Showing posts with label Bisikan Hati Kecil. Show all posts
Showing posts with label Bisikan Hati Kecil. Show all posts

23 November 2011

Mimpi aneh

Walau ku tahu mimpi itu mainan tidur..
Namun hakikatnya aku ia masih dalam kotak fikiranku..

Mimpi malam tadi yang pelik..
Hingga airmata ku mengalir sampai tersedu sedan..

Sama ada ini tandanya aku rindu..

Mungkinkah ada kesilapan yang belum terampun?

Atau ini salaman ku yang terakhir..

Oh Tuhan..
Kau tunjukkanlah aku jalan..

12 October 2011

Hati yg telah kau sakiti

Alhamdulillah...
Moga dengan ini tiada lagi derita di mata jua dihati..

Aku tak ingin menyakiti..
Aku juga tak mahu disakiti..
Cukup sehingga saat ini..
Aku juga ingin tenang lagi aman..

Aku juga xkan menolak andai suatu hari terbuka mata hati itu..
Ternilai mana kaca mana permata..

Tapi sekarang biarlah antara kita tiada apa2..
Cukup sampai di sini jika kehadiran itu menyakitkan.


Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai

Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu

Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yg kurasa

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis... melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yg telah kau sakiti

Ku menangis...
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah....
Kau sakiti...

25 August 2011

Sekiranya takdir menguji

Kenapa tatkala telunjuk menuding pada diri kita
Kita sibuk mencari dengki kianat siapakah ini
Mengapa tak seharusnya kita cermin diri
Mungkin ada selut yang terpalit tanpa disedari

Pada Yang Maha Mengetahui juga Maha Mengasihani
Tunjukkanlah sinar yang yang luhur
Agar hilang sisa cemuh
Agar bangkit semula berdiri

Sesungguhnya Ramadhan ini tak sunyi dari ujianMu
Tetapkanlah hati ku di sisiMu Ya Allah..

08 August 2011

Mungkinkah milikku..?

"Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan"

Hanya padaMu ku berserah segalanya..
Terlalu awal untuk ku impikan sebuah khabar gembira.
Andai dia milikku.. perliharalah
Andai belum rezeki ku.. Kau leraikanlah sehalusnya..

05 July 2011

Dalam bayangan



Kenapa perlu bayang itu terus mengejar dan menghantui diri ini?
Inginku lari jauh meninggalkan ia
Tapi setiap kali julai kembali
Tiap kali diri ini mengusuri lorong itu tika rintik hujan
Pasti bayang itu cuba menghampiri
Menggangu hati ini
Mungkinkah itu hanya bayangan gurauan
Tapi ia bisa menggoncang cintaku terhadap dia
Dari mana harusku himpunkan kekuatan
Agar tiada lagi bayang yang merosak hati..

19 May 2011

Buat tapi merungut...?!

"Saya pelik ngan attitude sesetengah orang ni. Orang bagi kerja yang banyak, dia buat tapi MERUNGUT! Camna tu?!"

Ya lah.. Tak baik wat kerja asyik merungut..
Tak ikhlas nama dia tu..

Tapi cuba korang pikir sejenak..
Kalau semua kerja dihempuk atas kepala kita..
Kalau semua kerja urgent kita juga nak terkejar siapkannya..
Dengan kerja hakiki lagi
Tambah plak bila orang depan yang asyik cuti n mc kerja dia tak jalan2
Dok macam tu gak..
Tak kurang tak pulak bertambah..
Yang bertambahnya kerja kita
Sebab kena cover kerja org tu sekali..

Kalau korang la..
Adakah termampu nak telan semua tu
Terdaya ka nak buat kerja dengan tenang

Korang hebat.. tapi aku tidak..
Memang aku leh settle kerja semua tu..
Biar bagai lungguk sampah sekalipun aku leh buat
Tapi mulut ni kadang terkeluarlah kata2 sepatah dua

Kerja dengan sukarela n kerana tanggungjawab kita.. ikhlas
Tapi kerja terpaksa settle kerja orang yang sengaja tak mau buat..
Memang aku merungut, Memang la hilang ikhlas tu..

