Terbaca di ruangan Mega Agama Utusan Malaysia semalam. Tajuknya " Bersikap Terbuka Dengan Mertua".
Sudah menjadi asam garam kehidupan. Selalunya mertua ngan menantu perempuan la ada masalah. Sampai ada plak cerita khas buat kaum hawa ni " Mertua Vs Menantu".
Kenapa ini semua terjadi? Bolehkah diperbaiki hubungan ini? Sikap manusia ni berbeza2. Untuk memahami sikap seseorang memerlukan ruang masa dan kehendak hati yang ikhlas. Sebaiknya kedua2 pihak perlu cuba untuk memahami sesama sendiri agar tidak timbulnya perselisihan faham.
Jika kita sudah berusaha untuk mencantikkan hubungan silaturrahim ini. Bersabarlah, renung pada diri dan bertanyalah pada suami atau mertua sendiri andai ada sikap kita yang tidak disenangi. Mungkin dengan cara ini kita mampu merapatkan jurang kasih di hati mertua.
Andai telah kita ikhtiar sedayanya namun dia tetap sama. Masih belum mampu menerima kita, sabarlah. Insyaallah dengan izinNya terbuka juga hatinya suatu hati nanti untuk menerima kita.
Walau bagaimanapun cubalah untuk tidak menderhakai ibu mertua kerana ibu mertua wajib ditaati selagi mana dia tidak menyuruh melakukan perkara2 yang mungkar.
Daripada Abu Dzar r.a Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: " Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada dan ikutilah kejahatan dengan mengerjakan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya (kejahatan tadi). Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang baik. (riwayat Al-Tirmidzi)

No comments:
Post a Comment