16 February 2011

Kek Coklat Lembab KakNi

Kali ni nak kongsi resipi plak..
Resipi ni aku bagi nama Kek Coklat Lembab KakNi..
Kek ni kami buat khas untuk majlis bacaan Yassin sempena perasmian Teratak Kasih RS.
Simple sangat.. Cara masak kukus tau.. tapi nak bakar pun boleh gak.



Bahan2 untuk kek :
  •  1 1/2 cawan     Minyak masak         
  • 2 cawan            Tepung      
  • 4 biji                Telur                           
  • 2 cawan            Gula                             
  • 1 cawan            Serbuk koko                 
  • 1 cawan            Air suam                       
  • 1 cawan            Susu pekat                     
  • 1 penutup          Esen vanilla                   
  • 1 penutup          Baking powder             
  • 1 penutup          Soda bikarbonat     

Cara2nya:
  1. Tepung+ serbuk koko + baking powder + soda bikarbonat => ayak sekali
  2. Pukul minyak + gula sampai kembang.
  3. Masukkan telur satu demi satu. Pukul lagi.
  4. Masukkan susu + esen vanilla.
  5. Masukkan bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit berselangseli dengan air.
  6. Pukul hingga sebati.
  7. Masukkan adunan dalam bekas comel2. Jangan letak penuh, separuhnya ja tau.
  8. Kukus selama 15 minit.
  9. Biar sejuk, letak topping n hias mengikut citarasa.
 Bahan2 untuk topping :
  • 1/4 buttercup
  • 1 cawan air
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan minyak
  • 1 cawan serbuk koko
Cara2nya : Masukan semua bahan tersebut dan kacau sampai sebati di atas api yang perlahan.

Selamat mencuba.. sedap tau..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...