31 May 2010

Maafkan aku kawan.. tetapi Aku Perlu Cakap

Pagi tadi semasa aku telefon HQ berkenaan dengan permohonan ke Luar Negeri.. tapi bila aku bagitau nama aku.. dia cakap TAHNIAH! Terkejut aku.. kenapa tiba2 tak pasal2 nak ucap2 tahniah plak kat aku. Katanya "tak tau lagi ker? On the way la tu.." Apa tu? Mungkin salah orang kot. Katanya dah memang kerja dia, tu yang dia tau tu. Aku minta dia tukar orang leh tak.. dia plak tanya kenapa.. Ya la takut kecoh plak opis ni nanti..

Masa aku tengah daftar surat2 masuk aku pun terbaca surat tu. Memang tak percaya tapi memang tertera nama aku kat surat tu.
Jam dah 5 lebih, ramai yang dah balik, bos panggil masuk bilik dia ambil buku daftar surat menyurat. N dia serahkan surat tu padaku beserta dengan ucapan tahniah. Tapi raut wajahnya kelat tiada segaris senyuman pun.. :(

Buat teman2ku..
Maaf ya.. tiada langsung niat di hati nak rahsia2 dari korang. Dan tak tau macam mana nak sampaikan berita ni. Tapi bila baca n3 ni, secara rasminya aku nak bagitau yang akulah penerima APC 2009. Minta maaf banyak2 ya..

Sebenarnya, ku rasa diri ini belum layak untuk  anugerah ini. Aku masih baru di sini dan aku juga masih baru dalam servis ni. Banyak lagi yang aku tak tau, banyak lagi yang perlu aku pelajari.

Mungkin kali ini rezeki aku. Mungkin tahun ni milik korang. Aku juga sentiasa doa untuk korang. Terima kasih teman2 ku.. tanpa korang, siapalah aku. Jasa korang tetap ku kenang.

Teman2 ku..
Terimalah diri ini seadanya. Aku tak bersalah, aku tak tahu langsung bab ni. Aku harap korang dapat faham apa yang aku rasa di saat ini. Aku juga takut.. takut kena serang lagi ngan super senior. Macam mana aku nak hadapi? Hanya korang penguat semangat ku kat opis tu.

Kawan2.. Maafkan aku.

Setitis Airmata Dan Seulas Senyuman

Takkan kutukar dukacita hatiku demi kebahagiaan khalayak. Dan, takkan kutumpahkan air mata kesedihan yang mengalir dari tiap bahagian diriku berubah menjadi gelak tawa. Kuingin diriku tetaplah setitis air mata dan seulas senyuman.

Setitis airmata yang menyucikan hatiku dan memberiku pemahaman rahsia kehidupan dan hal ehwal yang tersembunyi. Seulas senyuman menarikku dekat kepada putera kesayanganku dan menjelma sebuah lambang pemujaan kepada tuhan.

Setitis airmata meyatukanku dengan mereka yang patah hati; Seulas senyum menjadi sebuah tanda kebahagiaanku dalam kewujudan.

Aku merasa lebih baik jika aku mati dalam hasrat dan kerinduan berbanding jika aku hidup menjemukan dan putus asa.

Aku bersedia kelaparan demi cinta dan keindahan yang ada di dasar jiwaku setelah kusaksikan mereka yang dimanjakan amat menyusahkan orang. Telah kudengar keluhan mereka dalam hasrat kerinduan dan itu lebih manis daripada melodi yang termanis.

Ketika malam tiba bunga menguncupkan kelopak dan tidur, memeluk kerinduannya. tatkala pagi menghampiri, ia membuka bibirnya demi menyambut ciuman matahari.

Kehidupan sekuntum bunga sama dengan kerinduan dan pengabulan. Setitis airmata dan seulas senyuman.

Air laut menjadi wap dan naik menjelma menjadi segumpal mega. Awan terapung di atas pergunungan dan lembah ngarai hingga berjumpa angin sepoi bahasa, jatuh bercucuran ke padang-padang lalu bergabung bersama aliran sungai dan kembali ke laut, rumahnya.

