25 February 2010

Aku Sentiasa Merinduimu..

Ayah...
Anakmu ini sentiasa merinduimu..
Masih jelas diingatanku..
Senyuman yang terukir di bibir mu..
Sejuk mata memandang..
Tersemat di hati..
Mendamai di kalbu..

Ayah..
Kaulah lelaki pertama yang hadir dalam hidupku..
Kau jua lelaki pertama yang bertahta di sanubariku..

Tak semudah itu untuk aku melupakanmu..
Kaulah pedengarku yang setia dan tempat ku bermanja..

Ayah..
Maafkan ku andai ada garis luka di hatimu..
Kini ku sedar..
Kau sentiasa mengharapkan yang terbaik dari anak-anakmu..

Dan masih terngiang-ngiang di telingaku
Pesanan jua teguran ikhlas lagi tulus
Yang lahir dari insan yang bergelar ayah

Ayah..
Tak mungkin ku lupakanmu walau sedetik..
Kerana kau segalanya bagiku..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...