Pernah dengar ayat ni.. “No women, No cry”. Tentu pernah, kan? Perempuan ni dah sinonim ngan air mata. Betulkah air mata tu senjata bagi wanita. Rasanya zaman sekarang ni, kena tengok gak lah sasaran, Ada tu yang disasar tersasar balik.. Air mata kadang tak mampu menjadi senjata untuk membela atau mempertahankan diri. Menangis itu baik sebenarnya, ia mampu menenangkan perasaan kita di ketika itu.
Menurut sebuah kajian terhadap lebih dari 300 orang dewasa, dalam purata, lelaki menangis sekali setiap bulan, dan wanita menangis sekurang-kurangnya lima kali per bulan. Dari itu, bolehkah kita anggap air mata lelaki tu mahal? Dan air mata perempuan itu murah? Sebenarnya ada banyak sebab kenapa termengalir air mata kita.. ala nangis la tu.. Antaranya :-
1- Kupas bawang
Setiap kali masuk dapur kupas bawang.. Air mata ni pasti mengalir.. Ni boleh dikategorikan nangis ker.. Ala n mesti jarang2 masuk dapur kupas bawang ni.. selalunya masuk dapur makan jer.. ye ker? tapi kupas bawang banyak2 cam nak kenduri tu apa cerita plak yerk?
2- Sakit
Ini mengikut ketahanan mental dan fizikal la.. Tiap2 tak sama. Kerana tak tahan sakit sangat sebab tu kita nangis. Tapi ada gak yang manja terlebih.. sakit sikit jer tapi dah nangis. Mungkin juga mengharap simpati dari seseorang disayangi.
3- Takut
Ada banyak perkara yang menyebabkan kita berasa takut. Takut pada binatang. Takutkan makhluk halus. Perasaan yang teramat takut menyebabkan seseorang itu menangis. Takut juga boleh meninggalkan fobia dan trauma dalam di diri. Tapi yang paling perlu di takut ialah Tuhan.
4- Terlalu gembira
Bila mendengar khabar baik yang menggembirakan, tanpa disedari air mata ini mengalir jua membasahi pipi. Best,kan?
5- Terharu.
Selalunya terjadi bila kata2 yang dilafazkan atau gerak laku yang tidak disangka2 mampu membuatkan hati tersentuh dan terharu.
6- Pura-pura @ berlakon
Kalau namanya pelakon memang la real nangis sebab menjiwai watak lakonan. Tapi dalam dunia realiti ni ada juga yang pandai berlakon konon2 simpati, sedih padahal pura2 jerk..
7- Masalah mental
Hah! Ni kalau dah sepanjang masa menangis or takda pasal tiba2 nangis.. emm nampaknya orang nii dah ada sijil or layak dah sijil mental. Kena checklah yerk..
"..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43).
Allah yang menciptakan ketawa dan tangis, serta menciptakan sebab tercetusnya. Banyak air mata telah mengalir di dunia ini. Sumbernya dari mata mengalir ke pipi terus jatuh ke bumi. Mata itu kecil namun ia tidak pernah kering ia berlaku setiap hari tanpa putus-putus. Sepertilah sungai yang mengalir ke laut tidak pernah berhenti? Kalaulah air mata itu di takung banjirlah dunia ini.
Rs : Sayang.. hari ini air mataku menitis.. bukan kerana kau sakiti hatiku tapi kata2 membuatkan hatiku tersentuh.. sungguh ku terharu..
No comments:
Post a Comment