Showing posts with label MamaRafiq. Show all posts
Showing posts with label MamaRafiq. Show all posts

06 December 2010

Very The Busy Woman La Lately..

Wah! Lamanya tak singgah menconteng kat blog ni..
Akhir2 ni rasa macam super woman pun ada.. Jadual padat sangat..
La ni dah masuk disember, bulan pengabis tahun..
Cepatnya.. rasa macam baru ja x-mas hari tu sibuk ngan majlis tunang adik..
Tup2 dah nak x-mas lagi..
Sebab ni la aku sibuk sikit.. 9hb ni trip Penang to JB..
Majlis akad nikah adik 10hb, kenduri sebelah perempuan 11hb..
Semoga semuanya dirahmati Allah..
And one more reason kenapa aku teramatlah busy..
He3 sibuk menyiapkan Istana Kasih....

13 September 2010

Salam AidilFitri Buat Semua


Selamat bersua kembali..
Agak lama ku menyepi sendiri dari blog ini..
Bukan tiada apa yang nak dikongsi..
Cuma aku ingin bercuti seketika untuk berblog di sini..

Salam AidilFitri buat semua..
Semoga berbahagia selalu di samping yang tersayang..
Ramadhan telah melatih kita agar menjadi hamba yang soleh dan solehah
Semoga Syawal ini menyemarakkan keazaman kita untuk menjadi insan yang berguna
Semoga kita teruskan Ikhtiar menjadi penyejuk di mata hati yang tersayang
Juga kita lebih dekat padaNya

Di dalam keriangan dan kecerian kita menyambut AildilFitri ini..
Ada juga yang menitis airmata di pagi raya..
Terkenang yang telah pergi..
Terguris hati kerana kasih sayang kian pudar..
Semoga hati2 itu terus tabah menempuh segala dugaan dariNya..

09 August 2010

Pecah Rekod

Mmuaahhs3 Rindunya kat sayangku " Bila Hati Berbicara". Lama tak dapat nak bersama meluah bicara. Bukan takdak apa yang nak dikongsi bersama tapi... kabel telefon kat kampungku kena curi la.. Ish3 hua3 Sedih la. Hari ni masuk opis, leh la ambik kesempatan skit meluah rasa.

Minggu ni minggu aku tak masak.
Sabtu ada kenduri kat kampung. Mak pesan takyah masak. Apa lagi, kemas2 rumah pastu pagi tu kami 4 beranak pergi makan nasi gulai ayam kat Kuala Sanglang. Petang plak pergi teman cikli main bola kat Stadium Utama Kangar. Balik pada tu terus singgah kedai makan.

Ahad plak, Rafiq ada program sekolah kat Dewan Kolej Matrukulasi, Arau. Sambutan Hari Lahir. Ramainya oang.. Tak sangka kek tu panjangnya 50m dan masuk Malaysian Book of Records.


04 August 2010

Augustus kini tiba..

Cepat sungguh masa berlalu..
Sekarang ni dah masuk bulan Ogos dan tak lama lagi semua umat islam akan menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Semalam bawa Syakir ke Hospital, apalagi appointment ngan Unit Ortopedik la.
Lama betul dok kat situ. Pukul 11 baru panggil nama untuk buat x-ray.
Tapi Alhamdulillah, result x-ray tu menunjukkan ada perkembangan pada tulang Syakir yang crack tu. Tulang tu dah bercantum tapi nampak timbul skit la. Ada pun dah discharge la.
Takpayah wat rawatan susulan lagi..

Syakir sekarang dah banyak akal + aktif tersangat
Kalau nak minum susu mesti nak suruh tambah milo.
Last2 best susu perisa coklat la..
Kalau main ngan abang pasti nak menang.
Macam semalam main lawan2 ala ultraman.
Sekali dia flying kick kena betul2 kat mulut abang dia.
Berdarah2.. cuak gak tengok..
Rupanya 2 batang gigi bawah yang beberapa hari selepas Rafiq bagitau kata macam jongkang-jongkit tu dah nak tercabut.
Aku ambil towel lap, ambik ketul ais tuamkan tapi darah masih banyak..
Last panggil papa dia..
Apa lagi papa dia cabut 2 batang gigi tu.

