Dua tiga hari lagi...
Aku bakal menerima suatu berita.
Terus terang ku katakan bahawa aku kini takut..
Sudah takut untuk mengharapkan sesuatu yang belum pasti.
Namun hati ini bersuara bermain di minda..
Apakah khabar yang bakal ku terima?
Mungkinkah...
Khabar yang akan mengubah cara hidupku
Untuk mengorak selangkah kehadapan
Atau...
Aku perlu teruskan hidup ku di sini
Bersama-sama warna asas dalam meniti hari-hari mendatang
Jauh di sudut hati ini...
Ku berserah padaMu agar diberi kudrat padaku
Untuk menggabungkan warna-warna asas ini
Menjadi warna-warna indah
Untuk menghiasi segenap ruang syurga idaman.
No comments:
Post a Comment