Kehidupan awan-gemawan itu adalah sesuatu perpisahan dan pertemuan. Bagai setitis airmata seulas senyuman. Dan, kemudian jiwa jadi terpisahkan dari jiwa yang lebih besar, bergerak di dunia zat melintas bagai  segumpal mega diatas pergunungan dukacita dan dataran kebahagiaan.

Menuju samudera cinta dan keindahan – kepada Tuhan.
~ Khalil Gibran

Berbaur Rasa

Hai cepatnya.. hari ni dah isnin yer.. Walaupun 3 hari cuti tapi badan ni rasa letih sangat.. entah kenapa.. 3 hari cuti pun, macam biasa la takleh nak rehat. Biasalah perempuan kan.. suri dalam rumah.

Semalam Rafiq kena pergi peraduan mewarna kat D'Futsal, Batu Dua.. Hubby plak kena kerja, escot Raja Muda Perlis round satu negeri. Sebenarnya aku belum pernah drive kereta bawa 2 beradik tu ja. Ingat nak ajak biras2 ku tapi depa nak p sendiri. Terasa gak nak tumpang ipar2ku tapi tak dipelawa. Nak wat camna kan.. berasa la jugak hati ni.

Nak ditinggal si adik, tiada pengasuh. Aku cuma risau takut 2 beradik tu duduk main2 dalam kereta tu n aku tak leh nak fokus. Ku tunggu juga hubby kot2 habis kerja awal tapi lewat lah plak. Terpaksalah ku beranikan diri bawa anak2 ku. Rafiq kata mama meh kita baca doa naik kereta. Ya Allah lapang skit dada ni. Ada bawa slow jer.. puas gak pujuk2 ajak sembang2 ngan diorang akhirnya berjaya sampai ke destinasi juga. YES!

Kat sana, Syakir plak tak duduk diam. Nak tengok orang mai futsal yang Rafiq la nak start mewarna dah ni.. Sibaik la pihak penganjur tu cakap ikut suka nak p warna kat na pun.. Apa lagi heret si abang ajak warna kat gelanggang futsal la. Tiba2 plak adik nak warna jugak. Saja jer aku kata kat dia " Adik, ni yang abang, adik p mintak kat cikgu len.." Saja nak duga akal dia. Sekali dia terus p kat cikgu "Cikgu, nak satu!" La budak ni, p minta sungguh.. Aku pun malu2 tapi try gak minta kot2 cikgu ada extra. Ada gak habuan untuk si kecil ni. Suka sungguh dia.

Tiba2 dengar suara orang menyapa kami. Macam ku kenal sangat suara tu. Laa papa.. Sukanyer.. Tak sangka dia aku tercegat kat depan kami. Dia cakap dia memang letih tapi kesian plak kat anak. Kejayaan seorang anak memerlukan sokongan kuat dari ibubapanya. Terima kasih, papa..

Selesai acara tu, elok2 jer aku keluar dari D'futsal tu.. BAMM! Ada eksiden la.. aku tak sedar pun. Tapi kata hubby, elok2 jer aku lepas ada kereta kancil yang keluar dari simpang bertembung dengan motosikal. Yang bawa motor tu sampai terpelanting atas bonet kereta kancil tu. Yang membonceng plak jatuh n terus terduduk kat atas jalan tak leh bangun. Wah! nasibaik la aku dapat berita ni bila dah sampai umah kalau tak, ketaq juga la nak bawa budak2 ni balik umah. Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya.

Sampai umah letak barang keluar plak.. Hubby ajak teman dia makan, anak2 pun lapar. Makan kat kedai depan umah tu jer.. Papa n anak2 makan nasi goreng. Mama memang belum jamah nasi lagi tapi entah tak rasa nak makan. Mungkin letih sangat kot.. Tapi bila kena marah ngan papa, mama order gak lah k/teow goreng. Nasibaik ada anak sedara entah mai dari mana, mama bagi half kat dia.. banyak sangat.