11 May 2011

Isteri angau laki lain...?

Baca tajuk pun dah seram sejuk..
Ya Allah minta dijauhkanlah dari ku..

Tadi on fb.. terbaca di dinding tertulis "SS didakwa angau dengan lelaki lain". Mungkin juga korang pun dah baca awal lagi. Aku tak nak komen pasal SS. Lagipun aku xbaca habis pun.. Jadi tak pastilah sahih atau tidak..

Namun tiba2 otak ni ligat mikir.. kenapa kes ini leh terjadi? 
Bagi aku (korang aku xtau la)..
Kes ni xleh nak salahkan sebelah pihak..
Hanya Tuhan juga yang terlibat ja yang tahu puncanya..

Sebagai seorang isteri yang baik perlu tahu tanggungjawab sebagai seorang isteri. Juga perlu tahu batas2 laranganNya. Seorang isteri perlu ada rasa kasih, sayang, cinta terhadap suaminya dan membatas pandangan dan menjauhkan perasan kasih terhadap lelaki lain yang bukan muhrim. Meskipun suami berbagi kasih pada yang lain jangan pula membalasnya dgn kita pun pasang yang lain. Mungkin mula sebab sakit hati yang teramat ini berniat sekadar membalas dendam. Namun, akhirnya benar2 jatuh cinta. Itu semua godaan syaitan yang bersumpah memecahbelahkan keturunan Adam. Cuba amalkan duduk bersama berbincang dan memahami satu sama lain. Andai dugaan kita meleset dek cemburu buta.. Siapa yang salah? Seorang suami juga perlu tahu dan melaksanakan tanggungjawabnya sebagai suami serta ketua keluarga. Belaian kasih sayang itulah yang diharapkan oleh insan yang bergelar isteri. Dengan sentuhan kasihlah isteri berasa dihargai.

Sama2 kita renung balik..
Tertunaikah tanggungjawab kita..

p/s: Maaf nukilan di atas hanya luahan/pendapat ku yg kurang ilmu..

10 May 2011

Gggrr geramnya..

Minta maaflah ini hanya luahan hati yang menanggung sakit di kala ni
Buat sakit hati kat korang..
Ish mana leh sakit hati kat korang..
Korangkan pengisi kekosongan hidupku.

Ni, aku sakit hati ngan teman seopis ni hah..
Dah la tempat duduk dia betul2 depan aku
Setiap tingkahlaku dia, jelas aku leh lihat tanpa toleh pun
Setiap baik kata yang keluar dari mulut dia, jelas aku dengar sebutir2

Jadi tak heranlah aku leh tau dia tu mai wat kerja ka main silangkata
Jadi tak heranlah aku leh tau dia asyik lesap entah p mana

Yang aku sakit hati ni..
Hari ni giliran dia jaga kaunter..
Macam biasa la mana leh dok lama kat kerusi tu..
Ada pijat kot dok gigit..

Dari sumber yang boleh dipercayai
Dia kelihatan turun dari kereta yg dipandu suaminya
Bila naik opis kejap, bapak dia tepon nak bagi barang
Dia suruh bapa dia naik sebab "saya jaga kaunter ni"

Bila orang dah attend client yg dok tekan loceng banyak kali, leh plak dia kata "xpa2 saya jaga kaunter ni"
Pastu call hubby nak balik jumpa lagi tengah hari..

Memang la laki hang tapi orang pun ada gak laki
Tapi taklah 24 jam nak berkepit..
Heran la laki hang pun jenis rajin tuang kerja gak kot..

Kalau la aku ni bos..
Hish! Dah lama aku transfer dia dah..
Eee geram tau..
Kerja dia memang la bertimbun tapi dah mc memanjang..
Pegawai kesian kat dia nampak cam banyak kerja,
Jadi takyah bagi dah kat dia..
Semua lungguk sini...
Eee susahnya nak wat kerja dgn tenang..

