Sesuatu kejayaan itu memerlukan sebuah pengorbanan. Untuk mencapai kejayaan, umpama kita sedang meniti jambatan gantung untuk ke seberang. Mungkin jua ibarat menaiki rakit buatan sendiri untuk tanah seberang. Bagaimana persiapan kita? Adakah rakit itu sangat cantik? Adakah ia cukup elok untuk selamat sampai ke destinasi? Dengan pelbagai rasa di jiwa.. bagai semangkuk rojak, ada manis.. ada masam.. ada masin.. ada pedas digaul mesra.
Bagaimana pula nasib ku di pertengahan jalan? Mungkinkah ada sesuatu yang menjadi penghalang? Atau ada sesuatu yang membantutkan niat awal ku? Mampukah ku tempuh semua itu? Tidak! Aku mesti sampai ke destinasi impianku. Aku mesti berjaya. Tentu semua orang akan berbangga dengan kejayaanku. Tapi bagaimana? Entah kenapa.. aku rasa semangat ku semakin pudar hari demi hari.. aku rasa sunyi berjuang sendirian. Aku rindukan semua, keluarga jua teman.
Adakala ku terasa penat untuk mendayung rakit buatanku. Terasa cukuplah sampai di sini. Aku tak mahu ke sana lagi. Datanglah sini menjemputku.. tapi permintaanku tidak pernah ada yang kisah. Nampaknya aku perlu terus mendayung hingga ke destinasi. Aku tak mahu tersungkur sendirian di sini. Mungkin ada rahmat sebalik dugaan ini. . Mungkin ada nikmat atas derita ku.. Kini ku akur dan redha atas kehendakNya.
1 comment:
Bersabarlah wahai sahabatku..Ingatlah walaupun dirimu berdayung sendirian, teman2 disekelilingmu sentiasa memberi sokongan agar dayunganmu itu akan sampai jua ke destinasi.
Post a Comment