30 March 2010

Ketaatan Seorang Dan Kesabaran Seorang Ibu

Semalam dalam perjalanan pulang dari kerja. CikLi cerita satu kisah kebetulan dia teringat katanya. Gini kisahnya lebih kuranglah..

Pada zaman dahulu, ada sepasang suami isteri tinggal di sebuah rumah di hujung kampung. Si suami seorang pendakwah dan si isteri pula surirumah sepenuh masa. Hidup mereka bertambah bahagia apabila dikurniakan seorang anak.

Pada suatu hari, si suami terpaksa keluar menjalankan tugasnya. Genap seminggu, pulanglah si suami. Si isteri menyambut dengan penuh rasa cinta dan kasih walaupun waktu itu telah larut malam. Pada malam si isteri tiada merungut walaupun letih dia tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri.

Keesokan pagi, apabila si suami bangun.. sarapan telah tersedia untuk dijamah. Selesai bersarapan si isteri bertanya pada si suami " Wahai suamiku.. Bolehkah aku bertanyakan satu soalan padamu?" Si suami pun menjawab " Ya isteriku, apakah persoalan yang bermain di benakmu.. katakanlah." "Wahai suamiku. Suatu yang dipinjamkan kepada kita dan kita telah selesai menggunakannya. Perlukah kita kembalikan kepada pemiliknya yang sebenar?" " Ya isteriku, pulangkanlah ia setelah selesai kepada pemiliknya yang sebenar" " Ya suamiku, semasa ketiadaanmu, aku telah kembalikannya kepada pemilik sebenarnya" " Baguslah kalau begitu isteriku. Tetapi di manakah anak kita? Sejak aku pulang aku belum melihat kelibatnya.." Dengan tenang si isteri menjawab "Ya suamiku, sesungguhnya kelmarin aku telah memulangkannya pada pemiliknya yang sebenar" Maka terkejut besarlah si suami..

Ya Allah, sungguh kuat hati isterinya.. Walau dalam kesedihan hati seorang ibu kehilangan anak dia masih tabah untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri yang solehah. Sungguh tenang menghadapi dugaanNya.. Sungguh kental hati menahan sebak di dada..

Rasanya aku tak mampu untuk menjadi isteri sehebat itu.. Aku pula jenis tak tahu nak sembunyi rasa hati.. Tetapi kita kena belajar untuk menghadapi dugaan..

Rs: Tegur dan didiklah aku agar aku menjadi isteri yang taat dan ibu yang sabar.

1 comment:

Aku wanita biasa said...

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan...Allah sentiasa menolong hamba2Nya yang sentiasa bertaqwa dan bertawakkal kepadaNya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...