Ku cuba pujuk hatiku yang lara..
resah... gelisah..
hanya Dia yang tahu..
mungkin kau jua punya rasa yang sama..
Entah kenapa hati ini berdebar
ada sesuatu mula menghantui
fikiranku jiwaku
Bagaimana harus aku tempuhi
mencari jalan yang satu
jalan keluar yang berliku
takut aku akan sesat di jalanan
Ya Tuhan
Kau bantulah hambaMu ini
permudahkanlah urusanku
Kenapa perlu ada sangsi di jiwaku
mungkinkah kerana aku yang selalu bermimpi
mimpi untuk terus ke puncak mahligai
sedangkan aku punya harapan
agar mimpi menjadi kenyataan
Sayang
harapan kita sama
tak sanggupku kuburkan impian ini
buat sekali lagi
Sayang
kau tahu apa yang ku mahu
bagaimana nak aku bangun
andai jatuh sekali lagi
tentu lebih pedih
hirisan dalam di hati
mampukah kau ubati
Sayang
pujuklah hati ini
jangan biarkan aku terus hayut di buai mimpi
kejutlah aku sayang
biar aku segera sedar dari lamunan
yang mengkhayalkan
Rs: Oh sayangku..hulurkan tanganmu bersama kita bergandingan berdua menuju arah bahagia.. melalui liku2 kehidupan pahit manis kita hadapi bersama semoga kita berdua bahagia..
No comments:
Post a Comment