14 January 2011

Hati Rojak, Jiwa Kacau

Hari ni aku rasa hati ni dah macam rojak buah dah..
Masam + manis + masin + kelat + pedas 
Semua cukup lengkaplah..
Airmata air hidung pun keluar...

Masa kat opis tadi ada yang tiba2 tarik muka masam
Entah kenapa tak tahu plak
Dengar2 dia minta izin pegawai keluar awal
Tapi tak setuju plak bila pegawai minta di masuk awal
Ok apa.. cover baliklah kan..
Terus petang tu tak masuk opis dah dan sempat mesej kat sorang staf kat opis tu yang dia mungkin MC sebab JIWA KACAU..

Petang tadi bab adik bongsu ku plak..
Dulu lepas spm belajar half way
Sebab tak leh nak carry + bila minta duit orang tak nak kasi
Now selepas kena tarbiah ngan maksu
Dia nak belajar semula
Betul2 nak belajar or sekadar hangat2 tahi ayam..
Adus masalah duit la plak..
Bukan tak nak support adik nak belajar...
Aku hepi sangat bila ni ada semangat nak belajar balik
But nak support dari segi kewangan xda berapa nak ada
Lepas buat loan umah bina Teratak Kasih RS
Duit makan pun kadang2 kena pau kat CikLi
Adik aku tu takda langsung duit saving
Sementara nak dapatkan loan teruk jugak la..
Adooii bukan nak kedekut tapi takda dah duit nak kasi ni..
Lepas tolak loan gaji tinggal half..
Tolak duit untuk Mak, Pinjam Pelajaran, dll
Tinggal kat aku.. duit makan + minyak
Tapi aku tahu ada yang tak percaya..
Nak explain pun tak pasti la nak leh faham tak..

Bila tepon cakap ngan mak tadi..
Sedih sangat..
My sister macam dah nak ambik peduli apa2pun nak jadi kat dalam family
Itu baru bertunang, lepas nii?!
Kesian mak..

Balik umah plak..
Terkejut aku..
CikLi bagitau Tam cerita kat dia kejadian siang tadi
Rafiq on pc (biasa la xbuat apa2 kat umah, layan komputer la.. main games + dengar lagu)  pastu dia panggil PakTam! PakTam! Mai sini...
Bila Tam tengok rupa2nya video Blue..
Ya Allah terkejut la..
Bila dengar camtu terus susah hati sangat2
Apa taknya.. kami pergi kerja dua tinggal anak2 kat umah
Ish3 tak sanggupla pikir yang jauh2 lagi..
Awal tahun lepas aku terjumpa benda tu sampai satu folder tu..
Aku bising2 kat CikLi suruh warning adik dia sebelum aku warning..
Kalau mulut aku yang tak puas hati ni cakap..
Mau makan dalam sebulan kot tak bertegur..
CikLi dah sound..
Minggu lepas aku terjumpa plak..
Ingat dah sedia maklum tak buat la..
Nasib baik mood aku ok masa tu jadi aku tak pergi sound kat dia, kat CikLi pun tak bagitau.. Eh! Bukan taknak bagitau tapi tak sempat nak bagi tau..
Lagipun aku fikir tak lama lagi ja nak duduk sekali kat umah ni..
Pasni bila Teratak Kasih RS dah siap, semua aku angkut..
Senang aku nak set lain komputer..
Aku try delete folder or file tu satu2 tapi tak leh..
Then aku tak tau nak buat camna aku hidden kan ja..
Ingatkan dah selamatkan benda tu dari anak2ku
Rupanya tidak..
Puas aku ngan CikLi godek2 komputer tu..
Tak tau nak buat camna.. pasni nak format lah kott
Tapi sementara ni CikLi tukar nama fail tu then hidden
Bila Rafiq balik ngaji tadi, aku tanya "Abg tunjuk apa kat PakTam siang tadi?"
Terus dia tunjuk... masuk D, masuk folder ini, folder itu.. tup2 "yang nii la mama.."
Aku cakap kita tak baik tengok yang tu.. dia balas.."dah tengok pun..."
Aduuhh Ya Allah selamatkanlah jiwa dan minda anak2 ku dari perkara yang tidak elok..
Apa lagi aku terus buat langkah semacam CikLi
Terus tukar tajuk folder n hidden..
Langkah sementara.. tak agak tidak selamat..
Ada yang tahu tak intaller apa yang nak digunakan untuk sekat dari buka adult punya program? Tolonglah..

Kalau betul2 makan rojak kan sedap.. tapi dah malam, orang jual rojak pun dah balik daa..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...