09 May 2011

Di Hari Ibu

Semalam Hari Ibu..
Banyak ucapan yang berbalas dari kawan2 dan saudara..
Seronok dapat kata2 semangat dan menambah keyakinan diri
sebagai seorang yang bergelar ibu.
Tapi semua wish yang aku terima
hanya dari insan yang juga bergelar ibu
Tiada dari bapak org, anak dara juga anak teruna..
Opps kecuali adik lelaki bongsu ku..

Ucapan berbalas yerk..
Ya lah kalau kita tak ingat nak wish kat orang..
Jangan plak nak harap orang nak wish kat kita..

Ucapan Ku buat ibu2 semua :
"Selamat Hari Ibu.. Semoga menjadi ibu yang terbaik."

Balasan yang menyentuh perasaan :
1. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi karenah anak2 dan semoga kita menjadi ibu yang dikasihi.

2. Perjuangan ibu tiada batasnya.. terus dan teruslah berjuang demi memberi yang terbaik untuk anak2.

Semalam aku tepon Mak..
Makin tinggi usia yang Allah lanjutkan buat kami..
Alhamdulillah, semua itu merapatkan hubungan kasih antara kami..
Selamat Hari Ibu, Mak..

Walaupun kedengaran suaranya sayup2 di corong HP ku..
Namun jelas terbayang betapa rindu hatinya
Terkenangkan anak2nya yang jarang meluangkan masa untuknya..
Ku tahu airmata berderai membasah pipi tika berbual denganku..
Di usia emasnya.. Dia mengharapkan anak2 pemecah sunyi..

Aku baru saja hantar mak balik Penang Jumaat baru ni..
Tapi terasa nak ambik mak mai duduk sini semula..
Rasa tak sanggup biarkan dia keseorangan..
Tapi dia lebih selesa di rumah tinggalan arwah ayah..
Mana tidak 1001 kenangan terpahat di sana..

Tika ini perlukah aku sms bgtau abang juga adik..
Mak rindu nak jumpa..
Kesian Mak..
Semoga mak terus tabah..mengusung rindu..
Semoga Tuhan bukakan hati mereka untuk mengubat kerinduan mak..

Bukan hanya pada hari ibu, ibu dirai dan diingati..
Renung2kan..

07 April 2011

Tolong ingatkan aku : Sakit Hati

Sakitnya hatiku..
Dapatkah aku bertahan dengan ketidakadilan ni?
Di tambah pula dengan suara2 sumbang..
Bergelodak hati ni bagai nak meletup..
Nak ku luah.. rasa banyak sangat
Ibarat peluru machine gun
Mulutku ringan nak menyampuk
Tapi terus terkunci bila dengar suara2 yang menyakitkan hati
Sakit memang sakit hati ni

Situasiku :
N bukak kes bab semua dapat cuti bencana alam pada 31.03.2011 dan 1.04.2011 sebab banjir baru2 ni.
Aku juga kawan2 yg mai rasa tak adil.
Coz kami kena stay kat opis sebab HQ tak bagi tutup opis.
Pihak SUK pun suruh cari alternatif untuk ke pejabat.
Banjir tak di semua kawasan. tak serius macam 2010.
Suara2 sumbang di keliling bagai berpusing menyumbat kat telinga kiri kanan ku
Suara 1 : Ooh nak kira adil tak adil.. susah la camni..
Suara 2 : Sapa yang dok kot sini takpa la senang nak berenang takat kat celah ni ja.
Suara 1 bersuara lagi : kenapa tak bagitau opis buka? sapa pun tak tepon akak bagitau. (padahal rumah dia masuk air awal2 lagi.. kalau tau buka hang nak mai celah mana)
Rumah N : Tak masuk air pun.. tapi nak cuti bencana konon tak leh lalu. betul ka?
Rumah V : Rumah tak masuk air gak.. tak leh mai opis.. tapi leh plak mai ronda2 kangar pada hari2 tu.

