20 July 2010

Maafkan saya, awak..
Walaupun hari ini, ulangtahun kelahiran awak ke dunia ni
Walaupun hari ini, hari yang bermakna dalam hidup awak
Maafkan saya, awak..

Saya ingin awak gembira di hari ni lebih dari hari2 lalu
Alhamdulillah.. rasanya saya masih yang pertama ucapkan kata keramat itu pada awak, kan?
Saya memang ingin selalu jadi yang pertama dalam setiap kata dan laku awak
Tapi sejak akhir2 ini saya sudah sedar
Insyaallah saya akan rela sekiranya tidak menjadi yang pertama
Kerana yang pertama adalah ibu awak
Ucaplah terima kasih padanya kerana telah berkorban nyawa melahirkan awak ke dunia ini
Saya akan ingat selalu dan cuba mengambil hatinya
Kerana dia telah lahirkan raja di hati saya ini

Tapi harapnya saya bukanlah yang terakhir dalam setiap kata dan laku awak
Mungkin saya tidak layak untuk jadi yang pertama
Tapi awak masih boleh jadikan saya dalam senarai utama awak, kan?

Maafkan saya, awak..
Hari ini awak hanya terima ucapan biasa yang tiada puitis langsung dari saya
Ucapan itu ikhlas yang terzahir dari bibir ini
Namun doa2 di hati yang pernah putus buat awak tak mampu saya lafazkan satu persatu
Biarlah hanya Tuhan yang tahu..
Moga Dia makbulkan doa2 itu.. Amin..

Maafkan saya, awak..
Tiada hadiah yang ku hulurkan padamu
Cuma belanja makan tengah hari yang biasa saja
Bukan aku tak ingin hadiahkan sesuatu
Tapi awak... mintak postpone dulu ekk

Insyaallah..
Ada sesuatu untuk awak
Tapi jangan mengharap sangat
Ianya taklah seberapa
Tapi harap awak boleh terima seadanya..
Maafkan saya ye awak...

1 comment:

Anonymous said...

terima kasih honey

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...