26 March 2010

Dapur.. Lambang Cinta Kita.

Kata2 Chef Wan dipetik daripada di sebuah majalah tempatan :-
  1. Kenapa ramai wanita hari ini tidak menggunakan kelebihan memasak untuk memikat hati keluarga?
  2. Memasak itu sebenarnya mudah dah seronok.
  3. Kesibukan bukan alasan kerana banyak cara boleh dilakukan agar orang2 yang disayangi dapat menikmati resepi sajian sendiri.
Memang betul pun.. Entahlah mungkin sebab sibuk dengan kerjaya masing2. Lepas kerja dah penat, banyak lagi kerja yang nak kena settle kat umah tu.. kalau ada yang sudi tolong takpalah, kan? Ni semua kena wat sendiri.. terasalah penatnya.. Kadang2 tu beli nasi ayam, or nasi bungkus jer or keluar makan kat luar. Pemalas ke namanya tu? Terpaksalah.. kalu terlalu letih.. Tapi hujung minggu InsyaAllah sehingga ke hari ini aku masih mampu untuk masak masakan kesukaan orang2 yang ku sayang..

Seronok rasa bila kita masak untuk yang tersayang ni... tambah pulak tengok diorang sampai bertambah2 makanan yang kita sediakan tu.. dan bertambah kembanglah pulak kalau kena puji yang masakan kita perrhhh sedap... bahagia rasanya.

Entah bila aku suka masak ni tak tahulah nak cakap.. Tapi aku mula serius minat nak masak ni sejak aku kenal  si dia. he3 si dia suka makan.. so kena belajarlah pikat hati si dia.. Mak lah my sifu.

Ingat lagi 1st time aku masak..
Waktu tu aku tinggal ngan tok ngan wan sebab rumah diorang lebih dekat ngan sekolah aku. Masa tu dah form 2 tapi tak pernah masak sendiri pun.. selalu jer curi tulang bila time masak.. Kebetulan suatu hari tok sakit, kena tahan kat wad beberapa hari sebab asma. Tinggallah aku ngan wan. Pagi tu wan letak sayur ngan telur atas meja dan dia suruh aku masak nanti dia nak makan. Hah! mahu tak gelabahnya.. camna ni aku belasah jer lah.. masak nasi, buat sayur sawi n goreng telur tapi aku tak makan pun.. entah aku tengok semacam jer.. macam pelik jer.. kesian kat wan terpaksa makan makanan yang aku rasa mesti tak sedap.. wan aku tukang masak sebenarnya tapi dia taknak masak.. emm mesti nak kenakan aku ni.. yalah anak dara apa tak tahu masak.. lepas pada hari tu aku agar rajin la sikit nak tolong tok kat dapur tu.

Tapi setakat tolong manalah nak tahu masak sendiri.. resipi sendiri... Ingat pulak masa mula2 kawin.. aku dok sekali ngan mertua.. Mentang2lah dapat menantu.. dia tak masuk dapur dah.. tinggal aku terkulat2 hua3 nak buat camna ni.. cukup time orang nak makan.. Nak tahu tak apa yang aku buat? He3 hampir setiap hari aku curi2 tepon mak camna nak buat.. ada kot sebulan.. Diorang kata sedap.. Orang tak tahu aku tak reti masak.. Nasib baik ada mak jadi penyelamat.. Toce mak... Jasamu tetap ku kenang..

Tapi sekarang ni dah pandai sikit dah.. bolehlah nak makan.. nak cuba2 resepi baru.. Demi orang yang tersayang aku sanggup belajar. Sekarang ni taklah rasa gugup di dapur walau seorang diri. Lagipun kata orang2 tua dulu.. air tangan isteri tu penambat hati suami.. air tangan ibu itu mengeratkan kasih sayang anak2.

Kalau dia makan masakan kita, dia selalu teringatkan kita..
Kalau dia makan kat kedai mamak... tu yg dok teringat kat mamak..
Kalau dia makan kat kedai indon.. hai.. mau biar ka? Sendiri mau ingat, naa..


Rs : Aku rela menjadi tukang masakmu buat selamanya.

2 comments:

sekamar rindu said...

salam...singgah..


mesti pakar masak ni..kan?

Sofya said...

Sekamar Rindu, terima kasih kerana sudi singgah...

ish! mana ada pakar masak.. setakat boleh masak jer.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...