perlu mendapatkan rawatan perubatan?
Selalunya, anda boleh menjaga seketul bisul dengan sendiri. Tetapi anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor jika bisul itu timbul di muka, tulang belakang atau jika anda mempunyai:

* Bisul yang bertambah teruk dengan cepat atau amat menyakitkan
* Bisul yang besar dan tidak sembuh dalam masa dua minggu atau diiringi demam panas
* Bisul yang kerap timbul
* Terdapat garisan merah daripada bisul anda, yang merupakan tanda jangkitan telah memasuki salur darah anda
* Keadaan yang menekan sistem imun anda, seperti transplan organ atau jangkitan HIV. Kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai satu atau lebih bisul dinasihatkan untuk mendapatkan penjagaan perubatan.

Penyaringan dan diagnosis
Para doktor selalunya akan mendiagnosis bisul hanya dengan melihat kulit anda, tetapi kadangkala mereka akan mengambil sampel nanah untuk memeriksa jenis bakteria. Jika mempunyai jangkitan berulang, anda dikehendaki menjalani ujian untuk diabetes atau lain-lain penyakit yang boleh melemahkan sistem imun anda.

Komplikasi
Dalam beberapa kes, bakteria daripada bisul boleh memasuki aliran darah dan bergerak ke bahagian tubuh anda yang lain. Jangkitan yang merebak dikenali sebagai keracunan darah (septisemia) dan boleh meragut nyawa. Pada awalnya, keracunan darah menyebabkan tanda-tanda seperti demam sejuk, demam panas, kadar degupan jantung yang pantas dan rasa sakit yang teramat sangat. Tetapi keadaan ini, tambahnya, boleh cepat berubah kepada kejutan, bermula dengan tekanan darah dan suhu badan yang menurun, kekeliruan, pembekuan abnormal dan perdarahan ke dalam kulit.

Rawatan
Doktor mungkin akan mengeluarkan nanah daripada bisul yang besar atau karbunkel dengan membuat insisi/torehan kecil di hujungnya. Ini akan mengurangkan rasa sakit, mempercepatkan penyembuhan dan membantu mengurangkan parut. Jangkitan yang dalam tidak boleh dihilangkan secara keseluruhannya. Ia akan ditutup dengan kain kasa yang telah disteril agar nanah boleh terus dikeluarkan. Kadangkala, doktor akan menetapkan antibiotik untuk membantu menyembuhkan jangkitan yang teruk atau berulangkali.

Pencegahan
* Bersihkan luka-luka dan geseran kecil dengan sabun serta air dan sapukan ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi.

* Pakaian ketat mungkin nampak anggun tetapi pastikan ia tidak melecetkan kulit anda.
* Pilihlah bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran serta sejumlah kecil protein tidak berlemak. Elakkan makanan berlemak atau bergula.

Tip penjagaan sendiri
* Bubuh satu sudu teh garam ke satu suku gelen air mendidih dan sejukkannya pada suhu bilik. Tuam kain yang direndam ke dalam air suam bergaram tersebut ke kawasan dijangkiti lebih kurang 30 minit, setiap beberapa jam. Ini akan membantu memecahkan bisul dan mengalirkan nanah keluar lebih cepat.
* Basuh perlahan-lahan bisul anda dua kali sehari. Kemudian, sapukan antibiotik yang boleh didapati di kaunter farmasi. Kemudian, tutup dengan pembalut.
* Elakkan memicit atau memecahkan bisul kerana ini boleh merebakkan jangkitan.
* Basuh tangan anda dengan bersih selepas merawat bisul. Basuh pakaian, tuala atau apa-apa kain yang terkena kawasan yang dijangkiti.

Rawatan alternatif
* Minyak tea-tree. Minyak asas ini telah digunakan untuk berkurun lamanya sebagai antiseptik, antibiotik dan agen antifungi. Sapukan minyak tersebut ke bisul anda beberapa kali sehari. Minyak ini boleh menyebabkan tindakbalas alahan. Berhenti jika masalah timbul.
* Ubat homeopati. Ubat homeopati untuk bisul termasuklah belladonna, hepar sulfuris dan silica.
* Herba. Teh herba seperti dandelion dan red clover dipercayai boleh membantu merawat jangkitan bakteria. Ubat salap lain yang mengandungi marshmallow atau elm yang licin boleh melegakan keradangan.


