25 November 2010

Cari2 cadar baru..

Dah dekat k 12 mlm..
Anak2 dah tido..
Tunggu hubby pulang dari main badminton..
Dapatlah men'tenet' kejap.
Ekceli aku tengah survey n mmg nak beli cadar baru..
1st cari untuk adik..
2nd cari untuk aku le.. he3
Dah dapat rasanya..
Cantik aku rasa2 tu..

Tapi bukan 100% cotton tapi tetra cotton..
Ok ke? Payah gak la nak cari cadar nii..
Dah berkenan design kain jenis apa kena gak amik tau..
Jom meh sini kita sama kenal jenis2 kain..


1. Cotton 100% – Kain jenis ini mudah dibasuh,lembut,tahan lama,sejuk dan selesa dipakai. Keburukan cotton ialah ianya cepat melebar dan warnanya cepat hilang dibawah cahaya matahari. Pakaian sukan dan pakaian kanak-kanak disarankan memilih kain jenis ini.
2. Lacoste – Ia adalah campuran polyster dan cotton. Kain jenis ini tidak melebar seperti kain jenis cotton, malah ia juga tidak mudah kedut. Tetapi harus diingat bahawa lacoste kurang sejuk dan menyerap peluh berbanding cotton 100%. Pakaian seperti jacket, suits dan pakaian sukan amatlah disarankan memilih kain jenis lacoste.
3. Tetra cotton – Bagi mereka yang mempunyai bajet rendah, kain tetra cotton adalah pilihan yang terbaik untuk anda. Kain jenis ini bukanlah 100% cotton, maka anda akan rasa cepat panas ketika memakainya. Namun,kebiasaannya kain jenis ini akan tahan lebih lama kerana ia tidak mudah stretch atau melebar.
4. Microfiber – Kain jenis ini mempunyai kekuatan yang luar biasa dan 3kali ganda lebih halus daripada cotton. Keselesaan memakainya sama seperti ‘natural fabric’. Ia juga lembut dan tahan lama namun kain ini lebih mahal dan sesuai untuk sukan, aktiviti luar dan kegunaan pejabat. Kelebihannya,si pemakai akan berasa sejuk dan kering.
5. Interlock - Interlock adalah jenis kain yang mempunyai kualiti yang sangat bagus. Kain jenis ini tebal, lembut dan tidak panas. Biasanya pelanggan yang mementingkan keselesaan dan kualiti akan memilih kain jenis ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...