29 September 2011

Rahsia Al- Kauthsar


Maksudnya : "Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu nikmat yang banyak.[1] Maka dirikanlah solat karana tuhanmu semata-mata dan berkorbanlah.[2] Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.[3] "

Pelbagai khasiat terkandung dalam surah ini dan boleh diamalkan :
  • Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah2an Allah swt memakbulkan doa kita.
  • Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gorok di leher,Insyaallah hilang dahaga.
  • Jika sering sakit mata, seperti mata berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini 10x pada mata.
  • Jika dipercayai rumah terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah2an Allah swt bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu.
  • Jika rajin membacanya 1000x rezeki kita akan bertambah.
  • Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.
  • Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah swt akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah dan dizalimi.


Muhasabah cinta

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu

27 September 2011

Aku akur dengan ujianMu

Dugaan demi dugaan..
Selagi hayat dikandung badan..
Ujian itu belum terhenti..
Kerana ujian itu mengeratkan hati2 kita pada Pemilik Mutlak

Hari ahad 25.09.2011
Papa bawa syakir (depan), Aiman (tengah), Rafiq (belakang)
Dari umah Tok dia balik umah.. dekat ja xsampai 5 minit pun..
Tapi benda nak jadi..
Kaki Rafiq luka sebab termasuk rim motor..
Terkeluar kulit ja..
Tapi mengerang2 kesakitan..
Jenuh la pujuk dia dalam kereta tu..
"Ni papa la.. papa buat Rafiq.."
"Papa bawa laju sangat.. angin tiup kaki Rafiq.."
** ringan sangat ka kaki dia tu.. huh!
"Sakit.. sakit.. habislah nt depa simen kaki Rafiq.."
"Sakitnya.. dah xleh jalan dah.."
"Nanti jadi cam tok wan.. sakit ni.."
Mati kutu dibuatnya..
Mama hanya mampu kata sabar2 n sebut Allah banyak2 xbaik menjerit camni..

Lepas cuci n balut..
Mama : Hah! Esok leh jalan dah ni..
Rafiq : Erm lega dah ni.. satgi leh jalan dah..
Mama : Amboi! Tu la kan mama kata xda apa2, sikit ja..

Dalam kereta..
Papa : Len kali nak naik motor kena baca doa.. Bismikallah..
Rafiq : Papa, kita bukan naik kereta..
Papa : Tu doa naik kenderaan.. naik kereta ka naik motor ka van, bas semua kena baca
Mama : Tu la seronok terlebih, syaitan suka la kacau.. Syaitan memang suka bagi manusia dapat susah, bergaduh, sakit..

Petang sikit..
Mama : Len kali kalau kita sakit abang sebut Ya Allah banyak2.. xbaik nangis kuat..
Rafiq : Mama.. Allah xmau tolong kita dah ka..?
Mama : Ish! Bukan Allah xmau tolong..
Rafiq : Habis tu?!
Mama : Allah akan tolong kita tapi kita kena la sentiasa ingat Dia.

Memang agak susah nak ajar anak..
Memang susah nak explain kat anak..
Memang susah nak fahamkan anak..
Tapi apa yang terjadi membuatkan proses mendidiknya menjadi lebih mudah..
Dan apa yang terjadi juga mengajarku untuk lebih berusaha menjadi yang lebih baik..

Malam tu..
Papa pulak demam urat..
Kesian tengok orang2 yang kita sayang sakit..
Apapun aku kena kuat..
Inilah ujian yang insyaallah mengeratkan ikatan hati2 kami..
Juga ujian yang mendekatkan hati2 kami pada Pemilik hati2 ini..

23 September 2011

1st time on Twitter

Assalamualaikum..
Salam jumaat yang penuh kemuliaan..

Walaupun telah lama aku register Twitter..
Tapi hari ini baru aku rasa bagai terpanggil untuk mencuba..

