25 August 2011

Sekiranya takdir menguji

Kenapa tatkala telunjuk menuding pada diri kita
Kita sibuk mencari dengki kianat siapakah ini
Mengapa tak seharusnya kita cermin diri
Mungkin ada selut yang terpalit tanpa disedari

Pada Yang Maha Mengetahui juga Maha Mengasihani
Tunjukkanlah sinar yang yang luhur
Agar hilang sisa cemuh
Agar bangkit semula berdiri

Sesungguhnya Ramadhan ini tak sunyi dari ujianMu
Tetapkanlah hati ku di sisiMu Ya Allah..

22 August 2011

7 tahun meraih cinta


Alhamdulillah..
21.08.2011 genaplah 7 tahun ulang tahun perkahwinan kami..
Terasa cepatnya waktu beredar.. hero pun dah dua..
Dua2 dah pergi sekolah (tadika)..

Alhamdulillah..
RS masih ingat lagi tarikh keramat ini..
Tarikh kami berdua diijabkabulkan..
Semoga tarikh ini tetap kekal di ingatan kami..

Kali ni xda hadiah2..
Kami cuma bertukar2 wish
Mendoakan dan mengukir sebuah lagi janji..
Semoga dipermudahkanNya bagi kami melunaskan kata janji ini

Akan ku setia padamu
Kan ku genggam erat ikatan abadi
Meniti hidup bersama
Lalui suka dan duka
Tangis tawa bersama
Menghibur di kala duka..

18 August 2011

Tolong Ingatkan Aku : Anak Derhaka


Tiba2 teringat kata2 IM Asyraf dalam satu bersama Dr Fadilah Kamsah.

"Ada satu benda.. yang boleh jadi ubat yang sangat mujarab dan boleh jadi racun yang sangat berbisa.."

"Ianya adalah hati kedua ibubapa kita."

"Bila kita membuat hatinya gembira/bahagia.. dia akan mendoakan kesejahteraan/kebahagiaan hidup kita."

"Tapi bila kita buat hatinya terluka..  maka meranalah/ musnahlah hidup kita di dunia dan akhirat."

Ditambah pula dengan tips untuk mengelakkan menjadi anak derkara dari Dr Fadilah Kamsah..

"Pertama sekali kena taat pada Allah.. kerana jika pada Tuhan pun xleh nak taat.. macamana nak taat pada ibubapa?!"

Renung2kanlah..

Ya Allah, Kau lembutkanlah dan bukakanlah hati mereka yang beku dan tertutup untuk mencintai ibubapa mereka.. dan pelihara hati ini dan kudratku agar aku terus berusaha membahagiakan hati mereka... Amin..

16 August 2011

Adik Bisu?!

Petang tadi...
Tengah2 kalut nak hidang lauk2 untuk berbuka..
He3 lauk2 beli ja.. xsempat pulak masak hari ni..
Lepas kerja tadi, hubby ajak singgah kedai tepon..


Tengah sibuk2 kat dapur tu..
Syakir aka adik kata padaku..
"Mama.. adik bisu.."
"Apa?!" Aku silap dengar ka?
"Adik bisu..hik hik hik.."
"Bisu?! tu adik cakap.. boleh pun.."


Sebab mama xfaham dia ngadu plak kat papa..
"Papa.. adik bisu.. hik hik hik.."
"Bisu...?!"
Adik angguk sambil hik hik hik
"La adik.. tu bukan BISU la... tu SEDU.."


La sedu ka.. ingat apa la tadi..
Syakir... Syakir..

Terlajak la pulak..

Hu3 camna entah hari..
Boleh tak sedar alarm hp bunyi..
Padahal dah tepi telinga tu..

5.15 pagi hubby kejut..
"Mama.. dah k 5 lebih dah ni.."
Terkejut terus bangun..
Huwaa cam nak nangis ooo
Lauk apa pun xmasak..
Biasanya bangun k 4 baru masak semua..

Mujurlah ada nasi tomato berbuka tadi yang masih elok..
Lauk minta bungkus asing, jadi masih elok gak la.. ada seketul lagi..
Bancuh milo + oat untuk aku
Bancuh ho3 untuk hubby
Rafiq pulak aku biarkan dia zzZZZ

Sedihnya bila teringat sahur tadi..
Mungkinkah sebab aku letih dan kurang sihat..?!
Kesiannya my Hubby n Rafiq..
Harap benda gini xberulang lagi..