Lepas makan kami round2 kampung.. tengok2 sawah2 padi orang..he3.. tengok tapak umah.. emm bila la nak leh pindah nii..

Malam tu nampak muka papa, letih sangat... Rafiq pun letih tapi dia tetap nak pergi ngaji.. Alhamdulillah, rajin anak mama.. sekarang dah masuk Iqra' 2 dah. Syakir plak.. macam bateri energiser.. masih aktif, tak penat pun aku tengok dia.. n puas pujuk ajak tido n macam biasa dia la orang yang last sekali tido.

Hari ni Rafiq cuti.. Kawan2 pun ramai yang cuti dalam opis ni.. Rasa aku pun camna nak balik jer.. tapi kerja banyak la.. tapi biasalah kena spend masa kat blog nii kalau tak, tension la.. Ni pun dah mula rasa sakit kepala nii.

27 May 2010

Mengapa WANITA sangat Istimewa......?

Hari ni semasa check e-mail official aku.. dapatlah satu e-mail ni satu insan yang aku sendiri tak pasti siapakah gerangannya. Tapi best gak layan e-mail ni..

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...

Sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah...basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin
basuh....penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap jelah...tik...bunyi airdah masak...salin air dalam flusk...ok settle...

Baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping....alamak...telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...

Ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido..." "..yelah
nak tido la ni..nak smayang jap..."

Masuk toilet.. buat apa2 yang patut... cuci muka dulu.. 2 jenis lak tu... adoi.. gosok gigi... smayang... pakai toner... pakai treatment cream... nak lawa and maintain punya pasal lah ni...nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...

Bukak almari... emmm... pakai baju hijau ni lah besok... gosok kejap.. check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni... kat bilik belakang... la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh... g dapur, basuh, sambung gosok baju... gantung elok2... kemaskan baju gantung2... masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor... ok settle..

Dgr suara papa lagi "..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku...bukak lampu luar..

Ni mainan ni sepah2... masukkan la dalam bakul mainan budak ni... banyaknya... sampai bawah meja makan pun ade... adoi.... ok dah...

ok dah boleh baring... adoi sakitnya pinggang... cium si comel ni kejap... selimutkan die...la.. napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali... ok sayang tido k... kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh.. tido sampai pagi k... gud nite.. sweet dreams...

aaahh... sedapnya dapat baring... mana pulak lotion sapu kurus aku nih... ha, ni dia... sambil sapu lotion kurus.. setkan alarm... setkan program kerja besok... pg kul 9.30 ade meeting.. ahh... boring... panas pulak lotion nih.. dah la... emm..sedapnya lelapkan mata...

Ya Allah... terima kasih untuk rezekiMU hari ini... mohon keberkatan dari mu tuhan... papa pun bangun tutup tv..."...i dah ngantuk sangat ni... nak tido lah... citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ... dengar suara papa berkeruh... dah agak dah.... So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama? SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Wanita tu hebat, kan? well, women understand women better... Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah...setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini.... hormat dah hargailah mereka... untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

HIDUP UNTUK KAUM HAWA!!!


Bunga Cinta

Bunga memang sinonim ngan perempuan.
Bunga kan cantik.
Perempuan pun cantik.
Bunga ada banyak jenis dan warna.
Perempuan juga ada banyak jenis juga impian.

Tahu tak ni bunga apa?
Ni lah salah satu jenis bunga raya. Namanya fringed hibiscus.
Aku suka sangat bunga ni tapi spesis ni payah nak jumpa.
Ingat lagi masa aku kecik2 dulu,
memang aku ni nakal la..
Suka sangat curi2 tarik bunga ni kat rumah makcik tu.
Tapi aku pun tak pasti camna dia leh tahu 
aku yang suka petik bunga dia ni
sebab setiap kali aku lalu jer dia macam ada pasang alarm
tapi aku tetap suka petik bunga ni
letak kat tepi telinga
konon cantik la tu..he3
Sekarang, aku dah lama tak jumpa bunga ni
Tapi aku ingat nanti ada rumah sendiri
aku nak tanam pokok bunga raya ni
Kenapa aku suka sangat ekk?
Sebab nak sama cam nama aku kot..