Sempat juga aku petik post2 kat twitter tadi..
ini antaranya :-

IM Asyraf : Tidak semua yg berilmu itu ada akhlaknya...namun yg berakhlak sudah pasti berilmu-Arwah Ust Syafie al-Mashoor


Heliza Helmi : Ruginya orang handsome tak solat, Nabi Yusof yang handsome pun solat. ✔ Ruginya orang cantik tak solat, Saidatina Aisyah yang cantik pun solat. ✔ Ruginya orang kaya tak solat, Nabi Sulaiman yang kaya pun solat. ✔ Ruginya orang miskin tak solat, Nabi Muhammad yang miskin pun solat. ✔ Ruginya budak-budak tak solat, Hasan dan Husin budak pun solat. ::. Bersolatlah anda sebelum anda disolatkan.

 
Wardina Safiyyah Wardina Safiyyah : Quran adalah penawar bg segala penyakit jiwa..Yunus:27


Bahagianya hati ini..
Bila ada hati2 lain yang sedang berbunga2 cinta pada Allah..
Subhanallah..

Kami bersyukur padaMu Ya Allah..
KeranaMu kami tersedar dibuai pesona duniawi
Terima kasih Ya Allah..

Ya Allah..
Berikanlah kekuatan iman buat kami
Agar sentiasa Istiqamah ke jalanMu
Ya Rahim..

22 September 2011

Letihnya...

Assalamualaikum semua..
Pernah tak rasa letih yang melampau..
Letih sangat2.. apa korang buat?

Aku kalau terlampau letih..
Rasa bukan saja kaki berat nak melangkah..
Tapi segala anggota terasa amatlah lemah nak berfungsi..

Aku vs my hubby..
Aku heran kenapa la dia tak pernah kenal letih.. agak aku la
Sebab aku tengok dia macam kuat ja..
Kadang lepas kerja main bola
Kadang hari kerja, malam men badminton sampai tengah malam..
Hari cuti plak wat kerja bendang..
Tapi aku ni.. kadang2 letih sangat..
Tapi bukanlah buat kerja berat mana pun..
Kerja pejabat n kerja rumah ja pun..
Kadang.. badan ni terasa amat letih..
Selalunya airmata akan menitis sendiri..
Lebih letih bila fikiran pun letih..hu3

Nangis hanya boleh kurangkan rasa beban..
Marah.. buat cari pasal ja.
Anak2 juga jadi penawar keletihan mama nganpapa ni..

Korang wat camna xnak bagi letih ni?!

Jom klik sini Cara Mengatasi Masalah Badan Letih 

20 September 2011

Ajak anak belajar?!

Sudah semestinya impian ibubapa ialah ingin anaknya menjadi yang terbaik di dunia dan akhirat. Begitu juga aku.. punya 2 hero yang nyata berbeza rentak dan sikapnya.

Biarpun hari silih berganti, ada juga ilmu yang terisi di minda mereka..
Aku tetap tidak berhenti untuk mencari dan memberi yang terbaik buat anak2 ku..

Ke mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. itu ku akui
Bapak borek, anak rintik.. perlukah ku relakan?!

Sifat, minat, bakat dan kecenderung anak biarlah yang baik2 saja dari ibubapanya..:)
Sungguhku berharap kiranya..
Aku masih belum terlambat nak melentur rebung yang baru mula bertunas

Kata2 arwah ayahku masih segar di ingatan ini walau lebih sedekad masa berlalu
"Ayah bodoh.. tapi ayah xmau anak2 ayah xda pelajaran"
"Ayah miskin.. tapi ayah xmau anak2 ayah xcukup makan pakai"

Kata2 ayah adalah azimat yang tersemat di hati ini..

Anak2 baru tadika dah nak kecoh ka?

Yup.. sebab aku xnak anak2 aku jadi macam aku..
Kerana pengalaman hidup juga satu ilmu yang harus dikongsi dan jadi iktibar

jom semak :

15 September 2011

Percaya Padaku

Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku 

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh

Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Bekas kekasih hubby jadi tokmoh?!

Assalamualaikum..

Al-kisahnya petang semalam ni..
Borak2 ngan ipar duai semua kat meja makan umah mertua..
Entah camna terdengar jelas nama bekas kekasih hubby..

