Sudahkah anda bersedia untuk menempuhi hidup baru?
Pastikah anda dengan keputusan untuk melangkah ke alam rumahtangga?
Kahwin! Bukanlah satu perkara yang mudah.
Bukan juga untuk sehari dua.
Sebelum melangkah ke alam perkahwinan,
Apakah niat di lubuk hati tentang perkahwinan ini?
Apakah gambaran2 atau impian2 yang ingin dicapai dalam alam perkahwinan ini?
Terlalu banyak sebab kalau dapat kita kumpulkan.
Yang baik niatnya malah ada juga disebaliknya.
Perkahwinan adalah perkara mulia yang dituntut agama.
Rasulullah s.a.w. sendiri menggariskan empat perkara
untuk dijadikan panduan kepada umatnya dalam hal memilih pasangan,
iaitu kecantikan, kekayaan, keturunan mulia dan pegangan agama.
Bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. menasihati umatnya
agar berkahwin dengan pasangan
yang mempunyai latar belakang didikan agama
yang teguh berbanding tiga perkara tersebut.
Ini bagi mengelakkan pelbagai masalah timbul
dalam kehidupan alam yang sentiasa bergolak.
Wallahu a'lam..
2 comments:
Bukan mudah utk melangkah ke alam perkahwinan, kena b'sedia dr sglanya...sifat sabar perlu dipupuk spy rumahtangga yg dibina akan kekal selamanya...pilih yg b'agama hidup pasti akn bahgia..InsyaAllah...
Nak Kawin,
Semoga pilihanmu adalah pilihan yang terbaik buatmu.
Post a Comment