19 July 2010

Syukur Alhamdulillah....

Alhamdulillah...
Akhirnya hati CikLi cair juga dengan pujuk rayu seorang anak..
Dah lama ku pujuk2 tapi tak makan juga..
Hati ni rasa dah malas nak bersuara..
Yang ku mampu hanya pendamkan rindu ini, kawalkan resah hati ni
Dan berserah sajalah padaNya..

Alhamdulillah...
Suara kecil si anak itu mampu menusuk masuk ke hati seorang bapa
Tiba2 ja balik opis hari jumaat lepas
Terus ajak balik Penang.
Yes! Yes! Sukanya aku n anak2..
Dapat balik kampung, jumpa mak..
Sempat lagi bawa ole2..
Kuih tepung bungkus + lepat + pelam + nyiur jadi buah tangan

Alhamdulillah..
Kesihatan mak stabil..
Darah dah ok.. pi check kat klinik, doktor kata ok
Cuma ada asma sikit jer..

Alhamdulillah..
Balik ni dapat lepas rindu kat mak
Mak pun boleh luahkan yang terbuku di hati tu
Yang selalu dipendam sebab takda orang nak dengar
Takpa aku rela jadi pendengar setia segala rintihanmu, mak..

Syukur..
Mak cakap dah lama nak makan ayam,
Suruh adik beli sampai sudah tak beli2 pun
Menu sabtu ayam masak ros + ikan kembung belah belakang + sayur sawi
Menu ahad tom yam + ayam goreng bwg putih
Lega rasa dapat adakan apa yang mak nak makan

Syukur padaNya..
Terima kasih Ya Allah,
Kerana beri peluang kepada kami
Bagi mengecap nikmat semanis ni..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...