" %!^@ dah jadi tokmoh la ni.. boleh berubat macam2 "
takpasti plak siapa yang bersuara tu.. kak ipar ka adik ipar..
Yang pasti aku terdengar nama %!^@.

" %!^@..?!" tanya aku sambil tersengih.. padahal control rasa..heh3
" Ya la %!^@.. kenapa?" tanya ipar2 aku serentak..
Mungkin confius tgk tindakbalas aku waktu tu kot..
Aku cuma senyum dan cakap xda apa2..
Then hubby terus bersuara, " Dia ni xleh dengar nama tu.. alergik..he3"
Semua gelak kat aku..
Aku pun gelak sama..
Padahal dalam otak aku ni ligat ja dok pk..hu3

%!^@  tu kekasih hati hubby sebelum aku..
Hubby ngan %!^@  bercinta 4 tahun.. lama tu..
Memang hubby dah ajak kahwin
Mak mertua pun memang dah nak pergi bawa cincin
Tapi %!^@  xnak.. Entah kenapa aku xtau..

Lepas 2 tahun hubby break off dgn %!^@, Baru kami kenal..
Dalam masa kami berkawan, pernah terjumpa %!^@ kat kedai makan..
Taklama pastu %!^@  kahwin.. kawin plak ngan sepupu hubby..
Nak wat camna.. jadi sedara jugak la..
Apa2 kenduri or raya mesti jumpa punya..
Yang xbestnya masa kak ipar pergi kenduri %!^@..
Kak ipar dengar %!^@ kata kat tetamu yang hubby ada org len
Macam kata aku perampas ja..
Padahal hal aku 2 tahun lepas dia break off ngan hubby baru kami kenal..
Yang xbest jugak masa mula2 dok kat umah mertua..
Mak mertua asyik penggil aku ni ngan nama dia.. Eee xsukanya

Tapi yang lepas biarlah lepas kan.. Kami dah ok..
Hubby pun terkejut bila kami berjumpa siap leh peluk cium lagi..
Ha3 cam tak caya ja.. Bekas kekasih suami jadi sedara..

Kini aku masih lagi berdoa pada Tuhan..
Agar dia xbuka balik buku lama..
Agar jodoh kami makin kuat sampai ke syurga.. Insyaallah..

14 September 2011

Tersenyum sampai ke telinga dah ni..

Ini kisah semalam..
Rafiq masuk pertandingan mengeja wakil tadika dia..
Ada 2 lagi kawan dia yang dipilih oleh cikgu..
Iaitu tu kembar (adik & kakak)

Alhamdulillah..
Mama suka Rafiq ke arah ini..

Rafiq suka masuk apa2 saja pertandingan kat sekolah..
Dulu asyik masuk peraduan mewarna..
Sekarang ni dah selangkah ke depan..

Masa aku balik kerja..
Jelas keriangan terpancar di muka Rafiq..
Bercerita pada papa dan mama dengan penuh semangat..

Katanya penat rafiq tunggu orang panggil nama Muhammad Rafiq Syarafuddin Bin Rosli Suhaimi. Lambat sungguh orang nak panggil. Tapi semua orang tanya semua Rafiq boleh jawab.. Pastu dapatlah cenderahati pencilbox & tuala kecil.

Dan hari ni.. baru kejap tadi.. cikgu tepon papa..
Minta biodata untuk calon pelajar cemerlang..

Rafiq..
Mama & Papa bangga ngan abang..
Moga Rafiq teruslah minat, semangat dan usaha..
Mama & Papa sentiasa sokong abang..
We love you..

13 September 2011

Awat ni...?!

Entah kenapa..
Sejak malam tadi..
Rasa senak..
Rasa pusing2...
Korang nak tahu pusing2 camna?
Tengok ni..

12 September 2011

Kini ku sedar

Sabar ya awak..
Hidup ini xkan sunyi dari ujian..
Ujian yang mengajar kita erti hidup..
Dan ada hikmah disebalik setiap ujian tu..
Saya tahu awak kuat..

Sesuatu yang terjadi sememangnya ada hikmahnya..
Terpaparlah siapa kita..
Terungkaplah siapa dia..