24 April 2010

:: Fantasia Musim Cinta ::


Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yang biru
Arah kita kian bersatu
Tinggalkan lagu rindumu

Langkah kita makin hampir
Kutahu kau menungguku
Dihujung titik menantilah aku
Alam mimpi...

Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari-hari
Yang indah ini...

Gunung akan kudaki
Lautan kan aku renangi
Demi memburu mimpi
Yang pasti

Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun berpadu

Hari-hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring, sehati dan sejiwa
 
 
Rs : Sabarlah sayang.. Dengan izinNya, impian kita kan menjadi realiti bukan lagi mimpi.
 

23 April 2010

Membina Rumah Impian Vs Membina Cinta


Tetiba jer.. entah kenapa hati ini terkenang di waktu dulu.. Betul kan, masa tu tetap berlalu tak pernah pun menunggu tapi apa yang telah kita lalui tu tetap menjadi kenangan yang tersimpan di sudut hati kita.

Tak perlulah aku beritahu apa rasa hatiku di ketika itu. Mungkin korang pun dapat menduga. Waktu dulu aku pernah ajukan soalan ini pada seorang lelaki yang aku anggap dia sebagai seorang abang dan tiada perasaan lain selain dari itu.

" Ada sebuah rumah yang dibina cantik sangat. Dibina atas dasar cinta sepasang kekasih. Dari luar nampak cantik, gah, penuh dengan segala utiliti. Orang yang melihat pasti akan rasa cemburu melihat akan kebahagian mereka. Masa berlalu dan terus berlalu. Rumah yang di bina mula rosak. Sana sini bocor n rosak. Apa nak buat?" tanyaku.

" Cubalah baiki kerosakan itu.. cubalah tampal yang bocor tu.. tentu keadaan akan kembali seperti sediakala. Insyaallah.." jawabnya.

"Dah... dah baiki tapi masih ada cacatnya..." ujarku.

"Cubalah sedaya upaya tutup kecacatan tu.. Memanglah kalau ia takkan jadi seperti rumah yang baru lagi. Tapi kalau kita usaha, tiada yang mustahil." katanya.

"Entahlah saya dah penat. Saya dah letih." aku mengeluh.

"Mana boleh macam tu. Takkan nak lihat rumah yang terbina indah tanda kasih musnah sebegitu saja?" tanya dia padaku.

"Saya dah pikir masak2. Saya tak mampu lagi nak baiki semua kerosakan. Untuk apa saya lakukan semua ini sedangkan dia pula kerap merosakkannya. Saya terpaksa merelakan ia runtuh dan musnah kerana saya dah tak sanggup berkorban lagi." jawabku.

"Kalau itulah jawapannya. Saya tak dapat nak kata apa2 lagi. Keputusan di tangan awak. Buatlah keputusan sebaik2nya." nasihatnya.

"Terima kasih kerana sudi buang masa dengar semua ini, saja jer tanya.. he3", ayat cover aku.


Cinta..
Ada apa dengan cinta..
Pelbagai tafsiran tentang cinta..
Yang pasti cinta adalah suatu perasaan suci yang lahir dari hati yang ikhlas.
Cinta sejati tak boleh dicari jua dijualbeli.
Cinta lahir dengan sendirinya.
Cinta juga boleh pergi walau hati tak merelakannya.
Cinta menyatukan dua jiwa.
Cinta itu memerlukan kerjasama.
Cinta ini memberi dan menerima.
Cinta takkan ke mana andai satu memberi tapi satu menolak.
Cinta takkan ke mana anadai satu menyiram dan membajanya tapi satu lagi meracunnya.

Ya ka ni..? Apa pula kata anda tentang cinta?


Rs: Terima kasih kerana kau telah ajari aku bahasa cintamu. Love you more..

CEMBURU

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya.

Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu, seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya.

Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif.

Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal.

Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk.

Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah bertindak segera agar tidak merebak. Ikutilah tips berikut tentang bagaimana untuk mengawal keadaan sekiranya mendapat pasangan yang kuat cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jangan terbawa-bawa dengan sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalan yang diajukan. Sebaliknya lebih baik berdiam diri sahaja daripada
terus menyemarakkan kemarahannya.