Teratai layu di tasik madu.. lagu Fauziah Latif
Teratai ni dulu aku cuma tengok kat dalam tv or buku
tapi sekarang mudah tul nak jumpa
kat Perlis banyak..


Cantik kan bunga ni..?
Tapi tak seindah baunya
sebab dia seperti namanya
Bunga Tahi Ayam
Kalau tak caya, try la bau


Bunga yang menyukir ceria di hati kita
Indahnya ia menyeri bak mentari
Sesuai dengan namanya
Bunga Matahari


Sekuntum mawar merah sebuah puisi..
Best kan lagu..
Mawar, cantik mekarmu
Mawar, harumnya bila ku cium
Tapi kau berduri
Duri sebagai pelindung diri
Saja jer wat n3 sal bunga ni
Jika mahu diumpamakan dirimu
Bunga yang mana satu yang dipilih?

Tapi aku harap pada adik ku yang seorang ini
Agar menjadi mawar yang masih berduri
Moga kau masih mampu mengawal diri
Dari tangan yang rakus
Dari tangan yang hipokrit
Dari hati yang iri
Untuk menyuntingmu
Biarlah kau menjadi seri 
di taman hati insan yang benar2 ikhlas
Jika tidak, relakan dirimu
Masih di situ menunggu
dan terus menunggu
cinta yang sejati

Rs : Biarkanlah ku menjadi bunga yang mewangi di taman hatimu..

26 May 2010

Mungkinkah Ada Bahagia Sesudah Derita

Astagfirullah hal azim.. Ya Allah mengucap panjang aku bila jejak kaki masuk bilik semalam setelah pulang dari kerja. Nak nangis pun ada.. aduh! aku dah letih2 ni balik dari kerja.. Tengok2 pintu almari tercabut..!!! Nak marah nak tanya sapa punya kerja.. senyap sepi plak umah nii.. Rafiq tido. Letih sangat kot! Kalau tak tak pernah nak tido siang. Yang ada si kecil, Syakir. Dengan cakap pelat2 dia tu cakap Rafiq n Aiman (sepupu depa) yang bagi rosak. Dok sat kak ngah (sepupu depa gak) bagitau yang aiman men perfume aku. Hai mula la aku naik panas ni.. Sabar2, takpa2.. satgi aku nak tanya depa..

Budak2 ni.. Kadangkala mencabar kesabaran jugak.. Kita jugak pernah jadi budak suatu masa dulu dan mak ayah dah berjaya didik kita yang ada pada hari ini. Sesungguhnya sifat keibubapaan itu di duga dengan kesabaran yang ada dalam diri kita. Alhamdulillah.. semalam aku dah berjaya untuk tidak memukul atau bercakap kasar ngan anak2 itu.. Harap2 pujukanku, hasratku depa dapat faham dan dapat lakukannya sedikit demi sedikit.

Tetiba ja aku rasa nak cepat2 jer ada rumah sendiri. Baru ada privacy. Kadang2 rasa macam tinggal kat sting-garden lak. Dalam bilik aku ni, macam2 ada.. Bila keluar tak leh nak kunci bilik sebab masa aku masa umah tu pun aku tak pernah nampak kunci bilik kami tu.. Kata hubby ada, tapi rasa2 dia pun tak tau kat mana kunci bilik tu. So, apa2 yang ada dalam bilik tu macam jadi hak bersama ahli rumah yang lain la plak. Tak best langsung! Tapi aku kena sabar.. sebab tak lama dah.. bak kata seorang kakak tu " bahagia sesudah derita."

Rs : Jangan marah yer..