Kasih sayang yang tersemai utuh dengan keikhlasan takkan sia2..
Pasti suatu tika, kasih sayang itu juga menjadi semangat juang
Kasih sayang itulah yang menjadi penawar lara..

Senyuman dan gelak tawa dari seseorang yang kita sayang
Mampu melegakan hati yang gundah
Juga mengukir kembali senyuman di bibir yang lama hilang dek kerisauan


 

Kini terjawab..

Salam..
Sekarang kat opis.. cuba2 nak story kisah Ayah MertuaKu..

Hari sabtu darah & gula dah stabil...
Ikutkan 24.09.2011 baru pihak hospital nak scan..
Kena ikut giliran...
Jadi kami minta keluar nak pergi scan sendiri kat PMC (klinik pakar)

Discharge hospital.. terus ke PMC
Hari tu gak dapat result..
Cuma ada sedikit masalah..
Urat2 kecil darah tersumbat..
Mujur tak ke urat2 besar..
Kalau tersumbat kat urat besar terus STROK

Alhamdulillah.. xperlu tahan wad..
Rest kat umah makan ubat ja..
Opps kena urut gak..
15hb pergi Hospital Kangar balik..

Adik beradik semua balik mai jaga ayah..
Alhamdulillah.. kurang sikit beban ayah..
Yang jadi misi tukang bagi ubat..
Yang tukang masak makan untuk ayah..
Yang tukang bagi mandi..
Yang tukang urut..
Ada hemopati
Ada juga tok bomoh..
Anak2 cucu semua sayang kat ayah..
Moga ayah cepat sembuh..

10 September 2011

Surat cinta di bulan Syawal

Sambungan kisah di n3 lepas..

Ayah dapat surat cinta..
Surat refer hospital la plak..
Apa taknya.. cek ja gula 22.5
Anggota kanan ayah xdapat rasa apa2
Kata doktor mujur cepat bawa..
Kalau tak.. bila dah tarik sebelah (herot mulut) lagi teruk..

Kat hospital kena cucuk insulin..
Tunggu kejap..
Anggota sebelah kanan dah ada rasa sikit
tapi last kena tahan kat wad gak..
Aku teman ayah nak ambulan nak pergi wad 1..
Ni la 1st time naik ambulan.. berdebar2 tau..

1st night masuk wad..
Aku n hubby tunggu..
Anak2 tinggal dengan mak mertua..
Pagi k 10 pagi adik ipar datang jaga plak..
Kami balik mandi n tido
Petang pi lagi.. nampak ada mak mertua kat wad tengok ayah

Khamis 08.09.2011 petang
Gula dia naik balik.. jadi 23.6
Risaunya hati..
Bila picit kepala, kaki, tangan yg sebelah kanan dia xdapat rasa balik

2nd night hubby jaga sorang sebab wad tukar wad
Wad tu hanya sorang ja leh tunggu..
Risaunya aku sebab katil yang ni xda besi galang kiri kanan..
Katil lama.. lebih sempit n tinggi..
Masa nak tinggal ayah, aku siap pesan jangan tidur buas2 tau..
Takut plak dia jatuh.. dah la sebelah kanan xleh nak rasa/kontrol

Jumaat 09.09.2011 pagi
Aku hantar anak2 ke sekolah..
Masuk opis kejap n minta izin nak hantar kereta kat hubby di hospital
Minta izin kat guard nak jengok ayah.. mujur dapat..:)
Ayah tengah tido.. lepas hubby tolong mandikan..
Anggota kanan dia masih xok walaupun gula dah turun 14.5
Hubby hantar aku balik opis.. Dan dia pergi hospital semula
Bila abg ipar datang.. baru hubby balik..
Boleh la dia rest kejap..

Bila di soal selidik oleh doktor baru la kami tau apa puncanya..

Ayah memang ada kencing manis..
Raya2 ni dia makan macam2 la..
Tambah pula dia lupa makan ubat banyak hari..

Ayah ada bersuara kat aku..

