16 December 2011

Assalamualaikum kawan2..
Dah sarapan belum...?

Alhamdulillah.. saya dah makan..
Dari minggu lepas lagi nak makan kteow kerang..
Hari ni dapat gak..
Hubby kata dah lama kedai kteow kerang tu tak buka..
Mungkin rezeki orang mengandung kot..
Alhamdulillah.. habis sepinggan..

Kedai kteow kerang tu kat Medan Selera Pasar Borong Kangar..
Tadi order kteow kerang speacial..
RM4.50 ada telur mata kat atas..
Mahal ekk?! tapi berbaloi2.. sedapp..
Selain tu dia lain tu ada Nasi Goreng Pop Yeh Yeh..
Yang ni tak pernah rasa lagi..
Nampak cam sedap.. tapi belum jemu makan kteow kerang lagi he3

Sori la.. lupa bawa hp nak snap gambar sarapan tadi..
Len kali kot..

Erm Ok la sementara tunggu bos bagi kerja baru...
Boleh la aku jalan2 kat rumah korang..

07 December 2011

Rafiq cari Mama...

Bila baca berita metro hari ni 'Saya cari ibu', teringat aku peristiwa sebulan lepas....

Hari jumaat lebih kurang 8 malam..
Kami pergi pasar malam.
Oleh kerana parking xda walau dah banyak kali pusing..
Papa n Syakir tinggal kat kereta.
Mama n Rafiq turun beli makan..

Beli nasi bungkus.. mood malas masak malam tu..
Pastu Rafiq ajak jalan ke depan lagi..
Katanya nak tengok2 mainan ja bukan nak beli pun..

Hujan mula turun renai2.. Sampai la kat org jual mainan banyak tu dia cakap, "Mama, sat abg nak tengok mainan ni.." xpalah.. aku jawab.. pastu aku pusing belakang ada orang jual sosej/bebola.. stall jual sosej/bebola tu memang betul2 bertentangan dengan stall mainan tu.. Aku bagitau Rafiq nak beli sosej..

Lepas beli aku pusing belakang.. Rafiq dah xda.. cuak memang cuak.. mana dia pergi ke depan lagi ka ke belakang ni.. berderau darah Tuhan ja yang tahu.. Rasa lemah dah lutut macam nak jatuh.. Tapi aku takleh lemah.. Ya Allah kuatkanlah hati aku.. Selamatkan anakku Ya Allah.. Jangan ada orang ambik dia..

Hujan pulak makin lebat ni.. Hati makin tak tentu arah.. aku berlari cari ke depan.. pastu lari patah balik.. anak orang pun dah aku nampak macam anak aku dah.. Ya Allah.. Tolonglah..

Satu pasar malam aku cari takda.. Jadi aku terus meluru ke kereta dengan harapan Papa leh tolong cari.. Sampai ja kat kereta.. Papa kata Rafiq dah ada kat belakang tu..

Ya Allah syukur... aku tengok Rafiq teresak2 menangis.. Papa cakap jangan tanya apa2 lagi biar dia cool dulu.. aku peluk dakap Rafiq.. Ya Allah tak sanggupnya aku hilang anak.. Syukur kau kembalikan dia pada kami dengan selamat..

Selepas2 tu Rafiq cerita..
Katanya bila dia pusing belakang dia tak nampak aku..
Dia pun xdengar aku cakap nak pergi beli sosej..
Mungkin tengah excited tengok mainan kot..
Rafiq cari mama.. Rafiq tengok orang tu pakai baju macam mama tapi bukan mama..
Pastu Rafiq jalan sampai situ.. tunggu situ..
Pastu abang jual air tu tanya nak pi mana..
Rafiq tunjuk kereta papa.. dia tolong hantar Rafiq lintas jalan..

Syakir plak tanya, "awat mama tinggal abang...?"

Ish.. takkanlah mama nak tinggal abang..
Lain kali pegang tangan mama k..

Walaupun 10 minit ja aku kehilangan anak..
Teringat bagaimanalah perasaan Ibubapa yang anaknya hilang tak jumpa2..
Perasaan tu hanya Dia yang tahu..
Syukur atas peringatNya pada kami..
Supaya lebih waspada di lain masa dan ketika..