15 August 2011

2 hari kat umah mak..

2 hari cuti dr berblog..
Balik kampung la.. jengok mak..

Alhamdulillah..
Dapat juga bersahur dan berbuka dengan mak ramadhan kali ni...
Sesuatu yang aku kita xlengkap kalau tak lalui..
Tapi kalau ada adik beradik yang lain lagi seronok..
Adik kat Putrajaya tu minggu lepas dah balik..
Abang ngan adik perempuan masing2 sibuk ngan family
Jadi xjumpa la..

Mak dah tua.. sorang pulak tu..
Mengharap anak cucu menjengok dia kat umah..
Ajak tinggal sama xnak pulak..

Sedih bila ingatkan..
Kalau anak cucu xda yg teman..
Dia la sorang berbuka, bersahur.. :(

Walaupun balik sekejap..
Tapi aku harap aku dapat pecah kesunyian dan kerinduan mak
Berbual dari hati ke hati..
Berkongsi dapur bersama..
Dia sudah mengadu sakit kaki..
Memang bengkak kaki dia..
Alhamdulillah, dah susut bila aku urutkan..

Semua tu memori terindah dalam hidupku..
Juga saat2 yang aku inginkan selalu..
Orang sayang mak..
Semoga mak terus tabah dan dalam lindungan dan keberkatan Allah..

12 August 2011

Kisah Kurma

Kurma - puasa
Puasa - kurma

Aku lah tu.. bulan puasa ja aku sibuk nak cari kurma. Tapi habis la.. xdanya membazir.. Cukup2 sepanjang ramadhan ja..he3
Pernah juga try makan kurma fresh yang kaler kuning tu..
Rasanya kelat2 + lemak + manis gak la..
Tapi mahal ooo..

Aku xsuka yang kering + ranum sangat..
Aku suka yang basah2 sikit.. macam kurma safina keluaran YUTA tu la

Rupanya banyak khasiat kurma ni...
Jom semak.. ;)
  1. Siapa pun yang pagi-pagi makan tujuh buah kurma ‘Ajwah, maka pada hari itu dia tidak mudah keracunan dan terserang penyakit.” (H.R. Bukhari dan Muslim)
  2. Sabda Rasulullah saw, “Apabila salah seorang diantara kamu puasa, hendaklah berbuka dengan kurma , bila tidak ada hendaklah dengan berbuka dengan air, sesungguhnya air itu bersih.” (H.R. Ahmad dan Tarmidzi).
  3. Berdasarkan penelitian para ilmuwan, kurma kaya dengan protein, serat gula, vitamin A dan C serta mineral seperti zat besi, kalsium, sodium dan potasium. Kandungan protein didalam kurma sebesar 1.8 – 2.0 persen, serat sebanyak 2.0 – 4.0 persen dan gula sebesar 50 – 70 persen glukosa.
  4. Kurma mampu memberi tambahan tenaga bagi orang yang berbuka puasa hingga ia akan merasa segar dan bertenaga uuntuk beribadah tanpa rasa letih ataupun mengantuk.
  5. Penelitian yang dilakukan Badan Kesahatan Dunia (WHO), zat gula yang ada didalam kurma itu berbeza dengan gula pada buah-buahan lain seperti gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandung sukrosa dimana zat itu langsung diserap kedalam tubuh. Hal ini membuat gula itu harus dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum berubah menjadi glukosa. Sebaliknya, kurma tidak memerlukan proses demikian.
  6. Potasium di dalam kurma berguna untuk mengatasi masalah stress, sembelit dan lemah otot.
  7. Berkat zat besi dan kalsium yang ada pada kurma, orang bakal terhindar dari penyakit yang berisiko tinggi seperti penyakit jantung dan kencing manis.
  8. Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang sangat berguna untuk membentuk dan menambah kandungan air susu ibu.
  9. Bila dimakan oleh anak-anak, maka kurma memberi khasiat untk mencerdaskan otak mereka. Cukup beralasan, bila Rasullah s.a.w menganjurkan bagi para isteri yang mengandung untuk makan buah kurma. Kata Nabi, “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang sedang hamil, karena isteri-isteri kamu yang sedang hamil. Karena sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, niscaya anak yang akan lahir kelak akan menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas.
Buat pengetahuan ini kisah Siti Maryam ketika hendak melahirkan Nabi Isa s.a kat sini..