Rupanya dia juga ada bersuara hal yang sama kat hubby..
"Ayah xtau la.. kenapa leh jadi camni.. xpernah pun ayah jadi camni.."
Ada tak petua apa2 nak kurangkan paras gula ni..
Buat masa sekarang ni..
Kami minta tolong sapa2 yang melawat xyah la bawa apa2 makanan
Aku juga ada pujuk ayah agar pantang sat..
Makan dulu apa yang hospital bagi..
Lepas ni kita kira len ..

Moga ayah cepat sembuh..
Cucu2 ayah dah sibuk nak wat balik ayah dari hospital..
Kami semua rindu gelak tawa ayah..
Moga ayah kuat..

09 September 2011

Ujian di bulan Syawal..

Salam semua..
Masih dalam mood raya?!
Raya kan sebulan...
Lagipun jamuan terbuka kat opis2 baru start ja ni..

Aku plak mood sadis la..
Maaflah bukan nak spoil mood korang..
Cuma nak berkongsi rasa..
Harap2 ada sedikit kelapangan di dada..

Hari raya pertama..
Malam tu ayah mai umah kami..
Naik motor sembang2..
Masa nak balik ntah camna dia nak termasuk dalam longkang depan umah..
Pastu tgk dia bawa melelong2.. hati nek cuak..
Dok kejap dapat tau ayah jatuh motor..
Jatuh kat longkang nak masuk pi umah dia..
Dia xda apa.. dia jalan balik umah n suruh org ambik motor dia..

Lepas peristiwa tu kami larang xbagi dah dia nek motor
Tapi biasa la.. rasa kuat n xnak susahkan anak2..

Sekarang musim ambik padi..
Jadi bagi kami yang ada bendang ni sibuk la skit..
Ayah plak dia selalu ronda tgk org ambik padi..

Isnin 05.09.2011 8.00 malam..
Hubby tepon ayah.. kot2 nak p tengah org ambik padi, dia nak tolong bawa..
Tapi ayah xmau.. dia rasa pening.. dia suruh ambik kawan dia bawa mai kat umah..
Masuk ja kawan tu.. terus tunjuk.. benda tumpangan ayah dok sebelah dia..
Kawan dia tu dah buang benda tumpangan tu..
Ayah bangun duduk n boleh isap rokok dah..

Selesa 06.09.2011 6.30 petang..
Balik kerja, ayah mengadu kebas2 kaki ngan tangan..
Ajak pi klinik, xnak!
Nak tunggu Mat Ali mai bawa dia pi ambik air penawar..

Rabu 07.09.2011 6.30 petang..
Ramai orang kat umah ayah.. mai raya..
Ayah duduk pun macam nak rebah..
Terus xtanya.. kami kata lepas maghrib ni kita pi..

Lepas maghrib..
Adik ipar cakap nak bawa ayah pi ambik air penawar.. dah janji.
Rasanya muka aku dah lain.. (kalau org perasan la)
Kami berkeras nak bawa ayah pergi klinik
Ada yang cakap...
Kalau bawa pi nanti sahih kena tahan wad nii
Minta air penawar dulu la..
Xpa p la klinik dulu cek..

Jadi kami papah ayah pergi klinik..
Abg Man (org kg yg rapat ngan ayah) nak ikut jugak..
Sampai klinik terpaksa ambik kerusi roda
Sebab ayah dah xleh nak control kaki ngan tangan sebelah kanan
Masa kat klinik..
Aku lagi berdebar bila ayah xdapat rasa bila aku urut tangan, kaki, belakang juga kepala yang sebelah kanan..
Masuk cek kat doktor terus dapat surat cinta..

07 September 2011

1st Eid Ul Fitr

Bergambar kat umah mertua.. Kat umah sendiri xsnap plak pic penuh
Inilah kali pertama Aidilfitri pertama buat kami setelah menghuni Teratak Kasih RS. Debar sebagai tuan rumah rasanya lain sangat.. Alhamdulillah.. semuanya baik2 saja..