05 December 2011

Buka Buku Merah..

Salam sejahtera buat semua yang sudi singgah sini..

Hari ni aku pergi buka buku merah (buku pregnant)..
Lama tak tadah tangan ni untuk ambik darah..
Nurse cakap sekarang ni setiap kali mai cek, cek darah tak buat kot cucuk hujung jari tu dah.. Ambik terus kat pelipat siku tu..

Oleh kerana Hb tak ok tadi(9.7), kena la ambik lagi sekali untuk hantar ke makmal hospital. Kata doktor biasanya orang baru buka kad ni selalunya oklah.. ni awal2 dah k.o..
Pastu 12.12.2011 aka isnin depan kena pergi tadah tangan plak.. ambik darah lagi sekali ngan minum air gula.

Ni 1st time aku nak kena minum air gula..
Kalau dulu jika si ibu tu ada kencing manis or ada keturunannya yg kencing manis memang kena minum air gula ni. Tapi sekarang wajib bagi si ibu yg umurnya 25 tahun ke atas. Erm nampaknya takleh nak lepaslah kali ni.. Entah camna rasanya.. dengar kata terlalu manis sangat.. erm kena tunggu mingggu depan la baru tau apa rasanya kan..

02 December 2011

Apa kata mereka...

Terima kasih atas ucapan tahniah korang..
Doakan aku juga kandungan ini sihat2lah hendaknya k..

Ramai yang tau aku pergi checkup 30.11.2011 tu..
Jadi mereka bertanya khabar ku..
Bila aku bagitau aku dah ok sihat tapi pregnant
Ada syukur alhamdulillah.. dan yang tergelak besar pun ada..
Apa taknya.. cek sakit tau2 kes len plak.. ;)

Bila hubby tanya pada anak2..
Rafiq : Taknak lah baby... tak larat nak jaga..
Syakir : Nak.. nanti xleh panggil adik dah la.. kena panggil abang chik.

Ada2 ja budak2..
Tapi aku harap zuriat dalam kandungan ini menyemakkan lagi kebahagiaan keluarga kami..

01 December 2011

Maksud n3 sebelum ini...

Assalamualaikum...
Ingat lagi tak gambar n3 semalam?!
Gambar apa tu? Itu gambar buah Kumquat sejenis oren.
Apa maknanya...?!

Alkisahnya..
Semalam kat 30.11.2011
Saya kena jumpa pakar sakit puan sebab aku di'suspek' ada ovari cyst
K 9 pagi appointment tu..
Ramainya wanita2 yang bermasalah dalaman..
Naik gerun plak aku kat situ menunggu giliran..

Sampai giliran ku..
Doktor baca report dr klinik n bahagian kecemasan..
Disoal selidiknya aku.. sakit camna bla..bla..bla..
Pastu doktor suruh baring atas katil..
Adoii tahap ni yang aku rasa camna nak lari sangat..
Sakitnya apalah yang digodek2 kat bahagian bawah aku tu..
Rasa menang tak selesa sangat2..
Doktor suruh tahan nafas n relaks
Terus aku pejam mata n baca ja apa yang ingat..
Harap cepat abis ja..

Then doktor wat scan plak..
Scan ja terus doktor bagitau..
La ada baby la dalam rahim awak ni...
Aaa.. terkejut gak aku..
Berkali2 aku tanya.. betul ka?
Sekali doktor pusing skrin..
Memang jelas ada baby yang dah berusia 9 minggu..
Sekarang ni Baby dah besar buah Kumquat..

Pastu aku tanya lagi doktor..
Habis camna yang kat ovari sebelah kiri tu..
Cyst tu masih si tu ka?
Doktor kata xda apa2.. ok ja sihat..
Cuma awak rasa sakit tu sebab keputihan dan kencing kotor..
Dah doktor akan bagi ubat..

Alhamdulillah..
Bagaikan tak caya.. tapi itulah ketentuan Illahi kan..
Syukur sangat2..
Bila bagitau berita ni kat hubby..
Mula2 tu dia pun terkejut sangat..
Tapi lepas tu dia la orang paling happy..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...