2. Anggaplah bahawa dia sebenarnya tidak berniat untuk melukai hati kita. Mungkin ini tidak disedarinya dan jangan ambil hati.

3. Cuba sedaya upaya untuk membina keyakinan diri padanya. Pujilah pasangan atau mintalah nasihatnya bila perlu dan sentiasa luahkan perasaan cinta yang membuktikan bahawa kita menyayanginya. Malah sebaiknya berikanlah dia sokongan yang berterusan agar dia merasa sentiasa disayangi dan dihargai.

4. Jangan membabitkan diri dalam situasi yang boleh membuahkan perasaan cemburu bagi pasangan seperti suka berfoya-foya, berbual-bual mesra atau bergurau senda dengan orang lain.

5. Berbincanglah dengan pasangan tentang perasaannya. Jika kita telah berusaha sedaya upaya tetapi pasangan tetap tidak boleh mengawal rasa cemburunya, kaunseling mungkin jalan terakhir untuk menyelamatkan keadaan.

‘Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri’. Begitulah antara bait-bait lagu yang menceritakan asam garam kehidupan dalam rumahtangga. Cinta dan cemburu adalah seperti isi dengan kuku bagi mana-mana pasangan suami isteri. Yang penting adalah kesederhanaan. Maksudnya seseorang itu harus
mempunyai rasa cemburu terhadap pasangan tetapi mestilah berpada. Jangan sampai pasangan merasa terkongkong dan dikongkong. Sebaliknya jadikanlah rasa cemburu itu sebagai alat untuk dapat memperbaiki sikap atau mengkoreksi diri sendiri terhadap sikap yang selama ini diamalkan. Contohnya, bagi seorang isteri mahupun suami, adakah penampilan atau layanan yang selama ini diberikan memuaskan atau tidak. Adakah berlaku sesuatu kekurangan dalam diri yang sebenarnya mampu kita mengadakannya tetapi tidak kita adakan. Dengan sikap ini, kita akan sentiasa memperbaiki kualiti diri dan sentiasa memberikan layanan yang terbaik untuk pasangan supaya ia tidak terpikat kepada yang lain.

Akhirnya, tidak perlu lagi terjadi perbalahan atau pertengkaran yang hebat antara suami isteri gara-gara sifat cemburu kerana tentu sekali tidak ada pasangan yang rela diperbodohkan atau diambil kesempatan akibat ketiadaan sifat cemburu dalam hatinya yang membuatkan dia tidak peka dengan kehendak sebenar pasangannya. Dengan itu cinta dan cemburu hendaklah diambil ‘sesedap rasa’ sebagai perencah kebahagiaan rumahtangga. Cinta biarlah ikhlas dan cemburu biarlah bertempat. Kata orang, ‘tanpa cemburu rasa cinta terasa hampa’. Ingatlah, sesungguhnya ‘ALLAH SWT Maha Cemburu’. Maksudnya?

Ya, bukanlah Allah SWT sangat mencintai kita selaku hamba-hamba-Nya. Cuma kita yang tidak menyedarinya lantaran HATI kita yang telah ‘TERTAWAN DENGAN ‘CINTA YANG LAIN’!


Cinta..
Aku ingin tua bersamamu
Menatap anak-anak
Yang meneruskan jejak kita
Tanpa perlu sesaat pun khuwatir
Hatimu pergi meninggalkan
Keranamu aku cemburu
 
Rs: Maafkanlah aku.. aku tak mampu untuk membuang rasa cemburu ini padamu tetapi aku akan cuba mengawalnya. I love you, Sweetheart.

22 April 2010

Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Dari petikan artikel di Saifulislam.Com :

Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!

Perkahwinan jarak jauh jarang berlaku atas kehendak pasangan yang berumahtangga. Lazimnya ia berpunca daripada komitmen kepada kerja seperti doktor, jurutera carigali, guru malah mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kita perlu ingat, manusia dikurniakan oleh Allah kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran hatta dalam situasi yang paling sukar. Justeru, kemampuan seorang suami dan isteri menyesuaikan diri dengan jarak yang memisahkan mereka, tidak harus menjadi satu-satunya penentu kepada baik atau tidaknya PJJ itu.

