Dalam akhbar Mingguan Malaysia Ahad 21.03.2010. Tersentuh aku bila baca puisi nukilan Solihin Osman ni...
PUTIH YANG HITAM
Anak siapa yang terdampar itu
dihempas gelombang nasib
sebuah botol merah di sisi
sehelai kain lampin lara
lalat2 datang mencium neraka
bayang2nya menjadi api puaka
Di mana2 tumpah tangisan
dihanyutkan kezaliman mesteri
seekor anjing malam mengukir dosa
di kukunya ada sebilah kejahatan
dan hujan yang turun menjadi pasir
menimbulkan kesedihan bumi.
Dalam samar2 kehidupan
mereka aku lihat menghirup dusta
burung2 sesat terkandas
di daerah sempit yang ungu
Siapakah mereka di antara sampah2 ngeri
menternak kejahatan serta memberi airmata
kepada sebuah kematian
Anak2 siapa yang kami kutip
setelah dimaklumkan oleh anjing gila
dan lalat2 malam
yang tak mampu menahan sebak
dan kesedihan.
Sedih.. sebak.. terasa pabila melihat saban hari makin ramai anak2 kecil menjadi mangsa.. sungguh kecil.. sungguh suci.. mengapa dia pula yang menjadi mangsa kekejaman org tuanya.. kenapa dibuang? kenapa dihukum demikian rupa.. insan kerdil yang tak pernah meminta untuk dilahirkan di dunia ini. Sungguh kejam..!
1 comment:
Mmg sedih bila insan yang x berdosa dibuang begitu sahaja. Binatang pun x sanggup nak buang anak macam tu. Ketika orang lain begitu mengharapkan cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga, mereka yang tidak bertanggung jawap pula mensia-siakan peluang yang ada. Tergamak menghancurkan dan menggelapkan masa depan si kecil yang x tahu apa2..kesiannyaaaa....
Post a Comment