Kata kau sungguh kau cinta dia
Hingga tak sanggup berjauhan
Kerana seksanya rindu bukan kepalang
Aku juga dalam cinta
Sepenuh hati ku cinta dia
Biar resah rindu terus membara
Biar pedih terpercik api baran
Ku anggap itu ujian dariNya
Ku yakin akan ganjaran sabar
Akhirnya pelangi cinta hadiah dariNya
Namun
Cara kita amat berbeza
Ikhtiar kita tak sama
Jalan singkat belum tentu ketemu syurga
Mungkin azab menanti masa
Biarlah
Jangan hatiku kau pujuk
Jangan tangan ku kau tarik
Ke jalan yang kau pilih
Aku yakin pada dia
Cinta di hatinya hanya untukku
Aku yakin pada restuNya
Kerana Dia kami kan terus bersatu
1 comment:
Mencintai seeorang biarlah kerana Allah
Post a Comment