Oleh itu, Saidina Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu telah menetapkan polisi agar tenteranya tidak pergi menyertai misi ketenteraan lebih daripada empat bulan.

Seorang suami yang meninggalkan isteri kerana kekangan kerja, harus untuk meninggalkannya lebih daripada tempoh itu jika isteri memberi restu. Hak yang terbabit adalah hak isteri untuk digauli oleh suaminya. Namun apakah kita secara mudah mengambil pilihan yang paling berisiko itu? Apakah harga yang mampu dibayar atas kehilangan masa-masa yang berharga, tambahan pula jika anak-anak turut terbabit sama.

Isteri mempunyai hak ke atas suami.

Suami mempunyai hak ke atas isteri.

Anak-anak, mudah-mudahan dikurniakan rezeki beroleh anak, juga ada hak ke atas ibu dan bapa.

Kesempurnaan fizikal, mental, emosional, spiritual, memerlukan didikan dengan kombinasi ayah dan ibu. Andai berpisah nyawa, atau talaq sudah membataskannya, tiadalah banyak yang boleh dikata. Namun dengan sengaja membiarkan jarak memisahkan suami dan isteri ketika pilihan yang lebih baik itu ada, janganlah disalahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri!

Berusahalah untuk segera kembali bersama.

Seorang isteri mesti berbincang dengan baik bersama suami. Tempoh kerja mestilah mematuhi perjanjian yang disepakati. Jangan sewenang-wenangnya membiarkan suami keseorangan dan kesunyian. Jangan biarkan dirimu selesa dengan perpisahan itu.

Antara keelokan Islam, ia bukan sahaja memuliakan pernikahan, malah tegas menutup pintu-pintu fitnah dan kemusnahan.


Apa Kata Sofya :

Perkahwinan jarak jauh ini banyak buruk dari baiknya. Saya menulis adalah berdasarkan pengalaman diri, sahabat juga keadaan sekeliling kita pada hari ini. Maaflah andai saya menguris perasaan kalian. 

Pertama, cuba tanya pada diri, "Untuk apakah kita berkahwin?" Bukankah perkahwinan itu bertujuan untuk menyatukan 2 jiwa yang berkasih sayang?

Kedua, "Mampukah sepasang suami isteri hidup tanpa saling memerlukan?" Bukankah perkahwinan juga bermakna perkongsian hidup? Berkongsi segala rasa, susah senang, pahit manis kehidupan..

Ketiga, "Di manakah letaknya tanggungjawab?" Jika kamu seorang suami, tegakah membiarkan isteri kamu memikul beban hidup seorang diri? Walaupun dia telah biasa dengan hidupnya yang sebegitu, tidakkah terlintas untuk meringankan bebannya? Jika kamu seorang isteri, tegakah kamu membiarkan suamimu mengurus makan pakainya, sakit demannya sendiri? Walaupun dia pernah lalui semua itu seorang sebelum ini, bukankah itu tanggungjawabmu sebagai isteri?

Keempat, "Tidakkah ia membuka pintu fitnah dan kemusnahan?" Sepasang suami isteri yang berjauhan memerlukan kekuatan jasmani dan rohani. Terlalu banyak dugaan iblis syaitan yang datang menggoda yang kadangkala kita sendiri tidak meyedarinya. Cemburu juga merupakan sejenis jarum syaitan yang sangat tajam dan mampu menghancurkan rasa percaya pada pasangan.

Kelima, "Inikah trend terkini yang harus dibangga2kan?" Janganlah sampai terikut2 budaya barat. Janganlah jadikan ia satu trend, suatu kebiasaan. Bagaimana pula nak didik generasi akan datang tentang pentingnya sebuah keluarga? Andai ia sudah menjadi trend terkini, tanya hati, tanya iman, perlukah jadi ikutan? Berbaloikah?

Tepuk dada tanya iman. Sesungguhnya tempat isteri itu adalah di sisi suaminya dan kebahagian rumahtangga itu aroma syurga. Wallahualam..


Rs: Setiaku di sampingmu. Bersamalah kita mengharumkan aroma syurga cinta kita.