Rafiq plak ingat dah tercabut 2 batang gigi tu takutlah nak makan..
Ish! Takdalah.. Lagi kuat makan..
Baru ja makan kteow goreng sebungkus tup2 nak rasa kteow sup pastu nak makan nasi plak.
Haish kurus semangat aku tengok dia makan, berselera sungguh.

Satu yang penting dalam RS Family kini sudah bermula..
Tak sabar rasanya nak tunggu saat itu.
<3 <3 <3

02 August 2010

Sakit Kepala plak

Aduh.. Sakit kepala mula menyerang!!
Semalam, k 12 tengah hari baru masak. Tu pun yang simple jer. Telor goreng kicap + ayam masak kunyit jer..

Lepas bagi anak2 makan, sambung letak kepala kejap. Si adik pun tertidur kat tepi. Si abang ajak teman main games kat pc. Sori la mama teman ja, mama sakit kepala..
Mujurlah papa balik, dia la yang tolong tengok anak2 pastu. Mama yang dah mabuk ubat ni tidur la tapi kepala ni ngap2 macam ada benda dok gigit ja dalam kepala ni..

Bila kepala sakit, badan pun rasa lemah jer..
Malas nak wat kerja tapi kena wat gak..
Kalau tak buat sapa nak tolong..
Kena gagahkan diri gak wat pelan2.
Akhirnya siap jua walaupun macam siput ja..

Lemas la ngat sakit kepala ni...?
Camna nak hilangkan, yer?

12 July 2010

Hujung minggu bersama family

Rasa agak penat tapi rasa bahagia bila dapat luangkan masa bersama keluarga tersayang..

Pagi sabtu 10.07.2010
Bersama Rafiq..
Ada program sekolah kat Kuala Perlis, Program Larian Untaian Kasih
Ada senamrobik, ada lumba larian 4 kategori : Jiran Muda (20-40 tahun), Jiran Tunas(<20 tahun), Jiran Veteren(40 tahun ke atas) dan juga Tadika (Lari bersama ibu atau bapa). Kena la lari2 bersama Rafiq. Papa tak mai sebab ditugaskan jaga pameran.
Sebelum lari, Rafiq bukan main lagi bersemangat. Oleh kerana badan dia yang gempal tu (bukan gemuk tau! Dia cukup marah kalau orang cakap dia gemuk) mama suruh dia jangan pulun sangat takut mama tengok dia sebab terbatuk2 macam nak muntah jer.
Dia memang agak kurang exercise tapi kalu bab makan no.1.. Mama pun kalah.
Jauh gak la trek tu.. sampai half way, Rafiq mula wat hal.. tak larat la.. asyik langgah air mineral jer. Peluh dia?! Hai dah rupa macam mandi dah.. Yang paling aku tak leh lupa.. ada ka tengah2 lari tu ada ka dia kata nak tido.. Rafiq2.. Macam2 la peel..
Mama taknak paksa dia lari. Bukan nak menang. Nak suka2 exercise jer n meramaikan majlis. Mama cukup risau sepanjang larian tu. Mama takut Rafiq pengsan. Kalau pengsan macam mana la mama nak angkat.Hadoii dah tak larat la nak angkat. Anak mama ni dah besar. Tak terangkat nak dukung dah.
Nasib baik la.. walau pun banyak jalan dari lari tapi berjaya gak sampai ke garisan penamat. Nak tau dapat nombor berapa? Tentu la No.1.. No.1 dari belakang. Takpalah boleh cuma len kali, kan? Tapi pastu Rafiq cover balik titisan peluh yang keluar tu dengan  sebungkus nasi lauk ayam. Camna nak slim camni...? :) Ada juga cabutan bertuah tapi tak dapat pun.. Takpa tak dapat bukan bermakna kita ni tak bertuah. Kita cuma tiada rezeki untuk itu. Insyaallah, Allah lebih tahu rezeki kita di mana tetapi kita tak boleh duduk dan berserah sahaja.. kena la usaha.