10 August 2011

Wordless Wednesday

Sosej Pulut

Baru2 ni kecoh kisah ni kan...


Padahal dulu..
Aku pun telan gak..
Dok kat Perlis ni tipu la kalau xpernah merasa
Mula2 jual kat tepi pantai Sungai Baru n Kuala Perlis
Pastu setiap pasar malam sure ada..

Aku xmakan start..
Masa tu kat market Bayan Baru Penang
Aku jumpa Non-muslim yang jual sosej2 yg belum masak tu
Sedangkan sebelum ni aku dok cari merata supermarket, kedai..
Xjumpa orang jual sosej tu kat satu perlis
Sebab kalau balik goreng sendiri lagi untung kot..
Cam nuget gak la kan..
Bila tengok yang supply tu non-muslim
Meremang rasa.. terus rasa was2
Was2 jadi hukumnya haramkan..
Jadi start tu aku xmakan..

Ingat lagi bila berita ni keluar paper metro (yg aku baca la)
Petang tu singgah pasar ramadhan
Kesian plak tengok peniaga yang jual sosej tu
Mungkin dia xbaca paper kot
Lagipun memang kawan dah plan nak meniaga tu bulan posa
Setiap yang lintas kat depan sosej tu..memang la xsinggah
Dan paling kesian siap muka, muncung2 mulut lagi
Sedih tengok :)

Hari ni cc aku forward surat ni.. maaflah blurr
Dapat pun camni hah..


Surat dah keluar tu..
Masih ada yang berani nak cakap halal ka?
Please buka mata hati..
Yang berniaga tu..
Kalau boleh tolak balik.. try la
Kalau xleh biar la rugi dari nak tanggung dosa lagi

08 August 2011

Dialog sepetang

Mama : Rafiq puasa tak hari ni? (padahal dah tau dah.. )
Rafiq : Tak.. (sambil geleng kepala)
Mama : Kenapa xpuasa?
Rafiq : Rafiq sakit perut.. ishhh xtau la kenapa xbaik2 ni.. 
          Jadi macam mama kot..
Mama : Pandai la.. alasan...
Rafiq : Betul.. xcaya sudah..

2 hari cuti boleh plak dia tahan perut dia tu..
Tapi biasa la bila dok ngan tok.. MANJA..
Lagipun bukan orang rajin nak layan pujuk2 dia jangan buka puasa..
Apapun dia masih budak.. erti puasa sebenar pun belum faham lagi..
Xleh nak paksa.. slow2 la..

Mungkinkah milikku..?

"Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan"

Hanya padaMu ku berserah segalanya..
Terlalu awal untuk ku impikan sebuah khabar gembira.
Andai dia milikku.. perliharalah
Andai belum rezeki ku.. Kau leraikanlah sehalusnya..

HambaMu

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan seandainnya hilang

Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku Hamba mu Allah

Hambamu Allah.....

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa itu,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya hati di terang
Tunjukkan jalan seandainnya hilang

Tegakkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah aku hamba mu Allah

07 August 2011

Berblog dari rumah ni..

Alhamdulillah..
Kali ni dapat juga bertenet di rumah..
Akhirnya Streamyx ku dah berfungsi...

Rafiq pun dah sembuh..
Semalam 1st day dia puasa penuh..
Harap hari dapatlah satu hari lagi..

Syakir plak muntah 4 kali semalam..
Tapi hari ni macam xda apa2pun..
Mungkin semalam xmakan apa2 kot..
Panggil makan xnak, ya la dia sorang ja yang xpuasa..
Jadi dia pun xda rasa nak makan kot..
So hari ni, aku pujuk gak dia makan nasi
Walaupun xsampai 10 suap dia makan..
Kira oklah tu..

Em hari ni menu apa plak ekk?
Baru dok pk ni... xpa awal lagi kan..

Ni saja nak tayang donat dr Dato' Sri Shahidan Kassim
Dia lawat pasar ramadhan Titi Chai, Kangar hari jumaat baru ni..
Kebetulan aku pun kat dia..
Then dia hulur donat ni... he3 rezeki kan..?!
 

