Aku seorang yang sukar bermimpi tika tidur
Entahlah dari kecil lagi aku jarang2 dapat bermimpi
Tapi sejak akhir2 ni aku selalu bermimpi..
Mungkin juga terbawa apa yang kubaca dari buku2 tu
Mungkin juga terbawa apa yang aku lakukan sepanjang waktu sedarku
Mungkin juga ini mainan tidur
Malam tu aku mimpi macam nak jumpa arwah ayah n arwah pakcik
Itulah lelaki yang paling sayangkan aku sebelum suamiku
Tapi tak ada rezeki agaknya
Dalam mimpi tu tak berkesempatan untukku tatap wajah2 yang ku rindu
Al-fathihah buat mereka, moga damai di sana
Mungkin siang tu aku asyik dok baca buku "Mak, Abah Redailah Anakmu"
Ada part yang menyatakan bahawa setelah meninggal ibubapa kita
Bukan bermakna terputus ikatan antara keluarganya, teman2nya
Malah kita perlu mengeratkan silaturrahim antara mereka semua
Semalam aku mimpi lagi
Waktu pejabat, hubby tepon guna tepon baru dia beli
Cakap kejap jer pastu terputus
Bila aku call balik..
Orang len yang angkat..
Suara pompuan lak tu..
Hai mula la hati ku rasa tak sedap..
Aku salah call ka? Bila aku tengok kat Handphone aku..
Betullah aku dail nombor my hubby
Bila aku hello sekali lagi baru aku dengar suaranya
Tergelak2 juga suara tawa pompuan tu
Terus aku letak phone dan menangis
Dan terjaga dari tidur
Tak sanggup rasanya sakitnya hati dengan mimpi ni
Apakah kerana aku baca buku Keranamu Aku Cemburu?
Mimpi tu mainan tidur, kan?
Kadang kerana mimpi kita boleh rasa macam2
Mimpi boleh buat kita ketawa
Mimpi juga boleh buat kita menangis
Kadang mimpi menimbulkan rasa marah membara dijiwa
Mimpi jua memberi peluang kita melepaskan rindu yang terbuku
No comments:
Post a Comment