25 May 2010

Sepetang Bersama

Bahagia rasanya bila mana dalam bersama2 keluarga tercinta.
Hai senangnya dalam hati..
Suasana petang yang indah.. langit yang membiru..
awan yang berkepol2 dan seakan2 bercahaya..
jua hijau padi yang baru naik tunasnya..
Subhanallah.. Hebatnya ciptaan Tuhan..
Syukran Ya Allah.. kerana telah kau beriku kecapi nikmat ini.


24 May 2010

Tiada Yang Mudah Tanpa Usaha

Petang semalam, semasa dalam lift nak pulang dari tempat kerja, aku terdengar perbualan sekumpulan staff sebangunan ngan tempat kerja ku.

Kata Mamat tu,"Gaji saya tolak2 semua.. tingal RM200 ja."
Dalam hati ku, "Hai macam aku gak ni.. tu baru kira kasar. Kalau kira bersih, bersih la gaji aku.."

Kata Mamat tu lagi,"Lainlah Kak Na.. gaji bulan lepas pun tak usik.."
"Kita kena pokok.. guna pakai yang ranting2 saja dah la.." jawab wanita yang agak berumur tu.

Best kan kalau camtu? Takpalah.. susah2 dulu. Insyallah ada rezeki lebih senang2 kemudian. Perbelanjan ku hari ini juga merupakan suatu pengorbanan untuk hari2 esok.

Teringat plak..
Ada yang pernah kata pada ku,"entah2 nanti makan pasir". Dan kata2 tu tak mungkin aku lupa sepanjang hayat ku. Dengan kata tu juga, aku bangkit.. Aku nak buktikan yang aku n hubby mampu menyara hidup kami bersama anak2 dengan hasil titik peluh kami sendiri. Bukan ego tapi bagaikan suatu semangat untuk buktikan bahawa tiada yang mustahil. Jika ada kemahuan di situ ada jalan. Dan bila nak bercakap tu biarlah berpada2 jangan sampai sakitkan hati orang lain.

Tapi bukan senang nak senang.. Tanpa usaha dan pengorbanan mustahil sesuatu itu akan menghasilkan kejayaan. Rezeki kita tuhan yang tentukan. Kita kena redha dengan setiap pemberianNya.

Teringat lagi..
Arwah ayah pernah kata..
"Aku susah tapi aku takmau anak2 aku susah"
"Aku bodoh tapi aku taknak anak2 aku macam aku"

Dengan kata2 ini jua aku akan pegang sebagai prinsip hidup aku. Tapi aku tak nak anak2 kami jadi macam Anakku Sazali.. Insyaallah secara perlahan2 kami akan didik mereka supaya menjadi insan yang berguna. Semoga DipermudahkanNya.

Rs: Sama2 kita usahakannya, ya..

Puisi Rindu Dari Ieyja Fesal



Sungguh...
Rindu itu tiada siapa yang tahu...
Rindu itu tersimpan dilubuk hati...
Kerana rindu itu
Tak bisa dihuraikan...
Kerana rindu itu...
Rindu yang abadi...
Bersimpul mati...

Dan.. kerna rindu
Ku gagahi perjalanan hidup ini
Ku kuatkan semangat diri
Hanya kerna rindu...

Rs : Kau sentiasa di hati ku..

23 May 2010

Malam 22.05.2010


Wah! Hebat.. Malam final AF8.. Kat umah aku pun ramai yang berebut cop tempat duduk.. 

Semua dah buat yang terbaik.. Kalau aku jadi juri malam tu yang buat persembahan yang best Shahir, Adira dan Iwan.. dari mata aku la.. Tapi Shahir ngan adira memang patut menang pun..

Aku n hubby suka lagu baru Shahir Kebahagiaan Dalam Perpisahan. Kena ngan lirik + muzik + suara penyanyi = mantap. Menusuk kalbu..

Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum
Bunga yang layu pada musim luruh
Yang dulunya mekar di sinar suria
Bila sudah kering pasti akan gugur
Rafiq plak suka lagu Adira Ku Ada Kamu. Lagu ni pun best gak. Vokal mantap woo.. Tak sia2lah tunggu depan tv semalam ni.. hehehee

 Di kala ku kehilangan di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan 
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut setiap kali ku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut setiap kali ku terjatuh

Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tak mungkin diri ini mampu
Hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
  
Rs : Ku Ada Kamu, Dedikasi khas buatmu.

