27 February 2010

Petikan Dari ILuvIslam : 

''Berani menghadapi masalah..Jangan takut dan gentar dengan masalah yang menghalang..Hadapi dengan benar dan tawakal, kerana setiap masalah sudah diukur Allah bersesuaian dengan kemampuan kita''

Pendapatku :

Sebenarnya, kita mudah panik untuk berfikir bagaimana hendak menyelesaikan masalah yang hadir tanpa diundang.. Bila panik, tentunya otak kita buntu. tak tahu macam mana nak fikir. Bawa bertenang.. tarik nafas dan hempus.. ulang beberapa kali.. sambil beristigfar dalam hati.. Insyaallah jiwamu akan tenang. Bila tenang barulah rasionalnya datang.

Cakap senang tapi untuk menghadapinya tidaklah semudah yang disangka.. Ianya seperti soalan ilmu hisab, perlu dihitung dengan betul agar jawapan kita perolehi adalah jawapan yang betul. Andai salah hitungannya maka salahlah jawapannya. Menghitung persoalan amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. 

Bertawakallah padaNya, kerana setiap ikhtiar takkan tercapai tanpa restu dan pertunjuk dariNya. Dan ingatlah bahawa setiap apa-apa yang berlaku adalah kehendakNya. Kita hanya merancang, Dia yang menentukan. Tak semestinya apa yang kita hajati, akan kita perolehi. Sesungguhnya Allah lebih tahu apakah yang terbaik untuk kita.

Bersyukurlah padaNya dengan setiap yang kita perolehi dan kecapi. Tuhan menguji kita kerana Dia sayangkan kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...