21 April 2010


Duhai Wanita...
Tatkala kau menitiskan air matamu kerana dipermainkan teman lelakimu.
ALLAH pula menunggumu menitiskan air matamu kerana mengharapkan kasihNya.
Duhai Wanita..
Tatkala kau merebahkan dirimu di hadapan lelaki yang bukan mahram bagimu.
ALLAH pula menunggumu kembali mengharapkan pengampunanNya.
Duhai wanita...
Usahlah kau menjerumuskan dirimu ke lembah yang hina.
Usahlah kau biarkan mereka yang bergelar lelaki merosakkan dirimu.
Duhai wanita...
Kembalilah dikau ke pangkuan ALLAH dengan penuh pengharapan dan penginsafan. . .

Siapalah tue....

Malam tadi aku dikejutkan dengan satu berita kecurian. Isteri adik ipar bagitau stor simpanan barangan input pertanian kat umah kami tu ada orang masuk. Barang yang diambil ialah racun. Walaupun ada racun yang mahal harganya tapi dia tak sentuh. Yang dia ambil, racun yang standard, yang selalu orang guna. Terkejut jugak aku.. ya lah aku pulak tak pernah ambil tahu langsung bab apa2 barang yang diorang simpan dalam stor tu. Walaupun ada mangga tapi takpernah guna pun nak kunci stor tu... tapi lepas tu memang kena make sure berkuncilah.. Suspek dipercayai seorang lelaki yang mahir menggunakan atau kenal jenis2 racun ni dan familiar ngan bilik stor tu.. Anggaran kerugian mencecah ratusan ringgit.. Kesian plak kat ayah kena tanggup kerugian ni.. Siapalah yang tergamak wat kerja2 gini..

"Ya Allah Engkaulah Tuhan yang memberi petunjuk kepada orang yang sesat dan mengembalikanlah barang yang hilang kepada tuannya. Ya Allah, kembalilah kepada dia barang2nya yang hilang kerna barang2 itu adalah pemberianMu kepada hambaMu. Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."


20 April 2010



Rs: Cinta di hati ini hanya ada aku dan kamu..

Dunia Ini Ana Yang Punya...Hahahhaaa

Kata orang " Masuk kandang kambing, mengembek.. Masuk kandang harimau, mengaum.." Maknanya kita kenalah sesuaikan diri kita juga hormat dengan keadaan persekitaran kita. Bukan pulak jadi kutu.. kalau masuk mana2 kandang still jadi kutu.. Baguslah macam tu yerk? Mana pun kita pergi, berkeras nak jadi diri kita walaupun ada peraturan yang perlu kita ikut tapi kita tetap macam tu.. peduli apa tu peraturan, ada hal ngan perasaan orang.. Janji kita ikut kita punya suka.. kita punya mau..
Kalau jadi cam kutu ni kalau masuk kampung sahih kena halau tak pun kena pulau..
Kalau jadi cam kutu ni kalau masuk opis sahih kena pool or tindakan tatatertib..
(Kalau opis aku ni.. ha3 bos plak yang gemar bela kutu..)

Seronok giler kalau opis ni mak bapak aku yang punya..
Suka2 hati aku la bila nak masuk keluar opis..
Bila2 rasa nak cuti, anytime bolehnyer..
Biarlah aku nak buat kerja or nak menganga..
Ikut suka akulah nak buka pc tak tutup2 pun..
Ada aku kisah.. Kalau nak bungkus pun opis mak bapak aku yang punya

Isk3 ada jugak orang gini dalam dunia..
Bikin orang gila emo..
Bikin hati jadi panas..

19 April 2010

Siapalah Aku Tanpa Kalian, Penyejuk Mata Hatiku

Dah dua tiga hari aku berehat dari menatap pc. Sebenarnya aku balik Penang hujung minggu lalu. Saja2 balik, buat sedikit kenduri kesyukuran sempena hari lahir adik bongsu (8/4), mak (13/4) dan adik perempuan (17/4) dan tahlil untuk arwah ayah. Alhamdulillah segala yang dirancang akhirnya terlaksana juga walaupun tak 100%. 

