31 May 2010

Berbaur Rasa

Hai cepatnya.. hari ni dah isnin yer.. Walaupun 3 hari cuti tapi badan ni rasa letih sangat.. entah kenapa.. 3 hari cuti pun, macam biasa la takleh nak rehat. Biasalah perempuan kan.. suri dalam rumah.

Semalam Rafiq kena pergi peraduan mewarna kat D'Futsal, Batu Dua.. Hubby plak kena kerja, escot Raja Muda Perlis round satu negeri. Sebenarnya aku belum pernah drive kereta bawa 2 beradik tu ja. Ingat nak ajak biras2 ku tapi depa nak p sendiri. Terasa gak nak tumpang ipar2ku tapi tak dipelawa. Nak wat camna kan.. berasa la jugak hati ni.

Nak ditinggal si adik, tiada pengasuh. Aku cuma risau takut 2 beradik tu duduk main2 dalam kereta tu n aku tak leh nak fokus. Ku tunggu juga hubby kot2 habis kerja awal tapi lewat lah plak. Terpaksalah ku beranikan diri bawa anak2 ku. Rafiq kata mama meh kita baca doa naik kereta. Ya Allah lapang skit dada ni. Ada bawa slow jer.. puas gak pujuk2 ajak sembang2 ngan diorang akhirnya berjaya sampai ke destinasi juga. YES!

Kat sana, Syakir plak tak duduk diam. Nak tengok orang mai futsal yang Rafiq la nak start mewarna dah ni.. Sibaik la pihak penganjur tu cakap ikut suka nak p warna kat na pun.. Apa lagi heret si abang ajak warna kat gelanggang futsal la. Tiba2 plak adik nak warna jugak. Saja jer aku kata kat dia " Adik, ni yang abang, adik p mintak kat cikgu len.." Saja nak duga akal dia. Sekali dia terus p kat cikgu "Cikgu, nak satu!" La budak ni, p minta sungguh.. Aku pun malu2 tapi try gak minta kot2 cikgu ada extra. Ada gak habuan untuk si kecil ni. Suka sungguh dia.

Tiba2 dengar suara orang menyapa kami. Macam ku kenal sangat suara tu. Laa papa.. Sukanyer.. Tak sangka dia aku tercegat kat depan kami. Dia cakap dia memang letih tapi kesian plak kat anak. Kejayaan seorang anak memerlukan sokongan kuat dari ibubapanya. Terima kasih, papa..

Selesai acara tu, elok2 jer aku keluar dari D'futsal tu.. BAMM! Ada eksiden la.. aku tak sedar pun. Tapi kata hubby, elok2 jer aku lepas ada kereta kancil yang keluar dari simpang bertembung dengan motosikal. Yang bawa motor tu sampai terpelanting atas bonet kereta kancil tu. Yang membonceng plak jatuh n terus terduduk kat atas jalan tak leh bangun. Wah! nasibaik la aku dapat berita ni bila dah sampai umah kalau tak, ketaq juga la nak bawa budak2 ni balik umah. Alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar dan dipermudahkanNya.

Sampai umah letak barang keluar plak.. Hubby ajak teman dia makan, anak2 pun lapar. Makan kat kedai depan umah tu jer.. Papa n anak2 makan nasi goreng. Mama memang belum jamah nasi lagi tapi entah tak rasa nak makan. Mungkin letih sangat kot.. Tapi bila kena marah ngan papa, mama order gak lah k/teow goreng. Nasibaik ada anak sedara entah mai dari mana, mama bagi half kat dia.. banyak sangat.

Lepas makan kami round2 kampung.. tengok2 sawah2 padi orang..he3.. tengok tapak umah.. emm bila la nak leh pindah nii..

Malam tu nampak muka papa, letih sangat... Rafiq pun letih tapi dia tetap nak pergi ngaji.. Alhamdulillah, rajin anak mama.. sekarang dah masuk Iqra' 2 dah. Syakir plak.. macam bateri energiser.. masih aktif, tak penat pun aku tengok dia.. n puas pujuk ajak tido n macam biasa dia la orang yang last sekali tido.

Hari ni Rafiq cuti.. Kawan2 pun ramai yang cuti dalam opis ni.. Rasa aku pun camna nak balik jer.. tapi kerja banyak la.. tapi biasalah kena spend masa kat blog nii kalau tak, tension la.. Ni pun dah mula rasa sakit kepala nii.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...