21 May 2010

Rindu Bertamu Lagi


Lagu Mawi yang berjudul Ayah Aku Rindu Padamu yang menjadi muzik latar blog Nurkasih benar2 menyentuh hatiku. Setiap bait2 lirik mengingatkan ku pada arwah ayah yang amat aku sayang. 

Ayah aku rasa sunyi
sejak kehilanganmu di dunia ini
di saatku meniti
kejayaan ini


Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku
tak dayaku membalas
jasa dan budimu

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
Tak dapatku membalas jasamu
di dunia ini

Di pagi raya
kupohonkan kemaafan
keinsafan
Ku doakan agar rohmu
Dicucuri rahmat Ilahi
Oh Ayah...

Tanpa kamu
hilanglah haluan hidupku
terasa siksanya di jiwa ini
namun aku tetap redha
apa yang mendatang


Ayah aku menyanjungi
jasamu yang terlalu agung buatku

di hari raya ini
ku merindui mu


Semoga damailah engkau di sana..

Tengok Kuku Jap..

Saya baru jer terima suatu e-mail yang menarik dari kawan, Cik Suhaila namanya. Jom sama2 kita praktikkan..

Inilah isi e-mail tu :-

Adakah anda tahu adab memotong kuku? Kalau tidak tahu, di sini saya akan tuliskan tentang adab dan cara memotong kuku dengan betul. Semoga bermanfaat.

1. Baca Doa Ketika Memotong Kuku

Saidina Ja'far r.a berkata : "Barang siapa yang mengerat kuku atau misainya pada tiap2 hari jumaat dan berkata ketika mengeratnya :-

Bismilahi wabillahi wa a'lamillati muhammadin waa li muhammadin
Tiada gugur yang dikerat itu melainkan dengan pahalanya memerdekakan seorang sahaya dan tiada sakit melainkan sakit mati."

2. Cara Potong Kuku Tangan (*Mengikut cara yang diajar oleh Syeikh Baijuri)

Dimulai dari jari telunjuk tangan kanan, kemudian jari tengah, jari manis, jari kelingking, berikutnya barulah ibu jari tangan kanan.

Kemudian seterusnya, dimulai dari kelingking tangan kiri, jari manis, jari tengah, jari telunjuk dan akhirnya ibu jari tangan kiri.
3. Cara Potong Kuku Kaki (* Mengikut cara yang diajar oleh Ibnu Rif’ah)

Dimulai dari kelingking kaki kanan dan seterusnya mengikut tertib jari sehinggalah kelingking kaki kiri yang terakhirnya.

4. Hari-hari Yang Disunatkan Memotong Kuku

Terdapat dalam sebuah hadith Nabi SAW bermaksud ;

“Barangsiapa memotong kuku atau mengerat kuku pada ;

SABTU => Mempusakai penyakit akilah (yang disebabkan banyak makan)

AHAD => Hilang berkat

ISNIN => Mempusakai alim fadhil (berilmu dan mempunyai kelebihan)

SELASA => Mempusakai kebinasaan

RABU => Mempusakai jahat perangai

KHAMIS => Mempusakai kaya

JUMAAT => Mempusakai ilmu dan lemah lembut. ”

** RUJUKAN: Dipetik dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa Munabbahatul Qulub Jilid 1

Macam mana? Selama ni yang kita maklum sunat kerat kuku or gunting rambut hari jumaat. Rupanya ada lagi yang kita tak tahu. Patutlah orang tua2 selalu larang potong kuku hari selesa kata mereka tak baik.. Oh inikah sebabnya.. So yang mana satu jadi pilihan hati..? Tepuk dada tanya hati. Kita fikir2lah sendiri, yerk..

Rs : Hulurkan tanganmu.. Biar ku kemaskan jemarimu..

