25 March 2010

Dua Tahun Sudah...

Kini genaplah 2 tahun aku ditempatkan di jabatan ni sebagai pembantu tadbir. Pejam celik masa berlalu tanpa menunggu. Aku masih lagi di sini.

1st time aku melangkah masuk opis ni.
Aku rasa pelik... opis ker ni? Lengang jer.. Maklumlah opis lama dulu sibuk, ramai staff, ramai orang.. sampai kekadang tu xmenang tangan nak handle kja.. Kadang tepon bunyi pun, siap pesan kat member kata takda kat tempat sebab xlarat nak melayan karenah pegawai2 yang tepon bertanya pelbagai persoalan.. kadang2 tu benda kecil jer tapi diorang tu tak tau nak solve sendiri walau berkali2 ajar dah.. But dalam busy tu aku enjoy kerja kat sana. Kawan2 pun best gak. Tapi terpaksa pindah ikut suami ke Perlis ni.. Kata orang tak elok suami isteri dok asing2. Lagipun, bukankah tempat isteri tu di sisi suaminya.

1st time masuk opis ni..
ada orang bagitau jangan risau kat sini xbanyak kerja.. siap bleh main game lagi tapi rupanya baru ku tahu banyak kerja yang kena buat termasuk kerja2 yang kebelakang. tu lah kerja yang aku paling malas nak buat tapi nak buat camna? Dah tanggungjawab kita xleh nak ikut orang.. kita kena jadi diri kita sendiri..

1st time masuk sini..
Awal2 dah kena warning.. beware dengan this minah.. tapi bagi aku, tak salah berkawan.. tak boleh menilai atau menghukum seseorang tu hanya dengan kata2. Telinga yang mendengar tapi mata belum terlihat dan hati juga belum terluka.. jadi mengapa mahu di anggap lawan?! Fikir2lah yerk..

1st time aku masuk sini..
Aku respect pada pegawai. Aku anggap mereka tempat aku menimba ilmu dan beri tunjuk ajar. Sedangkan hari ini rasa hormat tu entah ke mana2.. masih ada tapi mungkin tinggal secubit jer..

Dalam tempoh 2 tahun ni..
Ada kata2 yang tak dapat aku kulupakan, antaranya "Hang sapa? Pegawai pun tak berani tegur aku!" Niat ikhlas aku disalah ertikan. Niat tegur sebagai kawan.. minta maaflah.. dan aku dah tekad takkan tegur dia lagi sesejak hari itu.

Hatiku aku pernah sakit.. sakit sangat.. Apa taknya.. kita yang berusaha perah otak, tiba2 orang yang boh nama.. orang lain yang dapat nama.. kita ni umpama tak buat apa2. Bengang rasa!

Apapun banyak yang aku belajar dalam 2 tahun ni..
Andai ada rezeki lebih diberikan Tuhan, jika aku menjadi seorang pegawai suatu hari nanti..aku ingin jadi ketua yang berintegriti..yang adil, perihatin pada staff bawah, bertanggunjawab pada tugas dan peka pada keadaan sekeliling. InsyaAllah..




5 comments:

insan hina???? said...

dikau mengingatkan daku betapa...hancurnya hati TUHAN saja yang tahu....di saat2 insan yang diharapkan, yg dipercayai mengiakan segalanya...apakah tidak ada kebaikankah yang aku lakukan..apakah aku hanya membawa keburukkan...betapa pedih, peritnya menerima "kata2 hikmah" dari insan2 yang diharapkan...hina sgtkah insan ini...keji sgtkah insan ini...YA ALLAH...tabahkanlah hatiku.....

olizvee said...

lumrah alam.mana-mana pun akan jumpa perkara yang sama.yang penting, hati kita, pendirian kita, prinsip kita.tak salah mendengar tapi usah di butakan hati dengan membiarkan diri dikuasai oleh "pemberitahuan/penerangan" itu.Tak ada salahnya buka sikit hati dan minda, melihat apa yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Inilah dinamakan politik tempat keja.

Sofya said...

insan hina?? ish tak baik anggap diri tu hina.. tahukah awak bahawa insan itu adalah sebaik2 manusia.. biarlah org menganggap apa sj yg mereka suka yg penting kita tahu dan Tuhan lebih aku apa yg kita lakukan.. sabarlah.. tabahkanlah hati.. Tuhan tetap sayangkan kita.

Sofya said...

Olizvee..
politik dm kja kdg mengganggu minda kita, mengusik hati kita.. sabar jer lah..

Anonymous said...

biasa la....kalu dah slh mmg payah nak terima kalu org tegur....pgwai yang ada nak tgr mcman kalu dah nek menyampah....xpun ada pgwau yang perangai pun mcm tu jgk tu yg xmau tgr tu....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...