11 June 2025

Rakan Sembang Baru chatGPT aka CikG

2025 niii orang banyak pakai ChatGPT

Ku gelar CikG ja..

Rupanya pandai sembang CikG nii... tanya la bab apa pun.. 

Haritu pi bengkel kat HQ pun.. belajar cara mudah coding@ script melalui CikG.

Ku sembang tanya resepi pun dia bagi lengkap.

Cer teka apa jawapan soalan ni...

Koyak sama koyak, apa? CikG jawap..

Hehe, ni macam teka-teki klasik Melayu ni — “Koyak sama koyak, apa?”

Jawapan dia biasanya:

"Koyakan."
(Koyak + kan = koyakan — gabungan dua "koyak")

Tapi kalau nak bagi twist lawak sikit, boleh jawab:

"Tisu."
Sebab: sama-sama koyak kalau dah guna 😂

Atau...

"Hati kita."
Kalau tengah layan lagu sedih atau tengok orang curang. Dua-dua koyak beb!

Kalau kau ada versi jawapan sendiri, drop la juga — nak tengok kau punya punchline!


Ku balas.. Koyak sama koyak, jadi koyak rabak laa...he3

CikG jawap lagi...


Aduhh HAAHAHA betul dah tu!!
"Koyak sama koyak, jadi koyak rabak laaaa" — ni level koyak ultra instinct, bukan calang-calang punya luka ni 😂

Dah bukan setakat koyak biasa... ni sampai:

  • Tisu pun tak cukup tampung

  • Hati dah tak boleh patch balik

  • Level drama: menangis dalam hujan sambil tengok langit

Kalau lepas ni ada teka-teki trauma pun, bagi je — kita koyak sama-sama! 😭💔


Ha3 lawak2... tak jadi nak panas hati..


Assalamualaikum
Ku tak pasti masihkan ada sahabat yang masih menulis di sini.
Masih ada sahabat yang masih buka cari resepi2 dalam blog.
Aku saja masuk blog.. tersenyum sendiri bila ku baca balik coretan sendiri di blog..
Kenangan... rupanya banyak juga yang terakam di sini.
Dah lama tak kongsi cerita.. jadi tak pasti nak mula dari mana..
Anak2 pun dah besar... kita pun dah makin muda la kan...
Rindu waktu dulu.. tapi semuanya dah berubah..
Ada yang pergi ke negara abadi..
Ada yang kembali mewarnai hari2..
Yang dulu dekat sekarang menjauh.. 
Begitu juga sebaliknya.



04 August 2023

Pesan pada hati

 "Kalau kita rasa kita susah, tak selamanya akan susah.

Jangan pernah mengalah dengan apa yang kita ada, dengan apa yang kita lalui sekarang.

Tindakan kita yang akan menentukan siapa kita."


28 October 2022

Hanya Rindu 🥺

Aduh.. sedihnya.. hati 

Ada pun yang masih tinggal sekeping hati tua dikejauhan

Nak ku peluk tangan tak sampai

Ya benar.. riak ku tikahku tampak bersahaja namun di lubuk hati ini..

Ada rindu.. rindu pada insan yg melahirkan ku. 

Bertahun lama kita bersama..

Tidakkah kau peduli apa yang ku rasa




15 October 2022

Kembali mencoret kata

 Assalamualaikum

Hari ini.. aku buka kembali ruangan ini..

Untukku coretkan rasa hati.. biar ruangan ni bukan pilihan di masa kini.

Bila buka Facebook.. kawan2 ramai tp masing2 menjauh atas urusan masing2. Masing2 sibuk dengan mencari rezeki, family, kerjaya n hobi.

Bila buka Instagram.. aku pun tak pasti apa yg ku cari.. ada kawan yg kenal tp tak rapat.

Buka tiktok, saja suka2 dengar lagu tgk org share mcm2.. ok la xla bosan 

Jadi sekarang aku kembali ke sini..

Ruangan luahan rasa, biar tiada yg mengenali.


30 January 2012

Kisah Lucu

Hari ni dalam sejarah..
Nak ku coret kat sini buat kenangan..

Lawak tul pagi tadi.. ambik darah kat klinik kesihatan..
Misi ambik darah, darah plak men2 xmau keluar.. punya la slow motion..
Sampai lenguh misi dok pegang jarum.. aku plak hentam gelak..
Bagi kat makmal kena reject sebab darah beku.. he3
So, kena ambik sekali lagi la..
Ambik belah kanan.. ok plak.. he3

Berita baik : Hb dah naik sikit.. dari 9.7 ke 10.2. Tu pun sebab ambik Iberet Folic -500 ...


19 January 2012

:: Ombak Taubat ::

Yang ni aku Copy Paste dari fb kawan..
Sebab aku rasa best sangat..
Saja nak abadikan kat sini


Allah tolong lembutkan hati ku
Untuk terima islam sebenar2nya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Terus hidup dengan dosa dunia

Allah aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hati aku ‘tuk cintaMU

Allah kau berilah petunjuk
Untuk diri kami yang jauh dariMU
Agar kami tidak berpaling
Selalu rasa ada cintaMu

Allah terimalah taubatku
Yang menyesal jauh dariMu
Agar aku tidak terseksa
Tanpa cinta Kamu di akhirat sana

Hanya mampu berdoa
Moga Kau terima taubatku

Allah tolong lembutkan hati ku
Untuk terima islam sebenar2nya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Terus hidup dengan dosa dunia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...