Adilkah kita?

Adil..
Apa tu? Adil bukan hanya untuk yang berpoligami..
Bukankah bersikap adil itu merupakan sifat seseorang yang berintegriti?
Malah semua orang yakni warganegara adalah sama rata di sisi undang2 dan berhak mendapat pelindungan yang sama rata di sisi undang2.

Pilih Kasih..
Tak patutlah ada dalam diri sesorang itu.
Jika dalam sesebuah keluarga ada sifat ini, maka ada yang berasa hati ada yang rasa tersisih.
Jika dalam sebuah pejabat pula, maka ada yang akan mengambil kesempatan dan ada jugak yang rasa tertindas.
Jangan salahkan orang dan jangan tuding jari jika cara kepimpinan ketua itu dipertikai atau diperlekeh oleh orang bawahan atau orang luar.

Jika tidak adil juga pilih kasih ada dalam diri..
Tak untung langsung pada diri
Bikin orang sakit hati
Mungkin juga ada yang benci

Fikir2kanlah..
Mengapa perlu jadi begitu
Bersikap adil seboleh2nya
Hati senang jiwa pun lapang
Orang lain pun senang
Takda yang nak bengang

20 May 2010

Gelora Di Jiwa

Kata orang "Yang pahit harus ditelan.."
Kata aku  "Susahnya.. sebab rasanya tak sedap lansung..
Kalaulah yang pahit ini sebenarnya penawar..
Walaupun pahit, ku telan jua.."

Kata dia "Kadang2 kita kena hipokrit 
jika ia dapat menutup cela 
atau untuk menjaga maruah 
atau air muka orang terdekat atau family:"
Kata aku "Susah! Sungguh2 susah jika bermain ngan perasaan ni.
Riak di wajah cuba dimanis2kan..
Sedangkan gelora di jiwa
Hanya Tuhan saja yang tahu.
Kita kena jaga hati dan perasaan orang lain,
Sedangkan hati sendiri merana memakan diri.."

Kalaulah aku diberi kekuatan rohani dan jasmani..
Ya Allah.. Hanya padaMu tempat ku mengadu dan berserah.
Semoga tiada yang tidak diingini berlaku..

Rs : Eden torai..

Selesai sudah..

Tamat dah exam KPSL untuk tahun ni.. Apa yang aku leh rumuskan untuk this 1st time attend exam ni ialah :
  • Tak mudah jugak nak jawab soalan-soalan tu. Ada gak soalan yang nampak cam boleh jawab tapi confius lah plak.
  • Macam ada harapan kena ambik tahun depan jer.. he3 kalu panjang umur.
  • Tak leh study last2 minit dah.. otak pun tak sakit, kan?
  • Kena belajar cool n relax masa menjawab takleh tension2 lagi dah.
  • Lepas ni kena pegi beli buku sendirilah, puashati sikit.. senang nak wat note/tag.
  • Gagal sekali bukan gagal untuk selamanya. Menyerah kalah? Nak wat camna.. aku yang jawab n aku jer yang tahu apa yang aku jawab tu..
  • sebulan dua sebelum exam kena wat exercise tangan ni. Wah! sakit sungguh jari-jemari ku.. sampai bengkak. nasibaik dah taruk minyak mustajab semalam kalau tak pagi tadi mesti nak drive pun tak leh inikan pula nak pegang pen nak menjawab.. eee teruk sungguh aku ni kan..?

Waa waa..  Memang ada rasa tak puas hati la.. Bukan kat sapa2 tapi tak puas hati pada diri sendiri.. Semuanya salah aku.. Apapun yang berlaku tu tetap berlaku.. Masa yang berlalu yang dapat nak diundur lagi.. So, tunggu je la result n try next time.


Rs : Setiap yang berlaku tu ada hikmahnya kan..? Kalau tak dikejut, kita plak tak terjaga..Lain kali kena sedia payung sebelum hujan lah jawabnya.

