Dah dua tiga hari aku berehat dari menatap pc. Sebenarnya aku balik Penang hujung minggu lalu. Saja2 balik, buat sedikit kenduri kesyukuran sempena hari lahir adik bongsu (8/4), mak (13/4) dan adik perempuan (17/4) dan tahlil untuk arwah ayah. Alhamdulillah segala yang dirancang akhirnya terlaksana juga walaupun tak 100%.
Malam tadi baru jer sampai. Orang semua dah tido.. Pagi tadi tengah iron baju nak pergi kerja adik ipar cakap dia ada test JPJ hari ini. Alamak! Mak ngan ayah mertua takda. Diorang pegi KL jenguk cucu kesayangan.. melepas rindu. Aku baru ja ambik cuti bulan ni..takkan nak ambik lagi. Cuti pun tinggal tak banyak dah. nanti kalau ada emergancy kes nak cuti payah lah plak kalau cuti dah takda. Aku minta tolong husband ambik cuti jaga anak2. Sebab cuti dia banyak lagi. Cuti tahun lepas pun banyak lagi. Dia kata ok.. Selamat ada hubby baik gini..
Tapi bila sampai opis, aku terfikir plak "sepatutnya aku yang dok umah jaga anak2, suami keluar cari rezeki, ni terbaliklah plak." Memang tak best pun hati ni masa dok kat opis tapi aku still control emo aku. Kesian kat hubby.. nasiblah dapat wife camni..
Habis kerja aku terus balik umah.. rasa dah tak sabar2 nak jumpa diorang. Orang2 kesayanganku. Sampai kat umah, aik! sunyi sepi.. ala mana pi semua orang nii.. sunyi rasa tanpa 3 hero ku.. rasa lengang ja walaupun tengah hingar bingar kat depan umah sebab orang tengah repair traktor.. Sunyi + resah + gelisah + tercari2.. tak senang duduk tak senang berdiri, tak senang hati dibuatnya..
Rupa2nya hubby pergi men bola kat kangar.. Si abang ikut sekali.. adik plak tengah tido kat dalam bilik adik ipar.. Fuhhhh! Lega rasanya.. sekarang barulah boleh waktu kerja ngan hati senang.. ;>
" Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.. Ku panjatkan syukur padamu di atas nikmat ini. Ku mohon padamu, kau peliharalah kebahagian dan kesejahteraan keluargaku ini agar ianya kekal buat selamanya."
Rs : Terima kasih atas segalanya...
No comments:
Post a Comment