Sedang leka wat kerja kat opis... tetiba ja telefon berbunyi, aku terima satu mesej dari seorang wanita yang ku kenal. mesej tersebut berbunyi.. "Untuk pengetahuan semua.. La ni kita jangan percaya sangat kat orang walaupun suami sendiri. ada duit simpanan jangan duk bagi depa tau. la ni macam2 hal..." Hai.. kenapa tetiba ja yerk? Mungkinkah ada sesuatu yang terjadi yang aku tak tahu..
Teringat plak lagu Mila AF5.."..dalam cinta harus saling percaya.. dalam harus berani pasrah.."
Bagiku.. Di dalam ikatan suci perkahwinan, perlu rasa cinta, kejujuran, keikhlasan juga saling percaya antara satu lain. Perasaan syak wasangka pada suami merupakan satu dosa buat si isteri. Namun, kita yang berkasih takkan lekang dek rasa cemburu yang sering hadir bagaikan tetamu yang tak diundang. Tak salah cemburu... Cemburu kan tandanya sayang.. tapi cemburu haruslah bertempat. Jangan biarkan rasa cemburu menguasai hati. Kelak merana sendiri. Sama2lah kita kawal cemburu di hati.. terlalu cemburu boleh menyebabkan pasangan rasa terkongkong, lelaki terutamanya akan berasa tidak selesa diperlakukan begitu..Tak mustahil telapak tangannya hinggap di pipi.. Tak mustahil juga rasa jemu dan malas nak layan akan timbul jika keadaan terus begini. So, siapa yang rugi?! Lu Pikir La Sendiri..kata Nabil.
Akan tetapi.. Jangan percayakan seseorang itu 100%... Ya lah kata orang rambut sama hitam, hati siapa tahu..(tapi zaman sekarang ni..rambut pun dah macam2 kaler..he3) Sedangkan sekali ombak menghempas pantai, sekali pasir berubah.. ini kan hati manusia. Memang betul apa.. tak perlu nak belek orang lain..cuba kita renung diri sendiri.. kita yang ada pada hari ini adakah sama dengan kita pada hari2 lepas..? Fikirlah sejenak..
Kenapa? Perlu kah berubah? Bukankah BSUBSICUB4? Yup! Think positive.. Kita perlu berubah kepada yang lebih baik untuk menjadi yang terbaik. Manusia itu berubah mengikut beberapa faktor antaranya usia, masa, persekitaran, situasi dan tanggungjawab. Semua ini mematangkan dan menjadikan kita lebih tabah untuk mengharungi segala ujian dariNya. Bukti keimanan dan kecintaan kita pada Tuhan Yang Esa.
Di dunia yang fana ini... ada juga yang kita tak disangka akan kita tempuhi. Ada juga yang berubah ke arah yang tidak baik. bila mana dia tidak mampu mengatasi masalah yang dihadapi. Kenapa yerk? semua ini harus berlaku? Ada mungkin kita lalai.. terleka seketika untuk mengingati.. untuk sujud padaNya?!
Kata orang.. langit tak selalunya cerah.. Hidup kita umpama roda.. kadang di atas, kadang di bawah.. Sesuatu yang terjadi kehendak Ilahi. Kita sebagai hambaNya tak lekang dari ujian itu. So, sediakanlah payung sebelum hujan kerana mungkin ada hujan sebelum petang menjelang.
Bagaimana? Ada juga yang ajak pergi jumpa bomoh tau.. Ish minta dijauhkanlah.. berdosa tu.. tak baik tau! Adalah lebih afdal mohon padaNya..
Rs: Sekali terhantuk baru tersedar. Tawakal sesudah ikhtiar. Itu saja yang termampu ku lakukan. Semoga doaku diperkenan Ilahi. Moga kita kekal bahagia dalam restuNya.
No comments:
Post a Comment