~> Makan hanya bila terasa lapar
~> Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun
~> Sebelum makan hendaklah membaca 'Bismillah..."
~> Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu. Rasionalnya makan dengan tangan ialah kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan terdapat aliran yang dipanggil 'bio-current' yang apabila tersentuh dengan makanan , ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
~> Tinggalkan kerja-kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu girang dan tenang
~> Seboleh-bolehnya dinding bilik makna hendaklah berwarna merah jambu kerana ini boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan
~> Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
~> Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu
~> Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makanan segar. Suri rumah adalah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
~> Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makannan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
~> Pastikan dapur bersih dari pembiakan kuman dan menutup makanan dari terdedah.
~> Berpegang pada prinsip 'makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan'.
No comments:
Post a Comment