Rasa agak penat tapi rasa bahagia bila dapat luangkan masa bersama keluarga tersayang..
Pagi sabtu 10.07.2010
Bersama Rafiq..
Ada program sekolah kat Kuala Perlis, Program Larian Untaian Kasih
Ada senamrobik, ada lumba larian 4 kategori : Jiran Muda (20-40 tahun), Jiran Tunas(<20 tahun), Jiran Veteren(40 tahun ke atas) dan juga Tadika (Lari bersama ibu atau bapa). Kena la lari2 bersama Rafiq. Papa tak mai sebab ditugaskan jaga pameran.
Sebelum lari, Rafiq bukan main lagi bersemangat. Oleh kerana badan dia yang gempal tu (bukan gemuk tau! Dia cukup marah kalau orang cakap dia gemuk) mama suruh dia jangan pulun sangat takut mama tengok dia sebab terbatuk2 macam nak muntah jer.
Dia memang agak kurang exercise tapi kalu bab makan no.1.. Mama pun kalah.
Jauh gak la trek tu.. sampai half way, Rafiq mula wat hal.. tak larat la.. asyik langgah air mineral jer. Peluh dia?! Hai dah rupa macam mandi dah.. Yang paling aku tak leh lupa.. ada ka tengah2 lari tu ada ka dia kata nak tido.. Rafiq2.. Macam2 la peel..
Mama taknak paksa dia lari. Bukan nak menang. Nak suka2 exercise jer n meramaikan majlis. Mama cukup risau sepanjang larian tu. Mama takut Rafiq pengsan. Kalau pengsan macam mana la mama nak angkat.Hadoii dah tak larat la nak angkat. Anak mama ni dah besar. Tak terangkat nak dukung dah.
Nasib baik la.. walau pun banyak jalan dari lari tapi berjaya gak sampai ke garisan penamat. Nak tau dapat nombor berapa? Tentu la No.1.. No.1 dari belakang. Takpalah boleh cuma len kali, kan? Tapi pastu Rafiq cover balik titisan peluh yang keluar tu dengan sebungkus nasi lauk ayam. Camna nak slim camni...? :) Ada juga cabutan bertuah tapi tak dapat pun.. Takpa tak dapat bukan bermakna kita ni tak bertuah. Kita cuma tiada rezeki untuk itu. Insyaallah, Allah lebih tahu rezeki kita di mana tetapi kita tak boleh duduk dan berserah sahaja.. kena la usaha.
Pagi Ahad 11.07.2010
Papa bawa Rafiq n Syakir teman mama pergi beli sayur n udang n daging untuk makan tengahhari juga barang2 dapur.
Lepas tu kami pergi kat tambak umah. Tok Wan depa la dok suruh p tanam pokok2 nyiur nak tengok tangan sapa yang ringan katanya. Ya ka? Ni la 1st time aku dengar. Adat org perlis kot.. Tapi best gak walaupun kaki kami penuh lumpur sebab tanah lembut sikit semalam hujan.
No comments:
Post a Comment