20 September 2011

Ajak anak belajar?!

Sudah semestinya impian ibubapa ialah ingin anaknya menjadi yang terbaik di dunia dan akhirat. Begitu juga aku.. punya 2 hero yang nyata berbeza rentak dan sikapnya.

Biarpun hari silih berganti, ada juga ilmu yang terisi di minda mereka..
Aku tetap tidak berhenti untuk mencari dan memberi yang terbaik buat anak2 ku..

Ke mana nak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.. itu ku akui
Bapak borek, anak rintik.. perlukah ku relakan?!

Sifat, minat, bakat dan kecenderung anak biarlah yang baik2 saja dari ibubapanya..:)
Sungguhku berharap kiranya..
Aku masih belum terlambat nak melentur rebung yang baru mula bertunas

Kata2 arwah ayahku masih segar di ingatan ini walau lebih sedekad masa berlalu
"Ayah bodoh.. tapi ayah xmau anak2 ayah xda pelajaran"
"Ayah miskin.. tapi ayah xmau anak2 ayah xcukup makan pakai"

Kata2 ayah adalah azimat yang tersemat di hati ini..

Anak2 baru tadika dah nak kecoh ka?

Yup.. sebab aku xnak anak2 aku jadi macam aku..
Kerana pengalaman hidup juga satu ilmu yang harus dikongsi dan jadi iktibar

jom semak :

8 comments:

Memory said...

betul tu kak... dari kecik ni la kita kena bentuk... kalau dah besar susah nak bentuk

Dinas Aldi said...

Semua ibu bapa yg normal pasti akan fikirkan perkara macam ni tentang anak2 kan. Insyaallah anak2 Sofya akan berjaya berkat kasih sayang tak berbelah bagi & tumpuan dari Sofya dan suami.

LYAfrina said...

btul tu...
kata org,,, melentur dr rebung... baru mudah d bentuk

N i e Z a said...

aahh..bdk2 kecik sgt ni mudah ikut ape org buatkan..jd klu nak ajar kna ajar dr dia kecik biar dia paham..nti dah besar susah nak lentur..

Unknown said...

setuju...
dari kecik la kita nak lentur...
boleh ajar sikit2..
tak kan nak tunggu besar..
nanti susah pulak nak tangkap kalau semua benda nak diajar dalam satu masa..

Akak Kembang said...

betullll...sapa takmau anak bijak kan...

CikDibah ;P said...

betoi kak..kte mesti nak anak2 lebih berjaya dr kite kannn..

huhu...kdg2 takut gak nak membesarkan dan membentuk anak2 nihhhh

Hanis Azla said...

azimat dari arwah ayah itu sgt berharga.. semoga anak2 akan terdidik dengan baik dan cemerlang untuk dunia dan akhirat..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...