Lepas Hubby sembahyang raya, kami beratur bersalaman sesama kami..
Pastu tu tutup rumah kejap.. pergi beraya dgn mertua..
(xsampai lima minit pun jaraknya he3)
Depan umah mertua, umah abang ipar.. beraya kat sana jap..
Perkena nasi dulu.. then balik tunggu org mai raya kat umah..
Menu kami.. Kuey Teow Th'ng..
Hari raya ke2 dan ke3 balik Penang.. Raya ngan mak dan adik beradik lain..
Lepas mungkin jadi rutin setiap tahun la camni..

Alhamdulillah..
Ada juga tetamu yang sudi hadir..
Sampai malam tadi masih ada yang sudi jejak kaki kat Teratak Kasih RS..
Terima kasih banyak2.. gembira rasanya..

Teratak Kasih RS memang sudi terima tetamu..
Tak kisah raya ka tidak.. Jemput la datang..

Rumah kena serang..

Kisah raya lagi..
Jangan jemu tau.. raya kan 30 hari..he3

Syoknya raya..
Syok lagi bila nak balik kampung..
Ni 1st Aidilfitri ada umah sendiri..

Sebelum keluar rumah make sure semua plug di cabut kecuali plug peti sejuk la..
Pinggan, cawan, mangkuk, periuk semua make sure dah dicuci bersih..
Sia2 makan2 dibuang.. pendek kata dapur, ruang tamu mau clear la..
Kalau tak nanti busuk..errrkk
Pintu  & grill pun check banyak kali.. make sure kunci k..

Dan yang satu ni lupa plak nak masukkan dalam list..
Tapi lepas ni confirm kena check jugak..
Pastikan lubang saliran air kat bilik tu tertutup..

Alkisahnya..
Balik dari Penang raya ke-3 malam..
Pekena Nasi kandaq dulu..
Sampai Perlis pukul 1 dah..
Mata dah ngantuk.. xingat apa dah terus tido..

Esoknya bangun baru la hidung berfungsi..
Huwaaa mau nangis ooo..
Sakit hati sakit hidung sakit kepala semua ada..
Sebab satu rumah penuh ngan tahi ngan kencing tikus..
Rupa2nya lubang saliran air kat bilik tu terbuka..

Aku : Hu3 entah3 tikus tu dok pesta menari2 lagi.. kan tuan umah xda..hu3
Hubby : Ish3 otak kartun sungguh la...

Pagi tu memang jadi umah tertutup la..
Dua tiga kali gak aku mop..
Biar puas hati.. biar wangi balik umah aku..
Mujur jugak xda yang bertandang pagi tu..
Satu pagi tu asyik kemas rumah n minta oof kat hubby xnak masak..
Memang xda hati nak masak selagi umah xbersih.. erkk

Elok nak habis dah aku kemas..
SIL tepon ajak makan kat umah mertua ramai2..
Selamat.. rezeki gak kan... he3

Lepas ni kena beringatlah..
Mujurlah Cik Ti ja..
Mau Cik S kejar Cik Ti tu masuk umah..
Ish3 gerun la plak...

06 September 2011

Tragedi Ramadhan 2011

Masih segar di ingatan..
Ramadhan kali ni memang tak sunyi dari ujian dariNya..
Di akhir2 Ramadhan..
Hari sabtu (2 hari lagi nak raya)..
Dalam perjalanan nak ke Kerpan, Kedah..
Biasanya hari cuti suka ke sebelah kedah untuk beli barang basah..
Dalam hujan yang renyai2, kami 4 beranak naik kereta nak ke sana..
Banyak sungguh kereta bersusun.. Jadi xleh la bawa laju2..

Tiba2 hubby aku dengar bunyi break...
Dalam hati beristigfar banyak2..
Takut?! Tuhan ja yang tahu..
Doa ku agar agar kereta kami sempat break sebelum menghentam kereta depan.
Tapi tiba2 TUMM kereta kena hentam dari belakang..
Memang bahaya.. memandu tika waktu hujan.. break yang kita tekan.. keta tetap gelongsor ke depan.. sukar mencengkam..
Mujur Hubby drive slow.. kalau tak masuk dalam sungai la..
Anak2 pun cuak gak la.. Syukur kami xcedera..

Parking tepi.. Hubby keluar tengok keta..
Lama sangat dia kat luar tu.. aku pun keluar tengok..
Hu3 sedihnya tengok keadaan keta tu..