05 August 2011

NABI SULAIMAN A.S. DAN SEEKOR SEMUT

Assalamualaikum..
Di hari jumaat di bulan yang mulia ini.. Marilah kita berkongsi kisah ini buat semangat dan pedomen hidup kita.
Pada suatu masa, kerajaan Nabi Sulaiman AS sedang mengalami musim kering yang begitu lama. Sudah lama hujan tidak turun membasahi bumi. Nabi Sulaiman AS mulai didatangi oleh umatnya untuk mendapatkan pertolongan dan memintanya memohon kepada Allah SWT agar menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka.

Nabi Sulaiman AS kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di tempat lapang untuk berdoa memohon kepada Allah SWT agar musim kemarau segera berakhir dan hujan kembali turun.

Apabila mereka tiba di tempat tersebut, Nabi Sulaiman AS melihat seekor semut kecil berada di atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Nabi Sulaiman AS kemudian mendengar si semut mulai berdoa memohon kepada Allah SWT:

"Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan air-Mu. Tanpa air-Mu, ya Allah, aku akan kehausan dan kami semua kekeringan. Ya Allah, aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu, kabulkanlah permohonanku," doa si semut kepada Allah SWT.

Mendengar doa si semut maka Nabi Sulaiman AS kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang sambil berkata pada mereka: "Kita segera pulang, sebentar lagi Allah SWT akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah SWT telah mengabulkan permohonan seekor semut." Kemudian Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.

Suatu hari Baginda Sulaiman AS sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Nabi Sulaiman AS terus mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan bertanya padanya: "Hai semut kecil, untuk apa kurma yang kau bawa itu?" Si semut menjawab: "Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepadaku sebagai makananku selama satu tahun."

Nabi Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut: "Wahai semut kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini. Aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu". Si semut lalu mematuhi perintah Nabi Sulaiman AS.

Setahun telah berlalu. Nabi Sulaiman AS datang kembali melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Nabi Sulaiman AS bertanya kepada si semut: "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?"

Jawab si semut: "Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezki (Ar-Razak)."

Wallahua'lam.

04 August 2011

Semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Salam buat semua..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam..

Aii bila la kabel TM kat kampung tu nak disambung balik..
Start dari tengah malam Isnin tu tak boleh sampai la sekarang ni..
Selesa pagi nampak org TM dah mai tapi bila boleh depa nak pasang ni..hu3
Mungkinkah sebab minggu lepas baru pasang..
Depa lengahkan masa nak sambung balik..
Adeh.. rugilah dok bayar bil Streamyx saja ni..
Sehari dua ja boleh pastu seminggu xleh..
Bencinya!!!

Dahlah tengah semangat nak updated blog n fb..
Ingat nak upload gambar..
Semua tu terhad bila kat opis..
Waktu break ja nak leh on fb..
Nak bluetooth langsung takleh..

Harap semua kembali seperti sediakala..
Opss lupa plak nak snap Rafiq yang dah kembali ke sekolah hari ni..
Tapi lega rasa bila Rafiq dah bangkit..
Kalau tak, mama risau sangat..
Tapi masih bergantung pada ubat..
Belum sihat sepenuhnya..
Jadi mama xbagi puasa lagi..
Lepas ni oklah boleh la start berlatih puasa..


Pic of 2nd Ramadhan

01 August 2011

Salam Ramadhan buat semua.. :)


Assalamualaikum..
Ramadhan kini tiba lagi..
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa buat semua..

Ramadhan kali ini berbeza sedikit bukan kami sekeluarga..
Sehingga umur 24 tahun, aku masih menyambut puasa di rumah Mak Ayah di Penang..
7 tahun di rumah mertua, Perlis.. sehinggalah ramadhan lepas..
Tapi kini ramadhan aku juga family di kediaman sendiri..
Alhamdulillah syukur pada Yang Esa atas nikmat ini..

Walaupun aku, hubby & Rafiq ja yang bersahur..
Lauk ayam goreng ngan ikan masak pindang untuk 1st day sahur..
Tapi semua itu indah sekali..
Syakir sahur gak.. Minum susu sambil mata tertutup..

Syakir baru 3 tahun 7 bulan.. boleh dimaafkanlah kalau xlarat puasa pun.
Rafiq Dah 6 tahun 1 bulan.. Dia memang nak puasa. Tahun lepas boleh setengah2 hari. Harap tahun ni dia lebih kuat walaupun malam tadi dia sakit tekak macam nak demam n penat. Harap dia xda apa2. Pagi2 dah bagitau nanti nak ayam golek..he3

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan diberkati buat aku, kamu an semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...