Malam tadi baru jer sampai. Orang semua dah tido.. Pagi tadi tengah iron baju nak pergi kerja adik ipar cakap dia ada test JPJ hari ini. Alamak! Mak ngan ayah mertua takda. Diorang pegi KL jenguk cucu kesayangan.. melepas rindu. Aku baru ja ambik cuti bulan ni..takkan nak ambik lagi. Cuti pun tinggal tak banyak dah. nanti kalau ada emergancy kes nak cuti payah lah plak kalau cuti dah takda. Aku minta tolong husband ambik cuti jaga anak2. Sebab cuti dia banyak lagi. Cuti tahun lepas pun banyak lagi. Dia kata ok.. Selamat ada hubby baik gini..

Tapi bila sampai opis, aku terfikir plak "sepatutnya aku yang dok umah jaga anak2, suami keluar cari rezeki, ni terbaliklah plak." Memang tak best pun hati ni masa dok kat opis tapi aku still control emo aku. Kesian kat hubby.. nasiblah dapat wife camni.. 

Habis kerja aku terus balik umah.. rasa dah tak sabar2 nak jumpa diorang. Orang2 kesayanganku. Sampai kat umah, aik! sunyi sepi.. ala mana pi semua orang nii.. sunyi  rasa tanpa 3 hero ku.. rasa lengang ja walaupun tengah hingar bingar kat depan umah sebab orang tengah repair traktor.. Sunyi + resah + gelisah + tercari2.. tak senang duduk tak senang berdiri, tak senang hati dibuatnya..

Rupa2nya hubby pergi men bola kat kangar.. Si abang ikut sekali.. adik plak tengah tido kat dalam bilik adik ipar.. Fuhhhh! Lega rasanya.. sekarang barulah boleh waktu kerja ngan hati senang.. ;>

" Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Ku panjatkan syukur padamu di atas nikmat ini. Ku mohon padamu, kau peliharalah kebahagian dan kesejahteraan keluargaku ini agar ianya kekal buat selamanya."


Rs : Terima kasih atas segalanya...

16 April 2010

Kenangan Mengusik Jiwa


Semalam masa dok belek2 fb.. Usha2 gambar kawan2.. Aku terpandang pada fb sorang mamat. Sah! Memang aku kenal pun.. Aku pernah sayang dia suatu masa dulu tapi kejap jer. Cinta Xpress! Aku ditinggalkan tanpa sebab. Ya, masih segar diingatan ni.. Bila suatu malam tu aku terima panggilan darinya. Aku masih ingat lagi kata2nya malam tu.. " Pergilah.. pergi! pergilah cari yang lain, yang lebih baik, yang boleh sayang awak, yang jaga awak lebih daripada saya"  Masa tu aku nangis sangat2.. aku tak faham kenapa dan dia kata takperlu tanya kenapa2.. Tulah sampai sudah aku tak tau sebab dia. Tapi kalau aku terserempak ngan dia, aku nak cakap "Terima kasih banyak2.. sebab lepaskan saya dulu. Kerana itu la saya jumpa cinta sejati saya.. nilai kasih sayang yang sebenarnya dan saya cukup bahagia dengan pasangan juga anak2 yang comel.. semua ini anugerah dariNya yang tak terhingga buatku."

Entah macam mana aku leh mimpi si mamat ni semalam. Dalam mimpi tu, aku masih dok tanya dia kenapa dia tinggalkan aku tapi dia tak jawab diam ja. dan tiba2 ja polis mai tangkap dia.. dia orang jahat rupanya.. syukur aku tak kahwin ngan dia.. Syukur padaMu Ya Allah..

Eh! Bukan aku sayang gila kat dia.. perasaan sayang tu dah lenyap sejak dia campak aku jauh dari hati dia. Dan aku pun dah tolong dia tunaikan prinsip yang diagong2kan selama ini.. "Dia & Perempuan, once clash...ibarat macam ludah.. tak mungin jilat semula." Aku tak menyesal dan aku yakin dengan keputusan yang aku buat. Takda ruang untuk cintanya lagi di hatiku ini. Aku seboleh2nya tak nak lihat muka dia.. nama dia pun aku taknak baca.. aku taknak ada lagi dia dalam hidup aku.. Sebab aku akan teringat betapa bodohnya aku kerana pernah singgah di hati dia. So aku dah block nama dia di fb aku..

