21 July 2010

Kini Isabella...

Isabella adalah
Kisah cinta dua dunia
Mengapa kita berjumpa
Namun akhirnya terpisah

Siang jadi hilang
Ditelan kegelapan malam
Alam yang terpisah
Melenyapkan sebuah kisah...

Terbayang lambaianmu
Salju terbakar kehangatan
Dunia di penuhi
Warna berseri bunga cinta

Kita yang terlena
Hingga musim berubah
Mentari menyepi
Bernyalalah api cinta

Dia Isabella
Lambang cinta yang lara
Terpisah kerana
Adat yang berbeza

Cinta gugur bersama
Daun-daun kekeringan...
Haluan hidupku
Terpisah dengan Isabella

Tapi aku terpaksa
Demi cintaku Isabella

Moga dibukakan
Pintu hatimu untukku
Akan terbentang jalan
Andainya kau setia
Oh! Isabella....

Dah lama tak bersantai depan Tv, melayan drama di Tv bersama My SoulMate..
Secara kebetulan, malam tadi kerja rumah pun awal2 lagi dah settle n Hubby pun tak ke mana2. Penat main futsal lepas waktu kerja jadi malam dok umah jer la..

Ingat lagi malam ahad baru ni masa balik kampung..
Aku tak dapat nak lelap mata tak tau la kenapa.. On tv kisah Isabella. Dalam hati best ker cerita ni? Tapi layan gak la dah tak leh nak tido. Hero n Heroin best ni.. Tul la kata orang tak kenal maka tak cinta, kan?
Syok la plak kisah ni. Malam tadi, tup2 kat tekan jer remote astro ni ada Drama Isabella. Sukanya...
Lagi best layan kisah ni sama2 ngan buah hati..he3..

Isabella adalah suatu lagi drama terbitan Suhan Movies.
Gandingan lakonan Rosyam Nor & Vanida Imran sebagai hero & heroin
Ditayangkan di Astro Prima setiap selasa jam 9.30 malam mulai 13.07.2010.
Isabella ni hasil arahan Amie Maziah yang menyingkap kisah cinta isabella (vanida Imran) yang mengalami gangguan emosi selepas kehilangan bakal suami dalam satu kemalangan. Di rawat di hospital sakit jiwa dan bertemu dengan Nazman (Rosyam Nor) yang mengalami trauma kerana kematian isteri yang sarat mengandung dalam satu kemalangan jalanraya.

Hubby kata, " Pandailah dok ajak layan cerita ni.. nanti jadi peminat setia la.."
Aku jawap, " Ala takpalah sesekali.. Dah lama kita tak follow drama sama2 kan?"

Waktu dulu masa mula2 kenal ngan hubby..
Kami sama2 minat tengok drama korea "WINTER SONATA"..
Sungguh tak dirancang dan diduga..
Sejak itu hubungan kami semakin rapat

Kini, kalaulah diizinkanNya
Aku ingin berkongsi cerita
Malah menonton bersamanya
Kisah "ISABELLA" ni
Moga ikatan yang sedia terjalin
Bertambah erat dan mesra
Insyaallah.....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...