Keta yang langgar tu pun teruk gak..
Orang cina.. budak lagi.. baru boleh lesen..
Depa otw nak p sembahyang kat tokong..
Depa juga posa.. sempena bulan hantu..
Jadi dia ngaku salah.. dia bayar la.. RM450

RM450?! Cukup ka?!
Nak kira cukup memang xla..
Tapi mujur dia mau hulur gak...
Lagipun dia nak kena repair keta dia lagi..

Nasib ada kawan Hubby yang len buat cepat..
Kalau tak xberaya la..
Tapi buat kira kasi len jalan ja la..
Tukar bumper, lampu, perbetul bonet.. RM 400..
Tapi tu belum spray cat lagi kat bumper tu..
Balik Penang.. tutup2 bonet pastu nak buka xleh plak.. haru3
Mujur godek2 boleh.. Kalu tak semua barang kena sumbat kat dalam keta la..
Emm pasni kena masuk bengkel plak la..

Telan magnet?!

Adoi la...
Semalam tengah2 wat kerja dalam mood raya.. he3
Tiba2 hubby sms..
Rafiq tertelan magnet..

Ya Allah.... Rasa macam oksigen tak sampai kat otak nak berfikir dah ni..
Cemas aku.. tepon adik (biras) xdapat.. tepon kakak (biras) xdapat gak..
Berkali2 aku cuba nak tau camna keadaan Rafiq..
Last  mak mertua angkat tepon..

Katanya xtau camna Rafiq leh telan magnet tu..
Kakak (biras) baru ja bawa Rafiq pergi Klinik Kesihatan Kuala Sanglang, Perlis
Aku cuba tepon kakak tapi xdapat..

Aku tepon Hubby ajak balik..
Tapi dia kata, kita tunggu dulu camna..
Kalau kena hantar hospital kita terus ja pergi..
Sebab nt bertembung kot jalan plak..
Yang aku ni.. dah rasa sesak nafas dah...

Tak lama tu kakak tepon..
Org klinik kata xda apa2..
Tunggu 4 jam.. nt dia berak ok la..
xda bagi ubat apa pun..hu3

Pastu kata kakak, Rafiq nampak ok.. cam xda apa2 pun..
Siap pakai kasut bola dah nak p training..hurm..

Otw balik dr opis hubby ada crita yang dia dulu pernah tertelan duit 20 sen..
(ermm bapak borek anak rintik la ni..)
Sampai umah aku tanya dia magnet tu besar mana..
Magnet tu besar kelingking bujur.. beli keropok apa ntah dapat..

Mama : Kenapa yang pi telan magnet?! Dah abih dah ka kuih raya..?!
Rafiq : Tak telan pun termasuk.. letak atas dahi ja dok men2..
Mama : Rafiq.. Nak try yang ni plak.. (sambil tunjuk alu lesung batu)
Rafiq : Nak wat pa?
Mama : Try makan yang ni plak.. besar sikit.. herm

Geram tul la.. Dah 6 tahun.. bukan budak kecik lagi..
Masa kat klinik pun org ingat yang tertelan tu sepupu dia yang 2 tahun tu (ikut sekali)
Rupanya budak besar... hish apalah.. kata nak jadi budak bijak.. bijak sangat la pi telan magnet tu.. adoiii.. Macam2..

05 September 2011

Masih Syawal kan..?!

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Selamat Hari Merdeka..
Kini baru berkesempatan nak ucapkan buat semua..
Bukan sibuk sangat berhari raya..
Masih ada kelapangan nak update..
Tapi tak dapat nak update la plak..
Kabel TM kat kampung kena curi lagi..
Seminggu sebelum raya kena curi..
Pasang.. TM terus tanam kabel tu..
Raya ke-3 curi balik...kat sebelah kabel yg tertanam..
Nampaknya perkara nii akan terus berlarutan sehingga semua kabel ditanam..
Hari ni dah masuk opis..
Jadi ambik kesempatan la... he3
Selamat Hari Raya dan Selamat Berpuasa 6..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...