Kenangan silam.. sesekali terimbas jua.. buat panduan.. buat ikhtibar.. pengalaman jua mendewasakan kita.


Rs: Maafkan aku.. Hanya kau di hatiku dan ku yakin hanya aku di hatimu.. Walau kisah silam sesekali menyapa, cintaku padamu utuh di jiwa, cintamu padaku kekal di jiwa.

Tip Kurangkan Stress Di Tempat Kerja


Kita sering terleka dengan kerja yang kita buat sehingga kita sering menerima tekanan daripada kerja terbabit. Kita tidak seharusnya merasa tertekan dengan kerja yang diamanahkan kepada kita. Sebaliknya kita hendaklah bijak dalam mencari jalan untuk menghilangkan tekanan daripada kerja. Antara langkah-langkah yang boleh kita lakukan seperti:-

1. Membaca kisah lucu.
Membaca bahan lucu bukan hanya boleh membuatkan kita tertawa, tetapi ia juga mampu mengurangkan tekanan. Layari sahaja laman web yang mempunyi cerita lawak mahupun gambar yang boleh membuatkan anda terlupa seketika soal kerja. Namun, awas jangan sehingga terleka. (Boleh lah tu layan2 blog..ha3)

2. Berbual dengan teman sebelah.
Tidak salah jika sesekali kita berbual dengan teman sebelah meja mengenai topik umum mahupun soal politik semasa. Namun jangan pula isu tersebut menjadi sensitif hingga memberi tekanan kepada anda dan yang lebih penting jangan sehingga hubungan anda dengan teman anda terjejas. (Kawan, jangan lupa ingat kat sebelah nii)


3. Ke pantri atau kafe.
Anda boleh menjeguk sebentar ke pantri dan membuat sendiri minuman panas anda dan menghirupnya dengan perlahan. Ia akan membuatkan minda anda lebih tenang dan positif. (Mai secawan.. pekena kopi cicah roti kering pun jadiklah)

4.Ke tandas.
Bergerak sebentar dan jika anda tidak mempunyai destinasi singgah sebentar ke tandas. Ini kerana sepanjang perjalanan ke tandas anda akan menegur dengan rakan sepejabat dan segarkan diri dengan membasuh muka. (Make sure keadaan sekeliling is clean n safety)

5.Berkunjung ke tempat baru.
Jika anda merasa terlalu tertekan, tinggalkan tugasan dan keluar daripada pejabat. Berkunjung ke tempat baru dapat mengurangkan tekanan dan kesegaran yang berbeza. Ia juga memberi inspirasi untuk tugasan yang sedang anda lakukan. (Dok tunggu masa dan ketika yang sesuai jer nii)

Kawan2... rasanya masalah dengan kerja ni masih boleh nak handle lagi.. kalau ya pun tak tau, boleh gak tanya2 pada yang tau... tapi masalah ngan manusia niii masalah yang memang memedihkan mata.. menyakitkan hati.. meracun minda.. menambah dosa..

Doa Suami Isteri

Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri. Satu bait lag yang begitu sinonim dalam melayari bahtera rumahtangga. Dari dua karektor yang berbeza disatukan di bawah satu bumbung. Kekadang kebahagian terus berkembang hingga ke akhir hayat dan ada kalanya ia tenggelam dipukul gelombang. Walaupun gelombang yang melanda hanya seperti aliran sungai yang tenang. Sesungguhnya dalam mengharungi kehidupan berumahtangga, doa merupakan satu senjata yang paling berkesan dalam menampung kelemahan-kelemahan dalam diri kita. Amalkan doa ini di samping berusaha sebaik mungkin dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami isteri.

"Ya Allah, kurniakanlah aku kasih sayang dan kemesraan dari pasanganku, dan kurniakanlah kasih sayangku dan kemesraanku padanya. Jadikanlah kami berkasih-kasihan di antara kami."


Rs : Doaku khas buatmu.

15 April 2010

::izinkan abang nikah satu lagi...... ::

Sebuah cerita yang menyentuh hati......


"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah. "Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau.
"Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.
"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?"
"Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin.
"Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina.

Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi.

Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi.

Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji.

Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang."

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.
---------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu.

Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.

1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina.

Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang...

Aliyah sayangkan Abg...Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg. Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...