22 March 2010

Anak2 Permata HatiKu

Dah Tido dah anak2 ku.. Lega rasa bila diorang dah tido setelah seharian bermain. Si abg selalunya tido awal.. lepas magrib bagi dia makan malam.. tak lama pukul 8 lebih tido lah.. mudah! tapi kekadang tu wat hal gak.. jenuh kena paksa tdo.. Esok kena pergi tadika.. kalu dia lambat, maknanya aku masuk opis macam pencuri dah rupanya.. mana taknya.. masuk lewat rasa bersalah ler.. biarpun tak pernah lagi kena tengking ngan bos tapi sendiri mau ingatlah kan? Si adik pulak, selalunya lewat sikit tdo.. kalu dia tido siang tadi.. hah! malam ni siaplah.. ibarat mata kena tongkat ngan batang mancis..tapi malam ni.. 10.30 dah lentok dah.. penatlah tu.. 

Waktu depa tengah2 lali nak tdo, aku suka tanya soalan2 or bagi nasihat sikit or bercerita kisah binatang kat depa.. ikut yang terlintaslah..

Malam ni, aku cakap pada si abg.. " abg, esok abg bangun awal tau..esok sekolah. abg nak jadi budak pandai, kan? Orang nak pandai kena p sekolah awai.." " emm ok mama.. esok mama kejut abg na.. anak nak jadi pandai.. abg nak p sekolah macam papa.. pastu nanti abg besar abg nak jadi polis nak tangkap orang jahat.. macam papa.." sejuk hati dengar.. harap dia ikut jejak papa dia lah sampai ke menara gading..

Dengan si adik plak.. "adik.. esok mama kerja.. papa pun kerja.. abg p sekolah.. adik dok ngan tok na.." teresak2 dia kata " tak nak.. adik nak p gak.." kesian dia kecil2 kena tinggal.. terpaksa sayang.. mama kena kerja nak bantu papa cari duit untuk keperluaan dan keselesaan kita satu family. tersentuh rasa bila anak rasa tak nak pisah ngan kita. Sayang jua anak2 kat aku.. walaupun aku kerja, waktu cuti or balik kerja.. full time aku hanya untuk depa.. aku tak nak ada jurang antara kami, aku tak ingin ada yang lain bertahta di hati mereka.. tak mahu tempat ku sebagai ibu mereka di ambil alih orang lain.

Emm macam manala ada segelintir ibu kat luar sana tu mampu membuang anak.. ada yang baru lahir, ada yang banyak bulan dah.. ada pulak sanggup mendera... yg sanggup membunuh.. agaknya orang camni tak ada sifat perikemanusiaan langsung! inikan pula sifat keibubapaan.. kejam! Sungguh kejam!

Bagiku, anak itu amanah Allah buat diriku.. tanggungjawab yang berat harus dipikul bagi seorang yang bergelar ibu atau bapa.. bermula sejak dalam rahim lagi hinggalah dia dewasa. tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya tak pernah putus melainkan ajal yang memanggil. Susu yang diberi tanda betapa kasihnya ibu sampai bila.. didikan n pengorbanan yang diberi tanda sayangnya ayah. Yang nyata.. apabila seseorang itu bergelar dan memikul tanggungjawab seorang ibu barulah dia mengerti kasih suci seorang ibu. dan apabila seseorang itu bergelar dan memikul tanggungjawab seorang bapa barulah dia sedar akan perngorbanan seorang bapa.

Rs : Ku impikan menjadi seorang ibu tak terbaik buat anak2 ku. Kasih sayang mama tak pernah pudar untuk kamu berdua. Mama tak sanggup.. walau berjauhan dengan kamu berdua. Kamu berdualah Permata Hati mama buat selamanya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...