15 March 2010

Menuntut Suatu Kebenaran

Assalamulaikum.. terasa lama tak menulis di blog ni.. rasa terpanggil pulak untuk berkongsi cerita di sini.. hampir 12 tengah malam tadi, kami sekeluarga baru jer sampai di Perlis setelah menghabiskan cuti hujung minggu di rumah mak, Pulau Mutiara. Kalu nak diikutkan terima gaji bulan ni baru nak balik sana tapi ada sesuatu yang menggerakkan hati ini untuk pulang ke kampung.. So, terpaksalah korek duit di bank yang tinggal tak berapa tu..isk isk isk sadis la plak..

Kebetulan adik laki yang tinggal kat Putrajaya tu pun balik juga.. best ler dapat kumpul satu family.. Actually dia baru jer balik dari Real Madrid.. Dia adalah salah seorang Juara Futsal Metro.. Penerbangan ke Real Madrid merupakan salah satu daripada hadiah yang diterima. Wah! Cayalah Bro.. tak sangka adik aku ni terror gak men futsal.. Em balik dia kali ni bukan dengan tangan kosong.. ada cenderehati buat kami semua.. Thanks wat susah2 jer..

Sebenarnya ada satu hal yang membuatkan aku tak sabar nak balik penang. Kepulangan ku kali ini adalah untuk menuntut suatu kebenaran dan keyakinan diri. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi.. rasa lega sangat.. kepulanganku berbaloi. Sesungguhnya sesuatu yang terjadi itu membuatkan kita berfikir dan mematangkan kita.

Syukur padaMu Ya Allah
kerana berikan aku kekuatan hati
dan akal untuk menempuh dugaanMu
Inilah dusta
andai aku tidak punya sekelumit rasa di jiwa
pabila mendapat perkhabaran yang tidak enak didengar
bagaikan menyucuk2 di dada
sakit jua peha kiri tatkala peha kanan dicubit
air pula takkan putus mahupun dicincang

Adik
aku kakakmu
aku punya hak untuk ambil tahu mengenaimu
bukan untuk mengongkong kehidupanmu
tetapi untuk berkongsi rasa denganmu
aku tak sanggup kau tanggung semuanya seorang diri
berat mata memandang berat lagi bahu memikul
sekurang-kurangnya bersuaralah padaku
mungkin mampu meringgankan beban di benakmu

Hari demi hari yang ku lalui
masih banyak lagi yang perlu ku pelajari
masih banyak juga yang perlu aku tempuhi
semuanya dugaan dariNya
untuk menguji cinta kita pada Rabbul Izzati

Sehingga di saat ini
aku telah mempelajari sesuatu yang amat berharga
yang terlalu bernilai dalam hidupku

Satu..
jangan terlalu mudah untuk mempercayai
kata-kata yang manis belum tentu ada jujur dan keikhlasan
mendengar dan bersabar
berfikir dan mendapatkan kepastian
dan bertindaklah atas nama Tuhan Yang Satu
InsyaAllah fitnah yang datang mampu kita hadapinya

Dua..
ikatan suci silaturrahim amanah kita
jagalah, belailah dan berkongsilah segalanya
jangan biarlah ada benci antara kita

Tiga..
seseorang yang tidak mampu
menahan amarahnya
tatkala syaitan mengapi-apikan lagi amarahnya
ia bisa membinasakan diri sendiri


Empat..
sepandai pandai tupai melompat
akhirnya ke tanah jua
bagaimana nak tutup pekung?
akhirnya terhidu jua


Lima..
Kejujuran itu mampu mengembalikan kepercayaan yang kian pudar
Kejujuran juga mampu mengembalikan keyakinan yang hampir hilang

Ada satu lagi kisah yang mahu dikongsi bersama.. sungguh tak ku sangka.. sungguh tak ku duga.. Sabtu, 13.03.2010 lebih kurang jam 9 malam.. gamat satu kampung.. ada orang mengamuk kat jalan besar berhampiran dengan rumah aku.. Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.. aku n my family kenal dia tu.. ada juga beberapa kali panggil dia minta tolong tengokkan suiz lampu kat umah tu.. tengok dia baik..pendiam jer.. tapi siapa sangka, kan? Bagai gunung berapi lah, sekali dia meletup..hah! Lu pikirlah sendiri.. Berbalik pada kes amuk tu.. nak tahu tak kenapa yang membuatkan dia naik minyak tu? jeng..x3 cengini ceritanya.. sewaktu mak ngan ayah dia takda di rumah.. mengikut sumber.. mak ayah dia pergi masjid.. dia plak berebut kasut ngan adik dia kat umah.. yang abang dia turut masuk campur.. entah macam mana.. main pukul2 plak.. si abang ngan si adik pakat belasah dia sorang.. mana kawan tahan... dia apa lagi.. pergi ambik parang nak bagi habuan kat adik dia.. larilah...lari si adik tu.. minta bantuan.. lari sampai ke tepi jalan utama.. memang dia nekad nak tetak jer kepala si adik tu.. tapi nasibaik lah sempat mengelak.. tapi tercedera gak kat tangan.. tetiba2 polis datang tangkap dia.. tidur lokap lah dia malam tu.. eemm mesti ada org wat report ni kan... tapi syukurlah.. kalu tak mau jadi arwah si adik malam tu.. Hai macam2 dunia sekarang ni.. selalu dengar kat tv, baca kat paper.. ni dah sampai depan umah... hish takutnya..


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...