So simple ja benda ni
Sapa yang terlibat tu, dapatkan pengesahan JKKK or Pihak Polis untuk apply Cuti Bencana
Dalam G.O pun dah terang lagi bersuluh xplain bab tu.
Nak aja aku photostate letak kat meja N suruh cerdik sikit.
Taktau lah macam mana leh naik pangkat macam ni.

Wahai teman2 budiman..
Tolong ingatkan aku..
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu
Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

07 March 2011

Maafkanlah sahabatku..



Maafkanlah aku sahabat..
Sebenarnya aku tersepit di tengah2 situasi ini
Antara tanggungjawab terhadap suamiku
Juga tanggungjawab denganmu sahabatku

Maafkanlah aku sabahat..
Bukan niatku untuk memberi  harapan palsu
Tapi itu semua salahku
Tanpa mohon izinnya, aku tekad membantumu

Maafkanlah aku sahabat..
Mungkin kau dah terbayang pelangi senja
Tapi sebenarnya tiada yang menjelma hingga malam menyapa

Maafkanlah aku sahabat..
Atas ketelanjuran mengukir kata
Niat ku suci namun tak direstui
Harap kau fahami niatku ini

Sahabatku..
Aku sentiasa ingatkan mu
Aku ingin kau kembali seperti sediakala
Cukup lama kau derita
Namun hanya Doa yang dapat ku panjatkan
Buatmu insan istimewa.

Maafkanlah aku sahabat..
Aku sayang kamu sebagai sahabat
Tapi aku rasa kau juga takkan tersenyum
Andai langkahku membelakangi suamiku

Maafkanlah aku..
Sesungguhnya aku tak berdaya..


22 February 2011

Tentang ibu..

"Ibu.. ibu.. engkaulah ratu hatiku..
Bila ku berduka.. engkau hiburkan selalu.."


Pasti semua kenal sangat dengan lagu ni kan..


"Apa lah yang mak buat tu..
Mak sihat ka?"


Adakah kita selalu luangkan masa untuk mak..
Gunakan sedikit masa untuk bertanya @ ambil tahu tentang dia..
Tak rugi.. ya walaupun kita jauh di mata.. telinga dia biar kita dekat dengan dia..
Agar di hatinya tetap ada kita.
Agar di hatinya dia tahu kita sentiasa ingat dia..


Mak takkan terang2 nyatakan apa yang ada dalam hatinya
biarpun rindu seribu luka..
biarkan hati memendam rasa..
untuk terucap tak semudah bicara..


Selagi dia masih ada..
juga mengharap kasihmu..
janganlah hampakan dia..
janganlah seksa jiwanya..


Ingatan buatku juga buat kalian
Kasih ibu sentiasa menyala..
Kasih ibu juga membawa kita ke syurga..

27 January 2011

Suara calon suami mithali

Bingit telinga mendengar sora spesis adam ni dok tarbiah kaum hawa kat depan meja aku ni..Kuat betul.. mengganggu fokus aku kat kerja ja..

Nak tahu tak soal apa?
Isteri kena tau masak, kemas, buat itu, buat ini bla bla.. kalau tak tunggu apa cari lain la.
Isteri jangan asyik nak Saman Dalam Kamar ja.. apa susah kalau tak tunggu apa cari lain la.

Amboi3 senangnya kau bercakap..
Amboi3 celuparnya mulut kau..
Bukan aku terasa sebab apa yang dia cakap tu kena atas batang hidung aku tapi yang bengkek sangat tu sebelum cakap tu tapis2 la sama jangan ikut sedap mulut ja.. kau tu bagus sangat ka? Dah cukup bagus nak jadi calon suami mithali ka nak tarbiah orang.. Sebelum kata nasihat orang baik la cermin dulu diri kita tu..

Menyampah sebab kat opis org tu pandai cakap ja tapi kerja habuk pun takdak.. Leh jadi calon suami mithali ka camtu...? Layak ker?!

Jom layan video klip devotees berjudul kekasih lagi best..
Menambah rasa cinta pada pasangan..
Ku ingin hidup bahagia bersamamu...