Pagi Ahad 11.07.2010
Papa bawa Rafiq n Syakir teman mama pergi beli sayur n udang n daging untuk makan tengahhari juga barang2 dapur.
Lepas tu kami pergi kat tambak umah. Tok Wan depa la dok suruh p tanam pokok2 nyiur nak tengok tangan sapa yang ringan katanya. Ya ka? Ni la 1st time aku dengar. Adat org perlis kot.. Tapi best gak walaupun kaki kami penuh lumpur sebab tanah lembut sikit semalam hujan.


28 June 2010

Kembali Bertaut Kasih


Alhamdulillah..
Mama ngan Papa dah balik, sayang..
Rindunya kami kat kamu berdua

Sepanjang terpisah
Mama & Papa rindu sangat kat Abang & Adik

Alhamdulillah..
Segalanya telah selesai
Kini kita kembali bersama

Insyaallah..
Inilah kebahagiaan setelah perpisahan.
Semoga ianya mekar di sinar suria

25 June 2010

Jangan Nakal2...

Please x3
Kamu jangan nakal
Ku pergi sebentar sebab ada kerja,
 Wo…oo please x3
Kamu jangan nakal
Nanti aku datang bawa yang kau pesan
Diriku untukmu…

Malam ni mama nak bertolak ke Putrajaya
atas urusan kerja
lepas habis kerja mama balik la
harap2 adik ngan abang
jangan nakal tau
dengar cakap tok
harap semuanya berjalan lancar

21 January 2010

Psikologi Vs Kekerasan

Syukran Ya Allah..
kerana Kau permudahkan jalanku.

Setelah tiga hari, anak sulungku, Rafiq demam malam dan sakit kepala. Tiga hari jugalah dia tak pergi ke sekolah. Aku n suami risau sangat..tapi Alhamdulillah, semalam lepas ja bagi ubat n antibiotik, Rafiq nampak cergas. Tapi bila tanya samada dah ok ka? kalau ok leh la p sekolah esok. Jawapnya " Nanti sakit lagi kepala ni macam mana nak p sekolah.." Tapi dia minta belikan pistol mainan. Aku cakap, "Orang tak sihat, kalu beli mainan pun tak leh nak main lainlah kalau dah sihat. Kalau sihat nanti mama belikan."

Pagi tadi, aku malaslah nak paksa dia pergi sekolah. Kesian la plak.. tapi dalam hati aku taknak pulak dia jadi kaki ponteng sekolah atau sakit sikit tapi buat alasan jer taknak pi sekolah. Walau camna pun sebelum aku keluar pergi kerja.. aku suapkan ubat. Biar cepat sihat.

Masa tengah bersiap Rafiq minta belikan mainan tu. Aku kata " Minta maaf, mama akan beli kat Rafiq tapi bila dah betul-betul sihat dan boleh pergi sekolah macam biasa. sayanglah.. kawan-kawan lain semua dah pandai.. kalau lama sangat tak sekolah nanti macam mana nak pandai, kata nak jadi polis." aku sambung lagi " Hari takpa lah.. kan kata tak sihat, dah tak boleh pi sekolah lagi..rehat ja kat umah tapi ingat jangan keluar main kat luar.. jangan keluar rumah pun.. dok rehat jer kat dalam rumah, k." Emm tengok dia tak cakap apa-apa tapi macam dulu fikirkan sesuatu. Aku tak layan pun sebab dah nak keluar pergi kerja.

Sampai ja depan opis, baru jer park motor, tepon pun bunyi. Adik tepon bagitau Rafiq dah mandi dia cakap nak pergi sekolah. Dia takut nak hantar pergi sekolah takut Rafiq sakit kepala pulak. Aku kata takpa dah Rafiq nak pergi sekolah biarlah tapi minta tolong hantarkanlah.

Alhamdulillah, tengah hari tadi aku tepon tanya keadaan Rafiq. Dah ok. Sihat dah. Syukur padaMu, Ya Allah kerana kau telah sembuhnya. Tapi nampaknya nak kena pergi cari pistol mainan la..dah janji kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...