18 May 2010

Bersantai Sejenak

Lama tak update blog ni.. Sibuk skit la.. Today, 1st time exam KPSL. Satu dah selesai, tinggal lagi dua paper lagi.. He3 layan lagu jap.. rehatkan minda.. Layanzz..Best lagu ni..

I am always with you
And even if you're far away,
Your love is in my heart
I am always with you
You're always on my mind and in my heart
I always miss you,
Even if i am with you
I am always with you
I am always loging for you darling 
I always need you and nobody else
And if I'm surrounded by the whole world,
I'm still need you, my darling
I always with you
My heart and my soul is always with you my precious love
Oh my precious love
And no matter if you away from me,
You're close to my heart
You are life in future and present
And the most beautiful of fates
I always with you

 

Rs : Just for you..

13 May 2010

Usah Berduka Wahai Hati


Ada yang mencabar
Ada yang tercabar
Kuatkah aku?
Hebatkah aku?
Untuk menepis semua ini..

Hari2 yang ku lalui
Semakin debar dan menguji
Jalan2 yang ku tempuhi
Penuh onak liku

Bingit telinga ku mendengarnya
Resah hati terpandang kelibatnya
Mahu atau tidak
Aku tiada pilihan
Lari bukan penyelesaian

Aku masih di sisi
Sampai kapan pun ku tak pasti
Yang pasti aku akan tetap di sisi
Menempuh dugaan ini

Jadi..
Usah berduka wahai hati..
Insyallah niat yang suci
Diberkati Illahi.

Rs : Berdebar nak exam ni.. Awak tolong doakan saya, ya..

BuAtMu BaLQis


Balqis
Sopanmu selembut namamu
Senyummu seindah namamu
Sejuk hatimu semanis wajahmu

Balqis
Kau lambang kekuatan hawa
Sabarmu cukup kuat di dada
Terlihat di celah tirai imanmu

Balqis
Aku kagum dengan sikapmu
Aku hormat pada ketegasanmu

Balqis
Alangkah indahnya
Jika sabarku sekuat dulu
Yang mampu mengukir senyum
Walau acapkali diuji

Balqis
Masa itu cukup cepat berlalu
Putaran waktu itu semakin menghakis sabarku
Makin hari makin nipis
Ku sedar semua itu

Balqis
Ajarkan aku erti sabar
Kembalikan nur sabarku yang makin pudar


Rs : Kadang aku rindu pada safiyah dan aku tahu kau juga rindu padanya. Sabar sayang.. Aku takut untuk berjanji tapi kau doa dan bantulah aku agar dapat ku kembalikan safiyah dalam hidup kita.

10 May 2010

Malunya....


Malunya..
Macam nak sorok muka cam swan nii ja..
Tapi tu la aku bukan swan..
Dalam dok cover2 malu tu..
Ala member plak sound direct..
Apalah kawan..
Ala kita member..
Apalah sangat tolong cover..
Lagilah bertambah tebal pipi ni..
Malu semalu2nya..
Namun apa daya..
Aku termalu..

Rs : Lega rasanya.. Lepas ni barulah dapat tunaikan tanggungjawab pada negara dan negeri yang tercinta.. Penang, I will.. Selamat Tuhan kurniakan.. Selamat Pulau Pinang.. Negeriku yang ku cinta.. Ku taat dan setia, Aman dan bahagia..

Mungkinkah Ada Esok Buat Ku



Plan untuk hari ini tak menjadi kenyataan la plak..
Takpalah nak buat macam mana..
Kita hanya merancang, Dia yang menentukan..
Semua yang terjadi ada hikmah di sebaliknya..

Tak mengapa mungkin hari ini buat milikku..
Mungkin esok mungkin jua lusa..
Hari itu pasti menjelma..

Sabarlah..
Takkan lari gunung dikejar..
Andai ia telah ditentukan adalah milikmu
Ia akan tetap menjadi milikmu..
Hanya masa dan ketikanya
Tuhan saja yang tahu.

Rs : Doakan aku agar dipermudahkanNya..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...