Hidup ini sudah ditentukan oleh Tuhan yang Esa
Manusia yang dilantik sebagai khalifah di dunia fana ini tak lekang dari melakukan kesilapan
Dugaan tu tak sangka2 akan tiba jua
Waktu kita beringat, tak pula terjadi
Waktu kita terlelap, masa tu la ujian tu datang..
Aku akur..
Aku bukanlah insan yang sempurna
Dan tiada siapa yang sempurna di dalam dunia ini
Kesilapan itu atas sebab kelalaian aku sendiri
Aku dihimpit rasa bersalah
Tak sepatutnya ini terjadi
Salah aku kerana cuai!
Aku mengaku aku yang silap dalam tugas yang menjadi amanah ku
Terfikir bagaimana dapat ku tebus khilafku
Aku gembira bila diberi peluang untukku perbetulkan kesilapan
Aku tekad untuk lebih berhati2 dalam tugas ku
Namun begitu...
Tiba2 aku kecewa sebab dia
Dia yang buat aku rasa nak menangis
Dia yang menarik peluang keinsafanku
Kenapa?!
Kesilapan ku lakukan biarlah aku yang perbetulkan
Kenapa?!
Aku tak boleh silap kah?
Aku juga manusia biasa bukan maksum
Kenapa?!
Kesilapan aku ini membuka pekung dia ka?
Aku telah conteng arang ke muka dia?
Kesilapan aku ini tak layak dapat pengampunan kah?
Aku sedih! Hati ini menangis lagi..
Kerana alpha kali ini..
Rasa percaya pada ku ditarik
Tiada lagi harapan untuk ku pikul amanah
Aku sedih! Aku sedih! Aku sedih!
No comments:
Post a Comment