29 May 2011

Tolong Ingatkan Aku : Pantang

Ramai gak kenalan yang tengah mengandung..
Cepat saja rasa orang mengandung..
Tup3 dah nak bersalin..
Padahal orang tengah bawa budak tu rasa lamanya..

Lepas bersalin dah kena pantang
Waktu kena kuarantin..
Ergh! Seksanya batin..

1st week badan masih lemah
Tambah pula sakit tempat jahit belum sembuh lagi
Jadi nak jalan nak duduk nak bergerak semua kena control.. Seriau la..
Mandi air daun herba.. 
Lega rasa.. macam keluar segala toksik dalam badan
Bertungku, kena pakai bengkung.. Nak bentuk balik shape badan tu
Kena mengurut satu badan untuk buang angin dalam badan dan tetapkan semula Batu Meroyan (peranakkan)
Makan jaga.. takleh nak belasah semua..
Elakkan makan2an berangin.. mak kata takut anak kembung
Elakkan makan2an sejuk.. mak kata nanti terkancing gigi
Elakkan makan2an gatal.. mak kata kalau gatal kat luar senang nak garu tapi kalau gatal kat dalam tu nak wat camna?hu3

Ada pantang 44 hari.. 
ini kebiasaan orang buat dan dengar
Kira wajiblah bagi wanita melayu yang baru melahirkan anak
Dan jangan terkejut kaum lain pun dah ada yang ikut cara kita..

Ada juga istilah pantang 100 hari.. 
Yang ni plak tak semua orang apply 
Ini pantang bersama dengan suami selama 100 hari start tarikh beranak
Bukan nak dera si suami
Tapi untuk mengembalikan 100% si isteri sembuh dalamannya
Kondisi badan kembali segar seperti sediakala

Ada juga yang kena pantang untuk jangka masa yang lebih lama..
Laksa.. 1 tahun - takut kembang urat
Untuk yang menyusu.. elakkan makan2an berangin (cth Ubi Kayu) 
takut nanti anak kembung
Keladi, jambu batu, jantung pisang, rebung, air kelapa.. 
3 tahun or pregnant semula

Air kelapa ni berbisa pada orang yg sakit urat 
dan ibu yg lepas bersalin or gugur
Teringat kisah 10 dulu
Ada kakak sorang ni teringin gak nak minum air kepala 
Walaupun saya dah bagitau takleh
Sebab dia baru ja gugur 2 minggu yg lalu
Tapi dia cakap laki dia kata xpa
Start esok tu dia dah tak dapat pergi opis
Dah 3 hari xdatang2 juga kita pegi umah dia
Terkejut tengok dia..
Kaki dia bengkak sangat sampai takleh nak jalan.. Mengesot ja..
So, beringat k

Yang sorang akak ni plak..
Waktu dia lepas bersalin, dah naik opis..
Aku tengok main belasah ja makan (jambu batu, pulut dll)
Bila aku tanya (he3 padahal nak tegur tapi tak berani la plak)
Dia jawab, "erm akak ni belasah ja semua.. tak jadi apa pun".
Selepas 3 tahun.. baru2 ni dia bagitau aku yg dia kena pantang..
Macam2 xleh makan..
Bila ditanya kenapa.. 
Dia kata dia dok dengar suara orang bila dia dok sorang2
Kadang nampak kelibat makhluk melintas
Bapa dia bawa pegi berubat
Mana tau ada gangguan anasir liar
Ustaz tu plak bagitau xda gangguan
Cuma terkena angin meroyan
Nak ubatnya kena pantang balik seperti mana dalam masa berpantang 44 hari tu di samping jaga solat dan mengaji. Tempohnya bukan 44 hari dah.. tapi sehingga pulih sepenuhnya.. jenuh tu..erm

Berpantang la..
Pantang tu bukan nak mendera tapi nak memulih kembali kesihatan luaran dan dalaman si ibu juga anak. Kalau ibu tak sihat kesian plak kat anak tu, kan?

ps: Banyak lagi pantang larang orang melayu..

5 comments:

Ibu Muda 30series said...

tiba2 rindu plak saat berpantang :)

LYAfrina said...

rindu saat tu.. tp x mungkin kembali... & hanya keajaiban jer, blh la lya lalui semula detik tu.. y mampu, hnya bkongsi kegembiraan dgn kwn2 y akn dpt baby:-(..

lya pntang 150 hari... hari2 pakai bengkung.. guna pati halia jer.. tp mmg best,, byk kluar angin... utk luka minum jus pati haruan sendayu tinggi & pil d folia..

munna said...

munna pantang 44 hari je..lepas tu bedal je semuanya....

Unknown said...

tak best nya masa pantang bersalin..
maisara asyik menangis je..
badan lak tinggal tulang.
sedih kalau ingat..

Sofya said...

wani : rindu kena dera sampai kurus ker? ha3

Lya : syukur padaNya kerana beri peluang untuk kita tempuhi saat2 itu.. senyum skit..:)

Munna : 44 yg wajib kira ok la tu..

Diana : best apa jadi kurus tapi tak tahan nak layan nangis tu la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...