22 April 2010

Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ)

Dari petikan artikel di Saifulislam.Com :

Perkahwinan jarak jauh (PJJ) adalah lumrah pasangan yang baru berkahwin. Tetapi hendaklah ada tempoh masa diikuti usaha untuk hidup bersama. Selepas rindu berjaya diatasi, ‘keselesaan’ saling berjauhan mula menjadi racun yang membinasakan!

Perkahwinan jarak jauh jarang berlaku atas kehendak pasangan yang berumahtangga. Lazimnya ia berpunca daripada komitmen kepada kerja seperti doktor, jurutera carigali, guru malah mungkin tidak keterlaluan jika dikatakan, ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Kita perlu ingat, manusia dikurniakan oleh Allah kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran hatta dalam situasi yang paling sukar. Justeru, kemampuan seorang suami dan isteri menyesuaikan diri dengan jarak yang memisahkan mereka, tidak harus menjadi satu-satunya penentu kepada baik atau tidaknya PJJ itu.

Oleh itu, Saidina Umar al-Khattab radhiyallahu ‘anhu telah menetapkan polisi agar tenteranya tidak pergi menyertai misi ketenteraan lebih daripada empat bulan.

Seorang suami yang meninggalkan isteri kerana kekangan kerja, harus untuk meninggalkannya lebih daripada tempoh itu jika isteri memberi restu. Hak yang terbabit adalah hak isteri untuk digauli oleh suaminya. Namun apakah kita secara mudah mengambil pilihan yang paling berisiko itu? Apakah harga yang mampu dibayar atas kehilangan masa-masa yang berharga, tambahan pula jika anak-anak turut terbabit sama.

Isteri mempunyai hak ke atas suami.

Suami mempunyai hak ke atas isteri.

Anak-anak, mudah-mudahan dikurniakan rezeki beroleh anak, juga ada hak ke atas ibu dan bapa.

Kesempurnaan fizikal, mental, emosional, spiritual, memerlukan didikan dengan kombinasi ayah dan ibu. Andai berpisah nyawa, atau talaq sudah membataskannya, tiadalah banyak yang boleh dikata. Namun dengan sengaja membiarkan jarak memisahkan suami dan isteri ketika pilihan yang lebih baik itu ada, janganlah disalahkan sesiapa kecuali dirinya sendiri!

Berusahalah untuk segera kembali bersama.

Seorang isteri mesti berbincang dengan baik bersama suami. Tempoh kerja mestilah mematuhi perjanjian yang disepakati. Jangan sewenang-wenangnya membiarkan suami keseorangan dan kesunyian. Jangan biarkan dirimu selesa dengan perpisahan itu.

Antara keelokan Islam, ia bukan sahaja memuliakan pernikahan, malah tegas menutup pintu-pintu fitnah dan kemusnahan.


Apa Kata Sofya :

Perkahwinan jarak jauh ini banyak buruk dari baiknya. Saya menulis adalah berdasarkan pengalaman diri, sahabat juga keadaan sekeliling kita pada hari ini. Maaflah andai saya menguris perasaan kalian. 

Pertama, cuba tanya pada diri, "Untuk apakah kita berkahwin?" Bukankah perkahwinan itu bertujuan untuk menyatukan 2 jiwa yang berkasih sayang?

Kedua, "Mampukah sepasang suami isteri hidup tanpa saling memerlukan?" Bukankah perkahwinan juga bermakna perkongsian hidup? Berkongsi segala rasa, susah senang, pahit manis kehidupan..

Ketiga, "Di manakah letaknya tanggungjawab?" Jika kamu seorang suami, tegakah membiarkan isteri kamu memikul beban hidup seorang diri? Walaupun dia telah biasa dengan hidupnya yang sebegitu, tidakkah terlintas untuk meringankan bebannya? Jika kamu seorang isteri, tegakah kamu membiarkan suamimu mengurus makan pakainya, sakit demannya sendiri? Walaupun dia pernah lalui semua itu seorang sebelum ini, bukankah itu tanggungjawabmu sebagai isteri?

Keempat, "Tidakkah ia membuka pintu fitnah dan kemusnahan?" Sepasang suami isteri yang berjauhan memerlukan kekuatan jasmani dan rohani. Terlalu banyak dugaan iblis syaitan yang datang menggoda yang kadangkala kita sendiri tidak meyedarinya. Cemburu juga merupakan sejenis jarum syaitan yang sangat tajam dan mampu menghancurkan rasa percaya pada pasangan.

Kelima, "Inikah trend terkini yang harus dibangga2kan?" Janganlah sampai terikut2 budaya barat. Janganlah jadikan ia satu trend, suatu kebiasaan. Bagaimana pula nak didik generasi akan datang tentang pentingnya sebuah keluarga? Andai ia sudah menjadi trend terkini, tanya hati, tanya iman, perlukah jadi ikutan? Berbaloikah?

Tepuk dada tanya iman. Sesungguhnya tempat isteri itu adalah di sisi suaminya dan kebahagian rumahtangga itu aroma syurga. Wallahualam..


Rs: Setiaku di sampingmu. Bersamalah kita mengharumkan aroma syurga cinta kita.

6 comments:

CITY® said...

salam,

semoga kamu bahagia selalu..


tq singgah n komen
hehehe

Sofya said...

Terima kasih blueCITY..

olizvee said...

..kkdg bila berjauhan 2..br kita sdr betapa dlmnya cinta@syg kita pd dia...lumrah alam...kalau dpn mata...kita mudah lupa akn kewujudannya...jarak xdpt mengukur keikhlasan@kejujuran kita...tp..masa boleh merungkai segalanya...

Anonymous said...

Olizvee,

Betul tu tapi kalau weekend husband n wife ni lebih banyak dugaan untuk mengembangkan institusi keluarga semuanya terpulang pada hati yang setia juga iman di dada..

Sofya said...

Yang jauh di dekat2 kan..
Yang dekat di mesra2kan..
*v*

mahu bahagia.. said...

setiap situasi tu ada pro dan kontranya.kadang kala ia menuntut pengorbanan.terpulang kepada setiap pasangan untuk melaluinya macam mana..kalau kita syg pasangan,buatlah yg habis terbaik untuknya.tepuk dada tanya lah hati..tp,yg sebaik2 nya biarlah suami atau isteri sentiasa disisi..ceria bahagia..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...