24 January 2011

Mencari2 sesuatu yang tak pasti realitinya
Terintai2 sesuatu yang bakal menjadi titik sejarah buat aku, buat kamu, buat kita..
Mengharap langkah terus mara menuju sebuah pengharapan
Aku di sini perlu kamu, penguat semangatku
Bersama kita seiringan menggapai Hari Bahagia..
Moga bahtera kita direstui Illahi.
Amin.

23 January 2011

Bosannya..

Entah kenapa..
ku rasa hari ini penuh dengan kebosanan..
Bila rasa bosan..rasa letih
Bila rasa bosan.. lambatnya detik berlalu
Kenapa rasa bosan terlampau ni..
Errrggghhhh

01 December 2010

... :-(


Entah kenapa aku perlu sakit hati denganmu..
Entah mengapa aku tak ingin dekat denganmu..

18 November 2010

bicara kata menguris kalbu

Berderai jua airmata ini.. Kerana kata2 mu menghiris.. bagaikan pelati tajam.. tertusuk di kalbu ku.. ku kembali tersedar rupanya aku bukannya siapa2 dihatimu.. bila kering airmata ini, kan kucuba ukir kembali senyum di bibir buatmu.. biarlah tuhan saja yang tahu.. secebis pun tak ingin kau tahu.. yang kau terguris hati ku.

16 November 2010

Korban

Esok kita semua nak raya lagi..
Raya Korban plak kali ni..
Ada juga orang kata Raya Haji untuk Pak Aji Mak Aji..
Jadi ramai la yang sambut Raya Korban..
Kebanyakannya mampu buat korban..
Ada yang ber'ada' tu leh la wat korban lembu setompok dua tompok ker sekor ker..
Yang tak mampu nii.. leh gak wat korban..
Korban hati dan perasaan, korban tenaga ...

Korban Rasa?!
Rasanya itu yang perlu aku laksanakan..
Itu yang perlu aku belajar tunaikan..
Kadangkala aku rasa sakit sangat hati nii
Mananya tidak kalau diri diibaratkan sebiji bola..
Sepak ke sana disepak ke mari..
Bila nak guna... manisnya bicara..
Bila tak perlu.. sapa nak ngaku..
Semua benda aku tak buat katanya..
Semua benda rasa cam tak leh diharap..
Tapi yang dok buat tu sapa?
Dari dulu sampai saat nii...sapa?

Korban Rasa?!
Camna aku nak cuba..
Tak ingin ku luahkan dengan butir bicara
Kerana aku tak ingin ada yang disakiti..
Kerana mulut juga mungkin diri kan binasa..
Nak memendam  rasa? Benar2 menyakitkan jiwa..
Hati ini memang telah kau sakiti..
Hanya pada blog ku curah rasa hati..
Walaupun kau diam  seribu bahasa
Sekurang2nya ada reda di jiwa.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha..
Semoga kita terus belajar dari setiap kesilapan..

02 November 2010

Seribu Kerisauan


Tak tahu apa nak cakap...
Tapi risau yang teramat sangat..
Kawan2 ku, mangsa banjir..
Camna keadaan korang..
Ya Allah.. Kau selamatkanlah mereka..
Kembalikan keadaan seperti sediakala..
Amin.

26 October 2010

Pedih menikam di hatiku


Lumrah hidup insan di dunia ini..
Di lahir dan ditempatkan di dunia fana ini..
Tidak sunyi dengan dugaan
Tidak berseri tanpa ujian

Walau setitis ujian
Walau secebis dugaan
Yakinkah kita untuk mengatasinya
Kuatkan kita untuk menepisnya

Kadang kala terasa mampu ku tempuhi
Kadang pula terasa lemah sungguh diri ini
Bagaimana mahu ku himpun kekuatan untuk menangkis semua ini
Di manakah permulaan sebuah keyakinan

Ya Allah..
Hanya padaMu ku mohon sebuah kekuatan hati
Hanya padaMu ku mohon ketenangan hati
Hanya padaMu penyejuk hatiku
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...